Monday, January 19, 2015

ALKISAH KUNCI RUMAH, JUARA LAGU DAN KERJA



Boleh tak nak rangkum banyak cabang cerita dalam satu entry ni?. Boleh jerrr..

Ok, start dengan kata kunci yang pertama, KUNCI RUMAH. Kan saya ni berPJJ dengan suami. So, setiap petang Khamis, rutin saya naik bas ke Batu Pahat. Kemudian Pagi Ahad, balik semula ke JB untuk berkerja.. Boleh pulak, semalam tertinggal kunci rumah kat rumah saya yang kat JB ni dirumah suami, di Batu pahat. Eh faham tak, berbelit sikit. hihi.. aduhai.. habis tu balik kerja, nak balik rumah macam mana, dah kunci tak ada?. Terpaksalah balik kerja semalam, bergegas semula naik bas ke Batu Pahat. Pagi tadi, datang kerja semula naik bas dari Batu Pahat. 2 jam tu perjalanan. Nasib baik 2 jam. Kalau dulu macam kat KL dulu tu, nak buat macam mana?. hikhik.. Sendiri silap kan, terima je lah.. Memang perit tau berPJJ ni. Tapi, itulah yang mengajar kita jadi lebih dewasa, matang dan berdikari :) Smeoga dipermudahkan permohonan untuk bertukar.(dodakan saya yer).

Kata kunci kedua ialah JUARA LAGU. Bagi saya, juara lagu malam tadi banyak memainkan perasaan saya. saya tak nak sentuh bab kemenangan.. Sebab  lagu-lagu dah pun diadili juri profesional. Terimalah keputusannya. Saya memang SUKA lagu APA KHABAR tu menang. Tahniah!
Eh, dah, dah. kembali pada cerita asal. Sebenarnya nak cerita bab jiwa saya yang sensitif ni. Bermula dengan lagu yang dinyanyikan Alyah tu. Bukan main sedih lagi . Hahah.. Sebak tau jiwa ni. Kemudian lagu MOJO pulak. Tak tahu kenapa, bila tengok tu rasa sebak. Nak-nak bila tengook Edry(eh dah kenapa, tengok Edry nak sedih?) Bukan sedih sebab ape, bangga dengan Edry tu! Tahniah Edry. Kemudian lagu Apa khabar. Masa dorang dok nyanyi, boleh pulak fikiran melayang ke Malique. Apa khabarlah Malique yer.. Dan kemudian lagu Dayang tu. Touching aih.. 
Apapun, tahniah buat semua pemenang :)

Ok, kata kunci terakhir, KERJA. Macam besar je nak cerita tentang kerj ani kan. Taklah, hari ni ada kursus. So, dapatlah santai-santai sikit. Sekarang ni, biasalah awal tahun. Memang sibuk sikit kat pejabat. Nak, nak saya duduk di bahagian pentadbiran kan.. Cuma nak tegur sikit bab sikap manusia ni.. Tak kisahlah anda tu berkelulusan setinggi mana pun, jangan merendahkan orang yang berkelulusan rendah dari anda tu. Tolonglah hormati sikit kan. Eh, dahlah. Tak nak lah ulas panjang-panjang,. Dahlah jiwa saya ni sensitif. Eh, tetiba. hihi. 

Ok, dahlah tu. Nak masuk dewan dulu, berkursus..

25 comments:

  1. la..lepas ni kena lebih beringat ye..penat ulang alik kan..semoga ros dan suami akan duduk bawah 1 bumbung satu hari nanti

    ReplyDelete
  2. sep skit..akak pun suka lagu apa khabar yg menang..ramai xtau ni adalah pertandingan lagu, bkn pertandingan artis..hehehe..cuma bagi kategori vokal dan persembahan terbaik je diberi markah individu utk artis..

    ReplyDelete
  3. wana x habis tengok AJL semalam..awal tido..hihi..tapi, lagu apa khabar tu memang best sangat kan..

    ReplyDelete
  4. adoi, kesiannya bab kunci tu..lain kali nak cover malu cakaplah kat husband saja je tinggal nak jumpa dia lagi..hehe..tapi performance ajl tahun ni banyak yang menyentuh jiwa

    ReplyDelete
  5. Betullah nasib baik JB-BP aje kalau JB-KL mahu terduduk. Mahu-mahu cari Mc-Gyverlah ompil pintu tak pasa-pasal... AJL kakak tak tengoklah Ros.

    Pasal kerja buat ajelah sebaiknya. Org lain tu biarlah...

    ReplyDelete
  6. aduhla.... mmg dugaan dok ulang alik jb batu pahat, walaupun takla jauh sgt tp kalu setiap minggu ngn bas lak... pnt jgk kan, takpelah dik dugaan kan... insyallah tak lama lg dptlah duk sama2 yek

    akak muzik2 mls nk ikut tp msti tgk ajl, sbb lagu2 dia best... anugerah2 lain kadang akak mls nk ikut sgt... tp ajl best sbb lagu2 nyer msti best kan... ye, dlm banyak2 tuh akak paling tersenuth ngn mojo... akak tak sangka yg nynyi tuh.... mmg edry sgt rare... dia sgt selamba

    ReplyDelete
  7. bab tinggal kunci tu..waaaa kalau sy nangis la nk patah balik..huhu

    ReplyDelete
  8. selamat berkursus brpa hari.kursus ?
    ppst: ros, maksud ros ,ros tnya ciksu pasal buah zuriat tu ?
    ciksu mmg minum.

    ReplyDelete
  9. haah...tgk ajl tu rasa sebak part alyah gan mojo

    ReplyDelete
  10. nice entry dear.. sedap baca tiga cerita dalam satu entry! :))

    ReplyDelete
  11. mmg jenuh nak ulang alik jb batu pahat cuma nak ambil kunci ... dah nak jadi kan .

    ReplyDelete
  12. Ohh walau 3 kata kunci, temanya macam sama,tiga2 pun cerita syahdu.hihi

    Btw selamat berkursus!

    ReplyDelete
  13. semoga dipermudahkan segala urusan...sabar la yer...bila ada di atas, lupa diri la pulak...semoga kita tak jadi macam tu yer satu hari nanti...^_^

    ReplyDelete
  14. Kunci -akak yg baca jd semput sekejap. Mesti lps ni Ros lebih beringat kan,..

    AJL - tak peduli lagu lain. Puas hati MOJO. Menang persembahan terbaik!

    Kerja - spesies macam ni bajet bagus. Tak mengapa, biar manusia pandang rendah pd kita, jangan Allah pandang rendah pada kita.

    ReplyDelete
  15. selamt berkursus ....
    3 dalam 1 ni ... ok bab tertinggal kunci tu mmg disaster betui ... rasa nk ketuk pala sendiri klu aku la hahahhahah

    ReplyDelete
  16. Macam mana la boleh tinggal kunci tu.. 2 jam naik bas.. tapi nk buat mcm mana kan hahaa.. dugaan betul..

    ReplyDelete
  17. Sabar sis ye.. bc selawat,istighfar byk².. kadang² syaitan ni sj cucuk² kita supaya emo,sensitif tak semena- mena..

    ReplyDelete
  18. adoi..memang letih tu... 2jam dlm bas blh sakit pinggang jugak tu..
    mde nak jd nak buat camner kan,...

    psl juara lagu tu... lya suka lagu masih aku cinta & sgt touching time lagu mojo tu..

    ReplyDelete
  19. naper asyik sensitif je dua tiga menjak ni rose?? sabar yae..banyakkan doa mana tau esok2 dapat tukar dah *-* sape tau kan..

    ReplyDelete
  20. peeergh.. tinggal kunci bila da sampai baru perasan memang menguji hati. time tu mesti meruap rasa kan.. penat tu ulang alik tp semuanya da okay kan ? baguih..

    juara lagu bagi CT biasa2 saja. oklah tu lagu lagu yg menang. just macam wow seketika bila dayang nyanyi. mcm dalam studio hehe..

    kursus eh ? boleh tenangkan diri jap dari keje2 pjabat.. miahahha.. boleh blogwalking kan kan..

    ReplyDelete
  21. part kerja tu sis JM ada dgr sorang ustaz ckp berkenaan "pandang rendah". Kita semua makhluk Allah jgn sesekali pandang rendah org lain hanya kerana kita berpangkat dan jgn pandang renah org lain hanya kerana kita kaya atau berduit kerana org yg kita pandang hina itu nanti lebih mulia dari kita...so pegang lah perinsip ni...ada kemugkinan org yg kita pandang rendah itu nanti yg akan tolong kita di kemudian hari

    ReplyDelete
  22. tergesa2 keluar tu yg tertinggal kunci,sya dlu lagi haru kak.. ahaha..masa study kat johor, kunci tertinggal dlm bilik banyak kali,lg satu haru kunci jatuh dlm jamban... dah la jauh ke dalam.. tangan pun tak panjang mana nak sauk.. uhuk..

    sya kelulusan tak tinggi mana,stakat stpm ja,jumpa dgn mmber yg sambung degree,kekadang jauh hati jga la..tp kuatkan ja hati, sibukkn diri dgn apa yang kita kejarkan sudah la.. huhu

    ReplyDelete
  23. Adusss, 'patah pinggang' kalau nak ulang-alik travel berjam-jam.

    ReplyDelete