KERANG BAKAR DAN AYAM GOLEK

July 06, 2015

Assalamualaikum.

Ni bukan menu berbuka hari ni. Menu minggu lepas ni. Ayam golek dan kerang bakar. Sekali sekala makan ayam golek buat buka puasa. Ni beli kat bazar Ramadhan. Bukan buat sendiri. 


Sebenarnya nak cerita pasal kerang bakar tu. Saya ni memang tak makan kerang. Sebab masa zaman sekolah dulu pernah makan, pastu badan jadi gatal-gatal. Alahan. Memang tak boleh makanlah kiranya. Kiranya dah bertahun-tak usik kerang. 

Nak jadikan cerita, suami saya beli kerang bakar. Kerang bakar yang di salut dengan sambal special. Bau dia memang menyelerakan! Time berbuka, memang saya tak sentuh pun kerang tu. Makan ayam tu je. Sekali tu, suami saya tegur. Dia kata tak nak rasa ke? Sedappppp. Saya pun cakaplah, kan dah tahu memang tak makan kerang. Suami saya pun kata, cubalah dulu. Sedapppp ni. Mula tu tak nak juga rasa. Tapi bila dia asyik cakap sedapppp je, tergodalah selera ni. Rasa satu je. Emmmm memang sedappp. Terus laju je makan tanpa memikirkan kesan sampingan yang bakal terjadi! 

Tapi, Alhamdulillah elok je lepas tu. Tak ada gatal-gatal. Agaknya dah takde alahan kot, kan?. Bolehlah beli kerang, dan masak sendiri nanti!...



You Might Also Like

5 comments

  1. sedapnya..lama tak makan kerang bakar

    ReplyDelete
  2. mmg akan hilang dgn sendirinyin shaa Allah
    dlu ciksu kalau mkan udang tau.mesti alahan juga.jadi gatal gatal.nk nak udang besar. kalau udang kecil ciksu x suka dlu.hihi.demand kan

    skrg alhamdulillah dh mmg x alergic
    tp suami ciksu pulak yg alergic. asal mkn ayam, uddang, daging mesti gatal gatal

    ReplyDelete
  3. awal2 lagi ckp yek bukan buat sendiri hihih

    ReplyDelete
  4. fuiyiooo sedap meh semua ni.. ayam memang CT tak tolak..
    suka ayam dari daging lagi tp kalo kambing.. memang all time fav=D

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS