balik kampung

THROWBACK : STATUS NAK BALIK KAMPUNG

July 24, 2014



Ni status di FB saya, 2 hari lepas.. Sewaktu menghitung hari untuk pulang ke kampung ...




Insyaallah, petang nanti akan meneruskan perjalanan... Moga perjalanan kami lancar dan dipermudahkan. Begitu juga dengan anda.. Hati-hati di jalan raya..




balik kampung

TUKAR HEADER RAYA SIAP-SIAP

July 24, 2014



Petang nanti kan saya nak balik kampung.. Tak tahu lagi berkesempatan nak menulis dalam blog. Bergantung kepada line internet dan masa. Maklumlah, bila di kampung, handphone memang tak ingat dah. Dok terletak je dalam bag.. hihi.. Sebab dah dapat bayangkan kesibukan di kampung nanti... Sebenarnya, rumah keluarga saya bukanlah dalam kampung pun, dalam area taman perumahan.. Cuma rumah mertua memang betul-betul kawasan kampung. so, saya dapat rasalah perbezaan sambutan raya tu kan :)

Ok, header saya ni kan header Ramadhan kan.. So, sempena beberapa hari lagi nak bertemu Syawal, saya tukar siap-siap je lah yer. Plan asal nak tukar header malam raya. Tapi, tak jadilah. Sebab dah tentu-tentu tak online nanti.. Kang tak tertukar pulak header blog saya ni kan.. Lagi satu, header saya ni biasa-biasa je. Sekadar ucapan sahaja.. Mengikut tema puan blog dalma menyambut raya ni iaitu konsep kesederhanaan.. Wah.. gitu.. hihi.

Ni header yang saya gunakan dalam bulan Ramadhan.


Yang ni pulak header ucapan raya.. Nak jugak kan berucap. hihi..


Jelas tak konsep kesederhanaan tu?.. hihi


p/s: Doakan perjalanan saya ye kawan-kawan :)




sukan

Upacara Pembukaan Sukan Komanwel 2014 Glasgow

July 24, 2014


Tadi, tengok gambar ni di FB Astro Arena.. Hati ni terusik bila bendera kita dikibarkan separuh tiang.. Ada atlet kita yang mengenakan pakaian Krew Penerbangan MAS.. Aduhai..sayu pula bila teringat kejadian MH17.. Saya sertakan gambarnya sekali yer.

SUMBER : FB ASTRO ARENA

Dulu, saya ni memang peminat sukan tau. Setiap kali ada temasya Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan SEA, SUKMA, mesti duduk depan tv. Tengok siaran langsung.. Tengok ulangan... Tapi, sekarang ni dah tak dapat tengok.. Masa membataskan.. Tuntutan kerja... Hanya sempat mengetahui keputusan je lah.. Cuma kalau ada acara-acara yang kebetulan pada waktu saya terluang, dapatlah tengok :)

Rindu memori dulu...




kad raya

KAD RAYA KEDUA RAMADHAN 2014

July 24, 2014



Kad raya kedua yang diterima dari rakan blogger pada tahu ni.. Dari Jijah.. Terima kasih Jijah.. Alhamdulillah, Jijah pun dapat cuti raya kan. Dapat balik beraya di Semenanjung :)

Inilah dia kad nya :


Ramai rakan blogger yang beri kad raya kepada pengunjung blog mereka tahun ni.. Saya ni belum berkesempatan lagi nak memberi kad raya tahun ni.. Tapi, mana tahu tahun depan ada kesempatan kan.. hihihi...



balik kampung

BILA BALIK KAMPUNG?

July 24, 2014


Selamat pagi semua :) Hari ni, 26 Ramadhan... Moga kita semua dapat meneruskan ibadah puasa hingga ke hujung Ramadhan.. Apa khabar semua?. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik :)

Hari ni pergi kerja, jalan lengang sikit. Parking kat office banyak je kosong.. Amboi, korang dah cuti yer.. Sampai hati korang cuti awal kan... hikhik..

Datang kerja mood happy jer pagi ni. Insyaallah, petang ni bergerak balik Kedah .. Hari ni, balik pukul 3.30.. Memang kalau kat Johor, setiap Khamis balik pukul 3.30 petang. Tu yang nak mulakan perjalanan awal tu. Petang ni balik kerja, terus siap-siap dan balik kampung :) 

Alhamdulillah, suami saya dapat cuti raya peringkat kedua. Dia start cuti hari ni. Tapi, memandangkan hari ni saya kerja lagi kan, so kitorang balik petang lah kan. Kalau saya cuti hari ni, mungkin semalam jugak balik. hihi... 

Kawan-kawan, doakan  perjalanan kami selamat.. Terima kasih yer.. Dan bagi yang akan balik kampung nanti, hati-hati yer.. Kalau letih, berhenti berehat, jangan paksa diri.. Bahaya... 


P/S : Dari Johor Bahru menuju ke Sungai Petani, Kedah.... Moga dipermudahkan...



cpuv

CPUV 4: RAKUTEN

July 23, 2014


Pagi tadi dah bukak akaun Nuffnang, tak ada dapat CPUV baru. Lepas tu, baru sekejap tadi, bukak lagi. Saja nak tengok-tengok kan.. Sekali ternampak satu CPUV baru.. Alhamdulillah.. CPUV dari RAKUTEN. Mula-mula tak tahu RAKUTEN tu apa. Terus google mencari.. Rupanya RAKUTEN ni macam website untuk shopping lah :) Online shopping gitu. Kan mudah tu. Tak payah dah pergi Mall ke ape ke.. Jimat duit minyak dan pengangkutan kan...

Haa, apalagi jom terjah website RAKUTEN.. Macam-macam ada. Dari pakaian, perfumes, barangan elektrik. Aih, macam-macam lah :) 

Klik je link ni yer :




Terima kasih RAKUTEN !!!

Terima kasih NUFFNANG !!!

Ni yang sayang lebih ni.. hihi.. Nak lagi CPUV baru, boleh tak?.. hihihihi..



celcom

JOM TEBUS PATUNG KAX DI CELCOM !

July 22, 2014


Alkisahnya, saya ni tak tahu langsung yang pengguna celcom boleh dapat patung Kax ni tau. ada jugak dok tengok kat instagram artis-artis Malaysia ni kan.. Dok selfie bagai ngan Kax.. dalam hati cuma kata, comelnya Kax ni, tambah pula yang purple tu kan.. Ingatkan kena beli ke ape ke kan.. Tapi, bila terbaca kat blog Kak Mimie(PINK UMMI) , baru saya tau yang penggunan celcom boleh tebus! hahahha.. thank you kak Mmie.. Love you lah.. hihihi..

So, saya pun hantarlah message pada celcom.. Then, celcom reply, saya berjaya mendapat 6 kod tau. Maksudnya, saya akan dapat 6 patung Kax.. hihi..

Nak tahu tak cara macam mana nak dapatkan patung Kax ni? Ok, saya kongsikan dengan korang :)

Taip KAXCODE dan hantar ke 28882
Kemudian bila, celcom dah reply, taip MYKAX dan hantar smeula ke 28882.

Kemudian, celcom akan hantar nombor kod. Cuba tengok ada berapa nombor kod, itulah jumlah patung KAX yang anda akan dapat J

Pastu, terus ke mana-mana celcom yang terdekat, dan anda perlu bawa message dari celcom tu tunjuk kepada mereka.


Bila saya dah dapat kod tu, apalagi kemain excited nak gi tebuslah kan. Masa tu saya kat rumah suami saya di Batu Pahat. Kitorang gi Celcom dekat dengan Aeon big Batu Pahat tu, ala yang ada Pacific tu.(eh macam ada yang tahu pulak gaya bercerita ni, hihi) Alangkah sedih dan sayunya rasa hati ini.. Sekali dia cakap, sorry dik. Dah habis stock.. Adik cuba pergi kat celcom parit raja, sebelah KFC tu.. Aik, kat mana pulak tu. Kita ni kan orang baru di sana. Mana tahu sangat tempat-tempat kat sini.. So, balik rumah tanpa Kax di sisi.. 

Minggu seterusnya, saya keluar dengan suami saya untuk gi bazar hari raya  kat Parit Raja. Tu pun, kawan husband saya yang bagitahu jalannya.. Terus gi. Sekali tengok, eh ada pejabat celcom. Hati melonjak rianglah kan... dah tahu kat mana.. Esoknya terus pergi untuk tebus.. Alhamdulillah.. Dapatlah bawa balik 6 ekor Kax. hihi.. Tapi, ada 4 jenis je. Yang lain dah habis. So, sebab tu ada dua ekor yang sama :)




Bagi pengguna celcom tu, korang dah tebus ke?..





berbuka puasa

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

July 21, 2014


Ini cerita minggu lepas.. Majlis berbuka puasa bersama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan. Diadakan pada 14 Julai 2014  bersamaan dengan 16 Ramadhan. Saya jadi urusetia pendaftaran :)

Jom lihat gambar sekitar majlis :)


Inilah dia TImbalan Menteri Kewangan Malaysia











p/s: Hidangan berbuka malam tu sedap belaka, Alhamdulillah...


kad raya

KAD RAYA PERTAMA RAMADHAN 2014

July 21, 2014



Inilah kad raya pertama yang saya terima pada tahun ni :) Terima kasih buat mummy irrayyan ....

Tak tahu kenapa, bila terima kad raya, mesti akan ada satu perasaan.. Emm macam mana ek ank cakap.. Susah nak terangkan. Tapi, sayu pun ada jugak. Mulalah teringat zaman kegemilangan dulu-dulu. Gemilanglah sangat kan. hihihi... 



doa

AMALKAN ZIKIR NABI YUNUS A.S

July 20, 2014



Jadikan zikir ini sebagai amalan...




Maksudnya::  "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau, ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

SURAH AL-ANBIYA':87 





doa

DOA SUPAYA DIRI DAN ANAK CUCU RAJIN SOLAT

July 20, 2014


Apa khabar semuanya?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. 

Di sini, ingin saya kongsikan satu doa dengan anda semua.. Doa supaya diri kita dan keturunan kita rajin mengerjakan solat.. Semog abermanfaat buat semua :)


SUMBER : FB


P/S : Hari ni 22 Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua :)


ramadhan

19 RAMADHAN ...

July 17, 2014


Selamat pagi.. Apa khabar? Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik :)
Alhamdulillah.. Hari ni kita menginjak ke 19 Ramadhan :)

Jom hayati bersama :


p/s : Semalam terpaksa cuti sakit sebab sakit perut.. Salah makan.. Kena beringat bila membeli juadah di luar :(


berbuka puasa

ANTARA MENU BERBUKA PUASA BILA DUDUK BUJANG

July 15, 2014



Kat bawah ni, antara menu berbuka saya di bulan Ramadhan kali ni.. Bila duduk sorang di hari bekerja, inilah menu saya. Saya beli di cafe office saya je.. Selalunya, memang saya beli kuew teow goreng, mee goreng, atau mihun goreng sebagai menu utama.. Pastu beli lah lauk sikit dan kuih. Saya hanya masak kalau balik Batu Pahat hujung minggu je.. Sebab tak beli tong gas dan dapur lagi untuk rumah ka JB ni. Semua tu dah di bawa ke rumah di Batu Pahat :)
 Kadang-kadang, tu pun tak habis di makan.. Sekarang ni memang beli dalam kuantiti kecil je,. Tak nak pembaziran berulang..  Biasalah, masa membeli tu nafsu bukan main lagi...

Kuew teow goreng + rendang daging + ikan berlada +kuih muih

Mee goreng + sambal udang + kuih karipap + air  coklat panas


p/s : Moga dipermudahkan untuk bertukar.. Cuti raya encik suami tak tahu lagi dapat ke tak... YA ALLAH, semoga semuanya dipermudahkan :)



balik kampung

DILEMA CUTI RAYA SEORANG PERANTAU

July 15, 2014



Wah.. tajuk tu bukan main lagi.. Dilema seorang perantau.. Eh tak cukup lagi tu. Nak tambah sikit.. Dilema seorang wanita... Dilema seorang isteri pejuang negara(hikhik),... Dilema seorang anak manja.. Dilema seorang menantu yang penyayang.. Dilema seorang penjawat awam.. Hah, banyak benar dilemanya tu..  Hari ni kan kita masuk 17 Ramadhan... Kurang dua minggu lagi kita akan menyambuat Syawal.. Ramai yang dah apply cuti raya dan dah pun diluluskan... Betul kan?... 

Macam saya ni pun, dari last week lagi CC minta kitorang apply cuti kat HRMIS ni ha.. Tengok rakan-rakan lain senang je isi HRMIS dan lulus dah pun cuti dorang... What about me?.. huhu.. Semua sedia maklum, saya ni orang Kedah dan bermertuakan orang Kedah.. Jadi, memang dalam plan destinasi raya kami tahun ni pun mestilah KEDAH kan..  Saya ni duduk Johor Bahru, suami pula duduk Batu Pahat.. Kalau saya ni bujang, senang je mohon cuti dan tanpa ragu-ragu balik kampung nest week.. hihi.. Tapi, saya ni isteri seorang tentera.. Nak-nak pula unit Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia.. Kenalah bersaing kalau nak cuti raya, sebab semuanya beragama Islam.. Ada peringkat-peringkat untuk cuti raya.. Yang saya tahu, ada 3 peringkat.. Peringkat pertama tu akan bercuti seminggu sebelum raya hingga raya kedua... Peringkat kedua, 4 hari sebelum raya hingga raya keempat.. Peringkat ketiga pula, start raya kelima.. So, sekarang ni saya dok berdoa dan berharap, agar suami saya dapat peringkat kedua la... Moga dipermudahkan.. Barulah link dengan cuti saya.. Saya ni kan penjawat awam..  Andai kata, kita raya Isnin, saya hanya perlu ambil cuti hari Ahad, Rabu dan Khamis je, then dapatlah seminggu. Kan jimat cuti namanya tu.. hikhik.. Tapi kalau suami saya dapat peringkat pertama atau ketiga, musnahlah plan cuti raya tu.  Cuti rehat dahlah tak banyak mana yang tinggal ni :(

Lagi satu, tahun ni sepatutnya giliran keluarga saya, lagilah saya tak sabar-sabar nak balik raya..  Tahun pertama kami berkahwin. tak balik kampung beraya tau.. Sedih..Raya di perantauan.. Masa tu tahun 2012, saya masih bekerja di KL dan suami di Johor Bahru.. Suami saya tak dapat cuti raya masa tu. So, tahun tu kitorang beraya kat JB je berdua.. Tahun kedua iaitu tahun lepas pula, kitorang balik Kedah.. Alhamdulillah.. Tapi giliran rumah mertua dahulu, baru rumah saya.. So, tahun ni opkoslah rumah keluarga saya :)


Moga dipermudahkan untuk mendapat cuti.. Tak naklah lagi raya di perantauan :)

Teringat rendang ayam mak, rendang daging, kuah kacang,.. Aduhai... Rindu aih... La ni datang kerja pun asyik  melihat kalendar.. Situasi biasalah tu kan :)


Makanan

PEANUT CANDY

July 15, 2014


Pernah makan tak peanut candy ni?.. Saya beli dari kawan jugak. Sekali dengan buah aprikot kering tu.. 1 kg, RM25.. Memang tak pernah rasa sebelum ni.. Ada kawan yang suka sangat makan peanut candy ni. Tu yang try beli. Dalam dia kacang.. Ala, kacang tumbuk tu.. Ok lah bagi saya kalau nak makan sekali sekala,. Tekak saya rasa macam manis pula. Tu yang tak boleh makan banyak tu.. Peanut candy ni dari Arab ke?.. Sebab orang yang jual kurma, kismis dan seangkatan dengannya, mesti jual peanut candy ni.. 





Saya saja beli banyak.. Nanti raya, boleh bagi budak-budak datang beraya  kan :)



Makanan

RESEPI SARDIN ROLL a.k.a ROTI GULUNG SARDIN ALA ROSE

July 14, 2014




Kalau tadi, dah letak resepi ayam goreng berempah kan. Kali ni nak letak resepi Sardin Roll a.k.a roti Gulung Sardin... hihi.. Eh,roti sardin pun nak letak kat blog. Mesti ada yang cakap macam tu kan. kan, kan?.. Janganlah cakap macam tu.. hihi..

Alkisahnya, tekak ni dok teringat-ingat Roti Gulung Sardin yang Kakak saya(Kakyang) buat. Saya makan masa balik kampung hari tu kan.. So, tu yang buat tu. Buat untuk berbuka, boleh makan sampai ke sahur. Hahaha... Puas makan.. 

Meh kita tengok gambar Sardin Roll saya dulu :




Sama je macam orang lain buat... Saje nak buat kenangan kat blog sendiri.. 


RESEPI SARDIN ROLL a.k.a ROTI GULUNG SARDIN ALA ROSE
(nak jugak ala Rose, kihkih)

Bahan-bahan

Roti (saya guna roti Gardenia)
Sardin tin
Bawang besar(Potong dadu)
Cili Merah(potong serong atau kecik-kecik)
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
Telur(dikacau, macam nak buat telur dadar)
Sedikit tepung(bancuh dengan sedikit air)

CARA-CARA

1. Hancurkan ikan sardin tu guna garpu. Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan sardin. Saya tak buang tau sosnya. Saya tumiskan sekali. ada sesetengah orang cuma guna ikan dia je. saya tak, saya lagi suka ada sos dia tu. Bila dah masak, Masukkan bawang besar yang dipotong dadu bersama cili besar ya. Dan boleh terus masukkan perahan limau tadi dan sedikit garam. Biar sampai kering... Dah siap pun intinya :)

2.  Gelekkan roti bagi leper. Bubuh inti, dan terus gulung. Kat hujung tu, boleh letak bancuhan tepung gandum, bagi dia melekat kan. Tak delah merekah nanti kan.. Celupkan roti tadi dalam telur dan terus goreng. Jangan celup awal, nanti kembang roti kita tu. Nak letak dalam kuali baru celup :) Dan jangan celup banyak, nanti bila goreng, telur tu macam serap minyak banyak pulakkan :)

******

Selamat Mencuba. resepi super duper simple je di blog saya ni :)

Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH

ayam

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP

July 14, 2014


Hari Jumaat lepas, balik Batu Pahat(rumah suami). So, bolehlah tunjukkan skill memasak kat suami tersayang kan. hihi. Maklumlah jarang berjumpa. Kalau kat rumah JB, saya memang jarang masak bulan puasa ni. Sebab duduk sorang kan.  Jadi, bila balik Batu Pahat, kenalah masak. Kalau tak nanti skill memasak ni tumpul pulak. Ishhh...gurau je ek..


Menu hari Jumaat lepas, saya buat Gulai Sotong, dan Ayam Goreng Berempah. Kuih pulak, saya buat Sardine Roll je :) hikhik.. Entry kali ni saja nak share resepi ayam goreng berempah.. Saya tahu semua orang pun tahu kan macam mana nak buat dan lagi pandai buat.. Dan lagi sedap dari saya buat ni.. Tapi, saya tetap nak share kat blog jugak, sebab ni untuk kenangan saya jugak. Mana tahu masa ke depan nanti, tiba-tiba saya lupa macam mana nak buat, boleh saya rujuk blog sendiri kan :) kihkih.


RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE ROSE
(nak jugak letak nama sendiri kan, kan...)

Ayam (gaul dengan kunyit)

Minyak untuk menggoreng
Daun kari

Bahan kisar

Rempah Kari
Serbuk cili
Bawang besar/bawang putih
Serai
Halia
Jintan manis
Jintan putih
Biji ketumbar
Garam
(Bahan-bahan ni, saya main agak-agak je jumlahnya)

Cara-cara:

1. Basuh ayam bersih-bersih dan gaulkan dulu dengan serbuk kuyit.
2. Perapkan ayam bersama dengan bahan kisar. Lepas tu, boleh letak dulu dalam peti asi. Kalau nak perap lama sikit pun tak ape, bagi dia mesra kan :)
3. Panaskan minyak, masukkan ayam yang diperap tadi bersama daun kari. Api jangan besar, jangan kecik. Sedang-sedang je :) Kalau style saya, masa nak goreng tu, baru saya letak daun kari. Sesetengah orang suka gaul daun kari tu dengan ayam tu. Ikut citarasa sendiri yer :) Dah siap, dan sedia dimakan :)

Senang kan?.. Itu cara saya. Ada yang letak telur, ada yang letak tepung. Terpulang, citarasa sendiri. Kalau saya, suka yang simple jer :)





Selamat mencuba!




chocodate

CHOCODATE DARI YUSOOF TAIYOB

July 14, 2014



Saya beli CHOCODATE ni masa seminggu sebelum puasa lagi.. Saje beli, macam teringin pulak, makan kurma yang ada badam dan siap bersalut coklat.. hihi.. Tapi, saya tak makan time berbuka puasa pun. Time berbuka makan kurma biasa je. Saya lagi suka makan time sahur.. 


Sesekali makan, ok kot. Saya ni tak boleh nak makan selalu, macam manis pula bila dah salut coklat. Lagi suka kurma yang biasa, yang tak disalut tu :)



drama

TONTON EPISOD AKHIR KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

July 13, 2014




Esok, 14 Julai 2014. Episod akhir Drama Kerana Terpakasa Aku Relakan.. Tak sabar nak tahu pengakhiran drama ni.. Macam mana dengan Indah Harlina?.. Tajul Razin.. Tajul Fahin... Alahai..suka tau tengok drama ni.. Memang mengusik jiwa saya ni ha.. Rasa kejap je dah nak episod last esok. hihi.. Lepas ni. tak dapatlah tengok Indah dah.. Suka sangat dengan watak Indah yang Izreen bawak ni.. 

Jom tengok sikit Indah.. Nanti dah tak de dah kat tv. hahhha..





Yang bestnya tengok drama ni, bila Indah menangis, Ros menangis. Bila Indah ketawa, Ros pun ketawa.. kikiki.. Menjiwai watak katanya :) Ros bagi 5 bintang untuk Indah! hahhaha..



Bezday

HAPPY BIRTHDAY ADIKKU

July 13, 2014


13 Julai... 

Selamat Ulangtahun kelahiran adikku, Syafiq...

Semoga dimurahkan rezeki...

Semoga diberikan kesihatan yang baik...

Semoga berjaya di dunia dan akhirat...

Satu-satu adikku.. Penawar segalanya...

Teman bergaduh di waktu kecil,... hihi..




Love you, Syafiq! Muhammad Faizzmeer Syafiq....







bola sepak

CabutanPasukan Piala Malaysia 2014

July 13, 2014



Sebentar tadi diadakan cabutan untuk PIala Malaysia 2014. Kat bawah ni keputusannya :


Kumpulan A
1- Pahang
2- Lions XII
3- Felda United
4- JDT 2

Kumpulan B
1- Terengganu
2- Sarawak
3- Perak
4- Kedah

Kumpulan C
1- JDT
2- Kelantan
3- ATM
4- Pulau Pinang

Kumpulan D
1- Selangor
2- Sime Darby
3- PDRM
4- T-Team

********

Pasukan saya? Dah tentu sokong Kedah. hihihi...



lagu raya

LIRIK LAGU INDAHNYA BERAYA DI DESA – AZLINA AZIZ

July 13, 2014


Hari ni, 15 Ramadhan.. Alhamdulillah... Sudah separuh Ramadhan kita jalani.. Ringtone hanphone dah tukar hari ni tau. hihi. Tukar ke lagu Azlina Aziz, Indahnya beraya di desa.. Haruslahkan.. Kan perantau namanya.. Opkos bubuh lagu yang ada kena mengena. Mengikut tema katanya. hikhik..

Jom hayati lirik lagu ni :

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia


Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usah hampakan hati orang tua


Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri

Bergembira

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya


Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan
******

p/s : Berharap cuti suami sama dengan cuti sendiri. Maklumlah tentera ni, ada peringkat-peringkat cuti dia. Bukan boleh main mohon je nak cuti bila.. Lagi satu, Rejimen Askar Melayu kan, lagilah bersaing sesama sendiri nak cuti, sebab semua beragama Islam...



berita semasa

Pulau Mabul diserang

July 13, 2014




Dapat satu berita sedih pagi ni.. Seorang anggota polis marin telah meninggal dunia.. Mula-mula dapat wassap dari kakak saya, Along.. Allahuakbar.. Terkejut dengar. Terus cari berita ni kat Sinar Harian Online. Memang berlaku.. Al Fatihah...

SUMBER GAMBAR : MYMETRO


SUMBER BERITA : SINAR HARIAN


Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) maut ditembak manakala rakannya dipercayai diculik lapan lelaki dalam kejadian di Pulau Mabul, Semporna, jam 11.00 malam tadi.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini, lapor sebuah portal.

Sementara itu, menurut sumber ‎mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit.

Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.

Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh.

Laporan itu turut menyebut, Zakiah turut sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang.



aprikot

SUKA MAKAN BUAH APRIKOT KERING

July 10, 2014



Alkisahnya, saya beli buah aprikot kering ni kat seorang kawan di pejabat. Kawan saya ni pulak beli dekat fb. hihi.. 500gram, RM 15 tak salah saya.. Saya ni memang suka makan buah aprikot kering ni .. Tapi kan, tak kering sangat, lembab -lembab gitu :)



Saya jadikan sebagai sahur.. Makan buah aprikot ni bersama air masak dan susu :)


Alhamdulillah...





buah

BUAH MANGGIS IBU MERTUAKU

July 10, 2014



Wah tajuk Ibu Mertuaku! hihi..  Kan saya balik kampung baru ni.. Tapi, hari sabtu malam tu dah bali Jb semula. Suami saya tak balik sekali.. Dia balik rumah mak dia pula a.k.a mak mertua saya di Jitra.. Sekarang kat sana tengah musim buah.. Ada satu pokok manggis depan rumah mak mertua saya. Semenjak kahwin 2 tahun lebih ni, belum pernah saya merasa lagi buah manggis ni.. Baru ni dapat rasa. Sebab sebelum-sebelum ni kami balik kampung tak kena dengan musim dia. Suami saya kata, memang tengah banyak buahnya.. Alhamdulillah..dapat merasa buah manggis ni.. Sedap. Saya ni memang suka buah manggis selain buah Naga, buah durian, buah kedondong... hihi.. 

Kat bawah ni saya ambil gambar letak dalam pingggan  je.. Yang suami saya bawa balik tu satu plastik .. Boleh diagihkan pada kawan-kawan tentera dia nanti.



Dalam bulan Ramadhan ni, makan buah ni pun tak berapa sangat. Sebab dah kenyang masa berbuka tu. Tekak ni boleh terima dua tiga biji ja. Sebab kenyang kan.. Lagi satu, kalau saya nak makan buah ni kena hati-hati.. tak boleh makan sekali gus banyak, sebab nanti saya akan demam atau penat. Entahlah dari dulu macam tu. Sebab tu style saya sehari makan dua tiga biji ja.. Kalau nak makan hari-hari pun tak pa. hikhik..

Last sekali, nak ucap terima kasihlah kan, kat mak mertu dan ayah mertua . kihkih.. Ayat skema gitu.. 



denggi

RISAU JIKA DENGGI MELANDA

July 10, 2014


Selamat pagi semuanya.. Apa khabar?.. Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah, hari ini 12 Ramadhan.. Moga kita dapat menjalani ibadah puasa hingga ke hujungnya dan dapat menemui Syawal...

Sekarang ni denggi mula meningkat.. Risau saya dibuatnya.. Di blog saya ni pun, ramai yang mencari entry saya berkenaan TIPS UNTUK DEMAM DENGGI. Semalam, balik kerja terus singgah bazar Ramadhan kejap.. Lepas tu bila balik rumah, perasan muka suami saya dah lain.. Bila rasa tangan dan dahi dia, alahai panas pula... Dia mengadu sakit kepala.. Masa dia kena demam denggi awal tahun hari tu, macam tu lah permulaannya.. Badan jadi lemah... Risau saya.. Masa berbuka, dia minum air sikit dan makan sikit je. dah tak lalu katanya.. Saya bagi makan panadol dan letak minyak cap kapak je kat kepala.. Pastu mintak dia minum air masak.. Saya pun basahkan kain nak bagi kurangkan kepanasan badan dia. Sekali dia tak nak. Dia kata sejuk.. Tapi, badannya panas.. Ya Allah, moga tiada apa-apalah.. Moga demam biasa saja.. 

Pagi ni, bangun sahur dah ok sikit. Masih panas, tapi tak sepanas malam tadi... 

Untuk kawan-kawan di luar sana, kalau ada rasa tanda-tanda tu, cepat-cepatlah pergi klinik atau hospital yer. Check darah dulu.. Sekarang ni, peratusan demam denggi makin meningkat..

Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik..


laksam

BERBUKA DENGAN LAKSAM BAZAR RAMADHAN

July 09, 2014


Alhamdulillah.. Dapat berbuka dengan laksam tadi.. Dah dua tiga nak makan laksam, hari ni dapat.. Beli kat bazar Ramadhan Larkin, hanya RM2.. Murahkan? Susah nak dapat harga macam tu sekarang ni. Rasanya kat makcik ni je jual dua ringgit.. 


Alhamdulillah, kenyang..  



ramadhan

SEKILAS TENTANG RAMADHAN

July 08, 2014



Selamat pagi semua.. Apa khabar kawan-kawan?.. Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik :) Alhadmulillah..Hari ni 10 Ramadhan...

Pagi ni nak berkongsi sekilas tentang Ramadhan.. Moga perkongsian ini memanfaatkan semua :) 

Saya ambil dari fb je.. Kalau kawan-kawan rasa nak share, silakan :)



P/S : Pagi ni gi kerja modd happy sikit.. Menanti kepulangan suami saya :)



zikir

JOM BERZIKIR

July 07, 2014


Selamat pagi.. Apa khabar hari ni?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. Hari ini, 9 Ramadhan.. Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa hingga ke penghujungnya.. 




Inilah zikir yg di baca oleh Nabi Yunus AS semasa dlm perut ikan Nun selama 40 hari, sebelum di muntahkan semula oleh ikan Nun tersebut. Pesan ulama', dengan mengamalkan zikir ini, in sya Allah berbagai masalah & kesusahan akan dpt di atasi satu persatu.

SUMBER : FB DATO FADZILAH KAMSAH



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion