WORDLESS WEDNESDAY #33 : NASI GORENG LEMBAH ASMARA INILAH CINTAKU - INILAH REALITI

Wednesday, 26 February 2014

WORDLESS WEDNESDAY #33 : NASI GORENG LEMBAH ASMARA INILAH CINTAKU




Asalnya nak buat entry wordless tadi. Tapi, bila dah  masuk gambar, tak jadilah nak  wordless. Nak buat entry biasa je. Tapi, tak nak tukar tajuk tu. Biar je ada wordless tu. hihihi..

Wah nama nasi goreng dah merapu bagaikan.. hihi.. Biarlah, asal saya bahagia.. Bahagia ker?..

Nasi Goreng Lembah Asmara Inilah Cintaku..

Nasi ni saya buat sendiri malam tadi. Semalam, saya saya tak gi kerja pun. MC. Tak sihat lagi kan. Tapi, suami saya ni kerja seharian. Malam pun balik dah lewat.. Masa pukul 8 tu, saya call beliau, tanya nak makan tak balik nanti?.. Beliau jawab, tak kot. sebab mungkin balik lewat.. Ok, saya pun terus menuju ke dapur masterchef saya tu.. Perut ni dah bernyanyi lagu Gadis Jelobu nyanyian WARIS ft Datuk Hattan kan.. Bila sampai dapur, saya dapat cabaran peti misteri. So kena masak apa yang ada je lah kan.. hihi.. Gurau yer.. Sebenarnya, kat dapur saya tak de barang sangat sebab dah seminggu tak memasak. Sebab dua-dua tak sihat, asyik makan roti cicah milo je.. hihihi.. Buka peti ais, ada telur, ikan masin, segala macam cili, kicap, perencah tomyam dan beberapa bahan kering. Bahan basah tak hado k. 

Tapi, sebagai peserta Masterchef yang berjaya, saya anggap ianya sebagai cabaran. Cewahh.. hahahha... Terus p "jerang' nasi.. Kupas bawang, tumbuk cili, goreng telur, goreng ikan masin. Bila nasi dah masak, terus goreng ala-ala kedai makan. Cheng...cheng... Dah siap.. hihihi... Potong buah tomato sikit, hias serba sikit, bagi menaikkan nafsu makan.. 

Alhamdulillah, sedap di tekak saya, dan kenyang.... hihihi....



35 comments:

  1. nasib dah lunch kalau tidak memeylah... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. kering tekak kalau nak order nasi goreng ni he3

    ReplyDelete
  3. amboiii nama nasi goreng tu yg x menahan tu..haha.. alhamdulillah kenyang ni smpai ke lembah perut.. haha..

    ReplyDelete
  4. @Farah Waheda Wahidala, kak farah. ni nasi goreng terkejut namanya ni. hihi.. takde bahan.

    ReplyDelete
  5. @liakalau macam tu, kena order sup kosong la :)hikhik

    ReplyDelete
  6. @Deqla Manjewhahaha, kan. nama nak bombastik je..

    ReplyDelete
  7. betul betul krna pandai pandai tackle nak naikkan selera makan.x semestinya nak pi kedai baru boleh makan mcm ni kan.. hihi

    dh baik ke blom ni?
    panjangnya nama? jenuh nk mengebut tau

    ReplyDelete
  8. sedapnya ada tomato, saya suka tomato :)

    ReplyDelete
  9. panjangnya nama.. lenkali susah nak order ni.. kikiki..

    tahun depan boleh masuk masterchef.. :)

    ReplyDelete
  10. Yummy...variety lauk dia...asal kena dengan selera kan...wah nama....ok jerr apa...

    ReplyDelete
  11. huihh nikmatnyer.
    Maaf la saya stuck kat tang milo tu, duk terbayang2 milo jer skang ni. aeh pasal apa saya minta maaf pulak huhuhu.

    ReplyDelete
  12. amboi.. nama x menahan.. hehehehe

    ReplyDelete
  13. rajinnye la menghias walau hanya utk mkn sendiri..hehe..menambah selera makan mungkin?hehe

    ReplyDelete
  14. wow...nama nasi goreng dia....
    terus sihat kalau org demam makan nie.. sbb berbunga bunga cinta yg keluar masa makan..ehe

    ReplyDelete
  15. sy nganhasben suka makan nasi goreng...jap2 nasik goreng..jap2 nasi goreng

    ReplyDelete
  16. aku kalau buat nasi goreng pun suka goreng sekali ikan masin...sedap kan...

    ReplyDelete
  17. Kemahenn kak nama masakan akk..hohoho :D

    ReplyDelete
  18. Ros...jnji knyang..ad susmi tu lain plak cite ye.hihihi

    ReplyDelete
  19. @Haryati Faizal untuk tekak sendiri, memang sedap :)

    ReplyDelete
  20. @QasehnyaRania bila mood rajin tu mai, mulalah nak deco bagai kan ciksu.. Ros still batuk la ciksu :(

    ReplyDelete
  21. @Tihara samalah .. feveret Ros juga tomato ni :)

    ReplyDelete
  22. @Chic Na tak dapat kat mana mana kedai ni Cikna..hihihi.. kat sini je ada ..

    ReplyDelete
  23. @HeNRieTTa JoSe simple je. hihi.. telur dan ikan masin :)

    ReplyDelete
  24. @Nastyna eh eh dah kenapa minta maaf.. hihi.. gi buat cepat air milo :)

    ReplyDelete
  25. @Pha Is nama mesti kena bagi gempak :)

    ReplyDelete
  26. @msredcheesecake kan,.. nasi goreng ni simple, tapi sedap kan. makan selalu pun tak jemu :)

    ReplyDelete
  27. @wahida iye, bila ada ikan masin tu yang buat nak menambah jer.. hihihi

    ReplyDelete
  28. @Atiqah Wadiah biasalah, bab kasi nama ni, bagi akak je..

    ReplyDelete
  29. @ayut Alhamdulillah kenyang Ayut :)

    ReplyDelete
  30. Wah...tajuk nasi goreng tu yang tak tahan..hihihhh...

    ReplyDelete