Tuesday, June 24, 2014

PANTAI MINYAK BEKU DI BATU PAHAT



Alkisahnya, Jumaat lepas, saya habis kursus.. Bertolak dari Putrajaya sekitar jam 1 tengahari. Perjalanan menuju ke Johor Bahru lah kan. Semua tak sabar nak balik rumah masing-masing, untuk  berjumpa insan tersayang.. Maklumlah kursus tu 5 hari. Kitorang peserta kursus 5 orang. dan tambah seorang pemandu, semuanya 6 oranglah kan. Macam saya ni, dah biasa. Jumpa seminggu sekali. Macam diorang ni, opkoslah rindu datang bertandangkan :) hihihi..

Tapi, saya tak balik Johor Bahru. Saya minta pemandu jabatan turunkan saya di Tol Ayer Hitam.. Senang sikit.. Suami saya tunggu kat situ je. Tak yah patah balik ke JB. Saya sampai situ  lebih kurang pukul 5 lebihlah.. So, apalagi, tiba-tiba je suami saya bawa ke Pantai Minyak Beku di Batu Pahat ni. Sepanjang lebih kurang dua bulan suami saya kat Batu Pahat, belum pernah lagi pi sana. So, saja lah nak tengok pantai tu macam mana kan.. Kitorang pun terus menuju ke sana.. Sampai sana lebih kurang jam 6 petang. Ramai jugak orang masa tu. Mungkin sebab hari Jumaat.. Sebab kat Johor kan cuti.. Ada dua tiga kedai yang bukak.. Sempatlah kitorang mengisi perut. hihi.. Saya order mihun sup dan suami saya mee goreng. Air pulak suami saya air Nescafe Ais dan saya ABC. Gambar?.. Ops sory.. tak ada.. hihihi,,

Jom layan beberapa keping keindahan pantai yang sempat saya ambil...





Niat mulanya nak tunggu matahari terbenam.. Tapi, tak jadilah. Takut pulak balik rumah lewat-lewat ni. Hihihi...Sebab tempat tak biasa kan.. Pantai ni jauh ke dalam.. Orang Batu Pahat tahu lah kan.. Cer tanya seorang blogger dari Batu Pahat, AYUT :) Maklumlah saya ni masih baru kat situ kan...










10 comments:

  1. Kakak ni walau dah selalu ulang-alik balik kampung tapi lama betul tak ke Minyak Beku ini Ros. Dulu masa sekolah adalah... sekarang dah tambah cantik ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanaallah... memang cantik da tempat nih.. saya pon selalu lepak kat sini..hehe saya rasa ni tarikan paling best kat Batu Pahat. Follow back my blog ye sis
      http://itsfarziana.blogspot.com/

      Delete
  2. subhanallah....suka tgk gambar pantai ni...tenang je

    ReplyDelete
  3. suka la.mesti tenang dan berangin je kan..
    ddk area johor senang nak tgk laut.hihi.
    kalau tak ke stulang boleh ke danga bay..

    ReplyDelete
  4. cantiknye....unik nama dia...bru pertama kali rietta dgr nie...

    ReplyDelete
  5. pantai minyak beku...lain dr yg lain namanya..:)

    ReplyDelete
  6. unik nama pantainya... tp bila angin sepoi2 bahasa.. nyamannya duk dekat pantai

    ReplyDelete
  7. Allah..damainya.. teringin nak pergi ke johor dan pantainya.. tengah plan nak ke pulau rawa.

    ReplyDelete