KETUPAT PALAS MAK MERTUA - INILAH REALITI

Wednesday, 13 August 2014

KETUPAT PALAS MAK MERTUA


Lambat pula tahun ni updated cerita raya kan. Sebabnya dah updated kat Instagram, tu yang macam lupa nak tulis kat  blog.. hihi.. Kasihan blog ku ini. Dah pertengahan Syawal dah pun kita kan.. Cerita tentang ketupat pulut @ ketupat palas. Menu wajib di rumah mertua saya. Mak mertua saya ni memang tiap-tiap tahun ambil tempahan dari orang kampung. Ada yang terus order ketupat, ada yang bagi bahan-bahan mintak mak mertua saya tolong buat.. Masa first time beraya di rumah mertua tahun lepas, saya hanya mampu memandang je. Tak  boleh nak tolong, sebab memang tak pandai nak balut. Sebabnya, kalau di rumah keluarga saya, mak saya buat ketupat nasi. Jadi, memang mak saya terror la buat sarung ketupat nasi tu. Ada jugak niat nak belajar balut ketupat pulut ni dari mak mertua tahun lepas, tapi mak mertua macam sibuk je masa tu. Sebab banyak tempahan kan. Mak mertua saya dok balut dengan kakak ipar saya je lah masa tu. Saya hanya memerhati je :)

Tapi, tahun ni lain ceritanya. Hee... Kan saya beraya dengan mak saya dulu. So, masa raya kedua baru kitorang  beraya dengan mak mertua saya. Suami saya minta mak dia buatkan ketupat pulut tu untuk bawa balik Johor. So, mak mertua saya buatkan.. Malam tu lah bermula segala-galanya.. Suami saya terus cakap kat mak dia, minta ajar saya. Heee.. Apalagi, terus saya belajar dengan tekun. Kakak ipar saya jadi cikgu. Cikgu yang cemerlang, sebab saya dah pandai balut :) hihihi.. Seronok jugak bila dah pandai balut tu. Mula-mula buat macam susah, sebab tak dapat rentak dia lagi kan.. Bila dah dua tiga biji kita balut, baru lancar :)

Mak mertua saya buatkan untuk kitorang sekilo pulut.. Alhamdulillah, dah selamat masuk perut dah pun. hikhik. Bawa balik Johor, letak dalam tempat beku. Bila nak makan, keluarkan dulu, baru rebus semula.. Rebus sekejap je sebab pulut tu memang dah masak :)

Ni lah hasil tangan saya. Eh bukan saya sorang, sekali dengan mak mertua dan kakak ipar :


Kat bawah ni pula rendang buatan tangan sendiri.. Gambar diambil masa dok tengah masak. Ayam semua tenggelam, tak nampak sebab kuahnya banyak. Saya memang lebihkan cili masa tu. Suka rendang yang basah. Ni baru dok menggelegak, belum masak lagi.. Lama lagi prosesnya tu.  Gambar yang siap di masak, tak ambil pula. Lupa. Hihi.. Buat masa balik rumah suami di Batu Pahat.




p/s: Sebelah mertua saya, dorang tak makan ketupat pulut ni dengan rendang. Dorang makan dengan gulai daging :)


17 comments:

  1. bestnya belajar buat ketupat palas.. saya tak pernah lagi belajar.. tak pasti ada yg boleh ajar ke tidak.. husband saya pun tak pandai.. haha

    ReplyDelete
  2. kita mmg reti balut ketupat pulut jer..ketupat nasi dari dulu belajar tak reti2..haha..

    ReplyDelete
  3. farah pun kdg2 balut ketupat menjadi..kadang2 tak.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. syeeda tak pandai2 lagi nak isi pulut dalam ketupat.. selalu tak padat..cikgu marah..huhu

    ReplyDelete
  5. org kedah mmg mkn ngan gulai daging aku yg org kedah ni pun tak panah nk balut ...asek jd ketupat betina je ...sabar je la

    ReplyDelete
  6. sebenarnya akak pun suka makan ketupat atau nasi impit dengan gulai ayam n daging :)

    ReplyDelete
  7. salam ros..
    hih.. samelah dgn cma. ni menu wajib kat umah.. ketupat, rendang ayam kari daging..
    nyummmmm

    ReplyDelete
  8. Mj suka 2 2, dengan rendang mahupun gulai daging ;D

    ReplyDelete
  9. sama dengan mak mertua MV...mmg tiap tahun buat ketupat palas

    ReplyDelete
  10. wah, sedapnya :D

    baguslah kalau dah reti. saya haritu pun belajar dengan ayah. hehehehe..

    ReplyDelete
  11. jarang makan ketupat..selalu makan nasi impit je

    ReplyDelete
  12. ketupat palas ni kan, kalau d terengganu depa goreng sikit... kalau perlis depa rebuih ja kan ;)

    ReplyDelete
  13. feberet akak tp raya nih akak lgsg xusik

    ReplyDelete
  14. Mak pun slalu buat ni tapi sikit2 je sekadar makan sendiri.
    Saya xsempat nak belajar pun.
    Kalau saya dok ada ramai assistant dok tepi skali..nak tolong katenye.

    ReplyDelete