Thursday, July 24, 2014

BILA BALIK KAMPUNG?


Selamat pagi semua :) Hari ni, 26 Ramadhan... Moga kita semua dapat meneruskan ibadah puasa hingga ke hujung Ramadhan.. Apa khabar semua?. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik :)

Hari ni pergi kerja, jalan lengang sikit. Parking kat office banyak je kosong.. Amboi, korang dah cuti yer.. Sampai hati korang cuti awal kan... hikhik..

Datang kerja mood happy jer pagi ni. Insyaallah, petang ni bergerak balik Kedah .. Hari ni, balik pukul 3.30.. Memang kalau kat Johor, setiap Khamis balik pukul 3.30 petang. Tu yang nak mulakan perjalanan awal tu. Petang ni balik kerja, terus siap-siap dan balik kampung :) 

Alhamdulillah, suami saya dapat cuti raya peringkat kedua. Dia start cuti hari ni. Tapi, memandangkan hari ni saya kerja lagi kan, so kitorang balik petang lah kan. Kalau saya cuti hari ni, mungkin semalam jugak balik. hihi... 

Kawan-kawan, doakan  perjalanan kami selamat.. Terima kasih yer.. Dan bagi yang akan balik kampung nanti, hati-hati yer.. Kalau letih, berhenti berehat, jangan paksa diri.. Bahaya... 


P/S : Dari Johor Bahru menuju ke Sungai Petani, Kedah.... Moga dipermudahkan...



13 comments:

  1. sabtu syira balik kg..
    nice :) jalan jalan ramadhan hari ini..hehe

    ReplyDelete
  2. anum masih bekerja sampai jumaat

    ReplyDelete
  3. selamat pulang ke kampung ye ros.. hati-hati di jalan raya.semoga selamat semuanya. salam aidilfitri in advance. ;)

    ReplyDelete
  4. MOGA DIPERMUDAHKAN BALIK KEKAMPUNG NANTI .. SELAMAT BERCUTI.. SELAMAT HARI RAYA....

    ALA.. SY ESOK PUN KERJA..

    ReplyDelete
  5. berhati2 d jalan raya yer...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri... mohon maaf kiranya ada salah silap sepanjang berblogging...

    ReplyDelete
  6. Seronok dengar rakan-rakan dah mula sibuk packing barang/baju untuk balik kampung..
    Moga selamat tiba ke destinasi..

    ai petang raya baru balik arah Selatan..

    ReplyDelete
  7. Akak balik kampung sabtu ni Ros.. mula kerja isnin 4 ogos.

    Selamat hari raya aidilfitri buat Ros sekeluarga..
    Berhati-hati dijalan raya ^__^

    ReplyDelete
  8. semoga selamat pergi & selamat pulang..Cik Nur takde kampung...wuaaaa...
    Selamat Hari Raya juga ^-^

    ReplyDelete
  9. semoga selamat perjalanan pergi dan balik. :)

    ReplyDelete
  10. ROS asal sp ka.. sama la kita.. nnti raya jemput mai rumah na..=D

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.
    ho ho ho blk kg..
    berbuka di jalanan la hri ni ye ros

    ReplyDelete
  12. Kami balik kampung malam raya till raya ke-4.

    ReplyDelete