29 Disember 2015

December 29, 2015


Assalamualaikum.

29 Disember 2015. Di hujung-hujung tahun 2015. Baru berkesempatan nak menulis. Sibukla konon! Hew hew...

Akibat lama tak buka blog dan lama tak berblogwalking, uv jatuh merudum.. Syukur ada entry lama yang masih menjadi tarikan pengunjung. Hihi. 

Macam-macam yang berlaku dalam bulan November dan Disember. Kalau nak diceritakan takut dah tak relevan pula. 

Syukur Alhamdulillah dalam tempoh cuti sekolah ni keluarga dari Kedah ada datang sini. Mak dan anak-anak sedara menemani saya. 

Pemergian atok. Sesuatu yang mendukacitakan... Al Fatihah.. Moga atok ditempatkan bersama golongan yang beriman. 

Dan beberapa perkara kecil lain yang berlaku... tak perlu diceritakan satu persatulah. Hihi...

Dalam tempoh saya 'senyap' dari dunia blog, ada ke yang merindu???? Hew hew... tak ada kot. 

Walau menyepi dari menulis di blog, tetap aktif di instagram... Jemputla singgah dan follow Cik Rose di instagram :  ROSHAZAREEZA_RUSLAN

Ok, sehingga berjumpa di entry yang akan datang..

2016 bakal tiba, ada azam baru ke??? Atau carry forward azam 2015 je? Hew hew... 


Family

ATOK....

December 08, 2015



Atok .

8 Disember 2015.

Mohon kirimkan doa dan bacaan suci al Quran buat atok Cik Rose. 

Telah meninggal dunia pada kira-kira jam 10 pagi tadi.



pemergian

TERKESAN DI JIWA

December 01, 2015


Al Fatihah. 
30 November 2015. 

Berbagai perasaan yang menerpa jiwa tatkala mengetahui perkhabaran Pak Yus. 



lirik lagu

Lirik Lagu Kau Bagaikan Udara OST Drama Kau Aku Kita -Nyanyian Bahrain Rahman

November 13, 2015


Assalamualaikum.

Tengok tak drama Kau Aku Kita? Lakonan Syarul Ridzwan dan Janna Nick. Best jugak drama tu :)

Kat sini saya kongsikan lirik lagu yang menjadi ost drama ni. 

Kau Bagaikan Udara OST Drama Kau Aku Kita
Penyanyi : Bahrain Rahman
Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta


ikan

IKAN HARUAN REZEKI IBU BERPANTANG

November 12, 2015


Assalamualaikum.

Selamat pagi. Apa khabar? Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Pagi ni nak kongsikan hasil suami saya dan kawannya memancing Khamis minggu lepas. Tujuan memancing, memang nk carik ikan haruan buat isteri kawan suami saya tu. Dah sebulan dia melahirkan anak. Alhamdulillah. Anak sulung. 

Suami saya gi berdua je dengan kawan dia. Saya kerja masa tu. Sekali dapat wassap dari suami gambar ni :


Alhamdulillah, dapat 2 ekor. Seronok dorang!

Bukan senang nak dapat ikan ni kat situ. Dah rezeki ibu berpantang :)

Saya tak pernah makan ikan ni. Suami pulak selalu makan ikan ni kalau balik kampung, Jitra. 

Sempat suami bergurau. Kalau ada rezeki saya mengandung nanti, dia nak carikan ikan ni sendiri jugak untuk saya. Aminn.



Makanan

SPAGETHI UDANG YANG LAZAT!

November 11, 2015


Assalamualaikum.

Tajuk tak nak kalah. Nak jugak letak lazat la, sedap la, menyelerakanlah. hihi.. Biarlah. Sapa lagi nak puji masakan sendiri, kalau tak diri sendiri. Sekali sekala 'isi bakul angkat sendiri'. hihi,.

Hari ni bukan nak cerita tentang resepi ke ape. Nak fokuskan tentang spagethi. Cuba tengok gambar ni, haluskan spagethinya?


Sebenarnya saya dah tersalah beli. Beli kat Aeon Big. Masa tu kalut sikit, kejar masa. Ambil jenama Kimball macam selalu beli. Dengan yakinya letak dalam bakul dan pergi bayar. Bila rebus, eh kenapa sekejap je dah masak?. Eh kenapa halus pulak ni?. Check balik kat plastik dia. Rupanya tertulis " Angel Hair".. Opsss slah beli rupanya. Hihihi.. Takpelah, makan je lah kan :)

Ada yang pernah beli tak "angel hair" tu?.. Dia sama ke dengan spagethi?. Saya hentam je makan. Cuma dia tak kenyal. Macam maggi pun ada. hihi.

Pengajarannya, lain kali beli jangan tergesa-gesa. Tengok label betul-betul :)



JAGUNG

JAGUNG REBUS YANG MENYELERAKAN!

November 10, 2015


Assalamualaikum.

Hari ni, hari Deepavali. Ramai yang ambil cuti bersambung, kan?

Saya tak ambil cuti pun. Esok kerja macam biasa. Cadangnya minggu depan nak ambil cuti sehari. Nanti dapat 5 hari :) 
Hari Rabu dan Ahad iaitu 18 dan 22 November cuti di Johor :) 

Saya ni suka makan jagung. Sama dengan anak sedara perempuan saya, Dania. Tapi, saya lebih suka beli jagung dan rebus sendiri,. Nikmatnya makan. Kalau anak sedara saya pula, pantang nampak orang jual jagung, dia nak beli. hihi.


Kadang-kadang beli jagung lebih. Dapatlah buat cucur jagung. Campur dengan udang jugak. Sedap !



batu pahat

NASI BERIANI BATU PAHAT MEMANG SEDAP !

November 09, 2015


Assalamualaikum.

Nasi beriani dan Batu Pahat memang sinonim, kan?. 

Kalau datang Batu Pahat, tak makan nasi beriani macam tak lengkap. Wahh gitu!

Sejak saya duduk Batu Pahat ni, memang selalu jugak makan nasi beriani. Tak tahan wei.. Sedap! hihi.

Antara yang popular di Batu Pahat, Nasi Beriani Mohd Shah yang terletak di Benteng Peserai. Tapi, saya sendiri belum pernah ke sana. Dok dengar orang cerita je. Dahla sedap, murah pulak tu berbanding yang lain! Belum berkesempatan nak ke sana lagi. InsyaAllah, akan usaha ke sana. Nak rasa jugak kesedapannya!

Alamatnya :

Gerai No. 14, Kompleks Niaga Peserai (Benteng Peserai), Batu PahatJohor.


Kemudian, Nasi Beriani Power. Yang ni selalu makan! Sedap! Pilihan saya dah tentu ayam atau daging. Suami pulak, kambing lah pilihannya. Yang ni kerap makan sebab berhampiran dengan rumah, sekitar 15 minit je. Memang penuh je kedainya. Jadi tumpuan ramai. 

Alamatnya :

No.18, Jalan Tukas 2,
Taman Soga,
83000 Batu Pahat, Johor.

Inilah dia nasi beriani power tu. Gambar pun biasa je, sebab kalut-kalut ambik gambar. Malu orang tengok. hihi. Sebab masa tu orang tengah ramai :)



Seterusnya, Nasi Beriani Pokok Sena. Jangan ingat Pokok Sena tu di Kedah.  hihi. Nama kedainya je Pokok Sena :)Yang ni pun sedap pada tekak saya. Masa baru pindah dulu, selalu ke sini. Dating ngan suami. Hahaha. Dating konon! Gambar tak ada sebab tak ambik pula masa makan dulu. Kusyuk makan :) Yang menariknya, kat sini bukan je ada nasi beriani, sebelahnya ada asam pedas juga!

Alamatnya :

Taman Nira, 83000 Batu PahatJohor


Yang ni pula kedai yang terbaru pernah saya cuba. Al Abyad Baryani House Terletak di Sri Gading. Sebaris dengan Nasi Lemak Cik Chom yang glamour tu. Sedap tau nasi beriani dia! Kedai berhawa dingin lagi. Ada ruang untuk yang mahu makan bersila di bawah :)Tekak saya ni semua sedap. Dari tadi lagi, tak ada yang tak sedapnya. Mungkin sebab saya ni penggemar nasi beriani kot?.. eh.. hihi.

Alamatnya :

41, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading
Batu Pahat, Johor.

Haa, inilah dia nasi beriani yang sedap tu :




Sepanjang di Batu Pahat jugak, pernah sekali saya bertandang ke jemputan kahwin. Kawan suami saya. Aduhai... Nasi berianinya memang terbaik! Agaknya sebab di rumah kenduri, lagi sedap dia punya beriani tu! Tak leh lawan mana-mana dah. hihi.. 



kopi

MINUM PETANG DI OLD TOWN WHITE COFFEE

November 08, 2015


Assalamualaikum.

Selamat petang.

Petang-petang ni lapar pulak perut. Mulalah nak throwback bagai. hihi. 


Minum petang di Old own White Coffee. Sekali sekala bolehlah.. Kalau selalu, koyak poket! hihi.. 

Petang ni kita buat cekodok bilis je yer.. Air bancuh sendiri! Puas hati, kan :)



baby

JANGAN LAKUKAN INI PADA BAYI ANDA!

November 08, 2015


Assalamualaikum.

Terjumpa gambar-gambar yang membuatkan saya ketawa di fb.

Aduhai... Ada ke orang yang begini :

Nak bagi baby senyum/ketawa. Janganlah ditarik mulutnya.. Cedera nanti,. Cuba cara semulajadi je. Senyum-senyum dengan baby tu. Mesti baby tu pun akan senyum balik. hihi. Takpun, cuba agah-agah dia sikit :)


Nak keringkan badan baby lepas mandi, lapkan atau balut dengan tuala kecil/napkin. Kan mudah. Jangan terfikir nak letak dalam mesin basuh pula. hahahah.. Rasanya gambar ni sekadar gurauan je kan  :)


Ni lagi satu. Jangan dibiar baby gigit kasut atau benda yang eras-keras. Sian dia. Bgi je biskut yang sesuai untuk baby tu kan :)


Sebenarnya, ada banyak lagi gambar berkenaan ni. Tapi, saya kongsikan tiga je dahlah :) Rasanya mesti ramai yang dah pernah tengok kat fb!



ikan bilis

HIDANGAN TENGAHARI YANG SIMPLE DAN MENAIKKAN SELERA!

November 07, 2015


Assalamualaikum.

Selamat tengahari. Dah makan ke?.. Masak sendiri atau makan luar hari ni? Atau ada yang pergi jemputan kenduri?

Kat bawah ni, hidangan yang saya masak sendiri. Tapi, gambar semalam lah. Nasi putih + sambal sardin + ikan bilis goreng bawang + telur dadar + timun sebagai ulaman. Alhamdulillah. Kenyang :)



Hari ni, nak makan ape ek?.. Tak tahu lagi sebab sarapan pun lewat tadi. Makan roti cicah air nescafe panas.

Kadang-kadang makan lauk yang simple pun, boleh bertambah nasi. hihi. 





info

WAKTU TERBAIK UNTUK MAKAN

November 07, 2015


Assalamualaikum.

Tengah dok scroll fb, terjumpa info pasal makan. Terasa nak kongsikan dengan pembaca blog kesayangan :)

Ada sesetengah orang memang ada jadual makan tersendiri. Ada yang makan je tanpa ada jadual. Makan bila terasa lapar.. Ada jugak yang mesti makan pada waktu yang sama setiap hari. Berbeza-beza kan?. Saya sendiri tidak mempunyai jadual pemakanan yang tetap setiap hari. Sentiasa berubah.

Ni saya kongsikan sedikit info berkenaan waktu yang terbaik untuk kita makan. Dan waktu yang kita perlu elak makan. 


Tapi, tak semestinya ikut jadual ni kan. Ikut kesesuaian badan kita sendiri. Diri kita je yang kenal badan kita ni macam mana, keperluan dia banyak mana, kan?...



Damasutra

Lirik Lagu Asyik - Damasutra

November 07, 2015


Assalamualaikum.

Sesekali layan perasan dengar lagu rock jiwang ni, apa salahnya kan. 

Antara lagu yang saya minati. Lagu Asyik, nyanyian Damasutra.




Lirik Lagu Asyik - Damasutra

Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta



Sejak aku kenali
CintaMu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Dan hanya kepadaMu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu




hafiz

Lirik Lagu Hanya Ingin Kau Cinta - Hafiz

November 06, 2015



Assalamualaikum.

Ada yang pernah dengar lagu baru Hafiz ni?

Best jugak di telinga saya  ni :)

Kat sini saya kongsikan liriknya yer :



Lirik Lagu Hanya Ingin Kau Cinta - Hafiz 

Di dalam hati ini aku menangis
Seiring satu luka yang telah kau beri
Kau tinggalkan ku sakitiku
Sungguh ku tak percaya semua yang terjadi

Kau tinggalkan diriku dalam air mata
Tanpa kau merasakan sakit yang ku rasa
Sungguh terlalu dirimu kekasih
Biar aku pergi tanpa sisa cinta

Aku hanyalah lelaki yang selalu ingin engkau cinta
Bukan untuk disakiti hatinya
Perih menahan lelah yang tak terkira oh

Aku hanyalah setitis embun dalam perihnya cinta
Tenggelam dalam rejam duka yang ada
Selalu kalah di dalam bercinta oh

Aku hanyalah lelaki yang selalu ingin engkau cinta
Bukan untuk disakiti hatinya
Perih menahan lelah yang tak terkira oh

Aku hanyalah setitis embun dalam perihnya cinta
Tenggelam dalam rejam duka yang ada
Selalu kalah di dalam bercinta oh
Di dalam hati ini aku menangis





komen

SAYA BUKANLAH ROBOT ITU!

November 06, 2015


Assalamualaikum.

Dah kenapa dengan blogger ni?.. Ada masalah ke?.. Baru je mood blogwalking datang. Kebetulan ada waktu terluang. Ingat nak terjahlah ke blog rakan-rakan blogger. Maklumlah bulan Oktober busy mengalahkan ape lagi kan. Tak sempat nak jenguk blog sangat. hihi.. 

Baru je singgah beberapa blog, dah disyaki sebagai robot pulak.hikhik.. Mula-mula disyaki robot. Lepas tu, nak main teka-teki pulak. Disuruhnya teka pizza la, truck la, apa la. hihi. Macam-macam kan.

Macam kat bawah ni, yang sempat saya screenchot. Maaflah, tak beredit bagai pun. Terus letak je kat sini. hikhik.

Mula-mula disyaki robot :


Kemudian, disuruhnya teka mana pizza :


Tak cukup dengan pizza, suruh teka truck pula :


Pandai bergurau sekarang blogger yer :)



pengomen setia

SENARAI TOP KOMENTATOR BERMASALAH!

November 06, 2015


Assalamualaikum.

Baru perasan yang senarai Pengomen Setia di blog ni bermasalah.. Alahai.. kenapa ni? Setelah di selidik, rupanya bukan blog saya je bermasalah. Ramai juga blog rakan -rakan blogger yang mempunyai masalah yang sama...


Sempat juga cari tadi tutorial untuk memperbetulkan masalah ni. hihi. Tapi, tak jumpa yang sesuai pulak.. Ada satu tu, saya try masukkan. Tapi, macam lambat pulak loadingnya..

Buat sementara ni terpaksa buang dulu. Sementara nak cari yang baru. 

Blog korang macam mana?



donut

RESEPI DONUT YANG GEBU DAN LEMBUT

November 02, 2015


Assalamualaikum.

Selamat petang. Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik. 

Alkisahnya hari Jumaat lepas, saya afa buat kuih donut. Alhamdulillah. Menjadi. Mula tu takut juga tak jadi . Sebab try resepi baru. Ambil dari group Masak Ape Hari Ni di fb. Sejak join group tu, membuak-buak rasa nak cuba resepi baru. Tapi tak tercuba lagi. Hihihi.

Ok, inilah hasil donut yang saya buat : 


Makan donut dan minum nescafe! Sedap aih.. hihi. 


Kasi satu lagi gambar donut gebu gebass.


Ni pula air wajib ade. Nescafe tarik!


Sekali sekala buat time cuti. Kalau time kerja,  macam tak semangat pula. Hihi. 

Ok. Kat sini saya sertakan resepi donut yang gebu dan lembut ni yer. Terima kasih buat pemilik resepi asal kuih donut ni. Maaf saya tak tahu empunya resepi ni. 

Resepi Kuih Donut Gebu dan Lembut

BAHAN-BAHAN:

A:
2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 paket yis ( serbuk)
1 cawan air suam
*campurkan bahan ini dan biarkan kembang

 B:
4 cawan tepung gandum
2 sdm marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

CARA-CARANYA:

♡♡Ramaskan bahan A hingga jadi macam serbuk roti. 
♡♡Kemudian, campurkan bahan A yang telah kembang tadi dengan bahan B.  Gaul rata. 
♡♡Biarkan selama satu jam. Bekas tadi tutup dengan kain lembab. 
♡♡Lepas satu jam, tumbuk sikit doh tadi untuk keluarkan angin. 
♡♡Terus canai dan terap. ♡♡Kemudian boleh goreng dengan minyak yang banyak. 
♡♡Dah siap, gaul dengan gula. 
Sedia untuk dimakan :)
*doh memang lembik. Tapi kalau terlalu lembik tambah tepung sikit waktu nak mencanai tu. 

Selamat mencuba! Mudah kan :)







chet chet

HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN MUTIARA

October 30, 2015


Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah. Hujan turun membasahi bumi. Tengahari tadi terasa panas sangat di sini. Dan lebih kurang pukul 3 petang, hujan turun dengan lebat. 

Baru lepas menguli donut. Jadi ke tak donutnya? Hihi. Tunggu.... 
Ikut resepi dari group Masak Apa Hari Ni di facebook. Dulu pernah buat, ikut resepi lain. Elok kejadianya. Tapi hari ni saja nak cuba resepi lain pula. Tak tahulah kejadiannya macam mana kan. 

Hujan lebat gini memang sejuk. Jadi, saya pun keluarkan Chet Chet dari dalam rumah. Letak di balkoni rumah. Bukan main suka lagi dia.. Macam mana saya tahu dia suka? Saya tahulah.. hahaha. 


Ok la. Nak fokus kat donut saya kat dapur tu. Nak tengok, dah naik ke belum. Hihi. Daaa ;)





batu pahat

MAKAN DI RESTORAN NIKMAT TANDOORI BATU PAHAT

October 27, 2015


Assalamualaikum.

Cerita makanan. Ohhhh my diet. Diet ke laut! 

Roti nan cheese. Sedap! Pertama kali dulu rasa kat Jb. Tapi berlainan rasanya dengan roti nan cheese di Restoran Nikmat Tandoori Batu Pahat. Sedap bak hang! Hihi. Rotinya lembut dan cheese pun banyak. Tapi tak sehebat melihat gambar yang member post kat facebook yang kat Kl tu la. Tu cheese nya memang superb kan. Apa ntah nama restoran tu. Tak ingat pulak.

Dah..dah.. fokus balik roti nan cheese kat batu pahat ni. 

Inilah rupanya :



Ni pulak ayam tandoori :



Untuk roti nan cheese tu, kita boleh pilih nak kari ayam, kari daging, kari bebola daging atau kari kosong. Saya tak order pun kari. Makan ngan ayam tandoori tu je. 

Kedai ni, memang pantas servisnya. Ambil order pun pakai tap je. Tak main tulis-tulis ni. Canggih :)

Alhamdulillah. Setakat ni tak mengecewakan lagi :)

Kedainya kat Jalan Sultanah. Gambar kedai tak ambik pula. Next time kalau pergi lagi, saya ambil. 







apa khabar

BAIK-BAIK SAJA

October 25, 2015


Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya? Moga semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Jerebu masih melanda. Jangan lupa minum air masak banyak-banyak dan hadkan aktiviti di luar. Pagi ni datang kerja naik motor. Aduhai, terasa tebal jerebunya. Takde pulak bekalan 'mask'. Nak tak nak, harungi jugak. Terasa sesak jugak. 

Lama tidak menulis. Bukan menyepi. Ada je ni. Buka juga blog, baca komen dari kawan-kawan. Singgah jugak blog teman-teman sebagai 'silent reader'. 

Sejak kebelakangan ini, banyak yang berlaku pada diri.Tak terkejar rasanya. 

InsyaAllah, akan terus menulis di blog ini. Blog kesayanganku :)


awie

Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings

October 11, 2015

 Assalamualaikum
 
Pagi nak kongsikan lagu baru nyanyian Awie. Saya ingat tajuk dia 'mengapa aku yang tidak setia' je. hihi. Sebab liriknya kat chorus tu kan. Rupanya tajuk dia lain. Mesti korang pernah dengar, kan?
 
 Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings 
 
Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama
 
 
Semenjak awal lagi Bila ku mengenalimu Dunia ini serasa Cuma dalam genggamanku Ramai yang datang menduga Namun tak sama denganmu Aku percayalah Biar pun remuk di hati Akan aku rawat sendiri Kerana kau aku rela Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama Sesalnya aku cuma Ingatkan engkau merayu Itulah kesilapanku Belum terlewat lagi Itu kata darimu mudah Memang begitu indah Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama Musuh tak kenal Jangan diikut tinggalkan dia Mengapa aku masih kau goda Masih kau goda Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-ingatkan-dia-wings/
Semenjak awal lagi Bila ku mengenalimu Dunia ini serasa Cuma dalam genggamanku Ramai yang datang menduga Namun tak sama denganmu Aku percayalah Biar pun remuk di hati Akan aku rawat sendiri Kerana kau aku rela Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama Sesalnya aku cuma Ingatkan engkau merayu Itulah kesilapanku Belum terlewat lagi Itu kata darimu mudah Memang begitu indah Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama Musuh tak kenal Jangan diikut tinggalkan dia Mengapa aku masih kau goda Masih kau goda Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-ingatkan-dia-wings/
Semenjak awal lagi Bila ku mengenalimu Dunia ini serasa Cuma dalam genggamanku Ramai yang datang menduga Namun tak sama denganmu Aku percayalah Biar pun remuk di hati Akan aku rawat sendiri Kerana kau aku rela Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama Sesalnya aku cuma Ingatkan engkau merayu Itulah kesilapanku Belum terlewat lagi Itu kata darimu mudah Memang begitu indah Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama Musuh tak kenal Jangan diikut tinggalkan dia Mengapa aku masih kau goda Masih kau goda Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-ingatkan-dia-wings/

air

TERMOS HELLO KITTY IDAMANKU

October 07, 2015


Assalamualaikum.

Akhirnya dapat jugak termos idaman kalbu. hihi.

Dah lama dok jeling-jeling bila gi pasaraya Square One di Batu Pahat.(sebelah Aeon big). Tapi sekadar menjeling je. Nak beli, tak terbeli lagi. 

Baru-baru ni pasaraya Cowboy baru di buka di Batu Pahat. Sajalah kan gi sana tengok-tengok apa yang murah dan best kat situ. Sekali mata terpandang termos hello kitty ni. hihi. Tengok harganya, lebih murah dari tempat lain yang pernah saya jeling tu. Apalagi kan, terus beli.



Semangat tau. Bawa gi office, bancuh siap-siap air nescafe dari rumah. Sampai ke petang tahannya. 



anniversary

ULANGTAHUN KE EMPAT

September 30, 2015


Assalamualaikum




Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kita masih bersama. Syukur,Alhamdulillah.

Tempoh 4 tahun yang penuh warna-warni kehidupan. Berbagai rasa yang kita lalui bersama. Bukan satu tempoh yang sekejap atau lama. Waktu berjalan pantas, membuatkan kita tak terasa kehadiran tahun demi tahun hingga kini. 

Dalam waktu ini, kita masih macam dulu. 

Tak berubah.

Cuma fizikal kita berbeza. hihi.

Tahun pertama - Sorang di KL, sorang di JB.
Tahun kedua - Masing-masing di KL.
Tahun ketiga dan keempat - Sorang di Batu Pahat, sorang di JB.
Kini - Masing-masing di Batu Pahat.

Alhamdulillah.

Manis yang kita rasa membuatkan kita bahagia. Terkadang pahit menyinggah tekak, namun tak membuatkan kita memuntahkannya. Kerana manis itu telah menghilangkan sedikit kepahitan.

Asam garam kehidupan mematangkan kita untuk mengharungi detik demi detik.

Minat yang sama dalam sesetengah perkara membuatkan kita lebih akrab. 

Walau remeh di mata mereka, itulah yang membuatkan kita bertambah kasih!

Menonton bola di stadium sambil bersorak riang, sesekali menyatakan protes.Makan kuaci berbungkus-bungkus. Oh itu manis!

Mencari makanan untuk 'anak-anak'. Mencari tempat tinggal yang terbaik untuk 'anak-anak'. Oh itu manis! 
Anak-anak merujuk pada Chit Chit (Ikan kelisa), Mono (ikan nemo), Chet Chet (burung murai batu), Nini ( burung murai batu sabah) dan lain-lain.

Memancing dan mengail berdua. Walau hasilnya terkadang tak seberapa. Oh itu manis!

Naik motor berdua, ronda satu JB sampai pukul 3, 4 pagi. Oh itu manis! Rindu saat-saat itu di JB. Sekarang dah tak buat sebab duduk di Batu Pahat. Tak boleh keluar kem lepas 10 malam :) hikhik.

Memasak berdua dengan riuh rendah suara, sengaja kondem masakan pasangan, sengaja tambah garam lebih. Oh itu manis!

Berebut nak balik kampung sapa dulu, perkiraan hari di kampung masing-masing. Oh itu manis.

- Moga kita masih begini dan terus begini melalui hari -hari mendatang. Sentiasa manis bersama.

Juga, semoga kita dimurahkan rezeki untuk mendapatkan zuriat. Doa dari keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Doa dan usaha bersungguh seiring. 




FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS