Pulau Mabul diserang




Dapat satu berita sedih pagi ni.. Seorang anggota polis marin telah meninggal dunia.. Mula-mula dapat wassap dari kakak saya, Along.. Allahuakbar.. Terkejut dengar. Terus cari berita ni kat Sinar Harian Online. Memang berlaku.. Al Fatihah...

SUMBER GAMBAR : MYMETRO


SUMBER BERITA : SINAR HARIAN


Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) maut ditembak manakala rakannya dipercayai diculik lapan lelaki dalam kejadian di Pulau Mabul, Semporna, jam 11.00 malam tadi.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini, lapor sebuah portal.

Sementara itu, menurut sumber ‎mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit.

Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.

Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh.

Laporan itu turut menyebut, Zakiah turut sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang.



Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
13 July 2014 at 12:39 ×

takut kan skrg ni.. rasa xselamat je duk sabah ni

Balas
avatar
admin
13 July 2014 at 15:05 ×

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Balas
avatar
admin
19 July 2014 at 18:41 ×

Senoga roh arwah di tenoatkan di kalangan org beriman...sama sama doakan polis yg diculik slmt dan xde lg berlaku pertumpahan darah

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment