RISAU JIKA DENGGI MELANDA - INILAH REALITI

Thursday, 10 July 2014

RISAU JIKA DENGGI MELANDA


Selamat pagi semuanya.. Apa khabar?.. Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah, hari ini 12 Ramadhan.. Moga kita dapat menjalani ibadah puasa hingga ke hujungnya dan dapat menemui Syawal...

Sekarang ni denggi mula meningkat.. Risau saya dibuatnya.. Di blog saya ni pun, ramai yang mencari entry saya berkenaan TIPS UNTUK DEMAM DENGGI. Semalam, balik kerja terus singgah bazar Ramadhan kejap.. Lepas tu bila balik rumah, perasan muka suami saya dah lain.. Bila rasa tangan dan dahi dia, alahai panas pula... Dia mengadu sakit kepala.. Masa dia kena demam denggi awal tahun hari tu, macam tu lah permulaannya.. Badan jadi lemah... Risau saya.. Masa berbuka, dia minum air sikit dan makan sikit je. dah tak lalu katanya.. Saya bagi makan panadol dan letak minyak cap kapak je kat kepala.. Pastu mintak dia minum air masak.. Saya pun basahkan kain nak bagi kurangkan kepanasan badan dia. Sekali dia tak nak. Dia kata sejuk.. Tapi, badannya panas.. Ya Allah, moga tiada apa-apalah.. Moga demam biasa saja.. 

Pagi ni, bangun sahur dah ok sikit. Masih panas, tapi tak sepanas malam tadi... 

Untuk kawan-kawan di luar sana, kalau ada rasa tanda-tanda tu, cepat-cepatlah pergi klinik atau hospital yer. Check darah dulu.. Sekarang ni, peratusan demam denggi makin meningkat..

Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik..


10 comments:

  1. musim ni..
    deman semua mcm2.. kita ni batuk pun tak okey2 lag.
    kena beringt nk mkn2

    ReplyDelete
  2. semoga suami ros segera sembuh...

    ReplyDelete
  3. memang ramai kena denggi sekarang.semoga suami akak cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  4. aha betul tu.. cepat2 p klinik

    ReplyDelete
  5. Semoga husband cpt sembuh ya...

    ReplyDelete
  6. semoga cpt sembuh mmg risau kan.
    tmpat ciksu pon byk nyamuk tau.
    risau je.

    ReplyDelete
  7. semoga suami kak cepat sembuh. p klinik ye.

    ReplyDelete
  8. Minum banyak air ye. Tak kesah air putih, jus buah-buahan (tapi, mase blender no need add sugar lagi), sup..etc. Asalkan banyakkan air.

    ReplyDelete
  9. bykkan minum air suam.smoga hubby rose xde pape

    ReplyDelete