Tuesday, June 30, 2015

BERKONGSI TARIKH LAHIR YANG SAMA

Entry ini ditujukan khas buat anak-anak sedare Mak Ude, iaitu Koci dan Mahdi.


Assalamualaikum.

Dah petang-petang hari, baru Mak Ude nak buat entry birthday.. Bukan ape, Mak Ude busy hari ni. Entry tadi tu, entry "schedule". Hikhik. Mak Ude ni busy kenape hari ni? Haaa, adalah. Nanti next entry, kalau berkesempatan Mak Ude updated k. Tapi, Mak Ude dah updated pun kat fb ape yang terjadi hari ni.. Cuma di blog je belum di war-warkan.. Hihi.

Ok, berbalik pada tujuan asal entry ni diupdated semula. Memandangkan Mak Ude ni ada sedikit waktu terluang, bolehlah Mak Ude karang entry birthday untuk korang berdua. Dengan harapan yang tinggi menggunung, nanti korang besar sikit, korang baca blog Mak Ude ni. Masa tu, baru lah korang nak touching, terharu, tersedu sedan dengan apa yang Mak Ude buat ni. So, masa tu jangan buat diam je. Tak reti-reti nak bagi hadiah pula kat Mak Ude? Mak Ude tak minta pun, tapi kalau korang terasa nak bagi, Mak Ude ok je.

Berkongsi tarikh lahir yang sama. Walau tahun yang berlainan, tapi tarikh lahir korang sama. Korang ni bertuah tau! Dahla sepupu, sama tarikh lahir. Dah jimat duit mama dan ibu korang. Share je beli kek kan. Tak yah beli sorang satu.. Tapi, korangla yang rugi sebab kena pegang pisau sama-sama. Hahaha.. Walau tarikh lahir korang sama, tapi ciri-ciri korang tak sama. Berbeza. Walau zodiak korang sama, perangai korang lain.. Ye ye je kan Mak Ude ni. Yelah, Mak Ude jarang jumpe korang. Mak Ude perhati je korang dari jauh. Walau jauh di mata, dekat di hati gitu. Haaaa.. 

Koci atau nama sebenarnya Mohd Akmal Danish. Kecik-kecik muka koci ni dah macam anak Jepun, tu yang panggil koci. Tapi, bila dah meningkat ke alam persekolahan, terserlah pula kemelayuannya.. Hihi. Namun, tetap Koci juga yang dipanggil. Bukan kuih koci tu tau. Tapi, jangan risau. Koci patut berbangga sebab nama koci tu unik. Kalau ade kawan-kawan ejek cakap kuih koci, biarkan je. Dorang jelesss la tu. Biarkan je k. Koci pun dah besar. Dah darjah 2 pun kan.. Moga koci menjadi anak yang soleh dan bijak. Mak Ude doakan yang terbaik buat koci.. 

Seterusnya Mahdi. Mahdi ni la yang saya selalu dok ceritakan dalam blog. Baby Mat. Ada yang ingat tak? Heee. Buat pengetahuan semua, sekarang ni panggil Mahdi. Sebab Mahdi dah cakap ngan Mak Ude 2 minggu lepas. Berbunyi macam ni "Mak Ude, Mahdi la. Bukan Mat. Cikgu tak bagi panggil Mat, kena panggil Mahdi".. Haaa macam tu lah lebih kurang. Mahdi ni 5 tahun, dah ke tadika. Dia tak nak dah kita panggil dia Mat. Tukar ke nama sebenar dia, Mahdi. Nama penuh dia muhammad Mahdi Fikri. Ok, apa saja untuk Mahdi. Walau Mahdi baru 5 tahun, tapi Mahdi petah berkata-kata. Suka bercerita. Suka semua satu keluarga ultraman! Eh tetiba.(jangan mintak ultraman dari Mak Ude k, hihihi). Mahdi, doa Mak Ude pun sama juga seperti koci tadi. Mak Ude doakan Mahdi jadi anak yang soleh dan anak yang pintar. Bila nak datang Johor lagi melawat Mak Ude? Mak Ude rinduuuuu. 


Gambar kat atas ni gambar Koci dan Mahdi. Gambar koci yang terbaru takde dalam hp Mak Ude, sebab tu Mak Ude letak gambar lama. Ok la ek.. Boleh kan koci? Gambar Mahdi pula fresh from the oven. Wahh gitu.. Baru 2 minggu usia gambar tu. Hikhik.

Mak Ude sayang semua anak-anak sedara Mak Ude!

Yang kasih,
Mak Ude comeyyy.



3 comments:

  1. bestnyaa dapat kongsi birthday sesama

    ReplyDelete
  2. hepi besday koci dan mahdi ....

    ReplyDelete
  3. bestnya dorang
    baby mat kenal la.koci blm kenal
    happy belated besday buat dua nak soleh ni.smga mmbsar sbgai anak soleh, rajin solat, lembut hati serta berjaya di dunia dan di akhirat
    aamiin

    ciksu pulak sama besday dgn anak sedara yg baru lahir bulan dua hari tu

    ReplyDelete