anniversary

ALHAMDULILLAH, ULANGTAHUN KE 3 PERNIKAHAN

September 30, 2014

30 September 2011
Aku terima nikahnya.

Alhamdulillah.
Hari ini 30 September 2014.
Genap 3 tahun kita bergelar suami isteri.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Semoga ikatan kita berkekalan dan membawa kita ke Syurga.
Semoga hubungan kita baik-baik saja.
Semoga kita dipanjangkan jodoh utnuk meneruskan kehidupan bersama.
Semoga kita diperluaskan rezeki untuk mempunyai zuriat.
Semoga kita saling sayang menyayang dan rindu rinduan.
Semoga kita dipermudahkan untuk duduk bersama, tak perlu lagi berPJJ.
Semoga kita menjadi anak yang taat dan menantu yang baik :)

Alhamdulillah.

Terima kasih buat semua yang mengirimkan doa buat kami
Terima kasih!




amalan mulia

JOM JADI BAIK :)

September 30, 2014



Selamat pagi :)

Mulakan hari ini dengan senyuman dan berazam untuk jadi yang lebih baik. Cuba positifkan diri.. Hihi.. 

Ada apa dengan hari ni?.. Special la konon kan.. Next entry saya kongsikan :)


macam macam

BUAT KERJA SECARA SISTEMATIK

September 29, 2014


Amboi tajuk. SISTEMATIK tu.. hikhik. Yelah dalam 3,4 hari macam-macam perkara yang terjadi. Keadaan yang sibuk, keadaan emosi yang bercampur  baur, keadaan kesihatan yang terjejas.. Apapun, Alhamdulillah. Hari ni dah kembali baik! Mula  bertugas hari ni.. 

Keadaan blog pun dah bercelaru, 2, 3 hari yang lepas. Semuanya gara-gara 'gatai tangan' pi ubah macam-macam. hihi.. Last jadi blog warna hijau dengan header yang entah pape. Pagi ni dah ubah balik semula. Jadilah, buat sementara waktu. Guna balik je header lama.. hikhik.

Hari ni jugak perlu memulakan sesi blogwalking, setelah 3 hari berehat. Rindu semua.. Maklumlah bila balik Batu Pahat, memang tak boleh nak berblog. Loading kemain lama. Line celcom saya kalau kat sana, semput je. walau data masih banyak lagi.. Tu yang menyampah tu.. Bayangkan buka fb pun berjam nak tunggu. Kata kiasan je berjam tu tau. Jangan percaya bulat-bulat. Tu yang kalau balik sana, memang jarang online.. Instagram lagilah, slow! 

So, hari ni masuk kerja dengan hati yang tenang :)
Dah rancang buat tugasan dengan sistematik. Haih, ulang lagi ayat SISTEMATIK. 


kuih

BAHAGIA RASA DI HARI AHAD

September 28, 2014



Gambar sarapan pagi tadi. Kuih Puteri Ayu dan Popia. Alhamdulillah kenyang. Makan berdua ngan suami sebelum dia pi kerja. Hari ni saya masih di Batu Pahat. Sepatutnya balik pagi Jb pagi tadi dan terus masuk kerja. Tapi, keadaan kesihatan tak mengizinkan, so terpaksa ambil cuti sakit hari ni. Esok pagi baru balik Jb. Dah lama tak rasa berehat di hari Ahad ni. Hihi. 

Rehat kat rumah je sambil layan kriket sukan Asia. MALAYSIA lawan CHINA. Moga ada kejayaan buat Malaysia. Petang ni tengok Datuk Lee Chong Wei pula. Lawan Lin Dan. Berdebar je rasa....

P/s: Sakit tu bukan diminta-minta.


haiwan

IKAN KELISA MALAYSIAN GOLDEN

September 27, 2014



Sedih rasa hati ni. Kerana berpisah dengan Chit Chit.. Saya panggil ikan kelisa ni Chit Chit. Hihi. Ni ikan kelisa jenis Malaysian Golden. Memang ikan ni jadi peneman saya kat Jb ni. Dari bulan 5 duduk ngan saya. Tapi, minggu lepas suami saya bawa ikan nike Batu Pahat. Suami saya pula nak jaga. Sebabnya kalau duduk ngan saya, saya bagi ikan ni makan anak ikan je. Saya ni penakut nak bagi cengkerik kat ikan ni. Cengkerik tu kan melompat. Hikhik. Takut nak pegang sebenarnya. So, terpaksa relakan Chit Chit dibawa ke Batu Pahat demi tumbesaran dia. 

Seronoklah Chit Chit hari-hari dapat makan sedap. Hahahha. Dah 2 minggu dia dok Batu Pahat.. Dah agresif dah dia...

So, lepas ni nak jaga ape pula bila Chit Chit dah x ada?. Hihi. Adalah.. Dah survey-survey dah.. Tunggu.... bila saya dah comfirm, akan saya sharekan kat blog ni :)


badminton

DATUK LEE CHONG WEI BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR SUKAN ASIA 2014

September 27, 2014



Tahniah buat Datuk Lee ChongWei! Berdebar- debar tadi masa tengok perlawanan badminton suku akhir Sukan Asia yang melibatkan beliau.. Memang permainan yang tidak membosankan. Pemain Vietnam memberikan saingan yang amat baik. 

Di peringkat separuh akhir nanti Datuk Lee Chong Wei akan bertemu Lin Dan atau Tago. Moga terus berjaya buat Datuk Lee Chong Wei :)


Kacang cerdik

KACANG PISTACHIO

September 27, 2014




Layan kacang Pistachio a.k.a kacang cerdik.. Dok ralit mengunyah sambil tengok sukan Asia. Wahhh sedap bak hang. Hihihi.

Tak sedar habis sebungkus ni sat ja.. Ala, pek kecik je. Bukan yang besar tu. 


diet

MAKAN SECARA SIHAT

September 27, 2014



You don't have to
Eat less,  
You just to
Eat right 


Dapat ni dari adik. So, saya kongsikan di sini... 


Hindustan

GAMBAR SEKSI MANISHA KOIRALA?

September 27, 2014



Amboi.. Siapa yang mencari ni.. Gambar seksi meksi atress bollywood, Manisha Koirala lagi..  Keyword tu terlekat pula kat blog ni ye. SORRY ok. Takde gambar seksi kat blog ni. Hikhik. Hentikanlah mencari gambar-gambar macam tu!



Makanan

MAKAN TEMPE UNTUK AWET MUDA

September 27, 2014



Sedap aih makan tempe. Hihi. Saya beli dengan seorang makcik di tempat kerja. Balik rumah goreng terus.  Gaul dengan garam, kunyit dan serbuk kari. Goreng garing-garing, dan makan panas-panas. Sedap!!!

Ada lagi tempe mentah dalam peti ais tu. Esok pula goreng lagi. Murah je tempe mentah tu. 5 keping, rm1. Kiranya satu 20 sen je... 



Sejak dok johor hampir 2 tahun ni, dah jatuh cinta dengan tempe.. Tu belum kira laksa johor, mee bandung muar, mee rebus Haji Wahid.. hihi. 

Lambat publish entry hari ni. Bukan apa line celcom ni ha slow benar hari ni. GERAM!!!!


balik kampung

BALIK KAMPUNG NAIK BAS DI PUDURAYA !

September 23, 2014



Macam biasa, bila buka je akaun nuffnang mesti check semua.. Jumlah pengunjung, keyword, dan sudah semestinya jumlah earnings. hihi. Tapi kali ni nak share tentang satu keyword ni, "balik kampung bas puduraya 2014".. Aduhai saje je kan. Mulalah perasaan nak balik kampung tu membuak-buak.. Keyword tu sangkut kat blog ni sebab saya selalu cerita perihal nak balik kampung masa kerja kat KL dulu... 

Minggu depan, 05.10.2014 raya Aidil Adha.. Korang balik kampung ke wahai anak perantau sekalian?. Kalau balik, bestnya korang.. 




liebster award

THE LIEBSTER AWARD #7

September 23, 2014



Kali ni saya telah ditag oleh YATIE FIZZY.  Terima kasih sudi tag Ros :)



1. Adakah anda seorang yang peramah? 
Pemalu tapi peramah.(tak menjawab soalan kan)

2.Tinggal kat mana , best tak area tu?
Sekarang duduk JB atas tuntutan kerja. Setakat ni memang best! hihi.

3. Warna kesukaan?
Ungu.

4. Pernah pergi Krabi tak?
Tak pernah pergi,. Dok tengok member je pergi . Macam best je kan :)

5. Bila kali terakhir anda tengok wayang & dimana?
Tengok bulan lepas dekat Aeon Tebrau.

6. Perkara yang paling membanggakan yang pernah anda capai melalui blog anda?
Dapat kenalan baru yang ramai, bila kenalan blogger bagi penghargaan dalam bentuk entry dan hadiah dan dapat cash out duit nuffnang. hihi.

7. Siapa dihati anda & kenapa dia istimewa pada anda?
Keluarga. Jawapannya?.. Tak ada sebab untuk saya anggap mereka istimewa. Kerana memang teristimewa!

8. Senaraikan 5 perkara yang anda benci?
Gelap.
Orang yang suka mengipas.
Mungkiri janji.
Tersepit di antara dua individu.
Bersepah.

9. Suka filem hindustan & siapa 5 artis yang diminati?
Suka jugak filem hindustan. Artis diminati?. Minat biasa-biasa je. 

10. Apakah pendapat anda tentang entri-entri ai? 
Best. Suka baca entry makanan :) hihi

11. Rasa-rasa ai neh comel tak? haha 
Nak kena jawab dengan jujur ke ni?. hihihi.

*****

Sekian :)


indonesia

LIRIK LAGU BILA TIBA OLEH UNGU

September 23, 2014



Bila dengar je lagu ni comfirm hati jadi sayu dan sedih. taku puan ada.. Suka dengar lagu ni dan selalu dengar.

Jom hayati liriknya :

Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


p/s Allahuakbar.


CAMERON HIGHLAND

PERGI BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND

September 23, 2014


Amboi korang.. sampai hati kan.. Bercuti ke Cameron tanpa kehadiran mak ude di sisi.. Saje nak jeleskan mak ude di perantauan ni kan. huhu..

Kakak hantar segala gambar yang dorang ambik masa gi Camaron lebih kurang 3 minggu lepas.. Sedih mak ude ni menatap gambar -gambar tu semua.. Dapat tengok dari jauh je. Bukan main bergambar di ladang teh.. Sebenarnya ada banyak gambar, tapi tunjuk dua je kat sini.. Pengubat hati  mak ude yang lara ni.. Buat anak-anak sedara mak ude tersayang, doakan mak ude pula boleh pi bercuti kat sana. Boleh mak ude makan buah straberry puas-puas kan.. Pastu giliran mak ude pula hantar gambar banyak-banyak kat korang. hihihihi..

Ni Daniel, anak sedara sulung.


Ni pula Arif, anak sedara bongsu. (buat masa ni la kan..)



Ok la tu, mak ude letak gambar sulung dan bongsu. Yang lain-lain, tunggu k. hihi.. Mungkin mak ude letak kat entry yang lain. Tu pun kalau mak ude ingat. Eh tetiba teringat satu dialog kat filem P . Ramlee. Cerita DO RE MI. Perbualan antara RE dan isterinya yang berbunyi "yang, yang, jangan lupa belikan chewy gum." Pastu isteri dia balas, ' ah, itupun kalau aku ingat. Bukan aku nak ingatkan kau saja!' hihihihi..



buah

EPAL HIJAU YANG SEDAP !

September 23, 2014


Cerita malam tadi.. Makan epal hijau sebiji sebagai dinner. Wah gitu.. Petang semalam dah makan chocolated muffin, tu yang macam kenyang je.. Tapi, biasalah nafsu mengalahkan diri. Tetap rasa nak mengunyah kan. So, apalagi pi dapur ambil sebiji epal hijau. Potong dadu dan letak garam sikit.. Emmm sedapnya! 



Mengikut tema lagi tu. Mentang-mentang makan epal hijau, letak dalam mangkuk warna hijau . hihi.. Konsep green sangat!



cantik

TAK PERLU WALLPAPER LAGI!

September 23, 2014



Pagi ni dok belek-belek fb, pastu terjumpa sesuatu yang menarik. Apakah? Ni ha :




SUMBER : SINI


Cantiknya... Dah tak payah beli wallpaper pastu nak tampal kat dinding.. Beli je ni, terus boleh cat sendiri.. hihi.. Tapi, tak tahulah ada jual kat mana.. Macam-macam corak yang ada... 


macam macam

CERITA ISNIN YANG SIBUK

September 22, 2014



Apa khabar semua?. Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik... Lambat pula bersiaran hari ni. Nak buat auto publish pun tak sempat. Hikhik. 

Cerita hari ni agak kalut sikit. Terbangun lewat pula pagi ni. Nasib baik ada skill bersiap dengan cepat. 15 minit je siap! hihi. (ke ada lagi yang lebih pantas?) Oleh kerana skill yang ada tadi tu, dapat masuk office tepat pada masanya, tak lewat ok. So, bermulalah kehidupan di pejabat yang agak sibuk hari ni.. Kalau hot fm guna tagline 'lebih hangat dari biasa', tagline saya untuk hari ini 'lebih busy dari biasa'.. Haa, pun boleh..  Hari ni kat office dok mengemas fail. Sistem fail kat office kena buat yang baru, yang lebih mesra pekerja tapi still mengekalkan kerahsiaan. Haa macam mana tu? hihi. Adalah.. So, bergotong-royonglah kitorang sesama officemate secara berjemaah. Tak sedar waktu bergerak pantas dan mencemburui kitorang. Hikhik. Tapi, sempat pulak pi lunch kat luar. Tak makan kat cafe bawah.. Lunch nasi ayam. Aduhai..diet ke laut beberapa hari ni. Ada sebab jugak kenapa diet ni ke laut... Sebabnya? Biarlah rahsia.. Wah gitu.. hikhik. 

Dalam dok busy tu, sempat lagi buat border kat side bar. Hihi. Perasan tak? Kalau sebelum ni widget kat sidebar tu takde rumah kan. Tadi, saya pi buat rumah kat dia, bagi dia duk diam-diam. hikhik.

Oklah tu je kot setakat ni. Rasa macam nak tulis lagi, tapi dahla kot. Esok-esok pula kita story-mory k :)

p/s : Dah tahu dah kenapa jadi over sensitif seminggu ni.


kek

KEK LAPIS SARAWAK YANG PALING SEDAP !

September 19, 2014



Tajuk tu bukan main lagi. Yang paling sedap. Sedap ke?. hihi. Mestilah sedap! Gambar kek lapis Sarawak kat atas tu, kawan suami saya yang bagi. Dia baru balik dari kampung. Bawalah sedikit buah tangan dari sana. Alhamdulillah kitorang dapat dua kek lapis ni.  Tu yang saya dah potong. 
Sedap kek tu. Ada jem kat lapisan dia, so takde lah muak kan.. Kalau kek lapis Sarawak ni, saya suka juga yang perisa cheese, coklat, mocha.. Pernah makan, kirim kat officemate, Kak Isma.. Dia orang Kuching.. Merantau jugak ke Jb ni sebab ikut suami kan. Macam saya jugakla. hihi. 

Korang suka tak makan kek lapis Sarawak?. Saya biasa-biasa je. Tapi kalau sesekali makan memang best la. hihi. Sedap semacam je .

Pernah juga tengok resepi kek lapis Sarawak. Aduhai...macam susah je . hikhik.


johor

PISANG GORENG CHEESE SEDAP !

September 19, 2014



Pernah tak makan pisang goreng cheese?. Saya ni baru first time rasa tau. Alkisahnya masa kat office, kawan-kawan office dok cerita pasal pisang goreng cheese ni. Punyalah dok cari hari Isnin lepas. Tapi kedai makcik tu tutup. Pastu hari Rabu lepas terus call makcik tu tanya buka tak? Makcik tu kata buka, terus order. Dasyat tu. Order by call je. hihi. Pastu terus gi ambil. Kalau macam kat gambar atas ni harga dia RM 5. Makan panas-panas memang sedap. Penggemar cheese mesti suka kan. Macam saya, tak gemar cheese sangat, so takdelah rasa nak beli lagi. hihi. Tekak melayu kan. Tapi, kawan- kawan yang suka cheese semua nak repeat order lagi nanti. Memang terbaiklah makcik ni punya gerai. Gerai ni terletak kat Larkin, JB.  Ada dua gerai kat area tu yang jual pisang goreng cheese ni. Mengikut kata kawan saya yang selalu pi beli, gerai makcik ni ramai yang suka sebab 'tak kedekut cheese'. Memang banyak dia letak. Seronok je dok tengok dia sagat cheese tu. Pastu setiap lapisan ada cheese, bukanlah kat atas je kan cheese dia tu.. Kalau kat gerai yang satu lagi tu, cheese kurang tapi coklat dia lebih. So, ikutlah selera masing-masing. hihi.

Pukul 12 dah buka gerai ni. Dan memang cepat habis.. Kat situ ada macam-macam jugak. Selain pisang goreng cheese, ada jugak keropok lekor, kuih muih. Eh terpromosi pulak. hihihi.


drama

SELAMAT PENGANTIN MADU DI TV3

September 18, 2014



Tengah layan drama Selamat Pengantin Madu kat tv3. Baru je tertengok semalam. Tu pun dah nak habis. Rasa macam best je. Ada part sedih pula masa tengok semalam kan. Tu yang sambung tengok malam ni. Tak tahu dah berapa episod. Dan tak berapa nak faham sangat jalan cerita dia. Sebab tengok semalam pun dah scene kat rumah Fasha Sandha tu. Nanti nak cari la, tengok dari mula. heee.. Lain sikit kan drama ni. Kalau cerita pukul 7 tu dah tak layan sekarang. Asyik cerita kawen paksa je. Mula mula tak suka. Gaduh gaduh. Pastu jatuh cinta. Dah tahu dah endingnya. hihi. Jangan marah eh.. Cuma cerita Kerana terpaksa aku relakan tu je yang best. Oh Indah Harlina. Ops dah lari tajuk ni. Tajuk selamat pengantin madu, cerita bab lain pula... 


luahan

MAAF DARI HATI

September 18, 2014


Sumber : GOOGLE

P/S: Maaf andai saya ada melukakan hati anda.. 


luahan

DIAM LEBIH BAIK?

September 18, 2014


Being silent is a 
great way to let 
someone know 
they did 
something wrong


Betul ke cara ni?.. 

Oh hati, tabahlah kau....




corningware

MANGKUK CORNINGWARE IDAMAN KALBU

September 18, 2014



Macammana boleh terjebak ni?.. hihihi.. Alkisahnya, sebelum puasa lagi dah order mangkuk ni.. Mula-mula tu saje je tengok catalog, cuci-cuci mata. Last-last terpengaruh. Padan muka, sapa suruh tengok catalog kan?..,

Ramai jugak yang order. Ada yang ambik periuk vision, ada yang ambil pinggan mangkuk, ada yang ambil macam saya punya tu. Saya ambil mangkuk corningware 3 beradik ni. Saya pilih corak Sakura. Sweet je kan.. hihi.. 




Baru dapat 3 hari lepas. Bolehlah guna untuk raya haji. Bukan apa, mangkuk ni serbaguna. Boleh masak , pastu terus hidangkan. Tu Yang terpengaruh masa order dulu.. Penyesalan?. Mula-mula macam fikir jugak, berbaloi ke aku beli ni?.. Tapi, benda dah ada depan mata kan, pejam mata je lah. hikhik.... 



liebster award

THE LIEBSTER AWARD #6

September 18, 2014


 Telah di tag oleh KAK FARAH terima kasih yer sudi tag Ros :)





1. 1 Tarikan utama pada blog anda.
Resepi ringkas :)


2. 1 karakter kartun kegemaran.
Ultraman

3. 1. buku yang berjaya memotivasikan anda.
Ops, tak ingat .

4. 2 Entri tahun ini yang menjadi kegemaran.
TIPS DEMAM DENGGI - moga membantu mereka yang memerlukan.

5. 2. Orang yang anda akan cari jika perlukan 'teman bicara'.
Mak & Ayah
Suami

6. 2. Pulau yang paling ingin anda lawati.
Pulau Tioman.
Pulau Redang.

7. 3 Elemen penting dalam blog anda yang paling anda titikberatkan.
Entry.
Warna.
Gambar.


8. 3 Perkara yang buatkan anda ingin terus berblogging.
Minat dalam bidang penulisan.
(Jawab satu je boleh tak kak Farah?. hihi)


9. 3 Perkara yang anda buat pada masa lapang.
Rehat.
Jalan-jalan.
Mencuba skill memasak. (hihi)

10. 4 Perkara yang boleh buat anda tertekan.
Sesuatu yang melibatkan keluarga
Kerja
Soalan yang berulang-ulang
Dituduh tanpa sebab munasabah :(

11. 5 Perkataan yang menggambarkan diri anda secara ringkas.
Simple
Sensitif
Jiwa lembut
Pemalu
Pendengar yang baik


Sekian :)



anniversary

17 SEPTEMBER : ULANGTAHUN PERTUNANGAN

September 17, 2014

Apa khabar semuanya? Semoga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, saya juga diberikan kesihatan yang baik. Cuma, emosi je tak berapa nak ok. Sensitif semacam dalam seminggu ni. Cepat benar terasa hati. hihi..

Hari ni, 17 September 2014. Ada apa dengan 17 September? Sweet September. Hihi. Hari ni ulangtahun pertunangan saya dengan suami saya. Kitorang ditunangkan pada tarikh ini. 17 September 2010. Dah 4 tahun berlalu. Masa tu umur saya 22 tahun. Masa hari bertunang tu, suami saya tak datang pun. Sebab bertugas kan. Tak dapat cuti. Dia di JB. Alhamdulillah, majlis masa tu berjalan dengan lancar .

Teringat lagi, masa tunang tu. Kawan-kawan di pejabat tak tahu pun saya balik bertunang. Bila naik office, semua pakat dok teka saya tunang sebab nampak cincin. Hihi.. Bukan tak nak bagitahu, tapi masa tu saya ni malu-malu kucing. Heeee... Kitorang bertunang selama setahun, tarikh pernikahan yang dipilih ialah pada 30 September 2011.


Kiranya bulan September ni banyak kenangan tau. Sebab nanti 30 September ni ulangtahun pernikahan pula. hihi.. Yang ke 3 tahun. Tapi, tu nanti saya buat entry lain. :)



biskut

MAKAN BISKUT CICAH AIR

September 17, 2014





Malam ni simple je. Makan biskut cicah air panas. Nyum nyum. Alhamdulillah... Dah kenyang pun..

Petang tadi, kat kawasan perumahan saya ni, ada semburan untuk denggi... Masih ada lagi kes demam denggi kat kawasan ni.. Moga semuanya kembali pulih.. Kesian pada mereka yang terkena penyakit ni.. Semoga kita semua ambil peduli akan persekitaran rumah kita. Jangan dibiarkan nyamuk aedes tu beranak pinak..


liebster award

THE LIEBSTER AWARD #5

September 17, 2014



    Telah di tag oleh DR SHIKIN. Terima kasih yer sudi tag Ros :)






1. Anak keberapa daripada berapa?
Anak keempat dari lima adik beradik.

2. Warna kegemaran?
Purple.

3. Makanan & minuman kegemaran?
Udang dan Nescafe

4. Pernah ada best friend tak? Siapa & dia kat mana sekarang?
Pernah. Salah seorangnya, Wawa. Bekerja di Kedah.

5. Cita-cita masa kecil?
 Peguam.

6. Adakah cita-cita tu dah tercapai sekarang?
Tidak.

7. Sifat positif yang ada dalam diri?
Tabah

8. Sifat negative yang ada dalam diri?
Lemah dengan pujukan/tak sampai hati.

9. Berapa ramai boyfriend/ girlfriend pernah ada (dulu -> sekarang, erkkk..)
Tak perlu diceritakan kot.

10. Tiga ciri utama yang korang bagi pada pasangan sebelum bergelar suami/isteri?
-Tidak panas baran.
-Hormat keluarga saya.
-Bertanggungjawab

11. Apa agaknya reaksi korang kalau pasangan korang tak menepati ciri-ciri kat atas bila dah sah jadi suami/ isteri?
Alhamdulillah, menepati.



Sekian.


liebster award

THE LIEBSTER AWARD #4

September 15, 2014


Telah di tag oleh CT HUMAIRAH. Terima kasih yer sudi tag Kak Ros :)



1. Jujur punya opinion tentang blog aku ini ?

Simple dan menarik. Entry percutian tu best!


Korang suka tak blog aku ?

Suka.

Kenape ? 

Blog CT punya susun atur Kak Ros suka sebab simple. Tak merumitkan pengunjung. Lagi satu kisah CT travel.. Rasa macam nak pergi jugak!

Benda yang perlu ada dalam bag korang sebelum nak keluar rumah ?

Handphone, duit, kunci rumah.

Negara idaman korang untuk travel ?

Turki

Pengalaman travel paling best dalam hidup ?

Tak pernah ke luar negara. Travel dalam Malaysia je. Semua pun best :)

Habit tidur korang ? 

Tak boleh tidur dalam gelap.(kena ada cahaya sikit jugak)

Fast food favourite korang ?

Tok wan (kfc)

Favourite KPOP idol ? 

Tak minat KPOP.

Handphone korang sekarang ?

Samsung S3

Cita cita / Impian / Keinginan ?

Bergelar ibu. (doakan yer)


************

Sekian.

p/s: Bila ditag, belum mampu nak tag orang lain dengan soalan-soalan yang baru. Kekangan masa:(







Jalan-jalan

COCONUT SHAKE YANG BEST DI MELAKA!

September 15, 2014

Sabtu lepas, saya sempat ke Melaka. Jalan-jalan bawa adik yang mai dari Kedah. Alang-alang dia mai JB, suami saya cakap bawa sekali pi Melaka. Hihi. Yang seronok lebih isterinya lah kan. Bukan apa, tahun lepas pi Melaka, tak sempat nak rasa coconut shake, tak sempat naik river cruise tu.. Tentulah excited lebih bila dengar nak pi Melaka lagi. 

Kitorang bergerak dalam pukul 9.30 pagi macam tu la. Dari Batu Pahat.. Dah tak jauh sangat kan. Dalam 2 jam gitu. Sampai je Melaka, terus menuju ke river cruise. Tiket berharga RM10 kalau ada Mykad. Penting tau bawa Mykad. Sebab kadang-kadang petugas tu nak tengok untuk pastikan.. So, bayarlah RM30 sebab kitorang bertiga je kan. Eh, nantilah cerita pasal river cruise. Hari ni nak cerita pasal coconut shake dulu. hikhik. Sebab gambar kat river cruise tu semua dalam pendrive. Takde dalam handphone ni ha. 

Misi mencari coconut shake ni tak susah pun. Petang tu kitorang menuju ke Pantai Klebang. Saje nak rehat-rehat pula. Kedai coconut shake tu sebelah kanan jalan betul-betul sebelum Pantai Klebang. Hati dah melonjak gembira nak rasa coconut shake Pantai Klebang tu. Selalu dengar kawan-kawan kata sedap kan. Tapi, mak ai panjangnya berbaris.. huhu.. Sampai ke jalan raya. Macam tak sanggup je.. Teruskan ke Pantai Klebang dulu, kata suami. Kang nak balik, kita singgah lagi.. So, rehat-rehatlah dulu. Melayan angin pantai yang sejuk meniup ke pipi. hihi. Dalam pukul 5 macam tu, kitorang nak balik. 

Mata ni dok melilau tengok papan tanda nak ikut lebuhraya. Sekali terlepas kedai coconut shake tu. Encik suami tak nak patah balik. Hati jadi sayu je masa tu. Tak dapat nak rasa. huhu. Nak datang bukan selalu kan. 

Tapi, tiba-tiba suami saya berhenti kat deretan kedai tepi jalan.  Mula tu tak tahu kenapa dia berhenti. Sekali tertoleh tengok ada ramai orang beratur! Eh , eh coconut shake la. Tapi bukan Klebang punya. Ni Batu Berendam punya.. So,bersemangatlah turun beratur. Orang yang beratur tu, sekali beli banyak. Ada yang beli sampai 10. Tiba tang saya, beli satu ja. hahaah.. Tak ape lah, nak buat macam mana. Adik saya memang tak minum manis. Suami saya pula dah pesan awal-awal dia cuma nak rasa je. Tak payah beli untuk dia. heee. Saya beli yang special punya. RM 2.80 kalau tak salah. Yang double special pun ada tau, selain yang biasa. 

Inilah dia Coconut Shake Batu Berendam :-


Rasanya? Memang sedap!!!. Hihi.. Masa dok beratur tu, saya sempat tengok apa yang dia bubuh.  Hihi. Nampak senang je.. Blender isi kelapa, aiskrim vanilla dan ais kiub. Tu je.. Sedapnya.. 

Sape - sape yang pi Melaka tu trylah beli. Sedap wei... Sampai la ni teringat-ingat. hikhik.



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS