ANTARA ISI AYAM DAN BURUNG PUYUH...



Hai, apa khabar?.. Semoga semuanya  berada dalam keadaan yang sihat.. Selamat bekerja untuk diri sendiri dan untuk semua yang bekerja pada hari ini.. Yang cuti tu, jangan dok tengok melodi sangatlah.. hihihi.. Mesti ramai yang keluar kan.. Jalan-jalan dengan family..

Alkisahnya, husband saya sepatutnya kena berpindah ke Kem baru pagi semalam.. Yang saya ni pun ingat dia dah ke sana. Sebab bila sms tanya dah gerak ke, dia jawab dah.. Tanya lagi dah sampai kat mana?.. Siap jawab atas highway. So, saya tak nak ganggu dia drive la kan.. Dorang kena berkumpul di Kem, pastu balik ke rumah , tunggu Kontena datang.. Pindah ni pun secara berperingkat. Bukan semua sekali gus.. So, husband saya pun tunggu kat rumah lama kami la dengan kawan-kawan dia, menunggu kontena..  Lepas tu kan, dalma pukul 7.50 malam, ada orang ketuk pintu.. Saya buat tak tahu je. Dah tu, dia bagi salam.. Eh, tu suara suami saya.. Apalagi melompat bintang lah saya.. Heheheh.. Terus buka pintu.. Rupanya dia saja nak suprise saya.. Saje je bagitahu kat saya yang dia dah gerak.. Sebenarnya, ada separuh je yang dapat bergerak ke Kem baru tu. Yang lain bergerak hari ini, sebab kontena tak muat barang.. Suami saya bergerak pagi ni lah.. So sedihhh...

Malam tu , kami keluar makan kat luar.. Gi kedai yang biasa jugak kitorang singgah .. Husband order nasi putih, puyuh goreng dan sup. Saya pula nasi goreng ikan masin. Masa tengah dok makan tu, ada seekor kucing ni datang ke meja kami, dok mengiau.. Banyak meja kat situ.. Malam tu memang ramai orang.. Tak tahu kenapa dia tak gi kat orang lain.. Dia dok kat meja kami. Saya ni kat penakut dengan kucing.. Masa dok nak mula makan tu, dia dah mengiau. Tapi, kucing ni agresif sikit. Dia bukan mengiau kat bawah. Tapi dia lompat kat kerusi.. So, saya ni asyik terkejut je. Husband saya dah tergelak-gelak kat saya.. Husband saya ulur kat kucing tu puyuh. Tapi, kucing tu tak makan pun. Dia buat tak tahu je. Pastu, dia naik balik kat kerusi tu sambil bukak mulut. Mata saya dok pandang gigi dia je,. hihi. Tajam.. dasar penakut kan. hikhik. Saya tengok kat nasi goreng ikan masin saya tu ada isi ayam. Saya pun bagi isi ayam tu. Dia makan tau.. Owh.. nak ayam ye sayang.. Saya pun terus je bagi isi-isi ayam kat nasi goreng tu.. Itulah saje cerita kat kedai makan tu.  

Gambar kat bawah ni sekadar hiasan.. Kucing yang malam tu, bapak kucing kot, sebab macam garang je. hihihi...



Lepas tu, bila balik rumah terus terpacak depan tv. Tengok cerekarama "KAKAK".. Lakonan Yana Samsudin.. Alahai, sedihnya drama tu.. Pengorbanan seorang kakak buat adik dia.. Yang adik tu, ishhh geram saya tau.. Asyiklah salah sangka.. Sian kat kakak tu.. huhu.. Memang berjurai-jurai air mata yang jatuh tau.. Husband saya pulak, bila dia nampak air mata saya nak keluar, terus dia main tv, ngusik.. hikhik.. 
Apapun, memang terbaiklah drama tu!




Previous
Next Post »

13 comments

Click here for comments
18 May 2014 at 14:49 ×

saya doakan semoga mudah dimurahkan rezeki dari zuriat yang banyak.

kedua drama "kakak" tu memang sedih. lagi sedih klau anak-anak buat macam tu kat ibu bapa mereka.

Balas
avatar
admin
18 May 2014 at 14:51 ×

Kucing jantan rupanya padan lah layan ayam ros kasi....hehe..

Balas
avatar
admin
18 May 2014 at 19:27 ×

binatang ni boleh cium kalau kita takut atau tak suka depa, sebab tu kot suka sangat dia ngan ayam from ur fried rice hehehehe.

Balas
avatar
admin
18 May 2014 at 20:05 ×

ooo.baru pergi pagi tadi la ye..
skrg ros ddk mana?
ala, tak tgk pon cter tu...

kalau ciksu pilih puyuh. hikhik

Balas
avatar
admin
18 May 2014 at 21:13 ×

kucing pun pandai memilih jugak..

ita pun tengok cite 'kakak'..memang sedih..
memang menyampah giler kat adik dia tu..tak sedar diri sungguh..

Balas
avatar
admin
18 May 2014 at 22:19 ×

mcm kucing sy, whiskas takmo tapi nasi dia nak. kucing kampung betul lah. hehehe

Balas
avatar
admin
19 May 2014 at 09:30 ×

nk pindah mana cik abg ko dik?

pandai kucin tuh dia saja nk bermanja ngn ko kan dik

Balas
avatar
admin
19 May 2014 at 09:35 ×

oo.. kuching tak makan daging puyuh ker.. baru tau..:D

Balas
avatar
admin
19 May 2014 at 11:44 ×

kekadang kucing kat kedai pun pandai memilih dah..
ada sekali ikan siakap dia tak nak
ikan talapia dia nak pulak..huhu :)

Balas
avatar
admin
19 May 2014 at 12:07 ×

buat baik kat binatang, dapat keberkatan...amin...

Balas
avatar
admin
19 May 2014 at 14:53 ×

a’mart kat ne ros?
hihi.ciksu x tau la.
yg ciksu tau kip mart n c’mart je. hihi

Balas
avatar
admin
19 May 2014 at 18:38 ×

hehe bagus2, tak semua orang buat mcm tu kat kucing.. kesian mereka kelaparan :P Selalu tgk org dok sepak2 kucing dengan campak air nak halau depa.. :/

Balas
avatar
admin
23 May 2014 at 20:36 ×

Alololo..meow nk mkn ayam..memilih..hahaha..

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment