ALHAMDULILLAH, PERTUKARAN YANG DI NANTI

July 02, 2015


23.06.2015, jam 12.45 tengahari.
Terima panggilan dari Kementerian Kewangan.
Dapat berita pertukaran. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Setelah menunggu selama setahun setengah, akhirnya dapat bertukar dekat dengan suami. 

Perasaan masa tu bercampur baur. Syukur, gembira dan sedih. Terkedu seketika. Dalam kegembiraan ada kesedihan. Gembira sebab dapat bertukar dekat dengan suami. Sedih sebab berpisah dengan kawan baik yang dah saya anggap dirinya kakak!

Saya dan PJJ sudah sebati.
Kenapa saya cakap macam tu?  Haa meh nak cerita sikit.

Saya berkahwin pada 30.09.2011. Masa tu saya di MINDEF, Kuala Lumpur dan suami di Kem Majidee, Johor Bahru. Duduk berasingan. Masa tu jarang jumpa. Sebulan sekali jumpa. Kemudian, suami saya menyertai operasi di Kudat, Sabah selama 3 bulan. Maklumlah tentera kan. Tentera dan operasi dah macam kawan baik. Mana boleh dielakkan. Setelah setahun berjauhan, pada 15.10.2012, saya dapat bertukar ke Johor Bahru. Alhamdulillah. 

Dapatlah duduk setahun bersama suami. Lepas setahun duduk sekali, alih-alih Kem Majidee ditutup pula. Uwaaaa sedihnya,. Kem dipindahkan ke Batu Pahat. Kembalilah ber PJJ. Terima lah seadanya dengan hati yang gundah,. hikhik.

Alhamdulillah, 01.07.2015 tarikh bersejarah bagi saya. Kembali bersatu dengan suami di Batu Pahat ni. Wahh ayat tak nak kalah. Kembali menyatu! hihi..

Moga penghijrahan kali ni membawa berjuta kebaikan dalam hidup kami :)

 

 

 

You Might Also Like

22 comments

  1. tahniah..saya dah 2 tahun pjj dengan suami.kl-kluang.tetiap minggu balik kluang. takut nanti anak lupe dekat mak die ni..huwarghh..doakan saya pulak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.,
      Ros doakan moga ada rezeki awak bertukar ke Kluang!

      Delete
  2. alhamdulillah.. tahniah.. memang banyak pancaroba..ada sepupu saya tentera.. dia pencen awal sbb banyak kena pergi misi sana sini.. komando pulak tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak. Tentera ni padat aktivitinya. Kursus, latihan, operasi,. Kena kuatkan hati.

      Delete
  3. alhamdulillah... taniah2... akhirnya yek kire hadiah terindah di bulan ramadhan

    skrg ni dh mule keje tmpt baru ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih;) ye hadiah ramadhan ! Baru dua hari di tempat baru..

      Delete
  4. Alhamdulillah,tahniah Ros..semoga rumahtangga Ros bahagia dan sentiasa dalam rahmat Allah.pasni mesti jarang dah update blog, dok melayan suami.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal! Eh aktiviti blog berjalan seperti biasa ;)

      Delete
  5. wah tahniah kak...akhirnya dah tak perlu PJJ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Terima kasih yer

      Delete
  6. Alhamdullilah kak ros. Sepupu saya dah setahun kawin, tak lepas2 nak pindah dekat suami dia. Sekarang ada anak, anak pun duduk jauh dari dieorang. Maknya di KL, ayahnya di Kuantan, anaknya di Kota Bahru. Sedih tengok.

    Anyway, jangan lupa join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ros doakan moga sepupu awak dipermudahkan untuk bertukar...

      Delete
  7. alhamdulillah wa syukurillah..tahniah ros..moga di permudahkan mendapat cahaya mata pula lepas ni..Aminn

    ReplyDelete
  8. aamiin
    sukanya tau.
    blh bayangkan perasaan tu.dh permah merasa pjj juga.
    srmoga dgn pertukaran dan penyatuan dua hati di bulan ramadan yang penuh berkat ini akan lahir lah cahaya mata yang dinanti.teruskan doa, usaha, ikhtiar dan tawakal. Allah kan ada. aammin

    berita sedih tu apa ros?

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.
    aida pernah merasa pjj selama 9 bulan.
    melaka - jb.
    anak2 dgn mr.asben di melaka :(
    and skang, aida diseremban plak.
    tapi balik hari la.
    tak sanggup dah pjj :(

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah....tahniah....akhirnya dapat bertukar ke tempat yg lebih dekat dgn suami.....hihihi


    psstt..2011 sy pun kt mindef...kat zetro...tp sebelum tu kat tgkt 4 wisma....hehehhe

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS