RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA YANG SEDAP

August 26, 2014

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA YANG SEDAP |
Ni cerita Sabtu lepas.. Kawan suami Cik Rose pergi memancing. Alhamdulillah.. Dapat 3 ekor ikan siakap. Dan kawan suami minta suami Cik Rose yang masakkan. So, apalagi ikan siakap kan dah sinonim dengan 3 rasanya. Bab ikan ni, suami Cik Rose yang uruskan, termasuk menyiang sekali. Cik Rose part masak nasi je hari tu. hihi.. Memang Cik Rose suka masak, tapi sendiri akui ada jenis masakan yang suami  masak lagi sedap. Hihi. Contohnya ikan siakap 3 rasa ni lah :)

Sebelum Cik Rose selitkan resepi, kita tengok gambarnya dulu :



Dah tenggelam ikan tu, tak nampak dah kan..  Cik Rose coretkan  resepi ni, untuk ingatan sendiri jugak. Mana tahu masa ke depan nanti Cik Rose nak masak, tiba-tiba tak ingat bahan dia, boleh refer kat blog sendiri je :)

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA

2 ekor ikan siakap ( dilumur garam, kunyit dan tepung jagung)
Goreng hingga garing dan ketepikan.

Bahan-bahan sosnya :

5 ulas Bawang putih -dikisar
3 biji Bawang besar - dikisar
Halia ( suka letak banyak, ikut suka ye)
3 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Sos cili - Agak-agak banyak mana
3 batang cili merah (dikisar.)
2 batang serai ( dipotong halus)
Cili merah (dipotong )
Cili Merah (dikisar)
Nenas ( dipotong kecil)
Timun( dipotong kecil)
Bawang besar ( dipotong bulat)
Daun limau purut
Gula
Garam

CARA- CARA :

1. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar bersama.
2. Bila bawang dah garing, masuk cili kisar. Biar cili masak dulu.
3. Masukkan cili merah yang dikisar pula.
4. Bila cili dah masak, masuk sos cili. Agak-agak je banyak mana, ikut kepekatan dan kepedasan yang kita nak. Masukkan gula jika terlalu pedas. Biarkan seketika. Jika perlu, boleh masukkan air.
5. Masukkan nenas, serai yang dipotong halus dan daun limau purut.
6. Kemudian, boleh masukkan timun dan bawang besar. 
7. Akhir sekali boleh masukkan garam dan cili merah yang dipotong. Kacau seketika. 
8. Bila dah masak, boleh tuangkan ke atas ikan siakap yang telah kita goreng tadi..

Simple kan :)

Selamat mencuba. Memang sedap! Aih, puji suami sendiri pula. Yelah sape lagi yang nak puji kan, mesti isteri sendiri. hihi :)

Kalau makan di kedai makan pun, Cik Rose lebih suka minta siakap tiga rasa berbanding stim. Mungkin stim tak kena dengan selera kot. Lebih gemar tiga rasa. 



You Might Also Like

38 comments

  1. bestnya.. kat mana husband awak memancing..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Batu Pahat kak.. tapi tak sure kawasan mana..

      Delete
  2. wah..sedap kan..baru semalam masak siakap 3 rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. masak sendiri lagi puas kan :)

      Delete
  3. la, suami akak ke yang masak? terbaik!

    saya nak cari suami pandai masak jugala. hahahahaha. >.<

    sedap lak tengok siakap tu. nasib baik dah makan tengah hari. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami pandai masak, isteri makan je :) hihihi macam Kak Ros ni.

      Delete
  4. suka klu garing2 .. ni mesti sedap ni sbb ikan sgt fresh kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang garing tu sedap. ratah gitu je

      Delete
  5. Sedapnyaaa...akakpun suka siakap tiga rasa...mmm, bulan posa selalu masak nih

    ReplyDelete
  6. lama dah tak mkn 3 rasa ni.bleh cuba sendiri.thanks for sharing...^^

    ReplyDelete
  7. lama dah tak mkn 3 rasa ni.bleh cuba sendiri.thanks for sharing...^^

    ReplyDelete
  8. waauu,,,sodap ni makan dgn nasi panas2,,huhu,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau menambah nasi berpinggan. hikhik

      Delete
  9. Ros, akak dh confius ni. Dlm step ke3 masukkan cili merah d kisar tp dlm bahan2 tu cili merah d potong je

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. ye kak JM.. cili merah pun husband Ros letak jugak yang dikisar tu.. letak dua. cili kering dan cili merah,.

      Delete
  10. Suka baetul siakap 3 rasa yang mak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti sedap mak Kak Shikin masak tu

      Delete
  11. memang nampak meneyelerakan lah ros
    thanks share resipi :)

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. Saya memang suka ikan siakap masak 3 rasa ni.. Lapar nasik plak tetiba pepagi nih.. Glup!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama, feveret Ros jugak. kalau makan kat kedai, tak puas. bila masak kat rumah, legaa..

      Delete
  13. errmm..sedapnya..

    lapar la plak tengok gamba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap kena dengan tekak Ros :)

      Delete
  14. Sedapnya... baca resipi siap kecur2 air liur... haih!

    ReplyDelete
  15. Sedap ye ros....dah duduk dgn asben ea ros?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa entry ni di tulis, belum lagi. tapi hari ni, dah :) hihihi. 1 julai 2015

      Delete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS