BUAH MANGGIS IBU MERTUAKU - INILAH REALITI

Thursday, 10 July 2014

BUAH MANGGIS IBU MERTUAKU



Wah tajuk Ibu Mertuaku! hihi..  Kan saya balik kampung baru ni.. Tapi, hari sabtu malam tu dah bali Jb semula. Suami saya tak balik sekali.. Dia balik rumah mak dia pula a.k.a mak mertua saya di Jitra.. Sekarang kat sana tengah musim buah.. Ada satu pokok manggis depan rumah mak mertua saya. Semenjak kahwin 2 tahun lebih ni, belum pernah saya merasa lagi buah manggis ni.. Baru ni dapat rasa. Sebab sebelum-sebelum ni kami balik kampung tak kena dengan musim dia. Suami saya kata, memang tengah banyak buahnya.. Alhamdulillah..dapat merasa buah manggis ni.. Sedap. Saya ni memang suka buah manggis selain buah Naga, buah durian, buah kedondong... hihi.. 

Kat bawah ni saya ambil gambar letak dalam pingggan  je.. Yang suami saya bawa balik tu satu plastik .. Boleh diagihkan pada kawan-kawan tentera dia nanti.



Dalam bulan Ramadhan ni, makan buah ni pun tak berapa sangat. Sebab dah kenyang masa berbuka tu. Tekak ni boleh terima dua tiga biji ja. Sebab kenyang kan.. Lagi satu, kalau saya nak makan buah ni kena hati-hati.. tak boleh makan sekali gus banyak, sebab nanti saya akan demam atau penat. Entahlah dari dulu macam tu. Sebab tu style saya sehari makan dua tiga biji ja.. Kalau nak makan hari-hari pun tak pa. hikhik..

Last sekali, nak ucap terima kasihlah kan, kat mak mertu dan ayah mertua . kihkih.. Ayat skema gitu.. 



14 comments:

  1. ni faberet anak2 saya ni..mak depa kena berpantang buah ni..sakit kaki nnt..huhu

    ReplyDelete
  2. jauhnya jitra - jb!
    utara selatan.

    ReplyDelete
  3. umh ciksu kt kg pon berbuab juga.
    alhamdulillah ciksu pon bru dpt.makan.manggis juga.. sedapkan..

    ReplyDelete
  4. memang musim kan skrg ni.. kat kebun nenek cikna pun tgh berbuah.. sedap..

    ReplyDelete
  5. peberet buah jugak ni..sekali makan takdenya 2,3 bijik..kadang sekilo pon tak cukup..

    ReplyDelete
  6. Kelmarin mak saya mimpi kait buah manggis kat kampung. Hehe..

    ReplyDelete
  7. untungkan kalau ada taman sendiri..boleh makan puas2..hihi..tapi cik akak tak suka makan buah manggis,,,

    ReplyDelete
  8. idah pun suka manggis... sedappp!! :D

    ReplyDelete
  9. ni peberet daku ni..kalau dpt berpuluh bijik ku hentam..

    ReplyDelete
  10. kt umah akak de manggis gak tp tak termakan

    ReplyDelete