#1 :PERKEMBANGAN DIET

April 10, 2014




Ye, saya dalam proses diet.. Tapi, bukanlah DIET yang ketat.. Mula teguhkan diri nak berdiet pada 19/03/2014. Boleh baca entry ni : MOGA KUAT HADAPI GODAAN.

Alhamdulillah, boleh ikut dengan diet yang ditentukan diri sendiri. Kawal jumlah pemakanan sendiri.. Tapi, 3 hari lepas diet tu, family kakak saya datang rumah dari Kedah , stop diet selama 3 hari. Iyalah, bukan selalu nak jumpa kakak.. Bawak makan tempat best, masak sendiri. hihi.. Lepas kakak balik, mak dan anak sedara saya datang dari Kedah. Kan cuti sekolah.. Mak duduk seminggu. Memang tak dietlah.. Rugi beb.. Mak datang.. Mak masak dah tentu sedap. Dahla jarang nak merasa masakan mak kan. Maklumlah jauh, Johor ke Kedah..

Lepas seminggu dari cuti sekolah tu, mak balik Kedah semula ngan anak buah. So, pada tanggal 1 April, saya start balik diet. hihi.. Alhadmulillah, badan ni boleh ikut dengan cara diet sendiri.. Saya bukan diet ATKINS ke diet apa ke. Sebab tak pandai lagi bab-bab tu. Cuma, saya rajin kira kalori .. Saya ada baca satu blog ni, diet ikut kalori.. Kira berapa jumlah kalori yang badan kita perlukan sehari, dan cuba kurangkan sedikit jumlah kalori makan yang kita ambil. Bab nasi, memang saya cuba untuk elak. Tapi, tak elak sepenuhnya,... Saya masih makan nasi hingga hari ni. Cuma bukan hari-hari.. Ada hari yang saya tak makan nasi. Ada hari yang saya makan nasi, contohnya bila keluar makan ngan CIk Abg,kan. hihi.. Kat rumah sekarang ni, memang dah jarang masak.. Sebab hanya makan biskut je.. hihi.. Malam pun jarang makan. Air masak memang banyak minum.. Satu perangai saya sekarang ni, jarang ambil sarapan. Tak rasa lapar sangat,.. Dari situ, saya dah boleh jimat kalori kan. So, boleh lah makan nasi sikit,... hihi..

Setakat ni, saya rasa ok dengan cara saya.. Lepas ni, nak cuba lagi berdisplin.. Bukan apa, kadang-kadang bukan lapar pun, hanya nafsu je yang buat saya ni nak makan. hikhik.. Kakak saya, hari-hari call tanya jadual pemakanan saya. Hihi.. Bukan apa, saya nak start diet dulu pun, lepas melihat kesan positif kakak saya. Tapi, dia memang displin. Memang tak ambil nasi, makanan manis, air manis, berlemak.. 
Alhamdulillah, sekarang ni saya hanya minum air masak. Bila kita dah biasa, tak rasa pun nak minum air manis atau air sejuk ni.. 

Untuk pengetahuan, saya berdiet ni bukan sebab nak kurus semata-mata. Tapi, lebih kepada kesihatan diri sendiri.. Sekarang ni kategori badan saya ni berlebihan berat badan.. Peningkatan berat yang mendadak selepas berkahwin. Tapi, saya tak setuju dengan statement sesetengah orang bahawa, bila kahwin je berat mesti naik. TIDAK. Bergantung pada diri kita jugak sebenarnya.. Sikap saya sendiri yang ambil sambil lewa tentang kesihatan diri.. Saya pernah rasa gemuk. Lepas dapat kerja di KL, berat saya turun, mungkin sebab gaya hidup masa tu. Pergi kerja jalan kaki je selama 25 minit setiap hari. Pergi balik dah berapa minit kan. Lepas tu, kalau keluar pun jalan kaki lagi dari rumah nak ke stesen LRT. Masa tu memang berat saya normal.. Namun, bila kahwin, dan berpindah ke JB. Mana ada jalan kaki dah. Pergi kerja naik motor atau kereta.. Cuma mengharapkan aktiviti naik turun tangga je lah. sebab rumah saya atas sekali, tingkat 4.. hihi.

Oleh sebab tu, saya nekad nak kurangkan berat badan di paras normal.. Doakan saya kuat dan berjaya :)

Terima kasih kawan-kawan!

p/s : Jumlah penurunan setakat ni, 3 kg. Alhamdulillah..  



You Might Also Like

25 comments

  1. ros boleh juga buat jus buah buahan.
    yg penting jgn tambah gula.minum yg ori
    in shaa Allah.kalau nk bagi rasa manis tu ok la.

    ephyra amik lgi x..jgn stop tau.. :)

    ReplyDelete
  2. not bad lah dah turun 3 kilo... moga terus berusaha..

    ReplyDelete
  3. salam singgah. saya ni jenis tak naik-naik tak turun-turun. maintain ja. sebelum kawin gitu, selepas kawin pun gitu. metabolisme badan tinggi sama ni :D

    ReplyDelete
  4. wahhh!berjaya jugak tu kak kalau turun 3kg..semoga berjaya dalam cabaran berdiet tu..ehehe

    ReplyDelete
  5. Alhmdlh... byk jugak penurunan tu...

    ReplyDelete
  6. Hehe diet kita pun selalu kantoi atas sebab-sebab tertentu hahaha ><

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah lepas 8 bulan beranak ni org kata sy dah kurus..
    ekeh..kemabg setaman.

    sy ni dr kecil memang tak pernh gemuk..cuma bila umur dh meningkat, pas kahwin memang berat naik..evan dekat nak kahwin lg start naik..

    tp sy rasa seksi sikit ada lemak sikit, dr dulu2..kurus melidi je.

    ReplyDelete
  8. sy juga..tgh trnkn ke berat badan asal after bersalin..apa salahnya kalau berdiet..kurangkan jumlah mkn..bkn xmakan langsung kan..kan..

    ReplyDelete
  9. Moga Allah permudahkan urusan.
    Nak diet jugakkk cenggini. Tapi sokmo tergoda. Sobss

    ReplyDelete
  10. ayu pn sntiasa on diet klu brt naik..hiih..xskip sgt nasi ke apa mkn mcm biasa cma mlm xambl mknn brt lpas pkl 7..alhamdulillah blh maintain.hihi

    ReplyDelete
  11. good luck!!

    sebenarnya..kurang elok habit tak makan pagi tu..walau pun kita tak lapar..tapi sebenarnya masa tu yg badan kita paling aktif.. jadi paling baik makan pagi.. dan kurangkan makan tengah hari dan kalau boleh elak dari makan makanan berat masa makan malam.. the best makan malam sebelum pukul 8.. apa pun.. semoga berjaya..

    ReplyDelete
  12. chaiyokk sis.. semoga dipermudahkan ! diet dgn betul insyaAllah boleh dpt kesihatan yg lebih baik

    ReplyDelete
  13. usaha dan niat yang penting...tapi kena diet yang betul..karang ada penyakit plak lain datang gara2 nak diet gak..heee

    ReplyDelete
  14. macam samajer.. macam samajer.. akak tak boleh beratkin diet sebab tak boleh nak elak karbohidrat lama2.. memang cuba kira kalori..

    ReplyDelete
  15. Selamat berdiet Ros... akak pun baru berjaya turun kan 1 kg jer ni.. akak pun diet sendiri..

    ReplyDelete
  16. betui.. diet bukan setakat pemakanan, kena banyakkan bergerak jugak, kalau kurus tapi lembik cam yayur pun tak jadi apa. I dulu pun masa muda pernah terlebih berat, diet makan semata mmg tak jadi. All the best to u.

    ReplyDelete
  17. tapi kalau betul-betul nak diet...sarapan jangan tinggal...

    ReplyDelete
  18. byk 3kg tu ros....good luck ros...jgn hangat2 taik ayam tau...n dun give up

    ReplyDelete
  19. Akak pn tgh diet....tp bile diet mik sarapan tuh perlu nti tghri xmjn byk sbb dh knyg...akak pun skang kurg mik nasi

    ReplyDelete
  20. Xpe ros..pelan2x...diet ikut kemampuan.tp ayut dgr klu diet ni sarapn pg tu penting.ikut ros xplak..huhu.ikut org agknya...

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS