GARY STEVEN ROBBAT DIGANTUNG

January 17, 2015


SUMBER : STADIUM ASTRO

Gary Steven Robbat yang berusia 22 tahun telah digantung tiga bulan dan denda RM50,000. 


Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan bahawa  Gary yang berasal dari Kulim, Kedah  bersalah kerana melanggar peraturan FAM mengenai perpindahan pemain. Gary didapati bersalah kerana menandatangani kontrak secara tidak sah bersama JDT pada 21 Nov 2014 sebelum menerima surat pelepasan daripada FAM terlebih dahulu yang dikeluarkan pada 1 Dis 2014.

Mulai hari ini Gary tidak dibenarkan menyertai sebarang kejohanan dalam saingan Liga Malaysia dan semua kontrak bersama pasukan JDT dan Pahang yang telah ditandanganinya sebelum ini terbatal.

FAM juga memutuskan bahawa Gary tidak terikat kepada mana-mana pasukan dan beliau diberikan status 'Ejen Bebas' walaupun pemain tengah itu berasal dari Kedah.

P/S: Kemelut Gary mendahului warna bolasepak tempatan bagi tahun 2015. 



You Might Also Like

5 comments

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS