UJIAN DI TAHUN BARU 2014 - INILAH REALITI

Monday, 13 January 2014

UJIAN DI TAHUN BARU 2014



Selamat tengahari semua.. Apa khabar semuanya?.. Semoga semuanya baik-baik sahaja...Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan pada hari ini...

Macam mana nak start tulis entry ni ye?.. Emm, dari mana nak mula sebenarnya?.. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa saya menghilang dari dunia blog sejak entry terakhir saya pada 3 Januari 2014... Permulaan tahun baru.. Namun, apakan daya saya diuji dengan ujian kecil dari Allah... Semuanya saya terima..

Dan, ada yang dah tahu kan, yang suami saya mengalami demam Denggi...

Di entry kali ini, saya hanya nak merakamkan ucapan terima kasih sahaja.. Di lain entry, akan saya kongsikan berkenaan demam denggi tu.. hihi..

Sesungguhnya, bila mana saya diuji dengan keadaan kesihatan suami, memang saya rasa sedih teramat... Siapa yang tak sedih kan.. Memikirkan macam-macam masa tu...

Terima kasih buat mak dan ayah saya serta keluarga saya... Yang tak henti-henti mendoakan menantunya pulih dan sihat seperti sedia kala.. Buat mak yang sentiasa membacakan Surah Yaasin.. Buat ayah yang memberi pelbagai petua ...

Juga buat mak, ayah dan keluarga mertua.. Keluarga mertua juga sempat datang dari Kedah ke Johor Bahru, bila mendapat perkhabaran dari saya berkenaan kesihatan anak mereka.. Walaupun sesat juga di Bandaraya Jb haritu.. hihi.. Mujur ada GPS... 

 Terima kasih buat semua teman-teman blogger yang sudi bertanya khabar dan memberikan petua kepada saya.. Buat CIK SU , terima kasih banyak-banyak kerana sudi membuat satu entry berkenaan keadaan kesihatan suami Ros.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.. Juga buat teman-teman blogger yang sudi mengirimkan doa buat kami melalui entry tersebut.. Terima kasih!


Di entry akan datang, akan saya kongsikan lagi cerita berkenaan keadaan suami saya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru...

p/s : Hati sedikit terusik dengan kata-kata seseorang yang mempertikaikan jika seseorang bercuti/tidak hadir bekerja bila suami/isteri tidak sihat/di tahan wad... Biarlah... Nasib sesorang bukan kita yang tentukan.. Esok lusa pun kita tak tahu apa yang berlaku.. Doa yang baik-baik sahaja...





9 comments:

  1. dah sembuh ke suami ros? semoga bertabah hati.. jgn pedulikan suara suara sumbang..tumpukan seluruh tenaga pada suami..

    ReplyDelete
  2. ok dah kisahnya.. itulah deqla dpt tau pun dari ciksue.. bagus ciksue buat entri tu,.. mmg tertanya jugak kenapa rose dah lama x update blog.

    ReplyDelete
  3. abaikan orang kata tu..selagi die tak terkena dia tak rasainya

    ReplyDelete
  4. ros, jgn dipikir kata kata org sebegitu k.
    Allah menguji sbb Dia sayang pada hambaNya kan. think positive.

    sama sama :)
    jaga cik abg baik baik k.. jgn stress stress tau. Allah sntiasa bersama kita. itu pasti

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh ya buat yang sakit...org yang cakap mcm tuh, mungkin dia belum mersakan bagaimna susahnya kalauorg terdekat sakit..

    ReplyDelete
  6. cikna tau dari entri ciksu tu la.. takpe ada hikmah disebalik dugaan tu..

    ReplyDelete
  7. bersabarlah dengan ujian Ros..Biarlah orang tu nak kata apa..Nanti bila kena batang hidung sendiri dia tahulah

    ReplyDelete
  8. kenapa org suka pertikaikan hal org lain ye ros,cuba mereka berada di tmpt kita,br tau bagaimana...

    ReplyDelete