air tangan suami

ROTI JALA SPECIAL!

August 25, 2015


Assalamualaikum. 

Roti jala special,. Special kerana ianya air tangan suami. 

Ye, kalau bab memasak saya satu tangga ke bawah dari suami. Terpaksa mengaku. Hihihi. 
Kejadian hari Khamis lepas. 


Sedap elok rasanya. Nak kena berguru ni. Hihi. Lepas ni boleh buat sendiri ja. 

Alhamdulillah, kenyang ;)



2015

KEGEMBIRAAN KEDAH JUARA LIGA PERDANA 2015!

August 24, 2015


Assalamualaikum.

Entry khas buat pasukan bolasepak Negeri Kedah. Wah gitu!

Tahniah buat negeriku, Kedah! Akhirnya menjadi juara Liga Perdanan 2015, dan berjaya menembusi Liga Super bagi musim 2016. Alhamdulillah. 

Ni ha, kat bawah ni adik saya bergambar di Stadium Bukit Jalil. Dia gi stadium Bukit Jalil dengan abang saya. Sanggup tu dari Kedah pi Kl tengok bola! Semangat benar! Berbaloilah gi sana, sebab menang besar malam tu dan menjadi Juara. Kemenangan ni membawa 1001 kemanisan buat semua pemain, pasukan dan semua peminat negeri Kedah. Bayangkan dulu jadi juara bertahan, tup tup mengalami masa-mass gelap sebentar dan terus tersingkir ke liga perdana. Beberapa musim bermain di liga perdana. Usaha, usaha dan usaha. Akhirnya tahun 2015 membawa kejayaan untuk kembali ke liga super bagi musim 2016. Alhamdulillah.


Gambar sekadar hiasan ;)




cpuv

21 CPUV NUFFNANG ON GOING

August 23, 2015


Assalamualaikum.

Seminggu tak updated blog. Hati meronta-ronta nak buka blog. Tapi, tal terdaya. Elehh. Hihi.

Tak dapat nak konsinsten lagi. Masih tercari-cari rentak di tempat baru. Semua benda nak dikejar. Tu yang slow je pergerakannya. Hihi.

Ogos 2015. Bulan yang padat dengan aktiviti. Bulan yang mencabar kewibawaan. Bulan ape lagi nak letak ek? Hihi. Macam-macam yang terjadi. Exam jabatan, kursus, taklimat, jamuan raya, audit kualiti, hari bersama pelanggan. 

Haa buat semua yang berdekatan Batu Pahat, jemput datang ke Square One(sebelah Aeon Big). Ada pameran anjuran Pejabat Daerah Batu Pahat. Banyak jabatan yang terlibat. Antaranya Pejabat SUK, KPDNKK, Hospital Pantai, Syarikat Perumahan, Majlis Perbandaran Batu Pahat, dan semestinya Jabatan Kastam. Bermula dari hari Khamis lagi sebenarnya. Dan berakhir hari ni. Mai jangan tak mai noh. Untung-untung boleh jumpa Cik Rose kat booth Kastam tu ;)

Ok, sepanjang seminggu blog terabai, akaun nuffnang pun saya tak buka. Malam tadi bukalah nak tengok jumlah pengunjung sepanjang ketiadaan tuan rumah. Tertengok juga earning. Alhamdulillah ada 21 cpuv yang masih on going. Tapi slow benar geraknya.. Kan best kalau laju je berjalan jumlahnya. Hihi. Takpe , ni pun syukur.. Alhamdulillah.




Kalau ternampak apa -apa iklan menari-nari kat blog ni, tekan lelaju yer. Hihi. Terima kasih ;)



pengomen setia

PENGOMEN SETIA JULAI 2015

August 06, 2015


Assalamuakaikum.

Biasalah awal bulan je, dah tentulah entry tentang Pengomen Setia yang akan saya sajikan. 

Siapakah mereka yang setia bersama Inilah Realiti Bukan Fantasi bulan Julai 2015?  

Tadaaaaa :



Terima kasih buat semua yang tersenarai. Juga buat semua pengunjung blog saya. Hanya ucapan terima kasih yang saya titipkan di sini. Tak kisahlah tersenarai atau tidak, kehadiran anda semua amat saya hargai. 

Walaupun saya tidaklah bergerak aktif dalam bulan Julai, masih ada yang sudi singgah . Love uols!

Juga buat yang tersinggah ke sini. Hahahha. Bukan apa, bila tiba bulan Ramadhan, ramai yang tersangkut di entry resepi. Antaranya resepi ayam masak kicap, daging bakar, gulai udang dan lain-lain. Moga entry -entry tersebut membantu. 

Bulan Julai. Macam-macam yang berlaku. 01 Julai 2015, saya melapor diri di office baru di Batu Pahat. Alhamdulillah. Dan bila di office baru,  tugas yang baru, agak mencabar bagi saya. Belajar benda baru. Dan hingga saat ini, masih belajar. Agak terkejar-kejar di tempat baru. Alah biasalah kan. Insyaallah slow-slow biasakan diri ;)

Dan kini Ogos pula menjelma. Ogos bulan yang agak sibuk pada saya. Juga bakal mencabar kebolehan saya. Wahhh ayat. Hhhahah. Apa-apa pun , moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ;)

Akhir kata untuk entry ni, sekali lagi sekalung penghargaan buat semua pembaca blog ini! Tanpa anda, tiadalah pembaca blog ni. Thanks!!!!




EPHYRA

Rania Turn's 1 GiveAway

August 05, 2015


Assalamualaikum. 

Pagi ni join satu giveaway. Anjuran Cik SuSempena dengan ulangtahun kelahiran pertama anakanda kesayangan Cik Su pada 10.8.2015 nanti.




Giveaway ini akan berlangsung dari 5.8.2015 hingga 15.8.2015 11:59 malam.

Senarai peserta akan diumumkan pada 16.8.2015.


Senarai pemenang akan diumumkan pada 18.8.2015.

Nak tahu hadiahnya?




Menarik kan? Jomlah join ramai-ramai :)





2015

RIANG RIA DI PAGI RAYA

August 04, 2015


Assalamualaikum.

Macam mana nak mula cerita raya ni. Sebab banyak benda nak diceritakan dan dah lama berlalu, jadi blur pula nak tulis. Heeeee..

Takpe, kita start dengan cerita anak sedara saya. Mahdi dan Arif. Sedondon dua beradik ni. Hensem berkopiah! Sampai ke petang tak nak salin baju tau.. 


Bila tiba hari raya, budak-budaklah yang paling gembira kan ;)

Bila tengok anak-anak sedara ni, mulalah teringat kenangan masa kecik dulu. Macam mana belajar berpuasa... Dapat duit raya.. Gi beraya dari sebuah rumah ke rumah yang lain. Eh indahnya kenangan tu!Ingat lagi bila gi beraya tu, jumpa kuih raya yang sedap, ambik letak dalam poket. Hihihi. Maklumlah dulu buat baju kurung ada poket.. Jangan tiru aksi ni tau.. Sampai nak bawak balik segala bagai. 

Sekarang ni bila menginjak dewasa, perasaan dia lain pula. 

Apapun, jalanilah dengan penuh rasa kesyukuran.



kek

SETAPAKKU MELANGKAH ...

August 03, 2015

Assalamualaikum.

Hari Sabtu lepas gi ambil ujian komputer untuk lesen kereta. Alhamdulillah, lulus... Dapatlah Lesen L.  Insyaallah Jumaat ni start belajar bawa kereta di akademi memandu.. Moga dipermudahkan untuk bawa kereta. Sebab saya ni kosong bab memandu. Memang tak pernah langsung memandu. Untuk pengetahuan, saya belajar di Akademi Memandu Darul Takzim, Senggarang, Johor.  


Ahad minggu lepas pula, kat office lama diadakan majlis perpisahan pegawai yang bersara dan bacaan Yassin untuk arwah rakan sepejabat saya. Saya pun turut dijemput, tapi tak dapat nak pergi sebab masa tu saya menghadiri ceramah KPP untuk lesen kereta. Kat bawah ni kek yang dorang beli untuk majlis tu. Sebab buat sekali sambutan hari lahir.. Carrot cake tu.. Sedapnya nampak. Tak dapat  nak rasa... 


Dah sebulan berpindah. Rindu rasanya pada kawan-kawan di Jb. Rindu suasana di office lama.



2015

RAYA 2015

August 01, 2015


Assalamualaikum.

Dah seminggu tak updated blog. Bukan saja tak nak updated. Tapi, ada alasan tersendiri. Bermacam-macam perkara yang terjadi dalam tempoh sebulan ni. Jadi, ambil masa sikit untuk mencari nafas baru. Heeee.

Rasanya tak ada lagi cerita raya kali ni. Tak sempat nak berkongsi. Slow-slow la updated kan.. Sebagai memori buat diri sendiri. 

Raya di kampung. Alhamdulillah dapat berjumpa mak ayah dan keluarga. Dapat melepaskan rindu yang bersarang di hati. Juga bertemu keluarga mertua. Cuma suami tak dapat balik. Tuntutan tugas,. Sedih tak dapat bersama suami di pagi raya, tapi bersyukur dapat jumpa keluarga. Jangan salah faham, suami saya yang meminta saya balik ke kampung beraya bersama keluarga. Jadi, tak timbul soal tinggal suami di pagi raya. Hihihi.. Terpaksa tulis jugak sebab ada yang salah faham dengan menganggap saya tinggal suami sorang-sorang kat Batu Pahat. Hihi. Aduhai...

Ok, kembali ke cerita raya. Tahun ni tak buat langsung kuih raya. Memang tak fikir pasal kuih raya tahun ni, sibuk hal pindah masa tu. Saya beli dua jenis biskut je tahun ni. Biskut nutella dan biskut cashew choc. Beli dekat Plaza Angsana, Jb. Tapi, cuba tengok kat bawah ni. Ada macam-macam biskut kan,? Hahaha.. Ambik biskut mak... Aduhai... 3 jenis mak bagi. Biskut almond london, biskut dahlia, dan biskut red velvet. Biskut dahlia tu feveret suami saya.. Biskut pertama yang habis. Tu pasal masa nak ambik gambar ni, dah tinggal sikit tu ha. Hihi. Biskut red velvet tu air tangan adik saya. Adik lelaki ok. Turun tangan mak la adik saya ni. Macam-macam boleh buat.. Biskut peanut butter tu pula kakak saya, Kakyang yang bagi.  Sebab tu walau beli 2 jenis kuih je, hasilnya ada 6 jenis! Terima kasih mak. Terima kasih semua ;) hihi. 


Ok, kat bawah ni pula ketupat pulut daun palas dan rendang daging. Ketupat tu mak mertua yang buat. Rendang daging tu pula mak saya yang buat. Sedap. Alhamdulillah, dapat juga suami merasa. Isteri bawa bekalan naik bas selama 11 jam tu. 


Tempeyek! Sedap. Tiap-tiap tahun mak buat. Bawa bekalan satu tin biskut tau ke Batu Pahat. Hihi. Balik kampung satu beg je. Balik semula ke Batu Pahat berbeg-beg. Hahaha. 


Alhamdulillah atas semua rasa yang terungkap pada raya kali ni. 



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS