BERSEDIA UNTUK HADIRI TEMUDUGA - INILAH REALITI

Monday, 13 October 2014

BERSEDIA UNTUK HADIRI TEMUDUGA


Selamat pagi. Tiada entry semalam sebab, saya terlibat dalam urusan temuduga di pejabat saya. Jawatan Penguasa Kastam, Gred W41. Saya jadi urusetia. Membantu pendaftaran calon-calon, membantu panel temuduga :) Dah banyak kali dah jadi urusetia ni. Macam-macam ragam yang saya dah jumpa .. Ada tak yang dapat panggilan temuduga dari pihak SPA ni?.. Cuba check email. hihi. Dah mula dari minggu lepas lagi temuduga ni, sampai ke 27 Oktober. 

Ada beberapa hal yang kurang diberi perhatian oleh calon semasa menghadiri temuduga. Kat sini saya cuba terangkan dengan lebih terperinci lagi. Wah, gitu.. Tak, sekadar berkongsi. Sebab saya tengok banyak keyword tentang temuduga di blog saya ni. Jadi, tak salah saya berkongsi. Cuma perkara asas je lah kan. Bukan soalan bocor  ke kan. hikhik.

PERSEDIAAN DOKUMEN 
 Dalam surat SPA, dah dinyatakan dokumen apa yang perlu dibawa. Namun, masih ada yang lupa. Oh sayangnya. Ada markah tau dalam penyediaan dokumen ni. Nak tengok korang ni teliti atau cuai?.. Cuba susun dokumen dalam folder korang ikut susunan. Kad pengenalan, surat beranak, Sijil SPM, ijazah, sijil berhenti sekolah. Lepas tu, barulah letak dokumen -dokumen lain tu. Sebab ramai yang bawak segala sijil kan. Tak kisah nak bawak, tapi letak di belakang dokumen yang penting macam Kad pengenalan, surat beranak, Sijil SPM, Ijazah dan sijil berhenti sekolah. Ha, ulang dua kali lagi tu. hihii..  Itu bab dokumen asal. Yang salinan pun sama jugak. Susun dengan rapi. Resume bergambar jangan dilupakan. Penting :) Jangan dah sampai kaunter pendaftaran, baru nak susun, baru nak belek.. Susun siap-siap. Itu semua menunjukkan awak seorang yang teliti :)

ETIKA BERPAKAIAN
Bab pakaian ni ramai yang dah tahu. Biasalah pakain yang sopan kan. Cuma nak rungkaikan dengan lebih jelas lagi. Wah gitu. Kebanyakan lelaki yang datang memang dah segak dan kemas dah pakaian mereka. Cuma, nak diingatkan, ni jawatan pegawai kanan kan. Pastikan anda bertali leher dan mengena kot (blazer). Itu ada markah tambahan tau. Yang perempuan boleh je nak pakai. Dan kalau berbaju kurung, pilih warna yang sesuai. Jangan terlalu sarat dengan manik blink-blink kan. Kemudian, biasalah, kasut untuk perempuan, yang bertutup dan bertumit :)

PERSEDIAAN DIRI
Ops, yang ni tak dapat nak bantu. Soalan-soalan yang diajukan tak sama untuk semua calon. Setiap calon berbeza-beza kan. Tapi, dah nama pun jawatan Penolong Penguasa Kastam kan.Ambil tahu serba sedikit mengenai kastam ni. Skop kerja untuk jawatan tu macam mana. Lepas tu, pasal GST. Jangan tak tahu langsung kan. Kebetulan sekarang ni dah lepas pembentangan bajet kan. Ambil tahu serba sedikit tentang bajet tu. Manalah tahu kan, soalan tu sangkut ke kan. Isu semasa, ambil tahu jugak. Lepas tu, praktis lah cakap english sikit-sikit kalau yang tak fasih tu. Mana tahu kan, tiba-tiba part korang panel nak bercakap omputih pula kan.. Selebihnya, hanya bersedia dan tawakal :)

Ha, itulah serba sedikit untuk hari ini. 
Hari ni tak bertugas,. Esok dan lusa kan bertugas semula.. 
Semoga berjaya buat semua calon :)

23 comments:

  1. ramai kenalan ayu yang dapat temudga ni kak ros

    ReplyDelete
  2. pernah dtg interview kt PAK utk jawatan peg tadbir.. sblm masuk bilik interview, ada kaunter khas yg bntu calon susunkan dokumen dlm fail.. bgs btl..hehehe

    ReplyDelete
  3. Samalah. Saya pun sebelum ni pernah terlibat dalam urusan temuduga ni. Memang macam-macam ragam yang datang. Kelakar pun ada kalau teringat balik ..hehe

    ReplyDelete
  4. TIPS UNTUK YANG NAK MENEMUDUGA..

    ReplyDelete
  5. teringat satu ketika dulu,, masa interview untuk jawatan ni,, ada sorang tu bawa fail sijil yang penuh dengan tampalan pic dia n family dia.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Bagus nih, sbb ramai yg pg interview ikut dan je...

    yg lepasana U yg sepatutnya lbh elert sbb mereka yg selallu gelabah lebih heheheh... btl x?

    ReplyDelete
  7. wah.. tip yang bgus.. lama dah tak jengah SPA.

    ReplyDelete
  8. dulu masa mula mula ida nk kene interview get ready macam macam haih.... cuak! hihi

    ReplyDelete
  9. bab2 temudaga ni gementar lebih..hehehe but nice info ros

    ReplyDelete
  10. gud reminder kak.
    sesetengah calon tak amek berat bila nak interview. kadang penampilan mereka pun dah out, datang dengan rambut panjang bagi lelaki.

    ReplyDelete
  11. Akak nervouslah kalau interview2 ni heheh

    ReplyDelete
  12. tak pernah apply SPA sebab mak nak suruh jadi cikgu jugak huuurm. padahal CT rela aje keje apa pun janji bekerja..

    ReplyDelete
  13. semoga berjaya kepada semua candidate...temuduga ni yang tak bestnya, rasa gugup dan menggelabah...tapi dah lepas, fuhhh...legaaaa...hihi

    ReplyDelete
  14. perkongsian yang baik mengenai temuduga

    ReplyDelete
  15. Xdpt panggilan ponnnn...hahaha.bila ntah nak panggil..kkena doa byk lagi ni gamaknya..

    ReplyDelete
  16. oh, ingatkan akak nak g temuduga. hehehe...

    saya pun baru share pasal tips interview. wahahaha. tapi nampaknya akak pnya lagi teliti sebab akak lagi banyak pengalaman...

    ReplyDelete
  17. saya pun nervous kak Farrah! haha... sebab tu interviewer ingat saya macam nak nangis. padahal tengah gelabah tahap dewa

    ReplyDelete
  18. tak pernah isi kastam.hihi.
    thanks ros berkongsi..
    teringat pulak kenangan ciksu dlu pi temuduga penolong penguasa penjara.
    huahua..

    good luck pd smua calon yg terpilih

    ReplyDelete
  19. nice sharing.. 2 ofismate sy gagal dlm exam ni. tahniah buat calon2 :)

    ReplyDelete
  20. Ramai sangat calon yang IV jawatan ni. Mesti neves.

    ReplyDelete