SAMBAL IKAN SELAR YANG SIMPLE TAPI MENYELERAKAN

March 25, 2014



Amboi, panjangnya tajuk entry ni kan.  Nak cerita berkenaan sambal je pun. Hihihi.. Sebenarnya, saya ni memang penggemar sambal. sama macam kakak saya, Kakyang jugak. Tak kisahlah sambal apa pun. sambal ikan ke, sambal ayam, sambal udang, sambal sotong, sambal belacan. Asalkan namanya sambal, semua pun saya suka. 

Tapi kan, sejak saya kahwin ni, saya suka masak sambal ikan versi lain. Versi apa tu?.. Saya suka kalau sambal ikan saya kehitam-hitaman sikit. Bukan hitam legam ye. Cuma warna dia gelap sikit je. Tapi, untuk ikan je lah. Kalau yang lain, saya suka merah terang!

Kat bawah ni contoh sambal hitam ikan yang pernah saya buat. Sambal ikan selar hitam si tompok manggis. Hihihi..




Resepi? Eh janganlah.. malu saya.. hihi..

Masak macam sambal biasa je. Cuma saya tambah kicap.

Ok, saya tetpa nak tulis jugak resepi sambal ni. Boleh buat kenang-kenangan diri saya jugak kan.

Bahan-bahan :

Ikan selar - goreng dulu, gaul garam dan serbuk kunyit.
Untuk kisar - Bawang merah, Bawang putih, Cilil kering.
Kicap
Asam keping
Garam

Cara-cara :

Goreng ikan yang dah kita gaul garam dan kunyit. Jenis saya, saya memang suka goreng dulu ikan atau ayam yang nak dibuat sambal. Setengah orang tak suka goreng. Tapi, saya suka ikan yang garing-garing.

Tumis Bawang yang kita kisar tadi. Bila dah naik bau, masukkan cili kering. Biar sampai cili tu masak. Tambah air kalau perlu. Masukkan asam keping. Kemudian, masukkan kicap. Agak-agak je banyak mana nak masuk. Kacau-kacau. Masa ni, sambal kita akan jadi pekat tau. Terus masukkan ikan. Perasakan dengan garam. Tadaa, dah pun siap. 

Senang je kan :)

Selamat mencuba!

~ Menu simple di kala kesibukan ~






You Might Also Like

11 comments

  1. biasanya kan, menu simple camni la yang paling sedap,tau..

    ReplyDelete
  2. sedap ni mkn dengan nasi panas2..

    ReplyDelete
  3. kite pn suka sambal. rasa mcm sng nak msk.
    simple tp tambah nasi berpinggan pinggan

    ReplyDelete
  4. datang sini ..mesti lapar..sedapnya..ikan sambal..nasi panas2..

    ReplyDelete
  5. sama mcm mak ciksu.suka sangat kalau buat sambal suka letak kicapmkasik hitam hitam sikit katanya.
    ikan selar ciksu x makan la.

    ReplyDelete
  6. boleh tolong hantar menu ni x kat opis deqla x.. kesian tau tgh terliur ni.. ngidam tau.. hahahaha...

    ReplyDelete
  7. Mtk tlg ros lpasni msakan utk ayut la...simple pon rasa sedap best jgk
    .hahaha

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS