keyword

KEYWORD : MANISHA KOIRALA DAN AMIR KHAN

May 29, 2014




Buka nuffnang, saje nak tengok keyword.. Macam biasa, resepi ayam masak kicap masih ramai yang mencari. Tapi, hati ni tertarik dengan keyword kedua yang dicari tu. 

"minta tema gambar amisha koirila dan amir khan"


Kalau pelakon bollywood yang saya minat tu, namanya Manisha Koirala.. Bukan Amisha Koirila. hikhik.. 

Ramai yang cari keyword ni minggu lepas. Kenapa eh?.. 



JAKIM

SEMAKAN ARAH KIBLAT

May 28, 2014



Sekadar ingin berkongsi tentang semakan arah kiblat. Saya ambil dari Fb JAKIM.

Kita boleh menyemak ketetapatan arah kiblat di kediaman masing-masing,. Hal ini  kerana pada jam 5.16 petang kita boleh menyemak arah kiblat melalui kaedah istiwa' matahari di kaabah. Ia hanya 2 kali dalam setahun. 



***********




aquaria klcc

PENGALAMAN DI AQUARIA KLCC

May 26, 2014



Masa cuti Hari Wesak yang lepas, husband saya ajak jalan -jalan kat Aquaria, KLCC.. Dia kata, jom jalan-jalan sebelum di pindah ke Batu Pahat.. Saya pun on je la kan.. Bertolak dari JB pukul 7.30 pagi , dan sampai sanan dalam pukul 11 lebih la.. 

Ok, kat bawah ni saya sertakan harga tiket masuk .. Mana tahu, ada yang berminat kan :)


Participant

Aquaria KLCC Entrance Fees

With MyKad / MyKidNon MyKad / MyKid
ADULTRM38RM50
CHILD (3-12 years old)RM28RM40
SENIOR CITIZEN
(60 years and above)
RM28RM30


Husband saya memang minat .. Terutamanya ikan, burung dan kucing.. Sebab tu kat rumah memang kitorang jaga burung dan ikan. Tapi, kucing tak ada. Sebab saya ni penakut kucing, dan lelah.. Cuma ikan dan burung je peneman.. hikhik.. 

Kitorang pun bayarlah tiket untuk dua dewasa. RM38 seorang. Dan jumlahnya RM76 :)
(tiba-tiba teringat memori di Zoo Taiping. Saya dan family saya gi sana. Masa tu umur 21 tahun. Tapi, dapat tiket kanak-kanak.. Sebab dia ingat still sekolah lagi.. Ko rasa?.. hahah.. Tak awet muda gila-gila ke.. hikhik)


Ok, berbalik kepada cerita Aquaria KLCC ni.. 

Masa first masuk, kita akan nampak ni :


Ikan Piranha.. Tapi, sayangnya tak dapat tengok dia makan. Sebab masa makan dia pukul 4 petang.. Tapi, takpe.. Kita teruskan perjalanan kita.. Masih banyak yang harus diterokai kan :)

Lepas tu kitorang ke kolam kecil.. Ada Patrick! Ye Patrick sponge bob tu.. hihi.. Eh taklah.. Tapak Sulaiman.. hihihi..


Saya ingatkan lembik.. Rupanya keras tau.. suami saya pegang dulu.. Dia siap angkat ke atas.. Tapi, jangan buat tau.. Orang tu tak bagi.. Kalau nak pegang, pastikan anda tak pakai losyen . Lepas tu, kalau nak ambik gambar tak boleh bukak flash.. Dikhuatiri ikan dan hidupan laut akan menjadi buta.. Itu yang dimaklumkan kepada kami.. Saya hanya sentuh sikit je. Sebab memang dasa rpenakut. Takut apa ntah.. hahahha..

Kat bawah ni pula ular. Eh, gegirl keliru jap.. ada ular dalam ni?..


Yang ni pulak spiderman.. Besar kan.. Kalau dia sengat, macam mana lah kan.. 


Kat bawah ni antara gambar yang sempat kami tangkap :



Ok, part yang paling best ialah kat skrin besar ni.. Kebetulan masa saya masuk tu, dorang buat pengumuman.. Time makan.. Yeay! Dapatlah tengok ikan-ikan tu diberi makan oleh penyelam dorang.. Semua pun dah berebut duduk depan skrin tu.. Rata-rata yang dapat duduk, budak-budak dari rombongan sekolah. Dorang lagi awal kan.. hihi.. Saya dan husband berdiri je..

Best tau bila tengok tu.. Nampak je penyelam tu, ikan-ikan tu dah datang serbu dah.. Nak makanan.. Berebut-rebut.. Ya Allah, indah sangat masa tu.. Dapat tengok segala macam jenis ikan.. Yang best masa nak bagi ikan pari makan tu. Mulut dia kan kat bawah.. Comel je rasa.. Penyelam tu pegang dan hulur kan makanan kat mulut dia.. 

Jom kita tengok antara gambar yang sempat saya ambill. Kualiti gambar biasa-biasa je tau.. Sebab guna zoom.. dan tak de flash. Ya Allah, banyaknya ikan..
 Ni baru tengok kat sini.. Dekat lautan macam manalah agaknya.. Subhanallah !














Gambar ni seolah-olah penyelam ni pandang kat kita pula.. hihi.. Sempat posing tu :)






Gambar ni yang paling saya suka.. Besarnya ikan ni.. 
Nasib baik sempat ambil gambar bila penyelam tu pegang :)







Itulah saja yang dapat saya kongsikan..

Tercari-cari tempat nak bawak anak cuti sekolah ni?..  Apa kata bawak anak-anak ke The Aquaria,KLCC. Mesti dorang seronok :)

Kalau dah saya yang besar ni pun seronok, budak-budak lagi seronoklah kan :)


Lepas je keluar dari The Aquaria ni, terus gi makan dulu.. hihi.. Then, gerak balik JB semula.. Sekejap je kat KL.. Pegawai husband call, ada emegency pula.. Takpe, demi negara kan .. sabar je lah :)



badminton

PIALA THOMAS MILIK JEPUN!

May 25, 2014



Akhirnya terjawab sudah siapa yang dapat membawa pulang Piala Thomas... Piala yang amat diidamkan oleh Malaysia dan Jepun.. 

Tahniah buat Jepun kerana memenangi Piala Thomas buat kali pertama.

Juga sekalung tahniah buat Malaysia.. Yang penting usaha itu sentiasa. Semangat melawan itu ada. Tahniah buat semua pemain Malaysia. Kita tewas 2-3.. 




Ps: Sedikit kecewa dengan sikap segelintir rakyat kita. Belum tamat perlawanan, dah tulis macam-macam kat fb. Kata-kata negatif, yang tak beri sokongan langsung buat pasukan negara kita. Apapun sekali lagi tahniah diucapkan :)




badminton

DEBARAN PIALA THOMAS!

May 25, 2014





Aduhh.. Nervous betullah.. Perlawanan antara Malaysia menentang Jepun. 

Untuk maklumat, sekarang ni Jepun mendahului 2-1. Kita menang melalui Lee Chong Wei je tadi.. Kemudian regu dan perseorangan tewas. Sekarang ni sedang berlangsung regu.. Memang betul-betul menguji emosi tau!

Ok dah. Nak sambung tengok. 
Ayuh Malaysiaku!



kawan-kawan

RINDU DATANG MENJENGAH..

May 22, 2014



Tak tahu kenapa,  bangun pagi ni, tiba-tiba teringatkan kawna-kawan di office lama.. Teringat cara kerja di sana... Teringat kawan-kawan satu rumah sewa yang sama... Ramai-ramai dalam satu rumah.. Silih berganti .. Oh, memori semua tu.. dari 
seorang insan yang tak tahu apa-apa, menjadi insan yang boleh berdikari sikit, yang boleh buat kerja sikit, Pengalaman di sana, amat bermakna.. Amat berharga.. Terima kasih kepada semua insan yang pernah hadir dalam hidup saya sepanjang saya berada di Kuala Lumpur.. Dari  15 Jun 2009 hinggalah 14 Oktober 2012.. Bukan suatu jangka masa yang pendek dan juga bukan suatu masa yang panjang.. Tapi, cukup bermakna pada saya.. Cukup menyedarkan saya tentang kehidupan.. Tentang realiti kehidupan sebenar.. Bermacam-macam perkara yang terjadi dalam jangka waktu tersebut.. Ada masis , ada pahit, ada tawar, ada masin, ada pedas.. Biasalah asam garam kehidupan.. Mana yang baik, akan saya jadikan amalan hingga bila-bila.. Mana yang kurang baik, akan saya jadikan pengajaran buat diri saya.. Banyak yang saya belajar di sana.. Cuma, benarlah kata orang. Berhati -hati dengan persekitaran kita.. Jangan cepat melatah, jangan cepat terpengaruh, jangan cepat menghukum.. Cuba buka mata seluas-luasnya.. Jangan dengar bisikan orang.. Oh..sungguh.. saya hanya manusia biasa.. Bukan sempurna.. Banyak lakukan kesilapan.. Entah kenapa, dalam dok ingat kenangan di sana, air mata ni laju je jatuh.. Teringat sesuatu.. Kenapa boleh jadi macam tu.. 

Nanti dalan enry yang lain, akan saya ceritakan satu-satu tentang kawan-kawan di tempat kerja, kawan-kawan di rumah sewa yang lama ...


Di sini, saya ingin mengambil kesempatan nak ucapkan ampun dan maaf kepada semua yang mengenali saya.. atas keterlanjuran kata dan perbuatan.. saya hanya insan biasa, memang banyak sangat salah saya kalau nak diungkapkan.. Tapi, tolonglah maafkan saya.. Biasalah, saya ni masih dalam proses pembelajaran dan pembesaran. 



macam macam

MENYAKITI DAN DI SAKITI ?

May 20, 2014



Selamat pagi :)

Apa khabar semuanya.. moga semua berada dalam keadaan yang sihat.. Hari ni, saya ok je. Cuma selsema sikit ..

Sebelum mulakan tugas, jom baca ni, saya kongsikan dari FB IKIM FM tentang petikan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.



Betul kan?.. Kalau kita tak suka di sakiti, jangan dok sakitkan orang lain.. Benda ni tak mustahil kita akan rasa jugak.. Sama jugak dengan benda lain.. Kalau tak suka orang buat kat kita, jangan kita dok pi buat kat orang pulak.. Ha, gitu...

Sambil-sambil taip entry ni, teringat pula kat lagu Ku Pilih Hatimu .. Lagu Indon.. Natara lirik dia pun ada kena mengena  jugak pasal sakit menyakiti ni.. hihihihi..



**janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir


**************



drama

ANTARA ISI AYAM DAN BURUNG PUYUH...

May 18, 2014



Hai, apa khabar?.. Semoga semuanya  berada dalam keadaan yang sihat.. Selamat bekerja untuk diri sendiri dan untuk semua yang bekerja pada hari ini.. Yang cuti tu, jangan dok tengok melodi sangatlah.. hihihi.. Mesti ramai yang keluar kan.. Jalan-jalan dengan family..

Alkisahnya, husband saya sepatutnya kena berpindah ke Kem baru pagi semalam.. Yang saya ni pun ingat dia dah ke sana. Sebab bila sms tanya dah gerak ke, dia jawab dah.. Tanya lagi dah sampai kat mana?.. Siap jawab atas highway. So, saya tak nak ganggu dia drive la kan.. Dorang kena berkumpul di Kem, pastu balik ke rumah , tunggu Kontena datang.. Pindah ni pun secara berperingkat. Bukan semua sekali gus.. So, husband saya pun tunggu kat rumah lama kami la dengan kawan-kawan dia, menunggu kontena..  Lepas tu kan, dalma pukul 7.50 malam, ada orang ketuk pintu.. Saya buat tak tahu je. Dah tu, dia bagi salam.. Eh, tu suara suami saya.. Apalagi melompat bintang lah saya.. Heheheh.. Terus buka pintu.. Rupanya dia saja nak suprise saya.. Saje je bagitahu kat saya yang dia dah gerak.. Sebenarnya, ada separuh je yang dapat bergerak ke Kem baru tu. Yang lain bergerak hari ini, sebab kontena tak muat barang.. Suami saya bergerak pagi ni lah.. So sedihhh...

Malam tu , kami keluar makan kat luar.. Gi kedai yang biasa jugak kitorang singgah .. Husband order nasi putih, puyuh goreng dan sup. Saya pula nasi goreng ikan masin. Masa tengah dok makan tu, ada seekor kucing ni datang ke meja kami, dok mengiau.. Banyak meja kat situ.. Malam tu memang ramai orang.. Tak tahu kenapa dia tak gi kat orang lain.. Dia dok kat meja kami. Saya ni kat penakut dengan kucing.. Masa dok nak mula makan tu, dia dah mengiau. Tapi, kucing ni agresif sikit. Dia bukan mengiau kat bawah. Tapi dia lompat kat kerusi.. So, saya ni asyik terkejut je. Husband saya dah tergelak-gelak kat saya.. Husband saya ulur kat kucing tu puyuh. Tapi, kucing tu tak makan pun. Dia buat tak tahu je. Pastu, dia naik balik kat kerusi tu sambil bukak mulut. Mata saya dok pandang gigi dia je,. hihi. Tajam.. dasar penakut kan. hikhik. Saya tengok kat nasi goreng ikan masin saya tu ada isi ayam. Saya pun bagi isi ayam tu. Dia makan tau.. Owh.. nak ayam ye sayang.. Saya pun terus je bagi isi-isi ayam kat nasi goreng tu.. Itulah saje cerita kat kedai makan tu.  

Gambar kat bawah ni sekadar hiasan.. Kucing yang malam tu, bapak kucing kot, sebab macam garang je. hihihi...



Lepas tu, bila balik rumah terus terpacak depan tv. Tengok cerekarama "KAKAK".. Lakonan Yana Samsudin.. Alahai, sedihnya drama tu.. Pengorbanan seorang kakak buat adik dia.. Yang adik tu, ishhh geram saya tau.. Asyiklah salah sangka.. Sian kat kakak tu.. huhu.. Memang berjurai-jurai air mata yang jatuh tau.. Husband saya pulak, bila dia nampak air mata saya nak keluar, terus dia main tv, ngusik.. hikhik.. 
Apapun, memang terbaiklah drama tu!




ENTRY ROJAK CAMPUR

May 16, 2014


Rasa sekejap je masa bergerak.. Esok 17 mei.. Itulah tarikhnya.. Husband saya akan bergerak ke Kem yang baru. Yang terletak di Banang, Batu Pahat.. Maka bermulalah kembali episod PJJ antara kami.. 

Kita hanya mampu merancang. Allah yang akan menentukan. Sabar dan redha. Insyaallah akan ada pengakhiran yang baik.

Saje letak gambar biskut tu. Tadi makan tu untuk makan tengahari merangkap minum petang... Layan sengsorang sebab husband gi kem untuk kemas apa yang patut..


P/s : Mood pun x stabil sekarang ni.Emmmm.


Makanan

NASI GORENG ALA THAI

May 15, 2014


Ni antara menu masa dok kalut nak pindah haritu. hihi.. Maklumlah, masa dok mengemas nak pindah, masa la sempat nak masak kan.. Siang kerja. Balik kerja pukul 5.30 terus memulakan operasi mengemas. Dapur gas segala bagi semua dah letak dalam kotak elok-elok, siap solutape. hahahha.. Maknanya, memang tak dapat nak memasaklah kan . (Alasan..alasan.. hihihi)



Nasi goreng ala Thai dan fresh orange.. 

Tak pernah makan kat kedai ni. Saje order nasi goreng thai. Bila dapat, eh macam ni rupanya nasi goreng thai. Warna kuning nasi dia. Nasib baik ada udang kan. hikhik.. 



Family

NOTA CINTA DARI ANAK SEDARA

May 15, 2014




Alkisahnya, saya agak sibuk 2 minggu sudah dengan hal perpindahan rumah.. Lepas tu, memang saya kemas betul-betul lah.. Mana barang yang guna, saya asingkan dengan barang yang tak digunakan.. Bila tiba ke satu almari kecil yang saya dok simpan majalah, buku-buku, memang saya tengok betul-betul.. Contoh macam majalah Rapi kan, memang saya koyakkan bahagian resepi dan petua je. Yang lain saya buang. Bila tiba kat buku-buku nota, memang saya belek satu satu dalam dia. Mana yang berguna saya simpan. Yang merapu, dok conteng-conteng saya buang. Saya ni memang banyak buku nota kat rumah.. ada je nak tulis.. Contoh macam tengok rancangan Tanyalah Ustaz ke kan, memang dok salin lah.. 

Dalam dok belek-belek tu, mata saya terhenti di satu helaian muka surat. Tersorok di tengah-tengah buku.... Seperti di bawah :


Ya Allah, sedihnya saya masa tu. Air mata ni terus je jatuh.. Terharu sebenarnya... Tak sangka anak sedara saya, Nil atau Daniel ada meninggalkan nota buat saya... Sebenarnya, masa cuti sekolah bulan 3 hari tu, Nil ada datang rumah saya dengan mak saya dan lagi sorang anak sedara, Dania atau Nya.. Dorang naik bas dari Kedah.. Masa ni lah dia tulis tu.. Mungkin time saya gi kerja kot.. Alahai, Nil sayang.. 

Saya terkejut sebenarnya bila baca nota tu. Selalunya Dania je rajin menulis, melukis dan bagi hasil karya dia tu kat saya.. Ini pula, bukan dari Dania.. Tapi dari Daniel... 

Thanx Nil sayang.. Mak Ude pun sayang Nil sangat-sangat tau... 

Mana tak nya, Nil ni anak sedara pertama saya.. Nil lahir masa saya tingkatan 3.. Memang dok jaga dari kecil... 

Bila jadi macam ni, bertambah-tambah rindu yang sedia ada tau.. 
Tapi, nak buat macam mana. Sekarang ni dah jauh.. Hanya telefon jadi perantara.. 

p/s : Ada sesetengah perkara yang tak dapat diluah dengan kata-kata.. Dengan menulis, kita boleh luahkan segalanya  :)



Bezday

ALHAMDULILLAH, MENGINJAK KE 26 TAHUN

May 11, 2014



Alhamdulillah... 
9 Mei 1988..
Usia dah pun menginjak ke angka 26 tahun
Usia hanyalah angka semata..

Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah..
Terima kasih jugak mak kerana telah melahirkan..
Terima kasih mak ayah atas segalanya...

Semoga doa-doa dari keluarga dan rakan-rakan untukku dimakbulkan.. 

terima kasih semuanya :)


Family

MEMORI KUIH SERI AYU

May 06, 2014


Hari ahad lepas, dapat wassap dari kakak saya, Along.. Dia wassap gambar kuih kat bawah ni.. 


Kalau orang tengok, mesti tak dak apa-apa kan.. Hanya gambar kuih muih je.. Kuih seri ayu dan kuih karipap.. Tapi, bagi kami satu keluarga tersimpan satu memori yang tak dapat dilupakan...

Lagi-lagi bila tengok kuih seri ayu tu, kenangan lama menjelma kembali...

Dulu, mak saya buat kuih untuk dijual. Kami tak berniaga .. Mak buat kuih muih dan letak di gerai-gerai nasil lemak.. Masa tu duduk kat Taman Nilam, Sungai Petani, Kedah.. Saya sekolah menengah time tu. Sekitar tingkatan 1 hingga 5... Macam-macam kuih mak buat.. Kuih seri ayu, kuih lompang, kuih karipap, roti jala gulung, kuih kasuwi, kuih apom inti jagung dan kelapa, kuih ketayap, kuih pau,...

Mak akan bangun seawal 3 pagi nak buat kuih.. Bila pukul 5 pagi, mak akan kejut saya.. Pembantu.. hihihi.. Tolong tekan kelapa pada acuan kuih seri ayu.. Pengalaman tu semua.. Di saat ramai yang diulit mimpi, mak gagahkan diri buat kuih, untuk dijual.. Membantu ayah.. Murah je kuih masa tu. Sebiji hanya 20 sen je tolak kat mak cik gerai tu. Dan makcik tu jual 25 sen. Masa tu tahun 2001 hingga 2005.. 

Kuih karipap mak pulak jadi pilihan ramai. walau bentuknya comel je, tapi intinya sedap.. Terasa rempahnya.. Inti pula bukan sekadar kentang.. Tapi, ada daging jugak.. Macam tu jugak dengan kuih roti jala gulung.. 

Setiap pagi, gi hantar kuih tu kat beberapa gerai nasi lemak. Bukan warung tau. Ala, yang jual guna payung tu je. Tapi, yang paling best, bila pukul 10.30 la. sebab kitorang adik beradik akan pergi ambil bekas-bekas kuih mak.. dan masa tu jugak baru dapat duit jualan.. Alhamdulillah....


p/s: Stiap yang terjadi akan menjadi kenangan.. Terserah kita nak jadikan ia kenangan manis atau sebaliknya :)



minuman

VITAGEN TETAP JADI PILIHAN

May 06, 2014



Selamat pagi semua :)

Apa khabar?.. Moga semuanya sihat sahaja ok...

Vitagen.. Sape yang suka minum vitagen?.. Saya! Eh, sendiri tanya, sendiri jawab pulak. hikhik..

Dari dulu sampa sekarang, ni lah jadi pilihan.. Perisa yang paling saya suka sebenarnya perisa anggur. Yang macam kat gambar bawah ni, saya beli yang kurang gula.. Sedap...


Yakult pun saya suka jugak :)



Bezday

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT AYAH TERSAYANG !

May 05, 2014



Baru berpeluang nak mengarang entry.. Biasalah busy mengemas kan, mengangkat barang pindah rumah..

Ayah, lahir pada 25.04.1962.
Sekarang usia ayah 52 tahun.

Untuk ayah,
Selamat ulangtahun kelahiran..
Moga Allah panjangkan usia ayah dan mak..
Moga Allah murahkan rezeki buat ayah dan mak..
Moga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk ayah dan mak..
Moga Allah permudahkan segala urusan ayah dan mak menuju ke jalan baik dan benar..
Moga Allah selamatkan ayah dan mak di dunia dan juga di akhirat..
Moga Allah berikan kegembiraan buat ayah dan  mak..
Moga Allah ringankan beban kerja ayah dan mak..

Ayah,.. ayah hero Ija..
Ija sayang ayah dan mak..
Terima kasih kerana telah menjadi suami yang baik untuk mak..
Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buat kami lima beradik..
(taip entry ni dalam cuaca yang cerah, tiba-tiba hujan lebat kat pipi..)




Kek hari lahir buat ayah. Sambut awal, masa saya balik Kedah cuti lepas.. Nama puan blog pun ada jugak. hihi.. Sambut awal juga.. Birthday puan blog beberapa hari je lagi ni. hikhik.. Lilin besar ada lima dan lilin kecil ada dua.. Maksudnya, umur ayah 52 tahun :)



pengomen setia

PENGOMEN SETIA APRIL 2014

May 05, 2014



Entry penghargaan buat semua pengunjung blog saya ni.. 


Di bawah ni, saya sertakan blogger yang setia meninggalkan komen di blog ini :)




Terima kasih semua !



pindah

MULA BERPINDAH

May 04, 2014



Agak sibuk kebelakangan ni. Tak sempat nak buka blog, updated entry..

Banyak yang dah berlaku sekitar seminggu ni.. 

1) dah settle pindah rumah. Masih duduk area JB.

2) Perpindahan suami ke Banang, Batu Pahat, ditunda ke 12/5 ni iaitu Isnin  depan. Alhamdulillah, kalau ikut tarikh asal 27 April. agak kelam kabut lah.. 

3) Masih berharap tarikh perpindahan suami ditunda lagi. (eh, bolehkan doa macam tu ;p )

4) akan mula 'berPJJ' minggu depan seperti tahun 2012 yang lalu :(


***********



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion