BALIK KAMPUNG !

July 06, 2014




Alhamdulillah.. Dapat juga balik kampung.. Balik tu tak dirancang pun.. Sebab bila rancang, memang tak menjadi. huhu.. Alkisahnya, minggu lepas cuti agak panjang. Sebab Khamis tu cuti peristiwa sempena JDT menang, lepastu Jumaat dan Sabtu cuti biasa hujung minggu. Ahad pula cuti Awal ramadhan. So, saya ajak husband saya balik kampung.. Alang-alang dah 4 hari cuti.. Tapi, almaklumlah yang cuti tu saya je. Husband saya kan tentera. Mana cuti pun. Nak cuti boleh, tapi kena mohon. Nak dijadikan cerita, kitorang tak balik pun minggu lepas. Sebab hari Sabtu tu ada majlis bacaan Yasin anjuran BAKAT. So, kena pergi ke Kem suami saya lah kat Batu Pahat. Tak dapat nak balik kampung. Kehadiran wajib. Kalau isteri tak pergi, suami yang kena nanti .. Punahlah harapan nak balik kampung :(

Tapi, Alhamdulillah.. Rabu minggu lepas husband saya call.. Ajak balik kampung. Cuti beliau diluluskan. Tu yang balik. Naik bas je. Sebab sekejap sangat kan. Saya tak boleh ambil cuti dah. Naik bas hari Khamsi malam damalm pukul 10 malam. Kitorang naik Bas Mayangsari.. Driver bas tu ok sangat.. Bawa tak laju.. So, duduk kampung Jumaat dan Sabtu je lah. Sabtu malam tu dah naik bas balik JB semula.  Naik bas pukul 10 malam tadi. Masa balik JB saya naik bas Kejora. Alhamdulillah, pukul 7.30 pagi tadi sampai dan terus masuk office.. Fikiran pun melayang-layang je ni. Teringatkan husband saya di kampung dia. Teringatkan mak ayah saya.. Family saya.. huhu... 


Walau sekejap cuma di kampung, sudah cukup membahagiakan saya.. Dapat melepaskan kerinduan pada semua.. Baby Mat pun petah sangat bercakap,! 


You Might Also Like

7 comments

  1. ooo.kiranya ros blik berdua.tpi ros blk mai jb sorng dlu la ni..
    ok la tu janji balik juga kan.
    lepas juga kerinduan tu

    ReplyDelete
  2. kampung seronokkk kan sebenarnyaaa

    ReplyDelete
  3. Singgah balas...
    Salam perkenalan
    Terima kasih follow saya ya..

    ReplyDelete
  4. time raya nanti balik pulak ye.

    ReplyDelete
  5. Kami dah lama x balik kg suami kat Kelantan.
    Mak ayah dah meninggal.

    ReplyDelete
  6. sekurang-kurangnya dapatlah juga balik kampung ya tak.

    oh, husband sis tentera ke. nice. saya jarang jumpa blogger yang suaminya tentera. ^^,

    ReplyDelete
  7. xpela kan ros janji dpt balik kg kan

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS