ALKISAH CUTI RAYA


Assalamualaikum.

Office dah sunyi. Ramai yang dah bercuti. Tinggal beberapa orang je ni, termasuk tuan punya blog ni. 

Tapi, walau ramai yang dah bercuti, jalan kat sini pulak sibuk. Sebabnya, ramai orang dah mula balik ke sini. hihi. Terbalik. Masa duduk kat Jb, jalan mesti lengang dah bila ramai yang dah mula cuti. Tapi, kat sini jalan bertambah sibuk.

Ramai sanak saudara dan rakan-rakan saya yang dah mula balik kampung. Ada yang dah sampai pun kat kampung. Syoknya!

Buat yang bakal memulakan perjalanan hari ni dan esok, semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju untuk bertemu orang yang tersayang :)

Saya?. Tahun ni kisah raya saya lain sikit. 
Rancangnya nak balik naik kereta bersama suami. Tapi, biasalah anggota tentera. Plan berubah-ubah. Cuti raya kem suami ni dibekukan. Sebab ramai anggota yang terlibat operasi di Sabah awal Ramadhan hari tu selama 3 bulan. Maka, yang tak pergi operasi tak dapatlah cuti. Kena duduk kem. Sebagai anak pesara tentera, saya dah biasa dengan keadaan macam ni. hihi. Lagi dua minggu nak raya, suami tanya nak balik kampung tak? Sebab kalau tak balik kampung, nanti saya duduk sorang di rumah. Dia kena duty di kem kan. Jiran-jiran pulak ramai yang tak ada. Kebanyakkannya dah balik kampung bila suami mereka pergi operasi. Jadinya, saya pun ambil keputusan balik kampung. Balik kejap jelah. 

Bermulalah pencarian tiket dari Batu Pahat ke Sungai Petani, Kedah. Hampanya hati. Tiket dah habis! Ingatkan memang beraya di Batu Pahat la tahun ni. Tapi, Alhamdulillah. Suami beli tiket ke Sungai Petani dari Kluang. Itupun malam raya je tinggal. Hari lain semua habis. Adik kat kaunter tu siap cakap, kalau jalan clear sampai pagi raya,. Kalau jalan jammed, sampai tengahari raya! hihi.. Tak kisahlah dik, akak terima je seadanya. hikhik. Kawan saya siap pesan suruh pakai siap-siap baju raya masa nak naik bas. Senang, sampai je terus beraya! hahahha.. Memang tak lah kan. 12 jam dalam bas dengan baju raya. 

Teringat pula kenangan tahun pertama beraya sebagai suami isteri. Suami masa tu tak dapat cuti. Memang kitorang beraya di JB masa tahun 2012. Suasananya lain. Sedih je rasa hati masa tu. Yelah, sorang-sorang kat rumah sebab suami kerja! Makan kuih raya dan lontong sorang-sorang! Duduk JB, dah pandai buat lontong masa tu. hihihi. Petang tu baru suami balik. Dapatlah beraya beberapa buah rumah kawan dia. 

Tahun 2013 dan tahun 2014, kami dapat balik kampung. Alhamdulillah.

Tahun ni, saya sorang je balik beraya. Dalam kegembiraan nak jumpa keluarga saya dan keluarga mertua, sebenarnya sedih jugak. Sebab tak dapat beraya dengan suami. Tapi, tak apalah. Keputusan dah di buat. Moga semuanya berjalan lancar dan baik-baik belaka :)





Previous
Next Post »

11 comments

Click here for comments
15 July 2015 at 08:48 ×

sama la anum pun masih bekerja

Balas
avatar
admin
15 July 2015 at 09:05 ×

selamat hari raya ros....best jugak dapat balik kampung, tapi kenang suami kerja jadi kita tunggu jelah kat rumah...lepas raya baru balik kg sama-sama.

Balas
avatar
admin
15 July 2015 at 10:21 ×

Salam lebaran aidil fitri buat Ross sekeluarga ;)

Balas
avatar
admin
15 July 2015 at 13:02 ×

xpa la rose.. janiu dapat uga beraya bersama antara yang tersayanag

Balas
avatar
admin
15 July 2015 at 19:14 ×

kejap je dah nak raya kan.. pejam celik..
maaf lama x singgah sini ya Kak Ros.. selamat hari raya =)

Balas
avatar
admin
18 July 2015 at 14:10 ×

Biasalah bila nama isteri tentera kena la bkorban..

Balas
avatar
admin
20 July 2015 at 13:24 ×

Selamat hari raya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Balas
avatar
admin
22 July 2015 at 12:02 ×

Klo kite mst dah sedih

Org yg tough je mampu hihi

Balas
avatar
admin
25 July 2015 at 06:28 ×

no wonder lah orang kata, tak semua orang tahan jadi isteri tentera ni.yang tak kuat semangat mesti dah nangis.

Balas
avatar
admin
Anonymous
3 August 2015 at 23:25 ×

Jangan sedih-sedih

Balas
avatar
admin
8 August 2015 at 12:47 ×

ape boleh buat demi tugas kan...sabar ye ros

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment