ANAK SAUDARA

BERKONGSI TARIKH LAHIR YANG SAMA

June 30, 2015

Entry ini ditujukan khas buat anak-anak sedare Mak Ude, iaitu Koci dan Mahdi.


Assalamualaikum.

Dah petang-petang hari, baru Mak Ude nak buat entry birthday.. Bukan ape, Mak Ude busy hari ni. Entry tadi tu, entry "schedule". Hikhik. Mak Ude ni busy kenape hari ni? Haaa, adalah. Nanti next entry, kalau berkesempatan Mak Ude updated k. Tapi, Mak Ude dah updated pun kat fb ape yang terjadi hari ni.. Cuma di blog je belum di war-warkan.. Hihi.

Ok, berbalik pada tujuan asal entry ni diupdated semula. Memandangkan Mak Ude ni ada sedikit waktu terluang, bolehlah Mak Ude karang entry birthday untuk korang berdua. Dengan harapan yang tinggi menggunung, nanti korang besar sikit, korang baca blog Mak Ude ni. Masa tu, baru lah korang nak touching, terharu, tersedu sedan dengan apa yang Mak Ude buat ni. So, masa tu jangan buat diam je. Tak reti-reti nak bagi hadiah pula kat Mak Ude? Mak Ude tak minta pun, tapi kalau korang terasa nak bagi, Mak Ude ok je.

Berkongsi tarikh lahir yang sama. Walau tahun yang berlainan, tapi tarikh lahir korang sama. Korang ni bertuah tau! Dahla sepupu, sama tarikh lahir. Dah jimat duit mama dan ibu korang. Share je beli kek kan. Tak yah beli sorang satu.. Tapi, korangla yang rugi sebab kena pegang pisau sama-sama. Hahaha.. Walau tarikh lahir korang sama, tapi ciri-ciri korang tak sama. Berbeza. Walau zodiak korang sama, perangai korang lain.. Ye ye je kan Mak Ude ni. Yelah, Mak Ude jarang jumpe korang. Mak Ude perhati je korang dari jauh. Walau jauh di mata, dekat di hati gitu. Haaaa.. 

Koci atau nama sebenarnya Mohd Akmal Danish. Kecik-kecik muka koci ni dah macam anak Jepun, tu yang panggil koci. Tapi, bila dah meningkat ke alam persekolahan, terserlah pula kemelayuannya.. Hihi. Namun, tetap Koci juga yang dipanggil. Bukan kuih koci tu tau. Tapi, jangan risau. Koci patut berbangga sebab nama koci tu unik. Kalau ade kawan-kawan ejek cakap kuih koci, biarkan je. Dorang jelesss la tu. Biarkan je k. Koci pun dah besar. Dah darjah 2 pun kan.. Moga koci menjadi anak yang soleh dan bijak. Mak Ude doakan yang terbaik buat koci.. 

Seterusnya Mahdi. Mahdi ni la yang saya selalu dok ceritakan dalam blog. Baby Mat. Ada yang ingat tak? Heee. Buat pengetahuan semua, sekarang ni panggil Mahdi. Sebab Mahdi dah cakap ngan Mak Ude 2 minggu lepas. Berbunyi macam ni "Mak Ude, Mahdi la. Bukan Mat. Cikgu tak bagi panggil Mat, kena panggil Mahdi".. Haaa macam tu lah lebih kurang. Mahdi ni 5 tahun, dah ke tadika. Dia tak nak dah kita panggil dia Mat. Tukar ke nama sebenar dia, Mahdi. Nama penuh dia muhammad Mahdi Fikri. Ok, apa saja untuk Mahdi. Walau Mahdi baru 5 tahun, tapi Mahdi petah berkata-kata. Suka bercerita. Suka semua satu keluarga ultraman! Eh tetiba.(jangan mintak ultraman dari Mak Ude k, hihihi). Mahdi, doa Mak Ude pun sama juga seperti koci tadi. Mak Ude doakan Mahdi jadi anak yang soleh dan anak yang pintar. Bila nak datang Johor lagi melawat Mak Ude? Mak Ude rinduuuuu. 


Gambar kat atas ni gambar Koci dan Mahdi. Gambar koci yang terbaru takde dalam hp Mak Ude, sebab tu Mak Ude letak gambar lama. Ok la ek.. Boleh kan koci? Gambar Mahdi pula fresh from the oven. Wahh gitu.. Baru 2 minggu usia gambar tu. Hikhik.

Mak Ude sayang semua anak-anak sedara Mak Ude!

Yang kasih,
Mak Ude comeyyy.



best

Lirik Lagu Takut Kehilangan - Denis Chairis

June 30, 2015


Assalamualaikum.

Pernah dengar tak lagu ni? Haa jiwang-jiwang sikit lah petang ni kan. Layankan perasaan. Hihi. 

Saya share lirik lagu dia kat sini. Nanti jangan lupa dengar lagu dia. Cari kat youtube. Hikhik. 

Lirik Lagu Takut Kehilangan - Denis Chairis 


Akan ku jaga Kisah cinta kita
Jangan pernah ada Hati yang terluka
Sungguh ku takut Jika engkau jauh
Karna aku takut Kau berpaling dariku

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi
Pergi meninggalkanku

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau Hilang
Hilang dari cintaku

Jangan ada dusta Diatara kita
Karna ku tak sanggup
Hidup tanpa cintamu

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi
Pergi meninggalkanku

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau Hilang
Hilang dari cintaku

Sampai rambutku memutih
Sampai nafasku terhenti
Cinta ini kan tetap abadi

*P- Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi
Pergi meninggalkanku

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau Hilang
Hilang dari cintaku

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau pergi
Pergi meninggalkanku

Ku takut sungguh takut
Takut kehilanganmu
Jangan pernah kau Hilang
Hilang dari cintaku


best

Lirik Lagu Cintamu Palsu - Aiman Ismail

June 29, 2015


Assalamualaikum.

Nak share lirik lagu dari Aiman Ismail. Haa bila sebut nama penyanyi ni mesti tak kenal. Saya pun tak kenal mula-mula. Dok dengar lagu ni kat radio, tercari-cari siapa yang nyanyi. Best juga lagu ni. Pada telinga saya lah kan.. 

Jom hayati liriknya :)

Lirik Lagu Cintamu Palsu - Aiman Ismail

Dulu kau pernah kata
 Hanya aku yang terbaik 
Tapi kini Semua tlah berbeda

 Dulu kau pernah kata
 Hanya aku yang tersayang 
Tapi kini Kau berpaling sayang

 Mana janjimu Yang sering kau ucap dulu
 Kini semua Hanya bualan saja

* Tak usah kata sayang 
Jika kau kini hilang 
Tak usah kata cinta
 Jika kau tlah mendua 
Tak usah kata sayang
 Jika kau kini hilang 
Tak usah kata rindu
 Jika cintamu palsu

 Dulu kau pernah kata
 Hanya aku yang tersayang
 Tapi kini Kau berpaling sayang 

*Tak usah kata sayang
 Jika kau kini hilang 
Tak usah kata cinta
 Jika kau tlah mendua 
Tak usah kata sayang
 Jika kau kini hilang
 Tak usah kata rindu 
Jika cintamu palsu



balik kampung

INDAHNYA BERAYA DI DESA

June 29, 2015

"indahnya beraya di desa...
kaya dan miskin sama meraikan
mengikut kemampuan diri sendiri, bergembira"

Lagu nyanyian Azlina Aziz.

Melampau ke kalau saya dah mula nyanyi lagu raya ni? Hihihi.. 

Biasalah bila dah berjauhan dari keluarga ni, hati ni mudah terusik. Dengar lagu raya je, mulalah nak touching touching.. Hahaha. 

Dok memikir juga, dapat ke balik kampung raya ni? Dapat ke cuti suami nanti? Itulah soalan yang bermain di minda. 

Dapat balik atau tak dapat balik, hati kena kental!
Adakah sejarah tahun 2012 bakal berulang? Tahun pertama beraya sebagai isteri di Jb. Tak dapat balik Kedah sebab suami tak dapat cuti! Pagi raya duk sengsorang kat rumah makan biskut raya. Suami pi kerja. Call mak ayah, tapi tak bercakap. Masing-masing diam menahan sebak. Adik buat video call, mula tu ok. Senyum jugak borak sikit-sikit. Lepas tu mulalah 'reyau'..(menangis). Tu semua pengalaman.. 

Tahun 2013 dan tahun 2014, Alhamdulillah dapat balik Kedah.. Tahun ni tak tahu lagi.. Sebabnya ramai anggota yang dah pi operasi di Sabah selama 3 bulan. Baru je pi awal Ramadhan. Jadi, peluang untuk anggota yang tak pi operasi untuk bercuti amatlah tipis... Senipis kulit bawang. Huhu. 


Gambar sekadar hiasan. Bukan main syok depa balik kampung!



doa

DOA NABI YUNUS

June 28, 2015

Assalamualaikum.

Mari sama-sama kita amalkan doa Nabi Yunus ni. 

Moga bermanfaat. 



P/s : Thank you Jijah. Ros share di blog yer :)


apollo

SAHUR ORANG BUJANG

June 28, 2015

Assalamualaikum. Dah bersahur ke tadi? Jangan tinggalkan sahur tau.. 
Hari ni rajin pulak bangun makan kek apollo dengan air vitagen. Hihi. Sebab selalunya makan kurma dengan minum air je. Maklumlah bujang. Eh bukan bujang, tapi duduk buiang. Kalau kat Jb, memang itu je saya sahur. Cuma kalau balik Batu Pahat, barulah makan berat sikit. Sebab berdua dengan suami. 


Haa, lepas sahur jangam tidur pulak!



Karya

OVER SENSITIVE?

June 28, 2015


Hati.
Sukar di duga.
Mudah terusik.

Jiwa tersentuh.
Mata merasa, lantas menumpahkan air yang jernih.
Mengapa begitu?

Kata orang, jangan dilayan perasaan itu. Hati perlu kuat dan kental!

Siapa boleh menghalang, andai itu terjadi.. 

Adakah aku 'over sensitive'?
atau mereka tidak sensitif?



doa

DOA SUPAYA RAJIN SOLAT

June 27, 2015


Assalamualaikum.

Perkongsiam doa supaya diri kita dan anak-anak rajin solat.. Amat bermanfaat..


Jom sama-sama kita amalkan.



Baju

ALKISAH BAJU PEREMPUAN

June 26, 2015



Betul sangat tau kenyataan di atas ni. 
Kenapa macam tu ek? Lumrah wanita ke? Hihi. 


Nota

JANGAN TERLALU MENDONGAK KE LANGIT

June 26, 2015

Assalamualaikum.

Perkongsian di bawah sebagai ingatan buat diri sendiri dan semua.


Manusia itu asalnya tanah,
Makan hasil tanah,
Berdiri di atas tanah,
Akan kembali ke tanah,

Kenapa masih bersifat langit?

Seharusnya, lihatlah apa yang di bawah,. Jangan terlalu mendongak ke langit.

Singkirkan sifat sombong dan bongkak.. Titipkan sifat rendah diri. 



LAWAK

ADA YANG SENTAP?

June 26, 2015

Dapat wassap dari kakak. Dia hantar :


Hahaha. Sentap ke idok? Sentap! 
Sumber tak dapat diketahui. Sebab orang dok share je kan.

Yelah, zaman sekarang ni semua pergerakan kalau boleh nak di up kan.. Kalau boleh biarlah berpada-pada. Nak updated status tu fikir seribu kali dulu. Patut ke tidak? Perlu ke tidak? 


batu pahat

BLUEBERRY CHEESE CAKE YANG SEDAP!

June 25, 2015



Alhamdulillah.. 
Hari ni 8 Ramadhan.. Bermakna dah 8 hari kita berpuasa.. 

Blueberry cheese cake tu saya beli di bazar ramadhan, berhampiran dengan BP Mall.. Sedap! RM4 je sepotong.. Tak muak pun, sebab rasa cheese nya kurang. Mungkin sebab saya ni bukanlah penggemar cheese yang tegar.. Padat dan gebu keknya.. Rasa berbaloi beli kek ni.


Bezday

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

June 22, 2015


Gambar lama ni :)

Selamat ulangtahun kelahiran sayangku, Baby Arif.
Ulangtahun yang ke 4 :)
Moga membesar menjadi anak yang soleh.

Ucapan ringkas je kat blog. Ucapan panjang-panjang nanti kita calling-calling k :) hihihi,..



batu pahat

LAKSA PENANG SERINGGIT DI BATU PAHAT

June 22, 2015


Assalamualaikum.

Laksa Penang seringgit! Yes, percayalah. Hanya di Batu Pahat. Sebab tak pernah jumpa kat tempat lain. Tahun lepas pun saya ada beli dan ada juga buat entry berkenaan ni. 

Laksa Penang ni seringgit je sebungkus. Cukuplah seorang makan untuk berbuka puasa kan. Kadang tu, kita bukan nak makan banyak sangat, sekadar nak merasa. 

Laksa ni walau hanya seringgit, memang sedap rasanya. Cukup rasa ikan, masam-masamnya. Aihh kalau takat nak makan dua tiga orang, tak payah susah-susah nak buat, beli je yang ni, jimat :)

Cumanya laksa ni takde la telur bagai. Ada timun, bawang dan limau je. 


Buat mereka yang ada di Batu Pahat atau yang berdekatan, boleh lah singgah. Terdapat di Bazar Ramadhan yang terletak di IPD Batu Pahat. Cuba cari kat situ. 



batu pahat

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI BATU PAHAT, JOHOR

June 22, 2015


Assalamualaikum.

Semalam saya dah kongsikan waktu berbuka puasa dan imsak bagi Johor Bahru kan. Hari ni nak kongsikan waktu berbuka puasa dan imsak bagi Zon 4 di Johor iaitu Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas. 
Sebab tiap minggu balik Batu Pahat jumpa husband kan. Tu yang nak letak jugak jadualnya kat blog sendiri.


5 Ramadhan :)



batu pahat

MENGIDAM MENGALAHKAN BAKAL IBU!

June 21, 2015

Assalamualaikum.

Wah wah tajuk tak menahan. Mengidam mengalahkan bakal ibu! Hikhik. Yelah, tahap teringin tu dah maksimum sampai 10/10. Seminggu sebelum puasa lagi dok sebut-sebut nak. Tapi, sebab PJJ ni payah sikit nak membeli. Boleh je beli sendiri kat Jb ni. Tapi, mengada tak nak. Nak juga durian Batu Pahat. Sebab fresh dari pokok. Kat area kawasan kem suami tu, banyak dusun orang kampung. Lagi best kalau beli terus dari dorang. Buah yang baru jatuh tu terus dorang jual. 

Ramadhan pertama kan cuti kat Johor ni. Jadi, dapatlah berpuasa dengan suami berdua di Batu Pahat. Tu yamg dapat beli buah durian ni. Alhamdulillah, merasa buah durian. Sedap. 


Bab mengidam ni, sesape pun boleh mengidam kan ;) Hikhik. 



mata

TEST PENGLIHATAN ANDA!

June 21, 2015


Assalamualaikum.

Jom test mata kita sekarang. 


Korang nampak siapa? 
Albert Einstein atau Marilyn Monroe?

Saya nampak Alber Einstein. Kalau jauhkan phone dan kecilkan mata baru nampak Marilyn Monroe. 



berbuka puasa

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI DAERAH JOHOR BAHRU

June 21, 2015


Assalamualaikum.

Kat sini saya kongsikan waktu imsak dan berbuka puasa bagi Zon 2 di Johor. Iaitu daerah Johor Bahru, Kulai Jaya, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau yang berdekatan dengannya. 
Bukan apa, mudah sikit saya nak rujuk, maklumlah duduk di Johor Bahru :)



4 Ramadhan :)



johor

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI JOHOR

June 20, 2015


Assalamualaikum.

Saya kongsikan kadar zakat fitrah bagi Negeri Johor. 
RM5.00 dan RM8.00 bersamaan satu gantang beras. 
Ada panduan kadarnya, mengapa berbeza. 
Boleh rujuk pada gambar di bawah ni yer:-


Moga bermanfaat!



DrMaza

SAHKAH PUASA ORANG TERLEWAT MANDI WAJIB?

June 20, 2015

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian dari fb Dr Maza. Tentang puasa. Sah atau tidak puasa bagi orang yang terlewat mandi wajib. 

Soalan
Dato' Dr, jika saya terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh apakah puasa saya masih sah?

Jawapan:
Jawapannya sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh telah masuk. 
Perkara ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. 
Rujuk hadis yang diwirayatkan oleh 'Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi S.A.W pada waktu pagi(Subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. 
"Bahawa Rasulullah S.A.W memasuki waktu Subuh dalam keadaan berjunub disebabkan jimak, bukan kerana mimpi, namun baginda tetap berpuasa",. (Riwayat Muslim. )

Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu Subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.
(Rujuk gambar di bawah)




Semoga bermanfaat :)



hidup sihat

STOK VITAGEN DAN YAKULT

June 20, 2015


Assalamualaikum.

Hari Rabu lepas punya cerita. Mula-mula beli satu pek Yakult kat aunty yang selalu jual kat bawah office saya. Pastu, kawan office tanya pula, sape nak vitagen? 3 pek, RM12. Mulut ni lancar je cakap nak! Hihi. Terlupa yang saya dah beli Yakult sebelum tu.

Tu yang banyak stok kat dalam peti ais.. Hikhik.. 


Memang tak beli air lain dah selagi tak habis lagi.. Hikhik.

Minum Vitagen dan Yakult baik untuk perut. Eh tetiba kan. Tapi, saya tak boleh nak minum hari-hari. Sesekali boleh la..



batu pahat

JANGAN TIDUR LEPAS SAHUR!

June 20, 2015


Assalamualaikum.

Jangan biasakan diri tidur lepas sahur.  Mulakan hari yang indah dengan aura positif! Hirup udara yang nyaman di pagi hari, badan rasa lebih segar. Wahh wahh ayat motivasi la sangat kan! Hikhik.


3 Ramadhan.


perkongsian

MAKANAN SAHUR YANG PALING TAHAN LAMA!

June 20, 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni 3 Ramadhan. Korang bangun sahur tak? Jangan malas bangun sahur. Mesti ada yang lebih sayang waktu tidur tu.. Jangan macam tu yer.. 

Apa piliham korang untuk bersahur? Kat bawah ni saya kongsikan makanan yang paling tahan lama jika diambil sewaktu sahur. Perkongsian dari fb. 


Yang paling tahan lama ialah oat. Tapi, tentu ramai yang kurang menggemari oat kan. Korang boleh cuba resepi 'overnight oat' tu.. Sedap jika dibandingkan oat biasa. 
Yang kedua ialah biskut. Ha yang ni mudah dan simple.. Buat air panas, cicah biskut. Siap! Seterusnya ialah pasta. Mat salleh  la sangat. Eh bukan.. Pasta ni kita boleh olah ikut citarasa kita. Boleh je nak goreng macam mee tu. Hikhik.. Kemudian diikuti dengan nasi putih dan mee.. Tentu ramai yang pilih nasi untuk bersahur kan? Cer mengaku cepat. 

Tak kisahlah apa pun yang korang pilih. Asalkan kena dengan perut korang. Lain orang, lain citarasanya kan? Terserahlah, jangan ikut orang. 



ANAK SAUDARA

BUAH HATI MAK UDE!

June 19, 2015

Assalamualaikum.

Alkisahnya, minggu lepas kakak saya, Kakyang dari Kedah singgah rumah saya di Jb. Sebelum tu, dia balik rumah mertua dia di Mersing. Tu yang singgah kejap rumah saya. Bawa pula 2 orang anak dia dan anak buah yang lagi sorang Daniel. Alhamdulillah, dapatla Mak Ude ni melepas kerinduan. 

Boleh pulak, dorang tinggal ultraman ni kat rumah Mak Ude! Huwaa saja tau. Nak bagi Mak Ude rindu-rinduan jadi kenang-kenangan. Hikhik.


Hai, anak-anak sedara Mak Ude. Puasa tak hari ni?


Mak Ude sayang semuanya ;)



keyword

KEYWORD RAMADHAN PERTAMA

June 19, 2015


Assalamualaikum. 

Bila tengok bahagian 'keyword' di akaun Nuffnang, inilah yang terpapar semalam :-

Ramai yang mencari Niat Puasa. Alhamdulillah.. Entry tu dapat membantu mereka yang mencari. Moga bermanfaat. 

Selain niat puasa, ramai juga yang mencari- cari warna baju raya. Mungkin nak tengok warna yang meletop di tahun 2015. Puan blog juga yang masih tercari-cari. Entahla.. Mungkin pakai yang mana ada je. Sebab baju raya bukanlah menjadi keutamaan saya. Kalau nak diikutkan, tahun lepas pun tak membeli baju raya. Pakai aje baju kurung yang masih elok dalam simpanan. 


niat

LAFAZ NIAT PUASA

June 19, 2015

Assalamualaikum.

Selamat bersahur. Walau dah pun saya kongsikan niat puasa sebelum ni, tetap juga saya kongsikan lagi. Apa salahnya berkongsi perkara yang baik, kan?  Saya ambil dari fb Tv Al Hijrah. 



Perkongsian buat semua :)




ramadhan

KADAR BAYARAN ZAKAT BAGI TAHUN 2015

June 19, 2015


Assalamualaikum.

Kat sini saya kongsikan kadar bayaran Zakat Fitrah untuk seluruh negeri bagi tahun 2015. Semoga bermanfaat untuk semua.


Sumber : Utusan Online



ayam

BUBUR AYAM TERBAIK DI JOHOR BAHRU!

June 18, 2015



Assalamualaikum.

Entry throwback dua tiga hari  namanya ni! Hikhik. Yelah, kejadian hari Isnin lepas. Tak sempat nak kongsikan. Takpe, saya kongsikan hari ni, boleh kan? Hihi.

Sebelum tu, nak tanya sikit. Macam mana puasa korang hari ni? Berjaya tak puasa? Bukan puasa makan minum je tau. Kena faham betul-betul maksud puasa tu.

Ok, berbalik kepada maksud sebenar entry ni di tulis. Dalam seminggu ni, keadaan kesihatan tak berapa nak bagus. Batuk, selsema, sakit tekak dan demam panas. Jadinya, tekak ni nak merasalah sesuatu yang lembut. Apalagi bubur lah kan. So, masa balik kerja tu ajak kawan saya iaitu Kak Isma singgah jap kat Taman Dahlia, Johor Bahru.. Bubur ayam. Harganya RM 2.50 je. Rasanya? Sedap! Yes, tak tipu. Buktinya, 3 hari berturut-turut dok pi ulang beli. Hikhik. Lawan pula dengan ayam goreng.. Aihh sedap la :)


Kat Batu Pahat pun ada jugak bubur ni. Area Taman Banang. Dia banyak cawangan rasanya. Macam mana nak cakap eh? Banyak tempat ada. Ala-ala macam fizo burger tu, ayam myfc. Dia macam stall biasa tu. 

Moga terus maju lah! Bagi saya memang sedap. Dah rasa kat dua tempat berbeza. 


ramadhan

JOM SAHUR!

June 18, 2015


Assalamualaikum.

Ramadhan pertama.
Sahur pertama.

Jangan tinggalkan sahur yer. 




doa

NIAT PUASA DAN DOA BERBUKA PUASA

June 18, 2015


Assalamualaikum. 

Saya kongsikan Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa di sini. Moga dapat membantu mereka yang mencari-cari. 



Moga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.


PUASA

BERTEMU RAMADHAN, ALHAMDULILLAH

June 17, 2015



Alhamdulillah, bertemu Ramadhan..

Selamat menjalani ibadah puasa buat keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

Di kesempatan ni, saya dengan rendah  nak minta maaf andai ada salah sepanjang perkenalan. Saya hanya manusia biasa, tak terlepas dari melakukan kesilapan. 



johor

PEPES JOHOR YANG SEDAP!

June 15, 2015

Assalamualaikum.

Wahh tajuk tak menahan. Pepes Johor yang sedap!
Tapi, serius sedap tau. Bakar sendiri tau n. hihi.. Beli dengan kawan office. Dah siap balut semua, tinggal kita bakar je kat rumah. Saya guna pemanggang ajaib je. Nak guna microwave pun boleh, atas kuali je pun boleh.. 



Makanan kat Johor ni sedap-sedap. Tu yang makin 'mengembang' ni. hikhik.. Pepes ni macam otak-otak jugak sebenarnya. Tapi, bagi saya rasa pepes ni lagi sedap kot :)



entry

LAGU PALING POPULAR !

June 14, 2015



 Assalamualaikum.

Sejak saya menulis blog ni, banyak jugak lirik lagu yang saya kongsikan. Saya kongsikan lagu yang saya minat.. Dalam pada tu, kebanyakkan entry lagu di blog saya ni menjadi penymbang trafik di blog saya. Alhamdulillah.. Hingga hari ni, lirik lagu Potret dari Akim & The Majistret masih menjadi perhatian :)

Kat bawah ni, saya sertakan entry lirik lagu bersama jumlah pengunjung hingga hari ni.











Setakat ni, lagu Arjuna Beta dari Kak Fynn Jamal masih yang teratas iaitu 16761 pengunjung :)



gaji

KEHIDUPAN YANG SEMAKIN MENCABAR

June 14, 2015


Assalamualaikum.

Terjumpa gambar kat bawah ni di facebook.

Perbelanjaan untuk sebulan bagi yang bergaji RM 2,500. Itu baru perkiraan perbelanjaan asas('keperluan') sahaja. Belum termasuk 'kehendak' lagi.

sumber : fb

Itu untuk yang bergaji Rm 2,500. Bayangkan kalau gaji hanya Rm 1+++ sahaja. Nak berjimat kat mana lagi ni..  

Entry ni bukan untuk mengeluh yer. Jangan salah faham.. Hanya sekadar perkongsian realiti kehidupan hari ini .



best

Lirik Lagu Tetap Dirimu – Selasa Band

June 11, 2015


Assalamualaikum.

Dah macam-macam nama band yang ada sekarang ni . Ni Selasa Band pula. hihi.. Sebenarnya tak kenal pun Selasa Band ni. Cuma tertarik dengan lagu Tetap Dirimu ni je. Selalu dengar kat radio kat office ni.. Mendayu-dayu je.. Sukaaaa.... hihi.. Jiwanglah katakan :)

Jom hayati liriknya yer..

Lirik Lagu Tetap Dirimu – Selasa Band

Disaat malam mulai turun
Perlahan lahan gelap
Menyelimuti bumi
Menyelubungi dunia
Meruntuhi angkasa

Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang

Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang

Tunggu ku terbang bersama angin
Masuki mimpi dalam tidur lelap ku
Aku tenggelam sulit terpejam
Membayangkan wajah mu

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu
hanya kamu
hanya kamu


pengomen setia

PENGOMEN SETIA MEI 2015

June 06, 2015


Assalamualaikum.

Entry penghargaan buat rakan blogger yang sudi singgah dan meninggalkan sepatah dua kata di blog saya bagi bulan Mei 2015. 

Terima kasih yer. Walaupun aktiviti berblog saya pada bulan Mei sekadar suam-suku suku,.. Hihi.. Masih ada yang bertandang.. I love uols.. Wahh gitu..

Mereka yang tersenarai ialah :


Ucapan terima kasih bukan sahaja buat mereka yang tersenarai ni je. Tapi, buat semua yang sudi singgah jalan-jalan di blog saya. Tak kisahlah yang meninggalkan komen atau yang tidak meninggalkan komen.. Terima kasih! Kehadiran anda menyumbang peningkatan trafik di blog saya .. 

Terima kasih yer :)



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS