Family

MUKA BUDAK DEMAM

August 31, 2014




Kakak saya, Kakyang wassap gambar ni. Alahai.. Siannya dia.. Monyok je muka Baby Arif.. Tak sihat. 

Moga cepat sihat ye sayang.. Dan kekal aktif macam selalu!

Mak ude rindu semua!


laksa penang

LAKSA LAGI!

August 31, 2014




Baru je buat laksa minggu lepas.. Minggu ni buat lagi. Heee... Sedap..(isi bakul angkat sendiri!) hihi.

Kali ni buat pekat sikit. Makan panas-panas.. Aduhai.... Bertambah-tambah! opss bahaya ni. Tak boleh buat selalu. hikhik. 




merdeka

MERDEKA. MERDEKAKAH KITA?

August 31, 2014




Tanggal 31.
Bulan 8.
57.
MERDEKA
MERDEKA
TETAPLAH MERDEKA
IA PASTI MENJADI SEJARAH!

Tema kemerdekaan kita tahun ni ialah 'Di sini lahirnya sebuah cinta'.

Tajuk entry ni saje je saya tulis macam tu.. Jom kita fikir sejenak, apabila kita gagah melaungkan Merdeka! Merdeka!, sejauh mana kita tahu erti Merdeka?...



10 days challenge

10 Days Challenge - Day 3 : 3 SONGS

August 31, 2014



Ok, masih dalam cabaran "10 DAYS CHALLENGE" , hari ni hari ketiga kan. So, saya kongsikan 3 lagu yang menjadi pilihan saya. Sebenarnya banyak lagu.. Tapi saya kongsi 3 dah la kan :) hihi..

1. Keluarga Bahagia  -Saujana

Sedamai taman firdausi 
Limpahan kasih sayang sejati 
Seharum semerbak kasturi 
Mengharumi hidup insani 

Indahnya damainya 
Keluarga yang bahagia 
Itulah idaman impian setiap insan 
Yang dahagakan belaian 
Serta kasih dan sayang 

Ketika insan lain berbahagia 
Bersama keluarga 
Namun kita masih meniti 
Titian rapuh perhubungan 
Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya 
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya 
Ayuhlah bina semula 
Keluarga diredhai Alloh 

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan 
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih 
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu 
Marilah kita bina bersama-sama 
Keluarga bahagia

2. Kenangan Terindah-Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah yang hilang darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati

ohhh,ohh,ohhhhh
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

ohhhhhhhhh,.....


3.Lirik My All -Mariah Carey

I’m thinking of you
in my sleepless solitude tonight
if it’s wrong to love you
then my heart won’t let me be right
cause I’m drowned in you
and I won’t pull trough
without you by my side
I’d give my all to havejust one more night with you

I’d risk my life to have
your body next to mine
cause I can’t let go on
living in the memory of your song
I’d give my all for your love tonight

Baby can you feel me
imagining I’m looking in your eyes
I can see you clearly
vividly emblazoned in my mind
and yet you’re so far
like a distant star
I’m wishing on tonight

I’d give my all to have
just one more night with you
I’d risk my life to have
your body next to mine
cause I can’t let go on
living in the memory of your song
I’d give my all for your love tonight
~~~~~

Sekian sahaja cabaran hari ketiga :)



10 days challenge

10 Days Challenge - Day 2 : 2 FILM

August 30, 2014



Hari ni hari kedua dalam cabaran "10 DAYS CHALLENGE" .

Cabaran hari kedua ialah 2 filem :)

Ok, hari ni nak cerita berkenaan 2 filem yang saya suka. Sebenarnya ada banyak filem. Tapi, takkan nak cerita semuanya kan.. Tak memenuhi syaratlah kan.. 2 je cukup. hihi.

Filem pertama yang bermakna buat saya ialah filem hindustan yang berjudul Akele Hum Akele Tum.. Lakonan Aamir Khan dan Manisha Koirala.. Hero dan heroin kesukaan saya.. hihi.. Memang sedih sangat cerita ni tau.. Kasih ayah pada anak.. Aduhai, memang tersedu sedan tengok tau.. Mesti ramai yang dah tengok kan.. Filem lama ni.. So, takyah la saya cerita sinopsisya.. Heeee...



Filem kedua pula ialah file dari Indonesia, Tentang Dia..

Ni sinopsisnya:
(saya ambil dari google je tau)

Tentang Dia menceritakan tentang Gadis (Sigi Wimala) yang menyimpan luka karena dikhianati kekasihnya yang berselingkuh dengan sahabatnya sendiri. Ia akhirnya menjadi seorang penyendiri dan pemurung, sehingga di mata teman-temannya ia dianggap aneh dan kuper kecuali oleh Randu (Fauzi Baadilla), yang justru jatuh cinta padanya.
Sebuah kecelakaan membuat Gadis mengenal seorang wanita bernama Rudi (Adinia Wirasti) dan membawanya ke petualangan dimana Gadis dapat menikmati hidup yang bebas dan menyenangkan. Namun semakin lama sikap Rudi yang semakin over protektif terhadap Gadis sehingga ketulusan dan kasih sayang yang diberikan Rudi disalahartikan oleh Gadis

~~~~~~

Memang best sangat filem ni.. saya tengok dengan kakak saya berulang kali, kitorang beli vcd masa tu. Cerita ni sedih dan menyentuh perasaan.. Jalan cerita ni bukanlah penuh dengan tangisan yang boleh buat ita menangis.. Tapi, kita sendiri yang rasa sayu dan mengalirkan air mata kalau menghayati.. 

Sekian sahaja cabaran hari ini, dua filem :)




10 days challenge

10 Days Challenge - Day 1 : 1 Picture

August 29, 2014


Ingat tak dalam entry semalam, saya ada cerita tentang 10 Days Challenge ?..

Ok hari ni , saya  nak start dengan tugasan hari pertama, iaitu 1 gambar :)



Gambar ni amat bermakna juga pada saya.. Minat saya dan suami ni sama terhadap cinta pada haiwan.. Sebab tu di rumah, kami ada jaga ikan dan burung :) Cuma kucing je tak boleh nak jaga.. Sebab saya ni alahan dan takut kucing.. Kesian suami saya.. hihi. Bila balik rumah keluarga dia, baru dapat dia main-main dengan semua kucing-kucing yang ada. Hikhik...

Ok, nak cerita sikit pasal gambar kat atas ni.. Gambar ni kitorang ambil masa pergi Aquaria, KLCC.. Perjalanan yang tak dirancang sebenarnya.. Tiba-tiba suami saya ajak pergi.. Kitorang pun pergi KL balik hari je. Tak tidur pun.. 

Seronok sangat masa gi sana. Kebetulan masa kitorang pergi tu, masa hidupan laut tu diberi makan.. Boleh tengok depan mata.. Subhanallah, banyaknya ikan-ikan yang ada.. Bukan ikan je, penyu pun ada.. Lagi apa ek?.. Hihi.

Kadang-kadang percutian yang tak dirancang membawa seribu satu kenangan manis :)


10 days challenge

10 Days Challenge

August 28, 2014

 
Semalma jalan-jalan ke blog  SALLY , nampak Sally updated tentang "10 DAY CHALLENGE".. Eh, macam best je.. hihi.. Nak buat jugakla.. Tapi, Ros start esoklah :)



Jom buat sama-sama :) 


RANK ALEXA

PASANG WIDGET ALEXA DI BLOG

August 27, 2014



Tadi masa berblogwalking, nampak satu tutorial Cara Pasang Widget Alexa Pada Blog , terus lah saya pasang. Heee.. Orang lain dah letak lama dah, kite ni baru nak letak. Tak ape :)

Ni lah widgetnya :


Ni pulak ranking blog saya :


Amboi, kemain banyak lagi nombornya kan. hihihi.. Tak apa, ~~~'dari jauh ku berlari, mengejar mimpi-mimpi"~~~~



husband masak

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA YANG SEDAP

August 26, 2014

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA YANG SEDAP |
Ni cerita Sabtu lepas.. Kawan suami Cik Rose pergi memancing. Alhamdulillah.. Dapat 3 ekor ikan siakap. Dan kawan suami minta suami Cik Rose yang masakkan. So, apalagi ikan siakap kan dah sinonim dengan 3 rasanya. Bab ikan ni, suami Cik Rose yang uruskan, termasuk menyiang sekali. Cik Rose part masak nasi je hari tu. hihi.. Memang Cik Rose suka masak, tapi sendiri akui ada jenis masakan yang suami  masak lagi sedap. Hihi. Contohnya ikan siakap 3 rasa ni lah :)

Sebelum Cik Rose selitkan resepi, kita tengok gambarnya dulu :



Dah tenggelam ikan tu, tak nampak dah kan..  Cik Rose coretkan  resepi ni, untuk ingatan sendiri jugak. Mana tahu masa ke depan nanti Cik Rose nak masak, tiba-tiba tak ingat bahan dia, boleh refer kat blog sendiri je :)

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA

2 ekor ikan siakap ( dilumur garam, kunyit dan tepung jagung)
Goreng hingga garing dan ketepikan.

Bahan-bahan sosnya :

5 ulas Bawang putih -dikisar
3 biji Bawang besar - dikisar
Halia ( suka letak banyak, ikut suka ye)
3 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Sos cili - Agak-agak banyak mana
3 batang cili merah (dikisar.)
2 batang serai ( dipotong halus)
Cili merah (dipotong )
Cili Merah (dikisar)
Nenas ( dipotong kecil)
Timun( dipotong kecil)
Bawang besar ( dipotong bulat)
Daun limau purut
Gula
Garam

CARA- CARA :

1. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar bersama.
2. Bila bawang dah garing, masuk cili kisar. Biar cili masak dulu.
3. Masukkan cili merah yang dikisar pula.
4. Bila cili dah masak, masuk sos cili. Agak-agak je banyak mana, ikut kepekatan dan kepedasan yang kita nak. Masukkan gula jika terlalu pedas. Biarkan seketika. Jika perlu, boleh masukkan air.
5. Masukkan nenas, serai yang dipotong halus dan daun limau purut.
6. Kemudian, boleh masukkan timun dan bawang besar. 
7. Akhir sekali boleh masukkan garam dan cili merah yang dipotong. Kacau seketika. 
8. Bila dah masak, boleh tuangkan ke atas ikan siakap yang telah kita goreng tadi..

Simple kan :)

Selamat mencuba. Memang sedap! Aih, puji suami sendiri pula. Yelah sape lagi yang nak puji kan, mesti isteri sendiri. hihi :)

Kalau makan di kedai makan pun, Cik Rose lebih suka minta siakap tiga rasa berbanding stim. Mungkin stim tak kena dengan selera kot. Lebih gemar tiga rasa. 



header

HEADER BERTUKAR

August 26, 2014



Dah pun tukar header. Sebelum ni kan saya letak header Salam Aidilfitri. Hari ni 30 Syawal, jadi saya buat keputusan untuk ubah header tu hari ni.. 
Maka, inilah yang terhasil :


Buat sendiri je header ni. Letak gambar anak-anak sedara kesayangan. hihi.. Lima orang kesemuanya.. Menjadi sumber inspirasi jugak :)


p/s : Hari ni start satu misi. Harap misi ni berjaya, dan bukan hangat-hangat tahi ayam :) Doakan yer :)



laksa penang

RESEPI LAKSA PENANG SEDAP

August 26, 2014



Hari Jumaat lepas punya cerita.. Saya buat laksa.. Kebetulan adik saya ada. Datang dari Kedah.. Kitorang ni hantu laksa. hihi.

So, saya buatlah laksa  hari tu..

Mesti ramai yang suka makan laksa kan?.. Sedap kan?... hikhik.
Selain laksa penang, saya suka jugak makan laksa Johor dan laksa Sarawak :)

Kat sini saya selitkan sekali resepinya.. Buat simpanan saya sendiri jugak sebenarnya... 

RESEPI LAKSA PENANG STYLE ROSE

Bahan-bahan untuk kuah laksa :

2 kg ikan kembung
 Bawang besar-kisar
  Belacan-kisar

2 senduk cili kisar (lebihkan kalau suka pedas)
 Asam keping secukupnya
2 bunga kantan 
2 ikat daun Kesum (saya memang suka letak lebih)
Garam

Bahan hiasan

Telur - rebus 
Timun - hiris
Daun selom-hiris

Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris

Limau kasturi 
Cili padi 

CARA-CARA :

1. Rebus ikan kembung. Kemudian asingkan isi ikan dari tulang.
2. Kisar isi ikan dulu. Kemudian, kisar jugak tulang ikan bersama air . Lepas tu, tapis tulang yang kita kisar tadi. 
3. Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan hingga masak. Kemudian baru perasakan dengan garam.

Senang, kan :)


Laksa pula, rebus bersama asam keping hingga masak.


Tadaa..dah siap. Tapi, gambar saya ni tak ada telur pula.. Tak siap rebus lagi masa ni, terus nak rasa. hihi..




Alhamdulillah, kenyang makan hari tu. Dapat jugak beri pada kawan-kawan suami saya rasa :)



header

DAH BOLEH TUKAR HEADER NI

August 25, 2014


Hai, dah petang-petang baru muncul.. hihi...
Apa khabar semuanya? Semoga semuanya sihat sahaja :)
Pagi tadi ada ceramah agama di pejabat.. Alhamdulillah, banyak imu  yang dikongsikan Ustaz.. Nanti saya share intipati cerama tu yer,.. Berkait dengan Sunnah Rasulullah dan Propaganda Yahudi..

Ok, sebenarnya tadi tengok blog sendiri, eh terperasa sesuatu. Apa lagi kalau bukan header tu ha. hihi.. Header raya kan.. Hari ni 29 Syawal dan esok 30 Syawal... Nampaknya nak kena ubah header ni lusa.. Tapi, tak tahu lagi nak guna header lama atau buat yang baru.. Sama-sama kita tengok nanti. Tapi, saya punya header takdelah canggih manggih pun. Yang simple -simple ajer :)



p/s : Setiap yang terjadi, ada sebabnya.... Usah dikesali..






follower

FOLLOWER 900

August 24, 2014




Saja buat entry kenangan.. Hari ni mencecah 900 :)

Terima kasih buat semua yang sudi mengikuti blog saya ni :)


perkongsian

PERKONGSIAN

August 24, 2014


Apa khabar semuanya?.. Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. Hari ni, 28 Syawal.. Hampir tiba ke penghujung Syawal...

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas di bumi ini..

Hari ni, bekerja macam biasa. Dan dah jadi rutin biasa bergerak dari Batu Pahat pada setiap pagi Ahad ke Jb untuk ke tempat kerja.. Alhamdulillah, suami dapat hantarkan.. Suami memandu dari Batu Pahat ke Jb, dan terus bergerak ke Batu Pahat semula, selepas menghantar saya ke tempat kerja.. Bekerja seperti biasa selama seminggu, kemudian petang Khamis saya akan ke Batu Pahat semula.. Kadang-kadang naik bas, kadang -kadang suami datang ambil.. Dan begitulah seterusnya. Setakat  ni dah 4 bulan melaluinya... Moga ada rezeki untuk bertukar.. 


Basahkan bibir kita dengan zikir :)




ikan

HASIL SUAMI MENGAIL

August 23, 2014



Cerita masa balik kampung mertua 2 minggu lepas. Suami saya pergi mengail dengan adik dia.. Itulah hasilnya.

Balik je bawa hasil, saya dan suami terus menyiang ikan tu dan mak mertua yang goreng. Nak siang ikan ni mencabar sikit sebab ikan ikan tu masih hidup,.. Saya siang boleh, tapi tak makan ikan jenis ni...

P/s : Frust hari tu tak dapat ikut suami gi mengail sebabnya dorang naik motor sebiji je....




denggi

AMBIL PEDULI TENTANG DENGGI

August 21, 2014


Demam denggi... Memang berbahaya! Jangan ambil mudah kalau ada simptom-simptom demam denggi.. Mungkin kadang-kadang kita ingat hanya demam biasa.. Tetapi, mungkin itu bukan demam biasa.. Hari ni, seorang kenalan kawan saya di pejabat demam denggi.. Masih di hospital... (moga cepat sembuh)..

Dalam blog saya ni pun, ada juga saya kongsikan pengalaman suami saya bila terkena demam denggi... Ada juga saya kongsikan tips-tips untuk demam denggi.. 

Hari ni, bila saya bukak keyword di Nuffnang, terselit jugak keyword berkenaan denggi..



Boleh rujuk entry ni yer :

TIPS UNTUK DEMAM DENGGI


P/S : Hapuskan pembiakan nyamuk Aedes!


mutiara kata

LUMRAH...

August 21, 2014





P/S: Hari ni ada jamuan di office saya.. Peringkat jabatan. Tak sempat BW .. 



Family

MINUM PETANG DI OLD TOWN WHITE COFFEE

August 21, 2014


Petang raya, dengan selamba masuk Old Town White Coffee. Hikhik.. Orang makan juadah raya, kita boleh pulak minum-minum kat sini. 

Ni cerita raya pertama. Bukan apa, saya keluar pergi Tesco nak beli barang dapur sikit. Kitorang pergi bertiga je. Saya, suami saya dan anak sedara saya, Nil. Lepas kitorang selesai beli barang-barang keperluan, lalu depan Restoran Old Town White Coffee ni. Suami saya kata nak minum kopi dia. Apalagi terus masuklah. ramai jugak orang kat dalam tu. Berbilang bangsa. hikhik.. 

Order coffee dia untuk suami saya, dan air teh ais untuk saya. Anak sedara saya pula nak air kosong je. Pastu anak sedara saya makan nasi lemak ayam...


Air kopi feveret suami :)

Teh ais pilihan saya :)

Pak Ude : Sedapnya Nil, kopi ni!!!
Nil : Eleh, tak sedap sangat pun.. Air kosong lagi best :)

Nil : Mana  makanan Nil tak sampai lagi ni ?.

p/s: Masuk Old Town, berbaju raya lagi :)



luahan

SAKIT HATI !!

August 19, 2014



Pesanan untuk diri sendiri dan juga teman-teman.. 
Dalam setiap tutur kata yang kita keluarkan tu, tolong fikir dulu boleh tak?.. Jangan laju je meluncur keluar. Fikirlah dengan siapa kita berbicara tu. Cuba letak diri awak tu kat dalam kasut orang tu. Rasai sendiri. Mungkin awak kata, awak hanya bergurau. Oh, tidak. Bergurau tak kena tempat namanya tu. 


Sakit hati memang tak berdarah, memang tak luka. Tapi rasanya amat sakit, kan?..

p/s: Sabar,, sabar.. Dugaan berpuasa rasanya ni.. Terpaksa mendengar kata-kata yang amat pedih! 
Allahuakbar... Subhanallah..Alhamdulillah..






balik kampung

AIR MATA BABY ARIF

August 19, 2014


Alkisah, 2 minggu lepas.. Masa ni saya nak balik ke JB dari kampung saya, Sungai Petani.. Saya ajak adik saya teman saya gi JB.. Kami balik naik bas.. Ayah saya dan mak saya yang hantar.. Ditemani anak sedara saya Baby Mat dan Baby Arif.. 

Masa kat rumah, dorang ok je. Yelah, mesti dorang ingat nak gi jalan-jalan ke, mana ke kan.. Sekali bila dah sampai stesen bas Sungai Petani, tengok pulak saya dan adik saya naik bas, terus  Arif nangis.. Aduhai, sedihnya hati mak ude ni.. Baby Mat pula still boleh cover. Pendamkan perasaan dia. Cuma boleh tengok kesedihan dari riak wajah dia yang monyok je.. Cuma  Arif dah tak boleh tahan. Terus meraung dengan kuat. Sebenarnya dia meraung tu bukan sebab nak berpisah dengan mak udenya ni. Tapi dengan aidk saya tu, Ucu dia.. hihihi.. Sayang benar dia dengan Ucu dia.. 



p/s: Sekarang ni, adik saya masih di rumah saya.. Mak saya cakap, hari -hari Arif akan masuk bilik Ucu dia nak tengok Ucu dia ada ke tak :(



mutiara kata

TEMAN LAMA DAN TEMAN BARU

August 19, 2014





Kadang-kadang kita tak sedar, kan.. Bila datang teman baru, seolah-olah kita menjauhi teman lama yang di sisi kita.. Moga kita saling menghargai sesiapa sahaja yang berasa di sekeliling kita.. 



luahan

TAK MUDAH UNTUK BERUBAH, TAPI KITA MAMPU!

August 18, 2014


Banyak perkara yang berlaku.. Banyak perkara yang menghantui fikiran sejak kebelakangan ni.. Cuba bertenang.. Cuba pujuk hati.. 


Semuanya pada diri kita. Nak dengan tak nak. Orang lain hanya mampu melihat dan berkata. Tapi, hakikatnya kita yang rasa. 

Kita yang perlu mengubah diri kita, bukan orang lain..

Stay positive..

Jalani hidup kita sebaiknya. Jangan disia-siakan waktu..

p/s : Kadang kala sukar mengawal perasaan.. Namun, harus kuatkan hati !


alor setar

AKU, BAS DAN SESUATU

August 18, 2014


Wah tajuk.. Hikhik.. Ni cerita hari Sabtu lepas.. Saja ambil gambar masa kat Stesen Bas Shahab Perdana, Alor setar.


Naik bas dari Jitra, menuju ke Johor Bahru.. Perjalanan yang panjang.. Masa balik Jitra hari Khamis malam, saya balik sorang .. Tapi, masa nak balik ke Jb semula, saya balik dengan suami saya.. Berdua lebih baik . Wah gitu. Bila duduk jauh ni, nak buat macam mana kan. Kenalah hadapi jugak.. Bila ada kecemasan di kampung, dah tentulah hati kita ni jadi risau dan sedih.. Oleh kerana balik tak lama, kitorang buat keputusan balik guna bas je.. Lebih jimat berbanding naik kereta. Duit minyak + tol dah berapa kan.. 

Alhamdulillah, ayah mertua saya tak apa-apa. Dah Ok dan sihat :)



nuffnang

NORA BAGI 5 BINTANG!!!

August 14, 2014


Tadi saja bukak Nuffnang. Kot-kotlah kan ada CPUV baru. Sekali bukak, nan hado! hihihi.. Tiada CPUV untuk Ogos.. Sedih pulak rasa.. Oh Nuffnanf sayag, bagilah CPUV sikit kat blog Inilah Realiti Ni. hihihi.

Pastu, terus check bintang kedudukan iklan kat blog saya ni.. Eh ada yang dapat 5 bintang! Satu je, bahagian 'SKYSCRAPER". Yang lagi dua tu, dapat 3 bintang je.. Kena tingkatkan lagi ni :)



p/s : Malam ni akan bergerak pulang ke kampung mertua di Jitra.. Sorang-sorang naik bas. Ayah mertua masih tak sihat.. Suami saya dah sampai pun kampung dia dari last week. Doakan perjalanan saya yer, kawan-kawan.. Terima kasih :)



fynn jamal

Lirik Lagu Tahu - Fynn Jamal

August 14, 2014



Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Harus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetol-betolnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama


p/s : Layan perasaan dengar lagu ni berulang kali ...


Pelangi

PERKONGSIAN PAGI

August 14, 2014


~ SEMBUNYIKAN KEBAIKAN YANG KITA LAKUKAN, SEPERTI PELANGI MENYEMBUNYIKAN KEINDAHAN DI BALIK HUJAN ~

SUMBER : FB IKIM FM

P/S : Masih demam, selsema dan sakit tekak.. Ya Allah, Kau berikanlah kesiahatan yang baik buat kami semua... Masih juga gigih ke tempat kerja hari ni... Ada misi yang perlu diselesaikan..


ikan

BELI IKAN FRESH TERUS DARI PUKAT

August 13, 2014


Ni cerita raya ketiga. Saya ikut mak mertua gi beli ikan fresh, terus dari pukat.. Kat mana?.. Alahai tak ingat pula kawasan mana. Sebab banyak tempat kitorang pergi hari tu. Jerlun ke mana eh?. Dah try zoom kat gambar bawah ni, tapi tak namapk tulisannya.. Yang nampak hanya tertulis Lembaga Kemjuan Ikan Negeri Kedah. 

Geram je tengok ikan termenung tu naik.. Banyak tau. Ramai jugak yang menunggu.. Harga pun murah :)

Kat bawah ni saya sertakan gambar dari jauh.. Hihihi.. 





Balik tu, kitorang goreng je ikan-ikan tu dan buat gulai. Isi dia memang manis! Puaslah makan hari tu :)


ketupat palas

KETUPAT PALAS MAK MERTUA

August 13, 2014


Lambat pula tahun ni updated cerita raya kan. Sebabnya dah updated kat Instagram, tu yang macam lupa nak tulis kat  blog.. hihi.. Kasihan blog ku ini. Dah pertengahan Syawal dah pun kita kan.. Cerita tentang ketupat pulut @ ketupat palas. Menu wajib di rumah mertua saya. Mak mertua saya ni memang tiap-tiap tahun ambil tempahan dari orang kampung. Ada yang terus order ketupat, ada yang bagi bahan-bahan mintak mak mertua saya tolong buat.. Masa first time beraya di rumah mertua tahun lepas, saya hanya mampu memandang je. Tak  boleh nak tolong, sebab memang tak pandai nak balut. Sebabnya, kalau di rumah keluarga saya, mak saya buat ketupat nasi. Jadi, memang mak saya terror la buat sarung ketupat nasi tu. Ada jugak niat nak belajar balut ketupat pulut ni dari mak mertua tahun lepas, tapi mak mertua macam sibuk je masa tu. Sebab banyak tempahan kan. Mak mertua saya dok balut dengan kakak ipar saya je lah masa tu. Saya hanya memerhati je :)

Tapi, tahun ni lain ceritanya. Hee... Kan saya beraya dengan mak saya dulu. So, masa raya kedua baru kitorang  beraya dengan mak mertua saya. Suami saya minta mak dia buatkan ketupat pulut tu untuk bawa balik Johor. So, mak mertua saya buatkan.. Malam tu lah bermula segala-galanya.. Suami saya terus cakap kat mak dia, minta ajar saya. Heee.. Apalagi, terus saya belajar dengan tekun. Kakak ipar saya jadi cikgu. Cikgu yang cemerlang, sebab saya dah pandai balut :) hihihi.. Seronok jugak bila dah pandai balut tu. Mula-mula buat macam susah, sebab tak dapat rentak dia lagi kan.. Bila dah dua tiga biji kita balut, baru lancar :)

Mak mertua saya buatkan untuk kitorang sekilo pulut.. Alhamdulillah, dah selamat masuk perut dah pun. hikhik. Bawa balik Johor, letak dalam tempat beku. Bila nak makan, keluarkan dulu, baru rebus semula.. Rebus sekejap je sebab pulut tu memang dah masak :)

Ni lah hasil tangan saya. Eh bukan saya sorang, sekali dengan mak mertua dan kakak ipar :


Kat bawah ni pula rendang buatan tangan sendiri.. Gambar diambil masa dok tengah masak. Ayam semua tenggelam, tak nampak sebab kuahnya banyak. Saya memang lebihkan cili masa tu. Suka rendang yang basah. Ni baru dok menggelegak, belum masak lagi.. Lama lagi prosesnya tu.  Gambar yang siap di masak, tak ambil pula. Lupa. Hihi.. Buat masa balik rumah suami di Batu Pahat.




p/s: Sebelah mertua saya, dorang tak makan ketupat pulut ni dengan rendang. Dorang makan dengan gulai daging :)


kuih raya

TERINGAT KUIH RAYA RUMAH MAK

August 13, 2014


Tiba-tiba teirngat pula kuih raya kat kampung.. hari tu masa balik cuti raya, rasa macam dah makan banyak dah.. Tapi, tetap tak puas.. Walau bukan air tangan mak, semua kuih-kuih ni .. hihi.. Sebenarnya lebih kepada rindu kat mak ayah dari rindu kuih muih ni. Kuih muih ni hanya penyebab je kan. 

Kuih-kuih raya ni hasil dari kami adik beradik yang belikan. Hee, juga bukan air tangan kami.. Tak tahu kenapa, tahun ni macam tak berkesempatan nak buat sendiri.. Rasa macam masa tu pantas je berjalan :)



Sedap-sedap belaka kuih raya  ni tau. Hahha. Perasan. Kuih kegemaran saya sudah semestinya kuih yang berasaskan coklat dan badam. Sodap aih!

Tapi, biasalah masa hari raya tu, bukan nak makan sangat kuih-kuih ni semua. Tekak sibuk melayan ketupat, lemang dan rendang kan.. Bila dah hujung-hujung ni, barulah nak mencari kuih raya..


kad raya

LAGI KAD RAYA DARI RAKAN BLOGGER

August 12, 2014


Baru berkesempatan nak buat entry tentang kad raya ni. Sebenarnya ada yang dah dapat 2,3 hari sebelum raya, tapi memandangkan saya dah pun cuti, tu yang baru dapat lepas naik office lepas cuti raya tu.


Terima kasih buat semua blogger yang sudi menghulurkan kad raya buat saya.. Tahun ni belum berkesempatan nak membalas. Mana tahu, tahun depan mungkin?.. 

Yang pertama ni dari Kak Mimi (PINK UMMI)


Yang ni pula dari blogger madah cinta, CIK AKAK,,. hihi


Yang kat bawah ni pula dari Cik Adik Manis, Ainim :)



Terima kasih semua :)



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS