Breaking

Thursday, 30 April 2015

April 30, 2015

PUTU BAMBU AYER HITAM



Selama ni ulang alik dari Johor Bahru ke Batu Pahat, tak pernah singgah pun. Tapi, minggu lepas tersinggah pulak. hihi.

Dok dengar orang cerita je. Nak jugak rasa sendiri kan. 
 Tadaa.. Putu Bambu Juriah Ayerr Hitam.


Lama tak makan. Petang tu makan panas-panas dalam keadaan hujan. Wahh sedap! hihihi..

Sebungkus, RM3.Ada 6 biji. 
Tapi, masih jugak rindu kat putu bambu kat Kedah! Sungai Petani, wait for me ;)




Tuesday, 28 April 2015

April 28, 2015

UP TO DATE LA SIKIT!



Dah hujung-hujung bulan April dah ni. Nak masuk bulan Mei dah pun. Tapi, carta pengomen tak berupdated! Still bulan 3 yang tertera. Hihi. Akan dikemaskini nanti.

Tengok tu gambar pun crop, tak edit. Main letak je screenshot. Hihi.


April 28, 2015

3 SERENTAK!



Malam tadi punya cerita. Amboi sekali 3 terus ye nuffnang. Dah kenapa tu? Kalau ye pun, bubuhlah iklan yang best. Ni tak. Cuma yang tu je.. Hihi. 

Korang mengalami tak benda yang sama?

P/s: dah selamat cash out pun akaun nuffnang malam tadi. Tak menyabar punya kes. Hikhik.



Saturday, 25 April 2015

April 25, 2015

ULANGTAHUN AYAH



25 April 1962.

Ayah..
Terima kasih untuk rasa kasih, sayang dan cinta!
Alhamdulillah.

Selamat ulangtahun ayah.
Doa senantiasa di pohon buat ayah. Tak perlu Ija ungkapkan di sini. 

Love you, Ayah.


Wednesday, 22 April 2015

April 22, 2015

LIRIK LAGU LAGU CINTA – ASMARA



Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Disaat luka kau tak ada
Disaat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta

**********

Jatuh cinta dengan lagu ni sekarang. Sayu je rasa hati.


Friday, 17 April 2015

April 17, 2015

DOAKAN AYAH RANIA


Assalamualaikum. 

Nak minta tolong doakan ayah Rania ni. Mesti ada yang kenal blogger Ciksu(Qasehnya Rania) kan?

Husband Ciksu admit wad di HAT MIZAN, Kl. Demam dengi. 

Kirimkan doa buat beliau ye. 

Terima kasih!


Monday, 13 April 2015

April 13, 2015

SELAMAT BERSARA!



Sungguh! Rindu! 
Rindu nak dengar suaranya yang akan memanggil 'anak-anak, dah matikan gaji ke untuk pegawai yang bakal bersara?.' 'anak-anak, mari makan dulu pisang goreng ni.' 'mak -mak poll, simpan pekeliling ni baik-baik.' 

Antara ayat yang keluar dari mulut Mak Khat untuk anak buahnya yang beliau bahasakan sebagai anak-anak. 

Selamat bersara Mak Khat! Juga buat Kak Idah. Terima kasih untuk segala ilmu yang dicurahkan.

Sunyi pula rasa office bila Mak Khat dah bersara ni. 


Sunday, 12 April 2015

April 12, 2015

CABARAN POSITIF


Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Pertama sekali nak minta maaf pada kengkawan blogger. Dah jarang benar mengunjungi rumah kengkawan. Dah tak aktif macamm selalu. Rindu nak terjah kengkawan. Tapi, buat masa ni memang terbatas langkah kaki ni. Akan diusahakan juga nanti.

Pusingan kerja. Ye, saya terlibat dengan pusingan kerja di office ni. Bertambah busy la nampaknya. Saya anggap ini sebagai satu cabaran untuk saya lebih maju dalam kerjaya. Belajar ilmu baru ;) 

Kawan-kawan doakan pertukaran saya ke Batu Pahat dipermudahkan yer. 

Perasaan. Susah benar nak kawal perasaan sendiri kadang-kadang. Bila rasa marah datang, bukan main marah lagi masa tu. Lepas tu, bila dah reda, mulalah rasa menyesal. Sebenarnya hati kita ni mudah benar berubah kan. Mudah benar dipengaruhi. Tak apa, semuanya mendewasakan diri saya untuk menghadapi hari mendatang. 


Thursday, 9 April 2015

April 09, 2015

PILIHAN


Pilihan.

Yes sir.
No sir.

No choice.
So?
Yes.

Andai itu suatu pilihan, berikan peluang untukku berkata Ya atau Tidak. 

Jika hanya Ya sahaja jawapannya. Jangan pernah mengatakan ianya pilihan. Cakap sahaja itu PAKSAAN!  Mudah kan?


Tuesday, 7 April 2015

April 07, 2015

RAMAI YANG SUKA LAGU BARU AKIM!


Assalamualaikum.


Tengoklah senarai keywords kat atas ni. Antara yang glamour pada bulan Mac. Ramai yang mencari lagu baru Akim iaitu Potret. Lalu, singgah di blog saya. Terima kasih semua. 

Memang best pun lagu tu. 'Jauh....terbayang lukisan hatimu...' haa mulalah nak nyanyi ni. Kiki.

Tak sempat lagi nak updated Pengomen Setia bagi bulan Mac di blog saya. Sebabnya tak published lagi semua komen..  Nanti ada masa lebih sikit, boleh saya updated. 

Sebenarnya ada benda juga nak cerita. Tapi, nantilah. Hihi. Lebih kepada luahan perasaan je. 

' Anggap tugas baru sebagai satu cabaran!'



Thursday, 2 April 2015

April 02, 2015

1 APRIL : HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY SISTER!



Terlambat pula nak publish entry ni. hihi.. Patutnya semalam, kan :)
Takpe, still tak terlambat..

01 April 1987.
Selamat ulangtahun kelahiran buat kakakku tersayang, Kakyang :)
Moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan menuju ke arah kebaikan..

Love you, Kakyang!