Tuesday, September 22, 2015

Raya, Raya, Raya...


Assalamualaikum.

Hari ni, 22 September 2015. Lagi 2 hari, tibalah Hari Raya AidilAdha. 

Tak ke mana kot raya ni. Suami kerja. Takpe, dah biasa.. Sedangkan Raya Aidilfitri pun dia kena kerja, inikan pula AidilAdha :)

Tapi, Alhamdulillah. Mungkin seminggu lepas raya, dapat cuti kot. Kalau comfirm dapat cuti, maka kami akan bergerak balik kampung di Kedah. Kesian kat suami. Dah lama tak dapat balik kampung. Saya dapat jugak balik sorang masa raya puasa hari tu. 

Jiran pun dah balik kampung. Dah agak sunyi jugak kawasan perumahan. Office?.. Lagilah sunyi. Ramai yang dah bercuti dari hari Ahad lagi. Tinggal beberapa orang je ni, yang mempunyai sebab tersendiri tak nak bercuti. Hihihi.. Ada yang kmemang asal orang sini, jadi tak ambik cuti. Ada yang senasib dengan saya. hikhik.. Apapun, kepada yang memulakan perjalanan ke kampung, moga selamat tiba ke destinasi. Buat yang memandu, hati-hati di jalan raya. Utamakan keselamatan, ingatlah orang yang tersayang yang menanti kepulangan kita :)

Lagu raya. Amboi... over tau radio! Pakat putarkan lagu raya! Hari raya AidilAdha, tapi dah putar lagu raya AidilFitri. Nak, nak dengar lagu Balik Kampung. Lagilah hati ni melonjak-lonjak nak balik kampung. hihi.. Takpe, sabar. InsyaAllah, minggu depan :)

Juadah raya. Belum fikir nak masak apa. Yelah, kita ni bukan masterchef. Masak biasa-biasa je kot. Ingat nak buat Laksa Penang. hihi. Korang masak apa?.. Mesti lengkap dengan ketupat, rendang bagai kan.. Sedapnya! 

Duit raya. Haaaa, sape nak kena datang rumahlah :)

Esok, jomlah kita puasa sunat sesama :)


9 comments:

  1. AidilAdha selalunya disambut dengan kesederhanaan sahaja...

    ReplyDelete
  2. tak balik kampung, tapi esok nak cuti..masak apa yang patut..salam Aidiladha, ros

    ReplyDelete
  3. brunei pun sambut hari raya aidiladha 2 hari lagi :D

    ReplyDelete
  4. Salam Aidiladha yer, Zumal tak buat persiapan apa pun untuk raya sebab raya berdua ja rasanya...

    ReplyDelete
  5. mv pulak balik kg mlm rabu then mlm khamis blk kk sebb jumaat kerja

    ReplyDelete
  6. Raya berdua dgn suami jelah, ye. Tak pe, balik cuti lepas raya pun ok je :)

    ReplyDelete
  7. ciksu balik hari rabu
    sampai raya keempat j ddk kedah n perak
    ciksu x buat apa pon just buat kek coklat j bawa balik kg
    selebihnya balik bawa perut pergi mkan daging. kikiki
    dgr lagu raya dkt thr gegar

    ReplyDelete
  8. dapat dak cuti ? hehe balik ke kampung la ni eh.. balik Kedah ? hoyeh2..

    ReplyDelete