The Liebster Award #2



Telah di tag oleh adik Amy J. 



1. Lagu kesukaan sepanjang masa.

Emm banyak sebenarnya.. Tapi , Kak Ros pilih satu je yer. Lagu Istana Pasir, nyanyian Alleycats.

2. Apa yang mebuatkan anda unik.

Unik? Sebenarnya Kak Ros tak rasa saya ni unik.  Macam mana nak cakap eh. Mungkin Kak Ros ni unik kerana memiliki hati yang tabah.(kot?) Sebenarnya Kak Ros ni anak emak ayah. Memang tak boleh berpisah dengan mak ayah.. Sebab tu dalam entry yang lepas-lepas Kak Ros ada cerita yang Kak Ros lari dari MRSM Terendak (duduk seminggu je), lari dari Politeknik Kulim (pun seminggu je, padahal Sungai Petani dengan Kulim tu dah dekat kan). Tolak tawaran Jururawat U29 (sebab kena kursus di Damansara selama 3 tahun).  Akhirnya Kak Ros dapat kerja di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur. So, Kak Ros terpaksa berjauhan dengan mak ayah. Kemudian berjodoh pula dengan suami Kak Ros dan ikut beliau ke Johor ni ha. Pindah lagi jauh, ke Kastam JB. Nampak tak, perjalanan hidup Kak Ros, yang menepis untuk berjauhan dengan mak ayah dulu, akhirnya Kak Ros tewas apabila terperosok lagi jauh. Kedah dan Johor :( Dulu, Kak Ros ingat Kak Ros tak boleh menghadapi. Tapi, selagi kita tak melaluinya, kita tak tahu yang kita ni kuat kan?.. Sekarang ni baru Kak Ros sedar yang Kak Ros ni tabah jugak orangnya. hihi.. Tu kira uniklah kan.. Kadang-kadang Kak Ros iri hati dengan orang yang sentiasa dekat dengan keluarga mereka. Tapi, inilah kehidupan. Kak Ros redha...

3. Fakta mengenai orang terkahir anda berjumpa tadi.

Yeay, ini excited nak cerita. Sebab orang terakhir Kak Ros jumpa tadi, suami Kak Ros! hihi.. Suami Kak Ros hantarkan Kak Ros ke tempat kerja, dari Batu Pahat tadi. (terima kasih, abang!). Ok, nak cerita fakta apa eh?.. Suami Kak Ros ni berasal dari Jitra, Kedah. Namun telah menetap di Johor selama 11 tahun kerana tuntutan kerja. Suami Kak Ros ni anggota tentera. Tentera Darat. Eh tu jelah. Tak nak cerita lebih-lebih :)

4. Filem terakhir anda tengok.

Filem terkahir yang Kak Ros tengok ialah cerita Adnan Sempit Sawadikap. Lakonan Shaheizy Sam, Along rajalawak dan lain-lain.. 

5. Saya akan sayang awak kalau...

Kalau awak dapat terima saya apa adanya, dan jujur dengan saya.

6. Aiskrim kesukaan anda.

Aiskrim perisa coklat!

7. Selebriti yang anda ingin jumpa.

Wardina Saffiyah

8. Perkara romantik anda pernah lakukan.

Ops, Kak Ros tak romantik.

9. Adakah anda sinis?

TIDAK.

10. Pendapat mengenai blog aku (AMY J

Best! Kak Ros suka baca entry sebab sempoi je cara penulisan Amy.  Lagi satu, sebab Kak Ros tertarik dengan header amy yang gerak-gerak tu. hihi..

11. 3 perkara yang membuatkan anda menyampah.

i - Bising yang keterlaluan
ii - Orang yang suka membodek.
iii- Ditanya soalan-soalan 'CEPUMAS' berulang kali!

******

Sekian :)


p/s: Amy, Kak Ros tak buat soalan baru dan tak tag sape-sape :) hihi.. Tak pe kan ..



Previous
Next Post »

7 comments

Click here for comments
14 September 2014 at 12:33 ×

Anak emak rupanya..puas la mereka layan time sekolah dulu..keluar masuk sekolah. Acik pun tak suka orang suka bodek..Menyampah sangat2!

http://acikwatie.blogspot.com/

Balas
avatar
admin
14 September 2014 at 13:06 ×

Mmg ros seorang yg tabah...akk pon x sekuat ros..huhu..

Balas
avatar
admin
14 September 2014 at 15:16 ×

iya... ros seorang yg tabah..

Balas
avatar
admin
15 September 2014 at 10:52 ×

sama kak mv pun suka coklat..

Balas
avatar
admin
15 September 2014 at 13:11 ×

haa..lya tau pe sklan cepumas..ermm..gitulah mansia ni kan..

Balas
avatar
admin
18 September 2014 at 23:51 ×

Saya pun x suka bertanya atau ditanya soklan sama repeatedly.
Kenelah ambil kira sensitivity org yg ditanya kan..

Balas
avatar
admin
21 September 2014 at 21:14 ×

Mmg betul2 x leh renggang ngan mak ayah ni :-) anak manja ehhh heee

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment