Family

AKSI BABY MAT DAN BABY ARIF

February 27, 2014



Dah petang baru nak bersiaran hari ni. Sedikit sibuk juga.. 

Apa khabar semuanya?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. 

Share gambar my syayang-syayang je petang ni.. rindu bangat ni.. Sebenarnya tak sabar nak tunggu kehadiran mereka minggu depan.. Minggu depan , kakak saya akan balik rumah mertuanya di Mersing... Dan akan singgah rumah saya di Jb ni ha.. Tapi, kejap je kot.. Takpe, kejap pun kejap lah. Janji boleh melepaskan kerinduan :)



Di kesempatan ni jugak, saya nak ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran buat ex roomate saya dulu, Noris Hazima.. Hari ni hari jadinya yang ke 25 tahun :) Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan menuju kebaikan :)

Kitorang duduk serumah hampir 3 tahun masa saya duduk Kl dulu. Dari zaman anak dara, tunangan orang hingga bergelar isteri. hihihi.. Banyak suka dan duka bersama.. Tetiba jadi rindu pulak bila dok tulis entry ni.. hikhik..


Makanan

WORDLESS WEDNESDAY #33 : NASI GORENG LEMBAH ASMARA INILAH CINTAKU

February 26, 2014




Asalnya nak buat entry wordless tadi. Tapi, bila dah  masuk gambar, tak jadilah nak  wordless. Nak buat entry biasa je. Tapi, tak nak tukar tajuk tu. Biar je ada wordless tu. hihihi..

Wah nama nasi goreng dah merapu bagaikan.. hihi.. Biarlah, asal saya bahagia.. Bahagia ker?..

Nasi Goreng Lembah Asmara Inilah Cintaku..

Nasi ni saya buat sendiri malam tadi. Semalam, saya saya tak gi kerja pun. MC. Tak sihat lagi kan. Tapi, suami saya ni kerja seharian. Malam pun balik dah lewat.. Masa pukul 8 tu, saya call beliau, tanya nak makan tak balik nanti?.. Beliau jawab, tak kot. sebab mungkin balik lewat.. Ok, saya pun terus menuju ke dapur masterchef saya tu.. Perut ni dah bernyanyi lagu Gadis Jelobu nyanyian WARIS ft Datuk Hattan kan.. Bila sampai dapur, saya dapat cabaran peti misteri. So kena masak apa yang ada je lah kan.. hihi.. Gurau yer.. Sebenarnya, kat dapur saya tak de barang sangat sebab dah seminggu tak memasak. Sebab dua-dua tak sihat, asyik makan roti cicah milo je.. hihihi.. Buka peti ais, ada telur, ikan masin, segala macam cili, kicap, perencah tomyam dan beberapa bahan kering. Bahan basah tak hado k. 

Tapi, sebagai peserta Masterchef yang berjaya, saya anggap ianya sebagai cabaran. Cewahh.. hahahha... Terus p "jerang' nasi.. Kupas bawang, tumbuk cili, goreng telur, goreng ikan masin. Bila nasi dah masak, terus goreng ala-ala kedai makan. Cheng...cheng... Dah siap.. hihihi... Potong buah tomato sikit, hias serba sikit, bagi menaikkan nafsu makan.. 

Alhamdulillah, sedap di tekak saya, dan kenyang.... hihihi....



macam macam

SIAPA YANG RABUN SEBENARNYA?

February 24, 2014




Kadang kala dalam realiti kehidupan kita memang terjadi perkara sedemikian kan?.. Jangan memandang komik di atas dari satu sudut sahaja. Cuba luaskan imaginasi kita dan kaitkan dengan kehidupan kita seharian... Samalah jua dengan pepatah, " kuman depan mata tak nampak, tapi gajah seberang jalan , nampak".. Kan?.. Kan?..Kan?...


Kawan-kawan, dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni, jaga kesihatan yer.. Saya sendiri pun tak lepas dari mengalaminya.. Tiba-tiba demam panas mengejut hari Khamis lepas, dengan selsema, batuk dan lelahnya... Kini, beransur sikit.. Tapi, masih batuk dan kepala masih rasa terhoyong-hayang .. Nak telan ubat pun dah tak lalu.. Bila minum air masak, tekak rasa pahit je.. Pengajarannya, masa sihat, jangan sesekali abaikan minum air masak yang cukup.. 


Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dari Allah...



astro

SUKU AKHIR KEDUA PIALA FA : KEDAH LAWAN JDT DI STADIUM DARUL AMAN

February 18, 2014



Sama-sama kita saksikan malam ni, perlawanan secara langsung antara Kedah menentang JDT di saluran 801, Astro Arena.

Tak sabar ni nak tengok .. Excited!

Pulun Kedah Pulun

 Untuk rekod, ni perlawanan suku akhir kedua. Suku akhir pertama, Selasa lepas di Stadium Larkin, Johor. JDT mendahului dengan jaringan 3 dan Kedah pula 1. JDT berkelebihan 2 gol..Tapi, dalam sukan bolasepak, apa-apa pun boleh berlaku. Bola itu bulat. Selagi belum tamat 90 minit masa perlawanan malam nanti, kedua-dua pasukan ada peluang :) 

Fikir positif.. 

Moga Kedah berjaya!



Makanan

MENU LUNCH HARI NI

February 18, 2014



Tengahari tadi gi keluar  makan dengan kawan office.. Menu hari ni, saya pilih mee kari. Mula tu, nak makan Laksa Johor. Tapi, hari ni kedai tu tak buat.. So, saya pilih mee kari dengan kopi suam... 




Alhamdulillah, kenyang.. dan sedap jugak :)


p/s : Bila nak diet ni .. hikhik.. Kena kuatkan semangat.. Slow-slow gerak.. 


macam macam

KENAPA TELINGA KANAN BERGERAK-GERAK?

February 17, 2014


Selamat petang kawan-kawan..

Cuma nak share something je.. Pagi tadi, lebih kurang pukul 5 pagi (+-), saya terjaga dari tidur. dan saya perasan yang telinga kanan ni macam bergerak-gerak sendiri. Bukanlah bergerak sampai kita boleh nampak tu. Tapi, boleh rasa lah kan.. Ada tak yang pernah alami?..Tiba-tiba je tau.. Pastu, selepas beberapa ketika saya pun pegang telinga saya tu.. dan terus tertido balik, sebelum bangun semula pukul 6 pagi..

Hati ni mulalah dok fikir kenapa ni, kenapa ni.. Pastu terus tanya Encik google.. Then, jumpa satu blog ni. Tulis macam kat bawah ni, kalau telinga kanan bergerak-gerak :


Telinga
Cuping telinga kanan bergerak-gerak menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika cupin telinga kiri pula menandakan anda akan bertemu dengan sahabat lama ataupun adik-beradik yang berjauhan
********

Tapi, tolong jangan percaya ok!.. Tak tahu sumber dari mana pun sebenarnya ni.. 

Yang sebenarnya mungkin cara saya tidur tu menjadi puncanya.Sebab dok tidur mengiring ke kanan, telinga kan kat belah bawah, di bantal tu. Mungkin telinga tu macam kebas lah kot?...
Dan sesuatu yang terjadi tu kan atas kehendak Allah... Jadi, janganlah mempercayai sesuatu seperti ini :)



Bezday

17 FEBRUARI DATANG LAGI

February 17, 2014



Selamat Ulangtahun Kelahiran buat suamiku....
17 Februari 1986...
Kini, dah pun 28 tahun ...

Doaku buatmu suamiku :

Ya Allah,
Kau murahkanlah rezeki suamiku.
Kau berikanlah kesihatan yang baik buat suamiku.
Kau permudahkanlah urusan suamiku ke jalan yang baik.
Kau panjangkanlah usia suamiku agar dapat beribadah kepadaMu.

Ya Allah, 
Jadikanlah suamiku suami yang baik dari semua segi,
dan
Anak yang soleh kepada mak dan ayahnya.

Ya Allah, 
Kau bahagiakanlah kehidupan kami di dunia dan akhirat.

***********


puisi

MENANTI JAWAPAN YANG TAK PASTI

February 16, 2014



Menunggu....
dan masih menunggu.
Setiaku di sini...
Tanpa kenal lelah..

Walau mungkin akan mengecewakan...
menghampakan...
Ku tak kisah!

Biar lidah mereka berkata..
Biar hati mereka syakwasangka...
Biar fikiran mereka berlegar..
Biarkan saja...

Yang pasti, 
akan ada sinarnya nanti..
Kuncinya sabar...


bola sepak

KENANGAN TENGOK BOLA DI STADIUM LARKIN

February 16, 2014



Sejak dah berkahwin ni, minat pulak tengok bola kat stadium.. hihi.. Saya ni memang minat tengok bola. Tapi, memang tengok kat rumah je.. Lagi selesa kan. Boleh duduk gaya bebas gitu.. Siap boleh baring ke ape ke kan.. Nak makan apa pun boleh.. Nak gi toilet ke.. Nak kutuk reff ke, player ke lebih terbuka .. hahah.. Lagi satu, boleh tengok muka player dengan jelas.. sape yang kena kad, sapa yang bubuh gol..

Kalau kat stadium ni, duduk statik je.. Makan kacang/kuaci.. atau pun burger je.. Minum air kotak.. Nak kutuk reff atau player, kena pandang depan, belakang, kiri, kanan dulu.. hihihi.. Kang tak pasal tak keluar stadium.. Eh, jangan tiru aksi ini.. hahhaha..

Kat atas tu perbezaan tengok kat rumah dengan kat stadium..

Tapi, sesekali tengok kat stadium ni, best tau. Meriah gitu.. Nak-nak pulak kalau tengok pasukan yang kita minat ni kan.. Setakat ni, saya dah tengook perlawanan antara JDT menentang Perak dan JDT menentang Kedah.. Dua-dua kat Stadium Larkin.. Tapi, pasukan yang saya sokong adalah pasukan yang berlawanan dengan tuan rumah tu.. hihihi.. Kebetulan la.. Perak ni legend tau.. Saya minat dari zaman sekolah rendah lagi.. Sape tak kenal Kapten Ahmad Shahrul Azhar masa tu.. Dengan pandai main bolanya, dengan hensemnya.. hihihi.. Lepas tu, Khalid Jamlus.. Wah memang memori semua tu tau.. Kuning+hitam masa tu meriah jer.. Kejor yop kejor.. Walaupun saya ni bukan orang Perak, tak bermakna saya tak boleh sokong Perak kan.. Time tu, memang minat giler dengan Perak tau.. 

Masa pun berlalu dan terus berlalu.. Kemudian saya minat negeri saya pulak, Kedah... Zaman double treble... Kedah menang semua piala.. Wah masa tu meriah sungguh Stadium Darul Aman... Dengan hijau kuningnya.. Sape tak kenal Akmal Rizal, Baddrul. Khyril Muhaimeen, Paklong, dan lain-lain..  Semua tu dah jadi kenangan yang manis.. 

Kat bawah ni, saya kongsikan sekeping gambar saya dan suami serta penyokong Kedah di Stadium Larkin. Sumber gambar ni dari facebook penyokong Kedah.


Cer cari mana saya?.. hihi.. Senang je nak cam kan.. Walau pasukan yang disokong berbeza, tapi hubungan antara penyokong masa tu, harmoni jer.. Ok je.. Macam ni lah bagus untuk pembangunan bola sepak negara kita.. Berkali-kali saya ingin berpesan kepada semua peminat bola sepak, janganlah bermusuhan antara penyokong. Tak ada faedah tau.. 90 minit kita bermusuhan, lepas tu kembali seperti biasa.. Tolong faham ayat "bermusuhan" yang saya gunakan. Bukanlah bermusuhan betul-betul.. Cuma kita berbeza pasukan je kan.. Akhirnya kita kembali seperti biasa. Janganlah kutuk team lawan tu kaw-kaw,.. Dan jangan terlalu menabal sikap "kenegerian". Kerana dalam team yang kita minat tu pun, ada je player dari negeri lain.. Banyak contoh, nak saya bagitahu ke?.. Tak yah lah.. hihi...



doa

BUAT PERUBAHAN KECIL DI BLOG

February 16, 2014



Petang ni, rasa macam nak ubah something je kat blog ni.. Tapi, tak nak ubah lagilah.. hihi.. Cuma nak tambah sesuatu jer :)

Apakah ia?...

Jeng~jeng~jeng~


Saya tambahkan beberapa doa dalam blog saya ni.. Supaya saya sentiasa memohon kepada Allah, walau saya sedang berblog....

Aminn....


Sumber Inspirasi : Kak Ina (intan berlian)



Maulidur Rasul

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT JABATAN

February 16, 2014



Selamat tengahari semua?.. Apa khabar ?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik... Alhamdulillah, kita masih bernafas di bumi Allah..

Hari ni, ada Sambutan Maulidur rasul di jabatan saya.. Ada pertandingan perarakan dan ada juga ceramah.. Yang penting, ada nasi beriyani gam.. hikhikhik..

Tahun ni, saya terpilih masuk pertandingan perarakan wakili bahagian.. Ni, baru je lepas habis majlis ni..  Alhamdulillah, bahagian saya menang Pertandingan Perarakan... hihi... Tema baju kitorang Orange+Grey... Gambar?.. Nanti saya share k.. Sekarang ni tak sempat....  Seronok bila ada majlis macam ni kan.. Dapat tambah ilmu, merapatkan hubungan sesama kita.. Ceramah tadi disampaikan Ustaz Mohamad Fairuz..


Ok, tu je setakat ni.. 


macam macam

ADA BERAPA SEBAB KENAPA TAK UPDATED BLOG SELAMA 2 HARI NI?????

February 14, 2014



Selamat malam... Mesti ramai yang dah tido kan time-time gini. Apa khabar?.. Moga semuanya sihat -sihat selalu... 2 hari tanpa entry baru.... Bukan kerana penyakit M. Tahu kan penyakit M tu apa. MALAS. oh, bukan itu sebabnya.. Sejak dua menjak ni memang saya rajin sangat nak updated blog... Nak jadi blogger yang aktif katanya.. hihi. Bukan pasif ok. hikhik. Tak updated blog bukan juga sebab mood ke laut. No no no... Sebab mood ni sentiasa berkobar-kobar... Nak jugak coret sesuatu kat blog tersayang ni... Dah tu, apa sebabnya tak updated blog 2 hari ni?.... Cer jawab...cer jawab.... hihi..

Ala, baru tak updated 2 hari, dah kecoh saya ni kan?. Bukan kecoh ok.. Just nak bercerita je. hihi.. 

Ok, sebenarnya ada dua sebab kenapa tak updated. Pertama sebab sibuk dengan kerja hakiki. Wah gitu. Dah keluar ayat hakiki bagai. Iye, betul kawan-kawan. Agak sibuk sikit... Nak kena siapkan.. Macam-macam yang mendatang... Walau dah rancang sebaik mungkin, tapi ada je yang datang tiba-tiba... Sebab kedua, keadaan kesihatan. Bila dah kurang sihat ni, rasa macam lain je.. Nak rehat je... Tak nak fikir banyak benda.. Tak nak stress-stress... Ada juga berkunjung ke blog kawan-kawan. Bila nak tinggalkan komen, tu yang rasa tak sabar. Bukan apa. Bila saya dah taip macam-macam. Bila tekan publish, boleh pula tenet buat hal.. Asyik tak boleh jer.. Oh celcom ku sayang... Eh ada 3 sebab pula... SIBUK DENGAN KERJA HAKIKI, KURANG SIHAT dan TENET SLOW. 

Sekian sahaja saya melaporkan diri untuk hari ni.. Hihi..

Ada join 2 segmen , tapi belum sempat BW.. Sabar eh. Saya datang slow-slow. Jalan pelan -pelan je. Tak leh nak lari, kurang sihat. Muahahhaha....


bola sepak

SIARAN LANGSUNG JDT LAWAN KEDAH MALAM INI!

February 11, 2014



Eh..eh.. Jangan percaya tajuk di atas.. Harap maaf  yer.. TIADA SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN JDT MENENTANG KEDAH MALAM INI... Kalau nak tengok , kena datang Stadium Larkin.. Astro tunjuk perlawanan lain, begitu jugak dengan TV1.. 



Jom sama-sama kita tengok malam ni tau.. ada tak kat sini yang nak gi stadium jap lagi?.. Bolehlah kita jumpa... Sekarang ni tengah menghitung detik demi detik nak balik kerja.. Balik pukul 5 satgi. Nasib baik perjalan nak balik rumah 15 minit je.. Lepastu, perjalanan dari rumah nak ke stadium pun lebih kurang 15 minit jugak :)

Pagi tadi, husband saya dah gi beratur beli tiket.. Alhamdulillah, dapat tiketnya .. Jadi, malam ni dapat menonton di Stadium Larkin lah :)

Buat semua peminat-peminat bola sepak, jangan terlalu beremosi ok.. Kita tengok baik-baik. Tunjukkan teladan yang baik sesama kita. Walau berbeza pasukan yang kita sokong, jangan terlalu obses.. Wah, gitu.. hihihi..


- BIAR JASA JADI KENANGAN -


Semoga berjaya buat Pasukan Kedah !


"Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepada ku dan keluargaku... Ya Allah, aku mohon padaMu Ya Allah, kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah buatku dan suamiku(Roshazareeza dan Muhammad Sabri). Juga buat semua yang sedang menanti rezeki dariMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengasihani HambaMu ini, Ya Allah."








Ilmu

CARA BETUL WAKTU PENGAMBILAN UBAT

February 11, 2014



Selamat pagi.. Hai, apa khabar semuanya?.. Moga semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik :)

Tadi, singgah ke FB Klinik FB Dr Zubaidi, dan terjumpa cara betul waktu untuk pengambilan ubat. Sumber :Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. 

Jom tengok :



Baru tahu. Kalau sebelum ni, mesti kita makan tak ikut time yang betul kan?.. Bertambah lagi satu ilmu pagi ni. Oh ya, kepada mereka yang arif tentang bidang perubatan, betul ke ni?.. Kalau salah, tolong betulkan yer :) Sebelum ni, ada rakan yang bagitahu kena ambil ubat dalam jarak 4 jam?.. Ke macam mana ye?..


p/s : Masih selsema dan suhu badan panas... Tapi, tak ambil ubat dah. Cuma makan Pati Delima je..




bola sepak

SKUAD KEDAH TRAINING DI DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

February 10, 2014



Petang tadi, lepas balik keje pukul 5, terus ajak husband gi bandar. Apalagi, nak tengok dari dekat pasukan Kedah training untuk perlawanan suku akhir Piala FA esok malam. Semangat ni wei. hikhik. Dapat tahu dari FB yang dorang berlatih petang tadi. Tu yang nak gi tengok... 


Dapat tengok Badrul Bakhtiar dekat-dekat... Dan pemain-pemain yang lain. 

Apapun, semoga berjaya buat Pasukan Kedah.

Hijau Kuning negeriku.

Biar jasa jadi kenangan.


Harap-harap esok dapatlah tiket bola. Nak plan ngan husband. Lepas je hantar saya gi keja pukul 7 pagi, terus menuju ke Stadium. Beratur  beli tiket. Hikhik.... Nampaknya husband saya kena beratur soranglah. Nak buat macamana, isterinya ni kena kerja kan. 





amalan mulia

APA YANG AKAN KITA BAWA NANTI?

February 10, 2014




Selamat pagi kawan-kawan.. Apa khabar hari ni?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik... 

Sekadar perkongsian di pagi hari..... 


*************




komen

DAH HABIS BALAS JEJAK

February 09, 2014


Alhamdulillah, dah habis balas jejak... Kan seminggu ni tak berapa nak aktif.. Ada komen yang tak dibalas lagi.. So, satu hari ni dok balas jejak kawan-kawan yang sudi tinggalkan komen.. Terima kasih ye kawan-kawan sayang :)

Nak bukti?

Tengok kat bawah ni :







Percaya tak?.. Dah habis kan.. hihihi..

Lega hati ni :)

 Sekarang nak BW blog-blog yang lain pula.. Sape nak ikut?.. Jom kita konvoi ramai-ramai :) hikhik..

Selamat hari Ahad.. Selamat bercuti kawan-kawan.. Amboi bestnya ye berhujung minggu.. Gi makan kenduri lah, gi jalan-jalan lah.. hihi.. Kita ni je yang sedang bekerja.. Tapi, best la kerja hari Ahad ni .. Serius, best ! hihihi..



Makanan

RESEPI DAGING BAKAR SEDAP

February 08, 2014



Saya bukanlah Masterchef. Bukan juga tukang masak handalan. Saya hanyalah saya. Insan biasa yang suka memasak. 

Wah intro bukan main lagi kan. Bukan ape, saya ada juga share resepi dalam blog saya ni. Resepi yang simple-simple je.  Yang caranya mudah. Dan yang utama, ikut citarasa saya. Kadang-kadang sedap ditekak saya, tidak di tekak yang lain. hihihi.

Ok, berbalik pada tajuk di atas, Daging Bakar. Semua orang pun boleh buat daging bakar yang lagi sedap . Tapi kat sini, saya share cara saya, yang mudah. 


Bahan-bahan:
1/2 kg daging
3 ulas bawang merah
4 ulang bawang putih
Halia
Serai
Cili kering
Jintan manis
Biji ketumbar
Gula dan garam

*Agak-agak je ye. Ikut citarasa. Kalau nak pedas, lebihkan cili. Kisar semua bahan tu. Kemudian perao daging bersama bahan sebentar . Kemudian terus masuk dalam pemanggang ajaib. Mudah kan?.... 

Kalau makan daging bakar, kena cicah ayaq asam. Baru terangkat.. hihi.. 



Ni ayaq asam style saya la. Senang je. Kisar bawang besar, cili besar, gula dan garam bersama air asam jawa. Potong bawang besar dan tomato dalam bentuk dadu. Camourkan dengan bahan yang kita kisar tu. Kalau nak pedas, masukkan cili api sikit. Dah pun siap!

Selamat mencuba :-)



Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH

Makanan

MENU LUNCH HARI NI

February 08, 2014



Inilah menu lunch saya hari ni. Gulai udang, daging bakar dan ayaq asam. 


Hari ni suami saya cuti. Jadi, pagi tadi kitorang gi jogging kat Taman Merdeka, JB. Lepas jogging, terus gi pasar tani Larkin. Dapatlah beli daging segar. Dan beberapa jenis lauk sikit. Tu yang masak awal tadi. Lagi pula, baru je ambil pemanggang ajaib yang saya beli kat rumah mak. Cuti raya cina lepas, p ambil. Dari bulan 11 dah beli. Baru balik ambik. Nak buat macam mana kan. hikhik. Tu yang excited nak try bakar daging. 

Alhamdulillah.. Mudah je guna. Jimat masa pula kan. Lepas ni boleh try bakar ayam pulak. Ikan ke.. hihi... 

Alhamdulillah. Rezeki untuk hari ini. Kenyang... Masak lebih hari ni, suami saya bawak gi kem untuk kawan-kawan dia sikit :-)

Kawan-kawan, makan apa tengahari tadi?...   



Program TV

SEPAHTU JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2013

February 07, 2014



Wah tajuk bikin gempak jerr kan... Sebenarnya terlupa nak letak tanda soal. Iyelah tu terlupa.. Macam sengaja je.. hikhik. Strategi pemasaran lah katakan. muahahaha... 

"SEPAHTU JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2013 ? 


Sama-sama kita saksikan sebentar lagi. Tapi, dah tentulah saya sokong Sepahtu kan. Sokong gitu-gitu je la. Takdelah tahap nak mengundi sms bagai. hikhik...  Peserta lain ialah Jambu, Nabil, Bochey dan Shiro....


p/s : Sambil taip entry ni, mata dok kusyuk tengok bola. Pahang lawan JDT. Rancak tau... Duk duk duk jantungku. muahahaha.. 




astro

TONTON LIVE PAHANG LAWAN JDT !

February 07, 2014



Ada tak yang minat bola?.. Puan blog ni minat bola, jadi memang akan ada entry tentang bola la yer.. hihi..

Sebentar lagi, perlawanan yang ditunggu-tunggu.. Antara Pahang dan Johor Darul Takzim.. Bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Sape yang tak berkesempatan nak ke stadium, jangan risau ye. Tengok je kat Astro Arena, saluran 801. haa, apalagi. Ambil remote dan alih siaran.. hikhik...


Semoga perjalanan perlawanan ini berjalan lancar je. No no no kontroversi lagi... 

Ini liga kita, ini rumah kita. 

wah gitu....

Tak mau gaduh-gaduh ok....


Peace :-)



Pembetulan

PEMBETULAN ENTRY CARA KIRA BMI

February 07, 2014



Pagi tadi saya ada share cara macam mana nak tentukan BMI kita kan?.. Ada baca tak?.. Kalau belum baca, minta tolong scroll ke bawah. hihi....

Cara tu saya ambil dari FB... Ingatkan memang betul, itu cara altenatif kita nak tahu BMI kita. hihi. Rupa-rupanya tak. Sorry sesangat.... 

Terima kasih buat blogger Rai... Aduhhh...saya updated guna hp. Tak reti nak masukkan link. Tapi mesti semua kenal kan dengan Blogger Rai ni. Jom baca penerangan beliau :-

Terima kasih kak... Bertambah satu ilmu Ros hari ni... Peringatan untuk diri sendiri :- Sebelum share sesuatu, selidik dahulu.... Jangan percaya 100%.. Wah gitu... 




bus

ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADAMU YA ALLAH

February 07, 2014



Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan syukur Alhamdulillah.... kerana masih bernafas di Bumi Allah... 

Entry kali ni saya nak share dengan kengkawan apa yang berlaku masa cuti raya cina yang lepas. Oleh kerana ada hal penting, saya dan suami bergegas balik ke kampung di Kedah. Memang tak plan pun nak balik kampung. Dan saya pun tak ada apply cuti rehat. Petang Khamis tu(30 januari), kitorang ke Stesen bus Larkin cari tiket. Memang dah tahu, peluang nak nak dapat tiket macam tipis. Maklumlah cuti perayaan. Ramai yang dah beli tiket awal kan. Tapi kitorang pi je. Bila sampai, memang tiket balik Sungai Petani atau Alor Setar dah habis. Tinggal tiket bus tambahan. Kalau boleh, memang tak nak bus tambahan. Bila dah ronda satu stesen bus tu, dapatlah tiket bus. Tapi, ke Butterworth. Ok la. Boleh minta tolong ayah saya ambilkan nanti. Harganya?... Memang mahal. Nak tak nak, kena beli jugak. Sebab tak de pilihan. Satu tiket rm95. dua tiket dah rm190. Selalunya kalau ke Sungai Petani pun baru rm75. Butterworth lagi murah berbanding Sungai Petani. Tapi, tak apelah kan.  Bukan itu yang saya nak kongsikan sebenarnya. Hihi.

Sebenarnya nak ceritakan tentang perjalanan dari Kedah ke Jb. Kami balik kejap je kan kampung. Bukan bercuti lama. Masa balik tu, kami naik bus Mayangsari, dari Shahab Perdana, Alor Setar. Dapat seat 3 dari belakang. Nak dijadikan cerita, biasalah bila time perayaan dah tentu jalan jammed. Memang kenderaan banyak dan bergerak perlahan. Tapi , takde lah sampai terberhenti -henti dan sangkut. Lancar je. Bila sampai ke kawasan Gurun, tiba -tiba bus break kecemasan. Tapi, tak adalah terkejut sangat. Sebab bus bukan dalam keadaan laju.Syukur Alhamdulillah... tak ada yang tercedera. Nasib baik cuaca pun elok. Bukan hujan. Kalau hujan, jalan licin kan. 

Lepas tu, bus pun parking di tepi jalan kejap. Driver pun turun. Berbincang sesuatu dengan kenderaan yang terlibat. Kenderaan yang terlibat ialah Toyota Vios dan Estima. Toyota vios memang kemek kat bahagian belakang. Estima lah yang teruk. Depan belakang kena kan. Mujur, tam ada juga yang cedera. Syukur Alhamdulillah. Lepas tu, kitorang di bawa ke Valai Trafik Sungai Petani. Untuk buat laporan... Adalah dalam dua jam jugak. Driver siap suruh kitorang turun gi makan atau pi tandas dulu. Memang berbudi bahasa driver bus tu. 

Puncanya?.. Sebenarnya ada kemalangan di laluan bertentangan. Biasalah, kalau belah sana yang accident, belah sini kan lebih prihatin. Nak tengok apa yang jadi. Bila kenderaan depan break mengejut, yang belakang semua terpaksa break mengejut juga kan. Dan, kalau bus break mebgejut, still akan kena kereta hadapan. Nasib baik tak ada yang tercedera dan nasib baik juga bus dalam keadaan yang perlahan. Sebenarnya, saya agak terkejut melihat keadaan kereta Estima yang berada depan bus ni.  Dalam keadaan bus yang perlahan pun, teruk kemek kereta estima tu tau. Kalau laju? Ya Allah.. Moga dijauhkan... 

Apapun yang berlaku, semuanya ada hikmah kan. 
Bersyukur dengan apa yang terjadi. 
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah.... 




Family

GELAGAT BABY ARIF MAKAN NASI

February 07, 2014



Jom layan antara gambar Baby Arif yang sempat saya ambik. Masa dok tengah makan nasi..Selalu makan bersual je ngan nenek. Tapi hari tu, nak makan sendiri pula. Maklumlah Mak Ude yang masak. eh ada kena mengena ke ?. huahua....





Seronok  tengok anak sedara makan... Happy je rasa... Mak Ude sayang semua anak -anak sedara Mak Ude!



Family

GAMBAR TERBARU BABY MAT

February 07, 2014





Inilah dia antara my sweetheart, Baby Mat. Gambar terbaru, masih panas gitu. Huahuahua... Gambar masa saya balik Kedah , cuti tahun baru cina baru ni...  Tengoklah lidah dia tu. Hihihi... memang gitulah dia... Rindunya..... Tambah-tambah sekarang ni dah petah bercakap.. Seronok bebenor berbual ngan dia.  

Antara dialog baby Mat :

Mak Ude, mak ude, mak ude...bertukar...
Mat ultramen mebius, mak ude ultraman Gaia. 
Mak ude, mat nak ikut mak ude balik Johor?...

Alahai...kalau Mak Ude bawa Mat balik Johor, nangis ibu Mat nanti. hahahah....



Petua

CARA MUDAH UKUR BMI

February 07, 2014



Hai selamat pagi... Selamat bekerja bagi yang sedang bekerja.. Selamat bercuti  bagi warga Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor...  Apa khabar semuanya?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik... 

Ok, hari ni nak cerita berkenaan BMI... Bukan nak bagi tips bagaimana nak dapatkan berat badan yang ideal.(puan blog pun dah berlebihan ni. hukhuk)..

Selalunya kalau kita nak tahu BMI kita, kena kira kan.? Ada satu formula kan? Kena tahu berapa berat kita, berapa pula tinggi kita.. Lepas tu, nak kena kali dan bahagi segala bagai kan?...Oh no no... Macam mana pula kalau kita tak sempat pi timbang?...

K, jangan risau.. Kini, saya ada jalan penyelesaiannya.. Bukan saya yang cipta cara ni, cuma saya ambil dari FB je. hihihi...

Caranya amat mudah. Jom tengok :-


Guna jari pun boleh kan?.. Mudah je... Dah cuba ke belum ni?.. Haa, macam mana?.. Ideal ke berlebihan?. Opsss... hihi...





bola sepak

KEMELUT JDT DAN T TEAM

February 06, 2014



Mesti ramai yang dah tahu tentang kemelut antara pasukan JDT dan T TEAM kan?. Perlawanan yang terhenti tanpa separuh masa kedua. Ada berbagai dakwaan tentang perlawanan ni. Tapi bukan tu yang saya nak ulas. Sebab dah terlalu banyak versi kan... 

Seperti yang semua sedia maklum. Sebentar tadi Pihak FAM telah bermesyuarat berkenaan status perlawanan ini. Dan keputusan telah pun diketahui. JDT layak ke suku akhir untuk menentang Kedah. Berikut merupakan kenyataan pihak FAM di ruangan facebooknya :-



Ada yang tak tahu kenapa kemenangan 3-0 diberikan kepada JDT kan?...  jom baca yang ni pula:



Yang pasti, keputusan ini akan membawa seribu satu persoalan kepada peminat T TEAM. Ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan FAM ini. Hal ini kerana pada pertemuan antara JDT DAN PAHANG tahun lepas di mana JDT enggan meneruskan perlawanan, walaupun pihak polis telah mengesahkan keselamatan di dalam stadium. Pihak FAM telah membuat keputusan perlawanan diadakan di tempat yang berkecuali dan tidak pula memberikan kemenangan kepada pasukan Pahang. tetapi kini, kemenangan diberikan kepada JDT atas alasan T Team menarik diri. Bagaimana dengan dakwaan pasukan T Team yang tercedera? Ops, sungguhla kontroversi... 

Apapun JDT bakal bertemu Kedah di Larkin untuk suku akhir pertama pada 11 hb 2 (selasa) dan di Alor Star pada 18 hb 2(selasa) untuk suku akhir kedua....

Semoga bola sepak negara kita bertambah maju... Janganlah kita terlalu taksub terhadap sesebuah pasukan sehingga sanggup memaki saudara kita sendiri. Be a profesional. 

Pasukan pilihan saya? 

Dah tentu KEDAH negeriku...

"Biar jasa jadi kenangan"







pencapaian

PENGOMEN SETIA JANUARI 2014

February 06, 2014



Rasa macam lama je tak buat entry baru. Maklumlah cuti seminggu dari berblog.. Entry pagi tadi tu, entry pertama sayalah kiranya, entry join contest Kak Ina(Intan Berlian)... 

Cuti tahun baru cina.. Tapi, bukan cuti pun sebenarnya.. Cuma kekangan masa dan tenaga yang membataskan nak jenguk blog sendiri.. hihihi...

Hari ni pun, masih demam,selsema dan batuk.. Cuti sakit dua hari, masa hari Isnin dan Selasa. Semalam, Rabu dah naik kerja dah.. Tetap ku gagahi... sakit ni kan kifarah dosa.. Terima dengan hati yang tenang.. Walau ada suara-suara yang mempersoalkan MC saya, saya tak ambil hati pun. Biarlah, tak kena batang hidung sendiri, memang takkan tahu.. Kalau dah kena, baru tahu kan :) Apapun, senyum je yer :) Tak nak stress-stress... Tak elok untuk kesihatan dan kecantikan diri. wah, gitu....

Ok, berbalik pada tajuk asal entry ni, Pengomen Setia Januari 2014.. Agak terlambat nak umumkan.. Tapi, takpe, nak letak jugak...

Inilah dia :



Terima kasih buat semua yang tersenarai, juga buat yang tidak tersenarai.. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya, baca entry saya, dan meninggalkan komen :)


***************




FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS