KECEWA HARGA TIKET BAS MAHAL DI MUSIM PERAYAAN !


Kecewa, marah semua ada. Kenapa, sesuka hati menaikkan harga tiket bas bila musim perayaan?

Alkisahnya, saya balik kampung hari rabu lepas. Balik guna kereta yang ayah tinggal awal bulan 12 haritu. Sebabnya senang nak hantar mak dan anak-anak sedara saya ke Kedah.(mak dan anak sedara datang teman saya di Johor ni selama 2 minggu).. So kitorang gerak petang Rabu. Alhamdulillah, selamat sampai..

Lepas tu, saya dan suami bercadang nak balik JB hari Ahad. Pi la stesen bas Jitra. Bas dari Jitra ke JB, Hari Sabtu dan Ahad semua habis.. huhu.  Jadi, kitorang ambil keputusan beli tiket ke KL je. So, nanti kat KL baru gi TBS, ambik tiket balik JB. Sebab fikir, tiket ke JB banyak. Yelah, bajet sampai KL awal. Dalam anggaran 4 atau 5 petang. Namun, kita ni hanya merancang kan.. Hari Ahad tu, kitorang naik bas dari Jitra pukul 10.30 pagi.. Aduhai, jalan sesak! Risaunya.. Sampai Puduraya dah pukul 9 malam. Dari Pudu ke TBS, kitorang ambil LRT. Jalan  memang laju, dah macam rancangan The Amazing Race dah malam tu.. hihi. Sampai TBS, dalam pukul 9.30 malam. Orang ramai sangat! Beratur di kaunter TBS,. Yang sedihnya, semua tiket ke JB habis. Tiket paling awal pukul 7.30 pagi esoknya. Oh  my, takkan nak tidur kat situ. Dan esoknya kerja kot. Cuti tahun dah habis! So, saya ke belakang pula. Cari kaunter syarikat bas yang tak join dengan pengurusan TBS tu. Ada banyak jugak, macam KKKL, Starmart dan lain-lain. Semua dah tulis kat cermin kaunter, tiket ke JB dan Singapore habis! 

Nak dijadikan cerita, kitorang gi jugak beratur kat kaunter bas STARMART. Tanya ada tak tiket ke JB?. Dia kata ada, tapi kerusi bukan double. Maksudnya kitorang bukan duduk sebelah-sebelah lah nanti dalam bas. Takpelah, asal ada je kan. Masa tengah dok bincang tu, anggota SPAD datang ke kaunter tu, dan tanya berapa dia jual harga tiket ke JB. Baru saya tahu harganya, mahalnya! Anggota SPAD tu turun ke balai pelepasan bas, nak cari tauke syarikat tu. Dan tetiba, pekerja kaunter cakap kat saya, dik harga tiket RM120 untuk dua ni. Cepat ye, bas dah nak jalan tu.. Emmm eden terkono. Sepatutnya tiket balik JB dalam RM3+.++ je. Tapi , malam tu kitorang kena sampai RM60 seorang. Masih ada juga masalah tekan harga tiket ni kat TBS.  Dah la suami saya terpaksa duduk di kerusi pembantu driver di depan sekali(dekat tangga tu ada kerusi kecil), dan saya pula kat belakang sekali.. 

Teringat memori tahun 2010, nak balik raya haji. Cari tiket di Puduraya. Dari KL nak balik Sungai Petani. Kena bayar RM 80! Padahal masa tu tiket biasa RM36.00 je.. Apa nak buat, dah terpaksa :(

p/s: TBS ni dah jadi macam rumah kedua saya sekitar tahun 2012. Maklumlah masa tu berPJJ ngan suami. Tiap minggu ke TBS. Naik bas Tranasional dan KKKL je masa tu :)


Previous
Next Post »

7 comments

Click here for comments
31 December 2014 at 21:15 ×

eee... mahal gila..makan unting betul..berkat ka tak la tu

Balas
avatar
admin
31 December 2014 at 23:11 ×

Gigihnya suami akak duduk kat kerusi kecik tu.jauh lak tu . Kesiannya, bayar mahal tapi biasala orang amik kesempatan time kta terdesak

Balas
avatar
admin
1 January 2015 at 15:15 ×

Tambang bas makin naik skrg ni..jadinya jita harga tiket pada musim perayaan berlipat kali ganda naik itu perkara biasa huhuh

Balas
avatar
admin
1 January 2015 at 18:31 ×

alahaii siannya ros... apa lehbuat kan.. nak balik juga malam tu..

betul2 jijah teringat dulu2 zaman naik bas..

Balas
avatar
admin
1 January 2015 at 21:11 ×

uuuish melampaunya..!!! dahla cekik harga lepas tu tipu pula pasal seat. ada ke patut dia suruh duduk kat tempat pembantu driver ? bayar mahal kot.. isk.. sbb dia tahu akak trdesak nak balik tu yang dia tinggikan harga -_-

Balas
avatar
admin
3 January 2015 at 02:21 ×

Uissshhh...mahainya. Double dah tu..
30 ke 60 sorang.
Cekik darah!

Balas
avatar
admin
3 January 2015 at 08:26 ×

gile mahalnya suka kan cekik darah.. grrrr
dh lama x ke tbs.ciksu suka tbs dr pudu
dh x jok jb xda la peluang nak naik bas ke sana.hihi

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment