INDAHNYA BERAYA DI DESA

June 29, 2015

"indahnya beraya di desa...
kaya dan miskin sama meraikan
mengikut kemampuan diri sendiri, bergembira"

Lagu nyanyian Azlina Aziz.

Melampau ke kalau saya dah mula nyanyi lagu raya ni? Hihihi.. 

Biasalah bila dah berjauhan dari keluarga ni, hati ni mudah terusik. Dengar lagu raya je, mulalah nak touching touching.. Hahaha. 

Dok memikir juga, dapat ke balik kampung raya ni? Dapat ke cuti suami nanti? Itulah soalan yang bermain di minda. 

Dapat balik atau tak dapat balik, hati kena kental!
Adakah sejarah tahun 2012 bakal berulang? Tahun pertama beraya sebagai isteri di Jb. Tak dapat balik Kedah sebab suami tak dapat cuti! Pagi raya duk sengsorang kat rumah makan biskut raya. Suami pi kerja. Call mak ayah, tapi tak bercakap. Masing-masing diam menahan sebak. Adik buat video call, mula tu ok. Senyum jugak borak sikit-sikit. Lepas tu mulalah 'reyau'..(menangis). Tu semua pengalaman.. 

Tahun 2013 dan tahun 2014, Alhamdulillah dapat balik Kedah.. Tahun ni tak tahu lagi.. Sebabnya ramai anggota yang dah pi operasi di Sabah selama 3 bulan. Baru je pi awal Ramadhan. Jadi, peluang untuk anggota yang tak pi operasi untuk bercuti amatlah tipis... Senipis kulit bawang. Huhu. 


Gambar sekadar hiasan. Bukan main syok depa balik kampung!



You Might Also Like

4 comments

  1. selamat pagi dari syira lokman..hehee ^_^

    ReplyDelete
  2. itulah pengorbanan jd isteri anggota keselamat nih dik, hrp2nyer dpt lah beraya thn ni yek... kalu tak... redho kan je hati
    meh dtg umah akak kt pontian meh....
    mmg hati kene kental kan, kalu akak pun msti dh banjir umah tuh dh agaknyer

    ReplyDelete
  3. rilek-rilek.

    insya-allah ada rezeki ros balik raya nanti

    :)

    ReplyDelete
  4. pengorbanan seorang isteri tentera begitulah...jijah pun malam raya suami duty..raya kedua pun dia duty..so better jijah pun keje malam gitu..sama2 xcuti.hehe

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS