NASI BERIANI BATU PAHAT MEMANG SEDAP !


Assalamualaikum.

Nasi beriani dan Batu Pahat memang sinonim, kan?. 

Kalau datang Batu Pahat, tak makan nasi beriani macam tak lengkap. Wahh gitu!

Sejak saya duduk Batu Pahat ni, memang selalu jugak makan nasi beriani. Tak tahan wei.. Sedap! hihi.

Antara yang popular di Batu Pahat, Nasi Beriani Mohd Shah yang terletak di Benteng Peserai. Tapi, saya sendiri belum pernah ke sana. Dok dengar orang cerita je. Dahla sedap, murah pulak tu berbanding yang lain! Belum berkesempatan nak ke sana lagi. InsyaAllah, akan usaha ke sana. Nak rasa jugak kesedapannya!

Alamatnya :

Gerai No. 14, Kompleks Niaga Peserai (Benteng Peserai), Batu PahatJohor.


Kemudian, Nasi Beriani Power. Yang ni selalu makan! Sedap! Pilihan saya dah tentu ayam atau daging. Suami pulak, kambing lah pilihannya. Yang ni kerap makan sebab berhampiran dengan rumah, sekitar 15 minit je. Memang penuh je kedainya. Jadi tumpuan ramai. 

Alamatnya :

No.18, Jalan Tukas 2,
Taman Soga,
83000 Batu Pahat, Johor.

Inilah dia nasi beriani power tu. Gambar pun biasa je, sebab kalut-kalut ambik gambar. Malu orang tengok. hihi. Sebab masa tu orang tengah ramai :)



Seterusnya, Nasi Beriani Pokok Sena. Jangan ingat Pokok Sena tu di Kedah.  hihi. Nama kedainya je Pokok Sena :)Yang ni pun sedap pada tekak saya. Masa baru pindah dulu, selalu ke sini. Dating ngan suami. Hahaha. Dating konon! Gambar tak ada sebab tak ambik pula masa makan dulu. Kusyuk makan :) Yang menariknya, kat sini bukan je ada nasi beriani, sebelahnya ada asam pedas juga!

Alamatnya :

Taman Nira, 83000 Batu PahatJohor


Yang ni pula kedai yang terbaru pernah saya cuba. Sister's Briyani. Terletak di Sri Gading. Sebaris dengan Nasi Lemak Cik Chom yang glamour tu. Sedap tau nasi beriani dia! Kedai berhawa dingin lagi. Ada ruang untuk yang mahu makan bersila di bawah :)Tekak saya ni semua sedap. Dari tadi lagi, tak ada yang tak sedapnya. Mungkin sebab saya ni penggemar nasi beriani kot?.. eh.. hihi.

Alamatnya :

41, Jalan Kencana 1A/1, Pura Kencana, Sri Gading
Batu Pahat, Johor.

Haa, inilah dia nasi beriani yang sedap tu :




Sepanjang di Batu Pahat jugak, pernah sekali saya bertandang ke jemputan kahwin. Kawan suami saya. Aduhai... Nasi berianinya memang terbaik! Agaknya sebab di rumah kenduri, lagi sedap dia punya beriani tu! Tak leh lawan mana-mana dah. hihi.. 



Previous
Next Post »

13 comments

Click here for comments
9 November 2015 at 10:28 ×

Sedanya.. lapor dah pula perut ni huhuh

Balas
avatar
admin
9 November 2015 at 10:44 ×

tgk gambar pun nampak mcm sedap tu...;D

Balas
avatar
admin
9 November 2015 at 14:51 ×

saya tak pandai makan nasi beriani.... tapi baru-baru ni ntah kenapa rasa teringin..tapi belum dapat makan...

Balas
avatar
admin
9 November 2015 at 16:35 ×

kak Aishah, gi makan :) hihihi. nasi kerabu. sedapnya.

Balas
avatar
admin
9 November 2015 at 19:56 ×

sedap jugak nampak...

Balas
avatar
admin
9 November 2015 at 20:16 ×

Sebut nasi beriyani memang akan ingat Batu Pahat... Torrrrbaikkkk!!

Balas
avatar
admin
10 November 2015 at 10:57 ×

Fuhhhh! Beriani yg memikat selera :)

Balas
avatar
admin
12 November 2015 at 08:09 ×

CT pernah skali ke BP dan makan nasi briani.. akak.. CT rasa kedai yang kami pergi tu xbest lah..
tapi tak ingat nama kedai.. serious tak best.. maybe kedai yg akak suggest ni okay.. nanti kena repeat pergi BP nampak gayanya..

Balas
avatar
admin
12 November 2015 at 22:58 ×

kat sana mmg trkenal dgn nasi beriani ya...

Balas
avatar
admin
13 November 2015 at 09:14 ×

Kalau dapat yang ni lagi sedap.. nak la rose

Balas
avatar
admin
24 November 2015 at 09:56 ×

CT pergi BP jangan lupa drop by dekat Segamat amik Cik Mimie ye? nak ikut...hehehe

Balas
avatar
admin
24 November 2015 at 09:57 ×

Cik Mimie bukan penggemar nasi beriani.. heee :D

Balas
avatar
admin
19 December 2015 at 00:40 ×

Ok..memalam tgk gmbr nie, memang boleh buat perut berdondang sayang..hehe..

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment