IKAN NEMO COMEL

January 15, 2015


Sejak suami saya bawak Ikan Kelisa kitorang yang dinamakan Chit Chit ke Batuu Pahat, saya dah tak ada ikan. So, minggu lepas, kitorang gi cari ikan baru untuk saya pula di JB ni. Tapi, kali ni bukan ikan air tawar. Mencari kelainan pula.. Saya memilih air masin. Sebab dalam akal ni dah terbayang -bayang kecomelan ikan Nemo macam dalam cerita Finding Nemo tu. hihihi.

Tapi, bukan boleh sembarangan beli terus ikan tau. dua tiga hari jugak saya study pasal ikan air masin ni.. So, untuk permulaan saya hanya beli seekor ikan Nemo dan seekor ikan Damsel. Sebab takut tak sesuai dengan air kan. Air akuarium tu saya sediakan awal sebab nak bagi mesra dulu kononnya. hihi.. Permulaan nak bela ikan air  masin tu, air dia yang penting. Kena beli garam khas untuk air tu, lepas tu kena beli penyukat air, ala-ala termometer. Sebab nak kena tahu air tu masin ke tak. Kalau kurang masin, ikan akan mati dan kalau terlebih masin pun ikan akan mati. ada bacaan dia. Beli pula batu karang nak letak dalam akuarium tu.  Nanti saya cerita lagi detail kat entry lain. Untuk hari ni, kira macam intri je lah dulu. hihi.. 

Kat bawah ni saya share gambar ikan Nemo saya yang saya panggil Mono. Ikan Damsel tak dapat nak tunjuk lagi sebab dia menyorok.  


Sekarang ni baru 5 hari ikan ni . Nak tunggu lagi seminggu. Kalau masih hidup, nak tambah lagi 2, 3 ekor buat kawan Mono.. hikhik..



You Might Also Like

25 comments

  1. comelnya ikan ni... suka tgk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, balik kerja tengok dia, hilang stress. hihi

      Delete
  2. comel tengok ikan nemo tu..wana pun penah pelihara ikan ni tapi x sampai seminggu dah mati..agaknya x sesuai dengan air..

    ReplyDelete
  3. selamat tga hari..hehee..ambooi laju update blog ye :D

    ReplyDelete
  4. benar2 pencinta ikan ni hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. ye kak.. kak Aishah tak minat ke..

      Delete
  5. benar2 pencinta ikan ni.. hikhik..

    ReplyDelete
  6. tp org kate ssh nk bela ye ke .....
    kos pun tinggi jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros baru seminggu bela ni. bab kos tu, Ros akui, agak tinggi.

      Delete
  7. Beli banyak2 lagi, Ros.
    Berseri2 lah nanti aquarium Ros.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak Shikin, cadangnya memang nak tambah lagi :)

      Delete
  8. Beli banyak2 lagi, Ros.
    Berseri2 lah nanti aquarium Ros.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. yup, air dia kena jaga betul -betul..

      Delete
  10. comel . cari ayah nemo dengan membe dia pulak pasni . hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. bagi lengkap satu family kan :)

      Delete
  11. dlu ada bela ikan laga.. hehehe.. beli tapi letak dlm balang jem kaca ja kak..imat duit sikit..hehe..yg tolong bersihkan pun mak,sya geli nak pegang ikan hidup..haha

    ReplyDelete
  12. balik kejer penat pastu bila tgk anak2 ikan ni mesti hilang rasa beban di otak kan tul tak

    ReplyDelete
  13. Kena kasi Nemo kawan nanti. Kesian dia sunyi :)

    ReplyDelete
  14. Cute la ros...bela banyak2 lg tau.. suka tgk ikan banyak2 berenang

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion