faizal tahir

Lirik Lagu Assalamualaikum - Faizal Tahir

February 28, 2015



Lagu yang menarik dan lirik yang mendalam. Jom hayati liriknya... 

Lirik Lagu Assalamualaikum - Faizal Tahir

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua



bunga citra lestari

Lirik Lagu Wanita Terbahagia - Bunga Citra Lestari

February 27, 2015



Share lirik lagi. heee.. Lagu ni sweet sangat. 

Lirik Lagu Wanita Terbahagia - Bunga Citra Lestari 

Jujur ku mengakui
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenalmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku



astro

TIADA SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN PIALA FA MALAM NI!

February 27, 2015


Kecewa sikit sebab tak ada siaran langsung perlawanan Piala FA malam ni. Hak penyiaran telah diberikan pada RTM dan Media Prima. Tapi, tak ada pula live malam ni. Soalan yang bermain di hati, hanya perlawanan hari Sabtu je ke dorang kan tayangkan?.. 


Diharapkan lebih banyak siaran langsung lepas ni. Sebab dah dapat hak penyiaran tu, siarkan lah kan :) hihi.. Dan juga janganlah siarkan perlawanan yang sama pada hari yang sama. RTM dan Media Prima, siarkanlah perlawanan yang berbeza yer :)

~~Tetiba teringat kat Astro Arena.


lirik lagu

Lirik Lagu Terbaik Bagimu – Siti Nurhaliza

February 27, 2015


Assalamualaikum.
Sekarang ni dah jatuh cinta dengan lagu Dato Siti. Hihi.. Mendayu je dengar. Best! 
Jom saya kongsikan liriknya ;)
Lirik Lagu Terbaik Bagimu – Siti Nurhaliza

Rasaku kamu ada
di setiap sedih dan juga senangku
rasanya kamu sudah menjadi bintang
terang hidupku

Chorus:
Masih kurang rasaku
mencintai hatimu
ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu dengan tenang

Rasaku kamu ada
di saat senyum juga tangisku
Rasanya Kamu sudah jadi yang
terbaik bagi aku

Ulang Chorus

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu




biskut dahlia

MEMORI KUIH SAMPERIT

February 26, 2015



Ada yang panggil kuih samperit. Ada yang panggil kuih dahlia. Tak kisah apa namanya, inilah kuih raya tradisional. Sedap kan. Tapi kuih ni bukanlah kegemaran saya. Kuih ini sebenarnya kesukaan mak saya, suami, anak-anak sedara saya iaitu Nel, Baby Mat dan Baby Arif.  Kalau raya, mak saya mesti buat.. Tapi, kuih kat atas ni bukanlah buatan mak saya.Kakak saya, Kakyang beli je. Hihi. Dia beli time kitorang balik cuti raya cina baru ni. Sedap.... Susah nak jumpa sebenarnya kuih yang sedap dengan harga yang murah. Moga dimurahkan rezeki penjual kuih samperit ni ;)



haiwan

SELAMAT MALAM DARI MEOW

February 25, 2015



Belanja gambar anak-anak Meow je malam ni. Hari ni hari pertama kerja setelah bercuti seminggu untuk raya cina. So, agak busy sikitlah kan. Keadaan biasa semua pekerja yang masuk kerja setelah bercuti panjang. Meja berselerak, penuh dokumen, borang dan fail-fail. Heeee... Alhamdulillah, tadi dah settlekan ;)
Esok pula ada taklimat kursus, dan juga ada audit EKSA. Selamat menempuhi hari esok buat semua rakan-rakan sepejabat. Hihi. Kita redah je...

Blog memang tak sempat nak jenguk. Tapi, sempat singgah beberapa blog, baca isu-isu panas. Hahhahaha. Isu apakah? 

Ops lupa nak bagitahu. Kat atas ni gambar anak-anak kucing mak mertua saya di Jitra. Saya ni kan takutkan kucing. Hihi. So, bila balik kampung je dapat tengok kucing-kucing.. Punyalah banyak. Macam-macam jenis ada. Ok, nanti saya share lagi ya :)


jammed

LAMA KE CUTI?

February 24, 2015


Assalamualaikum. 
Selamat bercuti. Ehh silap. Selamat petang :)

7 hari bercuti. Kalau ikut plan, 6 hari je. Tapi, tulah kita hanya merancang.. Hihi. Alhamdulillah, dapat balik kampung saya di Sungai Petani dan kampung suami di Jitra.. Esok baru mula bekerja. Hari ni kena cuti di atas sebab-sebab tersendiri. Hihi. 
Tadi buka fb, ada dengar rungutan seorang perempuan pasal jammed ni. Berulang-alik dari KL ke Melaka. Sanggup tu call PLUS dan mengeluarkan kata-kata tak sopan. Emm secara peribadinya, saya sakit telinga mendengarnya. Husband kat sebelah pun terkejut.. Hai la, gaya bahasa tu minta tolong kawal sikit kak. Sebab tu, kena kawal amarah tu. Call dalam keadaan marah, memang macam-macamlah yang keluar... Eh, ada dengar tak? Saya tak sure tu lama punya ke atau baru, sebab saya baru dengar. Kawan yang share kat fb. 
Cuti raya cina ni pun, kat mana -mana jammed. Highway ke, tak highway ke kan. Banyakkan bersabar. Hihi. Pujuk diri sendiri ni sebab perjalanan dari utara nak ke selatan memang jammed time cuti perayaan. Jalan dari pantai timur pun lagi jammed kan. Pengalaman sendiri. Tak boleh nak cakap apa, selain sabar dan tetap kena tempuhinya jugakkan :)

Ok, tu je setakat ni. Maaf banyak-banyak kat semua rakan blogger. Memang tak sempat nak blogwalking pun sepanjang cuti ni. Takpe, esok saya start 'bom' ok ;) 




balik kampung

CUTI OH CUTI

February 19, 2015


Assalamualaikum ;)

Alhamdulillah dah selamat sampai di kampung pukul 9 pagi tadi. Jadinya, blog akam sunyi je sementara puan blog bercuti. Heee.. 

Jangan segan-segan datang sini yer. Buat macam rumah sendiri..hihi.

Tengah makan limau tak hingat ni! 


Bezday

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG

February 17, 2015


17 Februari 2015.
Alhamdulillah.
Ulangtahun yang ke 29.

Selamat ulangtahun kelahiran Abang :)

*) Semoga dapat menjadi suami, anak dan menantu yang baik dan bertanggungwab.
*)Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jalan untuk menjadi seorang ayah.(doakan kami yer)
*)Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik.

~~~~~






luahan

LUPAKAN KENANGAN DUKA, DAN TERUSKAN MELANGKAH!

February 16, 2015



Seringkali kita dihidangkan dengan kata-kata 'don't judge a book by it's cover'. Namun, memang itulah yang selalu terjadi, kan? Orang sentiasa akan menilai kita dari luaran. Orang akan selalu menilai kita sebelum mengenali kita. Lumrah kehidupan. 

Pernah tak menghadapi situasi Si A berkelahi dengan Si B. Kita di tengah-tengah. Kita usahakan supaya keadaan menjadi jernih agar Si A berbaik dengan Si B. Akhirnya kita pulak yang terkena. Maksudnya, Si A sudah berbaik dengan Si B, kita pula yang menjadi mangsa keadaan hingga Si A dan Si B, meminggirkan kita. Oh sedihnya jadi macam tu!
Apakan daya, terima je lah. 
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dah membantu merapatkan silaturrahim walau kita yang 'terkorban'.



A smile can hide so much.., fear, pain, sadness, tears 
but reflect one thing : STRENGTH.

Betul kan?. Senyuman boleh menutup cerita sedih, duka, luka, pedih yang bersarang di hati kita. Bukanlah bertindak mahu memendam rasa, namun kadang kala, ia lebih baik jika hanya kita yang rasa. Tak nak orang sekeliling turut  merasa apa yang kita rasa. Tapi, jangan selalu memendam. Takut bawa kesan negatif. Kemurungan ke kan? Jadi, berpada-pada ye berkongsi rasa. Bersederhana. Jangan terlebih berkongsi perasaan, takut jugak di salah ertikan, dan disebarkan. Emm apapun, semuanya terletak pada diri kita sendiri. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya pada diri kita :)

Entry ni sekadar menulis dari hati, tiada kena mengena dengan perasaan penulis. Ecewahh. hahahha :) 



sedih

TEMURAMAH WARTAWAN SINAR HARIAN BERSAMA

February 16, 2015



Assalamualaikum . Apa khabar semua?. Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik :)
 HAri ni nak kongsikan tentang temuramah antara wartawan sinar Harian bersama isteri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Memang menyentuh hati saya ni. Mesti ramai yang dah baca, kan?. Saya buat satu entry, agar saya boleh mengulangi membaca di kemudian hari :)

Suami 'mudoh bbaso' isteri taat setio.


Buat tatapan suami dan isteri. Temu ramah ini walaupun ringkas ia memberikan peringatan berdasarkan teladan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin sebuah keluarga. Terima kasih kepada penulis yang menemu ramah dan menggarapnya dengan baik dan bahasa yang mudah (difahami).



ROSMIZA KASIM DAN SITI FATIHAH AWANG
15 Februari 2015

PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.

Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.

(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.

Dengan izin, hari ini (semalam) saya dan semua anak-anak awal-awal pagi lagi ke kubur. Dalam keadaan sayu hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT, saya sedekahkan Al-Fatihah dan ayat suci al-Quran kepada suami tercinta di perkuburannya.

Saya reda dan saya juga tidak 'berhutang' apa-apa lagi dengan abang. Saya memang menjaga abang sepenuh hati saya sebagai seorang isteri sebagaimana yang abang mahukan selama ini, walaupun saya juga kadang kala diuji dengan kesihatan yang tidak menentu.

Sebelum ini, makan, minum dan pakaian abang dijaga dengan baik. Makanan sentiasa terhidang untuk suami tersayang dan tidak pernah sekalipun saya menyuruhnya mengambil sendiri.

Cuma, saya perasan satu kelainan kerana beberapa bulan lalu, abang kadangkala menyediakan sendiri minumannya tanpa bantuan saya.

Saya menghormati abang, memang abang seorang insan istimewa yang tiada galang gantinya bagi saya. (Beliau terus menyapu air mata dan kemudiannya cuba memujuk diri dengan melemparkan senyuman kepada hadirin).

Biarpun abang seorang menteri besar dan pemimpin masyarakat, namun abang bukanlah seorang yang cerewet, terutamanya dalam soal memilih makanan.

Senang sangat, malah saya yakin setiap isteri di dunia ini mengimpikan seorang suami yang 'mudoh baso' (senang kira) malah tidak keterlaluan jika saya katakan, saya antara yang bertuah kerana memiliki abang.

Masakan kampung memang menjadi keutamaan abang. Sedap atau tidak bukanlah satu kepentingan. Apa yang pasti, itulah menu pilihan, tambahan pula jika disajikan dengan ikan darat, ditambah pula kuih paling digemari, lompat tikam serta jala emas.

(Mengimbas semula kisah hidupnya sebagai suami isteri, Tuan Sabariah juga memberitahu setiap malam dia akan mengurut dan menyapu minyak di tubuh Tok Guru sebelum tidur).

Sentiasa saya ingat, kata-kata abang yang memberitahu, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan. Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.

Memang abang pentingkan ilmu kepada anak-anak, kerana baginya, ilmulah darjat yang paling tinggi di akhirat.

Itulah yang sentiasa menjadi pesanan abang kepada semua anak-anak.

Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.

Malah saya membalasnya dengan senyuman yang penuh ikhlas dari hati saya sambil menggenggam tangannya.

Walaupun ketika itu abang tidak gagah namun abang masih lagi memujuk hati saya dengan bersikap demikian kerana abang tahu, saya terlalu risaukan kesihatan abang.

Saya kagum kerana abang masih lagi (berusaha) menghiburkan saya walaupun dalam keadaan uzur.

Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, biarpun dalam keadaan terlantar, masih lagi menjaga batas-batas saya sebagai seorang Muslim.

Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama semakin kuat.

Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.

Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk dijadikan contoh kepada anak-anak.

Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam untuk bertahajud.

Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan saya daripada tidur.

Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.

Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.

Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena sentiasa beribadah”.

Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.

Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri, jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.

(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh isterinya.

Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)

Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.

Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.

Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.

Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.


**********


Family

SAYALAH RAKSASA !

February 15, 2015



Haa takut tak, takut tak?
hihi.
Baby Arif yang sporting nak bergambar bila ibunya pegang handphone. 

Ni yang buat Mak Ude bertambah rindu ni!



Bezday

KEK HARI LAHIR BUAT MAK

February 15, 2015


Kek hari lahir mak.. Ulangtahun mak pada 28 Januari lepas. Kakak saya, Kakyang yang belikan kek ni buat mak. Mak memang suka kek yang ada buah. Kalau coklat-coklat ni kureng sikit di tekak mak. 

Saya dapat tengok gambar je dari jauh. Apakan daya, jarak memisahkan.. Rindu pada mak semakin hari semakin bertambah.

P/s: Plan nak balik kampung cuti raya cina ni. Moga dipermudahkan segalanya.. 


hadiah

TERIMA HADIAH DARI BLOGGER JIJAH

February 15, 2015



Hadiah dari Jijah kerana menjadi salah seorang Pengomen Tegar di blog beliau. Terima kasih Jijah! Dah selamat terima pun;) Alhamdulillah.. Cantik FM tu. Ada ikan Nemo. Macam kebetulan pula sebab saya pun ada jaga ikan Nemo kan;) 

Moga hubungan kita sesama blogger bertambah erat!

Jom singgah ke blog Jijah yer... Boleh kenal-kenal dengan blogget nurse kan :)

Kerja

MATA SEGAR BUGAR

February 15, 2015


Esok kerja, boleh pula mata ni rilek je. Tak ada tanda -tanda mengantuk! Bukan main lagi yer. Aduhai dah pukul 2 pagi. Esok nak bangun pukul 5 pagi. Sebabnya kena gerak awal dari Batu Pahat kan, nak balik Jb.. Esok mulalah nanti sakit kepala kat office sebab tak cukup tidur... 


Gambar sekadar hiasan. Syoknya dia dua beradik tidur. Hihi.



ATM

SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER : ATM LAWAN PERAK

February 14, 2015


Layam TV1 malam ni. Sebab ATM lawan Perak. Kata isteri tentera kan, haruslah tengok perlawanan melibatkan ATM. Kat TV3 pula ada Pahang lawan Selangor. Tak dapatlah nak tengok Pahang malam ni. Sebab hati lebih kuat pada ATM dan Perak. Dua-dua pasukan ni dekat di hati saya. Menyokong Perak sejak zaman sekolah. Masa tu kapten pasukan ialah Ahmad Shahrul Azhar. Ada Khalid Jamlus lagi masa tu. Bukan main bersemangat menyokong Perak masa tu. Hihi.


bola sepak

SIARAN LANGSUNG LIGA SUPER : PAHANG LAWAN SELANGOR

February 14, 2015



Buat penyokong Pahang dan Selangor, malam ni ada live tau kat tv3. Bolehlah layan bola kat rumah kan.. Yang tak dapat nak pergi stadium tu, dah tak payah risau dah. Duduk je depan tv, tengok bola sambil kunyah kuaci. Hikhik.


aunty acid

MANUSIA KE BAWANG ?

February 14, 2015



If you're in a relationship and all you do is cry, you'll have to ask yourself, "Am I dating a human or an onion?"

P/s: Air mata yang mengalir dapat tenangkan rasa hati. Namun, jangan keterlaluan...


artis

GAMBAR PERNIKAHAN YANA SAMSUDIN DAN SUAMI, FADZIL ZAHARI

February 13, 2015

Alhamdulillah. Tahniah buat Yana Samsudin dan suami, Fadzil Zahari. 
Sama cantik sama padan. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Moga berbahagia berdua di samping keluarga tercinta.. 








Sumber gambar : Instagram Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.

Manis je wajah Yana! 



doa

DOA KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT

February 13, 2015


Assalamualaikum. Selamat pagi semua;) 

Apa khabar? Moga semuanya baik-baik saja. Pagi ni saya nak kongsikan satu doa dengan korang. Doa ketika menziarahi orang sakit. 

Sumber : IKIM FM


sibuk

HARI KHAMIS YANG AGAK SIBUK

February 12, 2015


Assalamualaikum.. Perjalanan hari Khamis yang penuh. Menjalani kehidupan seperti hari-hari yang lain juga sebenarnya. Cuma agak padat. Memang tak sempat buka blog.. 

Walau sibuk, peace yo! Hihi..


Mendengar perkhabaran sedih hari ni.  Dato' Hj Hasbullah Awang telah meninggal dunia.. Tiada lagi ulasan sukan yang benar-benar memikat jiwa lepas ni. Al Fatihah..



keyword

KEYWORD 11 FEBRUARI 2015

February 11, 2015

Assalamualaikum. 

Keyword blog untuk 11 Februari 2015. Saja kongsi di sini buat kenangan kan. Nanti bial masa ke hadapan, boleh tengok balik, antara kata kunci blog Cik Rose ni.

Apa yang orang cari di google sampai jumpa blog Cik Rose ni. Best bila baca balik. 


Antara yang di cari adalah tentang resepi, filem, drama dan banyak lagi. Dansudah tentu lirik lagu jugak. 

Gambar Kem Batu Pahat

Ada juga yang mencari bagaimana rupa Kem Batu Pahat. Cik Rose memang ada buat entry tentang Kem Tentera di Batu Pahat. Bermanfaat juga entry tu kan.








lirik lagu

Lirik Lagu Angin Kencang - Noh Salleh

February 09, 2015


Cubalah dengar lagu ni.. Santai je.. Lirik yang bermakna.. Jom hayati liriknya :


Lirik Lagu Angin Kencang - Noh Salleh

Dalam silauan cahaya membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu ku rindui kamu

Apa yang ku fikirkan inilah penyiksaan biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa dihatiku menuai senyuman mu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu ku merindui kamu

*********


batu pahat

KEJARLAH KASIH SAYANG!

February 08, 2015



Petang tadi, bos saya sempat ke  work station kitorang dan berbual. Dalam banyak- banyak yang dibualkan, saya tertarik dengan satu ayat beliau. Kejarlah kasih sayang! Beliau cakap, dalam dunia ni, ada 3 benda yang manusia kejar. Pertama, harta. Kedua, pangkat dan ketiga kasih sayang. Beliau tanya kitorang, mana satu yang kitorang akan kejar dahulu? Semua terdiam kusyuk mendengar tutur bicaranya. 

Kemudian bos kitorang cakap, pilihlah kasih sayang. Jangan risau, bila kita pilih kasih sayang, maka harta dan pangkat akan datang menyusul. Namun, kalau kita pilih harta atau pangkat, belum tentu kasih sayang akan datang bersama. Emmm, tersentuh hati ni. Terus rasa nak balik kerja time tu jugak, dan naik bas menuju ke Batu Pahat untuk mengejar kasih sayangku di sana. Hihi. Jangan marah haaa.. 
Tapi, sempat lagi bos menambah. Tak ramai yang memilih kasih sayang dan terus mengejar harta dan pangkat.. Hingga satu saat mereka akan rasa sunyi dan menyesal....

Ok tu je nak share kat sini.

Bila nak dapat pertukaran ni?.. Bulan depan genap setahun berPJJ buat kali kedua dengan suami. Tahun pertama berPJJ dengan suami dari KL ke JB. Genap setahun perkahwinan, dapat bertukar ke Jb. Alhamdulillah. Tahun kedua perkahwinan dapat duduk serumah. Namun, kami diuji dengan tiba-tiba Kem Majidee di Jb ditutup dan dipindahkan ke Kem baru di Banang, Batu Pahat. BerPJJ semula di tahun ketiga.. Tak ape, ujian dan cabaran ni mematangkan saya untuk teruskan hari -hari mendatang.. Moga ada sinar kemanisan yang menanti kami. Terkadang terasa peritnya bersendirian. Keluarga masing-masing jauh di Kedah. Tak ape, nak tak nak kena belajar menerima.. 

Oh JPA, tolonglah saya.. Cepatkan urusan pertukaran saya...

Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Ikhlas dan redha. 



cakra khan

Lirik lagu Seluruh Cinta - Siti Nurhaliza dan Cakra khan

February 08, 2015


Sekali dengar, terus jatuh cinta! hihi.. Best la lagu ni.. Jom saya kongsikan liriknya.. Mesti korang dah pernah dengar kan lagu ni?..



Lirik lagu Seluruh Cinta - Siti Nurhaliza feat Cakra khan


Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbaik saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk ku
dalam pelukan cinta



Kaulah seluruh cinta bagiku 
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya



Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama



Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa



Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya



Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama



Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri ku



Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku


*********


akim

Lirik Lagu Potret – Akim & The Majistret

February 07, 2015



Pertama kali dengar lagu Potret ni dekat Meletop minggu lepas. Terus jatuh cinta.. hahahha, boleh?.. Bestla lagu ni.. Pada saya la kan... Dengan suara Akim tu lagi.. Alahai.. 
Macam biasa, saya akan kongsikan liriknya yer.. Lagunya, nanti korang dengar kat youtube ok :)

Lirik Lagu Potret – Akim & The Majistret

Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi

*****


FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion