bola sepak

JDT JUARA PIALA SUMBANGSIH 2015

January 31, 2015


Tahniah buat pasukan JDT yang berjaya muncul sebagai Juara Piala Sumbangsih 2015 setelah menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan 2-0.


Updated entry ni dengan penuh kesabaran tau.. Internet slow sangat! 





harga minyak

HARGA MINYAK TURUN MULAI 1 FEBRUARI 2015

January 31, 2015


Permulaan yang positif di tahun 2015. Dengan satu berita gembira mengenai harga minyak. Harga minyak turun. Alhamdulillah...


Ron 95 - RM 1.70
Ron 97 - RM 2.00
Diesel - RM 1.70

Ramai yang mengharapkan harga barang juga turun.. Tapi, dapat ke jadi realiti?...



batu pahat

PIALA SUMBANGSIH 2015: JDT LAWAN PAHANG

January 31, 2015


Assalamualaikum .

Malam ni ada perlawanan bola sepak antara JDT dan Pahang bagi merebut Piala Sumbangsih 2015. Akan disiarkan di RTM1 dan TV3.. Apa boleh buat, tahun ni Astro tak dapat hak penyiaran. Rasa kekoklah nanti bila tengok bola malam ni. Bukan apa, saya suka astro ni sebab pengulas dia.. Kan semua pengulas terbaik dah pun berhijrah ke Astro .. Bila hak penyiaran dah bertukar tangan, maka kenalah dengar pengulas baru pulak.. Sama-sama kita nantikan yer malam ni ;) Sokong pasukan mana? Saya pilih Pahang ;)

Ok, malam ni jugak akan diumumkn harga minyak petrol dan diesel yang baru.. Sama -sama kita tunggu ada penurunan tak ?

Emm entry kali ni takde gambar.. Sebab internet celcom semput kat sini.. Tadi sempat blogwalking ke beberapa buah blog.. Laju je internet maxis. Sekali dah habis kuota.. Beli pulak internet celcom. Penyudahnya, slow sangat... Tak dapat blogwalking dah. Taip entry pun dalam keadaan geram ni. Berapa kali dok save.. 


milo

MILO TABUR TERBAIK !

January 31, 2015



Jemput minum yer.. Milo tabur.. Sesekali basahkan tekak ni dengan Milo tabur.. Aduhai, nyaman je rasa. Hihi.. Buat sendiri kat rumah bolehlah letak milo banyak-banyak macam tu.. Cuba beli kat kedai makan, tak dapatlah kan.. Tapi, tak pernah pula order Milo tabur kalau makan kat luar... 

Selamat berhujung minggu yer kawan-kawan ;)



Family

MERAJUK NAK KE SEKOLAH

January 30, 2015


Macam biasa, dapat gambar ni dari kakak saya, Kakyang.. Gelagat baby Arif yang merajuk tak dapat gi sekolah. Hihi. Dia tengok abang dia, baby Mat dok bersiap nak gi sekolah, tu yang merajuk tu..


Alahai sayang.. Sabar ye.. Nanti tahun depan baru boleh gi sekolah. Jangan pula nanti tak nak gi sekolah.. Hikhik..  Baby Arif baru 4 tahun.. Abang dia dah 5 tahun .. 


diet

GEMUK BERSAMA!

January 30, 2015



Geli hati ni bila ternampak gambar kat atas ni. Hihi. Gemuk bersama. Setelah program diet jadi macam yo yo, terubat sikit bila tengok gambar ni.. Susah betul nak tetapkan pendirian dalam berdiet ni. Ade je yang datang mengganggu.. Ishh tak boleh macam ni. Kena cekalkan hati jugak ni.. 



kawan-kawan

KARYA ISHA BUAT KAK ROSE !

January 29, 2015


Alkisahnya, kejadian ni masa perarakan Maulidur Rasul peringkat Jabatan yang lepas. Kawan saya iaitu Kak Isma, terlibat dengan perarakan. so, kena datang office awal. Bila dah gerak awal pagi, tadika anaknya, Isha tu masih tutup.. Jadinya, Isha ni duduk dengan saya di office sementara mama dia berarak :)
Sekarang ni, memang saya gi kerja pun dengan Kak Isma, jadinya Isha ni dah biasalah dengan saya. Tak ada masalah.. Isha ni memang cepat mesra dengan semua orang :)


Tengoklah apa yang sempat Isha tulis ;


Siap nama saya ada jugak tau :)


haiwan

AKSI MONO, SI IKAN NEMO

January 29, 2015


Hari ni nak berkongsi gambar ikan-ikan Nemo dan damsel saya :)
Dah bertambah jumlah ikan. Mula-mula beli hanya seekor ikan Nemo dan seekor ikan Damsel. Sekarang ni dah bertambah lagi dua ekor, dan menjadikannya sebanyak 4 ekor. Alhamdulillah... 

Jom tengok aksi-aksi ikan saya. yang saya panggil Mono. hihi.. Payah nak ambil gambar, sebab dorang suka menyorok di sebalik batu karang tu tau.. Kena slow-slow je pergi kat aquarium tu. hihihi..












Moga terus hidup bergembira dalam aquarium tu. Bukan apa, ikan air masin ni kena jaga betul-betul kualiti airnya. Setiap hari kena check kepekatan air dia dan suhu air dia. Inilah peneman setia saya sekarang ni. hihi..



Bezday

28 JANUARI

January 28, 2015


Terima kasih mak untuk segalanya..
Terima kasih melahirkan Ija..
Membesarkan Ija..
Mendidik Ija..
Dengan penuh rasa kasih dan sayang..


Selamat ulangtahun kelahiran mak..

~Tiada kata secantik bahasa, untuk ku puji ibunda~



Makanan

PIZZA HUT : SELERA MENGADA!

January 26, 2015



Ni entry throwback.. Pizza dah lama masuk perut dan dah keluar pun. Opsss.. Hihi.. Nak cerita bab selera.. Siapa menduga, kadang- kadang tekak kita ni nak itulah, nak inilah.. Mengada-ngada sangat kan. Thank you to husband yang rela melayan tekak wife yang errrr.. Hikhik. 
Beli pun untuk makan malam, bawa balik je. Makan sorang pulak. Suami saya tak gemar pizza. Memang tak habislah nak makan sorang. Tu yang membawa ke sarapan esoknya. Hihi...

RM10 je untuk size regular.. Kalau yang kecil, RM5.. Hanya untuk 'take away' je. Makan kat restoran, harga biasa..



Makanan

NASI AYAM SEDAP!

January 25, 2015



Hai, sampai hati tau.. Malam-malam hantar gambar nasi ayam. Dahlah air tangan mak pulak tu, dah bergenang air mata ni.. Hihi. Sensitif tak habis-habis.. 

Dapat gambar ni dari wassap family.. Kakak, abang dan adik dok cerita kesedapan nasi ayam yang mak masak siang tadi.. Alhamdulillah, bestnya korang.. Apakan daya, saya jauh kan.. Takpe, dapat tengok gambar pun dah ok dah.. 

Ni yang rasa hati membuak-buak nak balik kampung. InsyaAllah,.. 

Kerinduan kepada keluarga tetap membara...

mengantuk

PETUA HILANGKAN MENGANTUK

January 25, 2015



Dah tengahari ni, mata jadi kecik je. Aduhai.. mengantuknya rasa.. Letih gaya macam buat kerja berat sangat. hihi.. Tapi, itulah kenyataannya hari ni.. Rasa mengantuk sangat ni.. Time rehat ni, lagilah mencabar. Meja kat office ni memanggil-manggil suruh lelapkan mata.. hihi. Tak boleh jadi ni. Kalau tidur waktu rehat sekejap, nanti sakit kepala pula bila bangun.. sabar..sabar.. 
Tu yang gigih menaip entry ringkas ni.. Dala keadaan mengantuk lagi. Memang special entry ni. hikhik.. 

Ada ke petua nak hilangkan mengantuk yang datang tiba-tiba di waktu rehat?.. Mengadanya, nak petua bagai, kan?...

Ok la, dah nampak kecik besar, kecik besr je skrin komputer ni.. Nak pergi cuci muka dulu, bagi segar :)


lirik lagu

Lirik Lagu Apa Khabar – Joe Flizzow ft SonaOne

January 25, 2015


Ni bukan demam AJL29 yer.. hihi. Saje je nak share kat blog sendiri lagu ni.. 

Lirik Lagu Apa Khabar – Joe Flizzow ft SonaOne

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua


Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

p/s: Masih menanti khabar berita dari Malique..


lirik lagu

LIRIK LAGU DASYAT -MOJO

January 24, 2015


First time dengar lagu Dasyat ni di rancangan Meletop. Tu pun, Caliph Baskers yang nyanyi.. Terus cari kat youtube dan dengar nyanyian asal oleh Mojo.. Penyanyi baru kumpulan Mojo, dari Indonesia.. 

Jom saya kongsikan lirik buat yang mencari :)

LIRIK LAGU DASYAT -MOJO

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Ohh… ohh… ohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

luahan

DON'T JUDGE A BOOK, BY ITS COVER

January 24, 2015


Assalamualaikum.
Selamat pagi semuanya. Apa khabar?.. Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik.. Apa perancangan korang di pagi Sabtu ni?.. Duduk rumah?. Gi jogging?. Santai bersama keluarga?. Atau kena masuk kerja jugak di hari minggu?... Apapun aktiviti korang, moga gembira selalu..

Pagi ni, tiba-tiba nak cerita tentang penilaian manusia. Ada apa dengan penilaian manusia?..Kita buat A, salah. Esok kita buat B, pun salah. Serba salah jadinya.. 

Apa yang kita lihat luaran, belum tentu menggambarkan sifat dalaman.. Sebab tu saya cuba praktikkan dalam diri sekarang ni, jangan pernah menilai luaran seseorang tanpa cuba mengenali dahulu.. Bahaya tau. Apa yang kita lihat tak semestinya betul.. So, kena berhati-hati.. 

Namun, ada jugak yang jenis percayakan pandangan pertama.. Macam mana tu yer. Tak apalah, masing-masing punyai pendapat masing-masing... 

Terserahlah macam mana kita nak hadapinya.. Semoga setiap tindakan kita tak mengundang permasalahan di kemudian hari.. 


Segmen

Give Away Syiling Peringatan Jubli Intan TLDM

January 24, 2015

Jom join. Klik banner je yer :)


"Saya perlu memiliki Syiling Peringatan Jubli Intan TLDM kerana ingin menjadikannya sebagai koleksi peribadi sebagai kenangan yang saya pernah berkhidmat di MINDEF selama 3 tahun ."




Segmen

Photo Card GiveAway

January 24, 2015


Jom join.. Klik banner je yer :)


Segmen ini akan berlangsung dari 21st January - 26th January (11.59 pm waktu Malaysia)


lirik lagu

LIRIK LAGU RELAKAN JIWA -HAZAMA

January 24, 2015



Baru perasan, belum pernah kongsikan lirik lagu Relakan Jiwa ni. Padahal ni lah lagu kegemaran saya tau.. Dengan suara Hazama tu lagi.. Menusuk kalbu.. Sebelum ni, saya pernah kongsikan lirik lagu Semalam, nyanyian Hazama..

Ok la, nak hayati lirik dia jap.. hihi..

Lirik Lagu Relakan Jiwa-Hazama 

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

****

brunei

Lirik Lagu Senyum – Aziz Harun

January 23, 2015


Best jugak lagu ni. Dengar sekali, macam biasa je. Tapi, bila dah berkali-kali, err ras macam boleh layan lah.. hihi.. Lagu ni, penyanyi dari Brunei yang nyanyi, iaitu Aziz Harun. Masa first time dengar, ingatkan Faizul(AF 2014) tu yang nyanyi.. Rupanya orang lain.. Macam biasa, saya kongsikan lirik lagu je yer.. Lagunya, kena dengar di radio atau cari kat Youtube. hihi..
Lirik Lagu Senyum – Aziz Harun
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman

One, two, three, four
Pagiku mula dengan cinta
Cintaku dengan gitar lama
Hari-hariku hanya denganmu
Nyanyi sama o-o-o-o-oh…

Terus bergerak jumpa teman
Singgah sebentar supermarket
Terlihat gadis muka yang manis
Nyanyi sama o-o-o-o-oh

Denganku, denganmu
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh

Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Kalau dah pandang jangan malu
Tidak salah tuk mengenali
Siapa kata kamu tak cantik kalau senyum? (tiada masalah)
Siapa kata aku mengata kalau senyum? (tiada masalah)
Ok, tiada masalah
Tiada masalah

Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh
Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Aku senyum, kau senyum
Dunia turut senyum
Senyumlah bersama
Senyumlah semua

Aku senyum, kau senyum
Dunia turut senyum
Senyum bersama semua

*****

Makanan

SARAPAN YANG TERTANGGUH

January 23, 2015



Tajuk kemain lagi.. Sarapan yang tertangguh,, ke entry yang tertangguh? Hihihi. Semalam tak ada entry. Bukan apa, agak sibuk dengan tugas hakiki.. Dalam dua minggu ni jugak saya terlibat jadi urusetia untuk temuduga jawatan Pemandu. Moga berjaya buat calon-calon yang dah selamat pun ditemuduga... Kat atas tu, sarapan saya pagi tadi.. Cucur dan milo kosong.. Makan pun dah nak masuk waktu tengahari. Heee, so banyak jugak yang masuk perut. Hikhik. Alhamdulillah.. Hari ni tak sempat bw.. Mungkin malam-malam sikit kot, cari masa nak bw.. 



motivasi

SENYUMLAH

January 21, 2015


Smile to the world
and
The world will
SMILE
back to you!

SUMBER : I LUV ISLAM.COM

p/s: Tak rugi pun kalau kita senyum :)



amalan mulia

SABAR DAN REDHA

January 20, 2015



Perkongsian dari  Prof Dr Muhaya
Orang yang bersabar menunjukkan kebahagian walaupun hatinya merana.Orang yang redha pula menunjukkan kebahagian dan hatinya juga bahagia.Itulah perbezaannya.
Contohnya,kalau kita terlanggar dengan orang yang kita tidak kenali,kita marah.Tetapi kalau cucu tumbuk kita,kita boleh tersenyum lagi.Begitulah kita dengan Allah.Bila kita cintakan Allah,Allah buat macam mana pun,kita tetap tersenyum.Tetapi orang yang tidak mencintai Allah,dia akan cepat merasa marah apabila diuji dengan takdir Allah.
Redha adalah redha terhadap perkara yang tidak boleh diubah.Menerima takdir juga ertinya redha.

p/s: Lihat kita di mana....

luahan

ALKISAH KUNCI RUMAH, JUARA LAGU DAN KERJA

January 19, 2015



Boleh tak nak rangkum banyak cabang cerita dalam satu entry ni?. Boleh jerrr..

Ok, start dengan kata kunci yang pertama, KUNCI RUMAH. Kan saya ni berPJJ dengan suami. So, setiap petang Khamis, rutin saya naik bas ke Batu Pahat. Kemudian Pagi Ahad, balik semula ke JB untuk berkerja.. Boleh pulak, semalam tertinggal kunci rumah kat rumah saya yang kat JB ni dirumah suami, di Batu pahat. Eh faham tak, berbelit sikit. hihi.. aduhai.. habis tu balik kerja, nak balik rumah macam mana, dah kunci tak ada?. Terpaksalah balik kerja semalam, bergegas semula naik bas ke Batu Pahat. Pagi tadi, datang kerja semula naik bas dari Batu Pahat. 2 jam tu perjalanan. Nasib baik 2 jam. Kalau dulu macam kat KL dulu tu, nak buat macam mana?. hikhik.. Sendiri silap kan, terima je lah.. Memang perit tau berPJJ ni. Tapi, itulah yang mengajar kita jadi lebih dewasa, matang dan berdikari :) Smeoga dipermudahkan permohonan untuk bertukar.(dodakan saya yer).

Kata kunci kedua ialah JUARA LAGU. Bagi saya, juara lagu malam tadi banyak memainkan perasaan saya. saya tak nak sentuh bab kemenangan.. Sebab  lagu-lagu dah pun diadili juri profesional. Terimalah keputusannya. Saya memang SUKA lagu APA KHABAR tu menang. Tahniah!
Eh, dah, dah. kembali pada cerita asal. Sebenarnya nak cerita bab jiwa saya yang sensitif ni. Bermula dengan lagu yang dinyanyikan Alyah tu. Bukan main sedih lagi . Hahah.. Sebak tau jiwa ni. Kemudian lagu MOJO pulak. Tak tahu kenapa, bila tengok tu rasa sebak. Nak-nak bila tengook Edry(eh dah kenapa, tengok Edry nak sedih?) Bukan sedih sebab ape, bangga dengan Edry tu! Tahniah Edry. Kemudian lagu Apa khabar. Masa dorang dok nyanyi, boleh pulak fikiran melayang ke Malique. Apa khabarlah Malique yer.. Dan kemudian lagu Dayang tu. Touching aih.. 
Apapun, tahniah buat semua pemenang :)

Ok, kata kunci terakhir, KERJA. Macam besar je nak cerita tentang kerj ani kan. Taklah, hari ni ada kursus. So, dapatlah santai-santai sikit. Sekarang ni, biasalah awal tahun. Memang sibuk sikit kat pejabat. Nak, nak saya duduk di bahagian pentadbiran kan.. Cuma nak tegur sikit bab sikap manusia ni.. Tak kisahlah anda tu berkelulusan setinggi mana pun, jangan merendahkan orang yang berkelulusan rendah dari anda tu. Tolonglah hormati sikit kan. Eh, dahlah. Tak nak lah ulas panjang-panjang,. Dahlah jiwa saya ni sensitif. Eh, tetiba. hihi. 

Ok, dahlah tu. Nak masuk dewan dulu, berkursus..

lirik lagu

LIRIK LAGU AKU, DIA DAN LAGU - AWEERA

January 18, 2015

Antara lagu yang menusuk kalbu juga ni. Sebenarnya, nyanyian asal oleh Saloma. Tapi, yang saya dok dengar ni, nyanyian semula oleh Aweera. Best lagu ni. Tak kisahlah kan siapa yang nyanyi. hihi.

Jom hayati lirik lagu ni. Maaf yer, saya tak dapat nak share lagunya.

LIRIK LAGU AKU, DIA DAN LAGU - AWEERA

Ku bertemu hanya semalam
Ku berkata hanya sepatah
Ku terlupa serata alam
Kini ikatannya cinta

Kau memberi senyuman rindu
Ku tak dapat melupakanmu
Kau kuiring senyuman mesra
hanya semalam saja

Suasana sepi
Hanya terdengar kata dan lagu
Lagu teman hati
Hanya mimpi

Hanya itu kisah semalam
Kisah menjadi suatu ciptaan
Kisah aku, dia dan lagu
Jangan dipisahkan

*****

Segmen

Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015

January 17, 2015


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

lirik lagu

LIRIK LAGU SENYUM LAGI - Qierra feat Mark Adam

January 17, 2015


Pernah dengar tak lagu Senyum lagi ni?.. Sekarang ni, inilah lagu yang saya suka. Dok ulang-ulang dengar. Dah nama pun  memang minat Mark Adam, kan. Tu yang terpaut dengan lagu ni.. 


Kat sini, saya kongsikan lirik dia. 

LIRIK LAGU SENYUM LAGI - Qierra feat Mark Adam
Kau yang berada nun jauh di utara
Mengapa tiada khabar berita

Kau mengapa sunyi saja
Pagi kau di mana
Siang pun tak bersuara

Ooo bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi


Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Bagaimana ingin ku meluahkan perasaan
Yang bergolak tanpa henti-henti

Aduh Chin ermm usah begitu
Fikiranku bercelaru
Aku bingung aku buntu
Aku buntu

Ooo bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

******

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS