Monday, March 24, 2014

RESEPI AYAM PERCIK SEDAP !



Kat sini saya nak kongsikan resepi ayam percik yang mudah dan sedap :)

Inilah dia rupa ayam percik versi Ros. Versi Ros?.. Ros kan nama saya. Saje gatal nak jugak letak nama sendiri . hihihi.



Bahan-bahan :

Untuk kisar - Bawang merah, bawang putih, halia, serai, cili kering.
Santan
ayam
Serbuk kunyit
Garam

Cara-cara :

1) Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panggang dulu. Boleh guna pemanggang ajaib. Kalau tak de, boleh je guna kuali ke, bekas pemanggang ke kan. Ayam tu jangan lupa kelar-kelar sikit isi dia ye. Supaya isi dalam masak dengan sekata. Takdelah nanti ayam kita luar masak, dalam tak masak nanti :)

2) Sambil tu, boleh campurkan bahan kisar dan santan dalam periuk. Masak atas api yang perlahan dan sentiasa kacau. Masukkan garam. Agak-agak je ye masak tu. Kalau saya, suka yang pekat-pekat. Ada yang suka berkuah.. 

3 ) Lepas tu, panggang lagi sekali ayam kita tu berserta dengan kuah percik dia. Barulah dia macam sebati kat dalam isi ayam tu kan. ada yang suka letak kuah tu atas ayam dan terus makan. Tapi, kalau saya suka panggang lagi sekali. Baru mesra kan. 

Senang kan?.. Mudah je. Tak payah susah-susah nak beli lagi kat pasar malam. Buat sendiri je kat rumah..

Selamat mencuba :)


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH

18 comments:

  1. ok boleh cuba ni, thanks for sharing ros... salam isnin ros...

    ReplyDelete
  2. sedapnya...pekat kuahnya..
    bilala nak rajin cam Ros..:)

    ReplyDelete
  3. ermmmm dap nyer....... lg sedap kalau org buatkan he3

    ReplyDelete
  4. ah, lom masak lg mcm terbau2 je ayam percik ni :p

    ReplyDelete
  5. SedapNya ros... Memang nampak mudah tu ;)

    ReplyDelete
  6. kalau rajin smuanya lebih sedap dan mudah...

    ReplyDelete
  7. perkh sedapnyer... ni feveret akak nih, kene cube gk nih

    ReplyDelete
  8. Waw sedapnya ayam percik ros
    Thanks resepinya :)

    ReplyDelete
  9. wahh...kalau bakar guna arang..harum semerbak satu taman...

    ReplyDelete
  10. sedapnya.. cptlah mood yui rajin..huhu..leh buat

    ReplyDelete
  11. nampak sedap ayam tu..dengan kuah y pekat tu..thanks share resepi ni..

    ReplyDelete
  12. time bulan puasa kalau buat ni mmg sedap la kan makan.
    adik ciksu bulan puasa niaga ayam golek.eh, ada kena mengena ke.kiki

    ReplyDelete
  13. setuju ngan komen ciksu.. mmg time bulan pose femes ayam percik nih.. deqla pun suka.. teringat arwah mak buat.. sdp sgt.. sekrg ni mana nk dpt rasa yg sama mcm mak buat.. hukhuk..

    ReplyDelete
  14. Wlupun kdg2x tu dh buat ttp j gk rasa nk bli..hahaha.nmpk x nafsu tu cane..

    ReplyDelete