Al-Fatihah

PERKHABARAN DUKACITA 2 SYAWAL

July 25, 2015


Masih ingat dengan entry PERKHABARAN DUKACITA yang saya tulis pada 12 Julai lepas?. 

Pagi 2 Syawal saya dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan dari rakan sepejabat. Memaklumkan pemergian kawan kami pada pagi itu. Allah lebih sayangkan dia. Terkejut dan sedih sangat!

Allahuakbar.

Marilah sedekahkan Al Fatihah buat rakan saya, Kak Haliza.





aidil fitri

NAK LETAK TAJUK APA?

July 25, 2015


Assalamualaikum.

Lebih kurang seminggu tak menulis entry.. Maklumlah mood raya kan. Malas je nak buka blog. Sebenarnya balik kejap je kampung. Hari Selasa lepas dah mula kerja. Ambil cuti sehari je, Isnin tu. Balik kampung naik bas sorang. Tinggal husband kat Batu Pahat ni ha. hikhik.

Macam-macam nak cerita sebenarnya. Tapi, nanti dululah. Tunggu ada ruang lebih sikit. Agak busy dengan rutin harian dan kerja. Sekarang ni dah gi kerja sendiri naik motor.Perjalanan 20 minit. Hal kerja di pejabat, saya masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru dan tugas baru. Moga dipermudahkan.

Dah daftar lesen kereta Selasa lepas. Baru nak dengar ceramah KPP hari Ahad ni. Mintak-mintak urusan belajar bawa kereta nanti berjalan lancar. Sebab memang tak pandai langsung bawa kereta ni.

Hal exam. Ambil exam KPSL N27 pada pertengahan Ogos nanti. Buku dah beli. Sekarang busy nak buat tagging pada buku,. Tak sempat nak belek-belek lagi. Harapnya, dapat jawab dengan baik nanti. Doakan saya yer :)

Ok, tu je kot dulu. 




2015

UCAPAN HARI RAYA 2015

July 17, 2015


Assalamualaikum.

Selamat hari raya Aidil Fitri.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai ada salah silap, terguris perasaan, terusik hati.

P/s : Waktu entry ni di tulis, saya dalam bas. Balik kampung, menuju ke Sungai Petani. Jam 2.49 pagi, di hentian Sg Pulai, Perak. 



balik kampung

ALKISAH CUTI RAYA

July 15, 2015


Assalamualaikum.

Office dah sunyi. Ramai yang dah bercuti. Tinggal beberapa orang je ni, termasuk tuan punya blog ni. 

Tapi, walau ramai yang dah bercuti, jalan kat sini pulak sibuk. Sebabnya, ramai orang dah mula balik ke sini. hihi. Terbalik. Masa duduk kat Jb, jalan mesti lengang dah bila ramai yang dah mula cuti. Tapi, kat sini jalan bertambah sibuk.

Ramai sanak saudara dan rakan-rakan saya yang dah mula balik kampung. Ada yang dah sampai pun kat kampung. Syoknya!

Buat yang bakal memulakan perjalanan hari ni dan esok, semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju untuk bertemu orang yang tersayang :)

Saya?. Tahun ni kisah raya saya lain sikit. 
Rancangnya nak balik naik kereta bersama suami. Tapi, biasalah anggota tentera. Plan berubah-ubah. Cuti raya kem suami ni dibekukan. Sebab ramai anggota yang terlibat operasi di Sabah awal Ramadhan hari tu selama 3 bulan. Maka, yang tak pergi operasi tak dapatlah cuti. Kena duduk kem. Sebagai anak pesara tentera, saya dah biasa dengan keadaan macam ni. hihi. Lagi dua minggu nak raya, suami tanya nak balik kampung tak? Sebab kalau tak balik kampung, nanti saya duduk sorang di rumah. Dia kena duty di kem kan. Jiran-jiran pulak ramai yang tak ada. Kebanyakkannya dah balik kampung bila suami mereka pergi operasi. Jadinya, saya pun ambil keputusan balik kampung. Balik kejap jelah. 

Bermulalah pencarian tiket dari Batu Pahat ke Sungai Petani, Kedah. Hampanya hati. Tiket dah habis! Ingatkan memang beraya di Batu Pahat la tahun ni. Tapi, Alhamdulillah. Suami beli tiket ke Sungai Petani dari Kluang. Itupun malam raya je tinggal. Hari lain semua habis. Adik kat kaunter tu siap cakap, kalau jalan clear sampai pagi raya,. Kalau jalan jammed, sampai tengahari raya! hihi.. Tak kisahlah dik, akak terima je seadanya. hikhik. Kawan saya siap pesan suruh pakai siap-siap baju raya masa nak naik bas. Senang, sampai je terus beraya! hahahha.. Memang tak lah kan. 12 jam dalam bas dengan baju raya. 

Teringat pula kenangan tahun pertama beraya sebagai suami isteri. Suami masa tu tak dapat cuti. Memang kitorang beraya di JB masa tahun 2012. Suasananya lain. Sedih je rasa hati masa tu. Yelah, sorang-sorang kat rumah sebab suami kerja! Makan kuih raya dan lontong sorang-sorang! Duduk JB, dah pandai buat lontong masa tu. hihihi. Petang tu baru suami balik. Dapatlah beraya beberapa buah rumah kawan dia. 

Tahun 2013 dan tahun 2014, kami dapat balik kampung. Alhamdulillah.

Tahun ni, saya sorang je balik beraya. Dalam kegembiraan nak jumpa keluarga saya dan keluarga mertua, sebenarnya sedih jugak. Sebab tak dapat beraya dengan suami. Tapi, tak apalah. Keputusan dah di buat. Moga semuanya berjalan lancar dan baik-baik belaka :)





ANAK SAUDARA

FENOMENA ULTRAMAN DI MALAYSIA

July 14, 2015


Assalamualaikum.

Fenomena ultraman di facebook. Macam-macam gambar yang di share. Ultraman basuh kereta, ultraman makan biskut, ultraman makan durian. Hihi. Terhibur juga hati tengok gambar-gambar tu. Hikhik. 

Kat bawah ni pula gambar anak sedara saya. Mahdi dan Arif. Kakak saya hantar beberapa hari lepas. Hihi. Banyaknya berbaris ultraman dia yer!  Tu pun ada lagi yang tak masuk baris. 


Alahai.., Memang tak jemu dorang ni dengan ultraman. Kalau buka tv pun, ultraman jugak yang ditengoknya.. Kalau ngan Mak Ude, memang tak dapatlah korang ultraman ni. Hihi.



adik

13 JULAI 1990 - HAPPY BIRTHDAY LIL BRO!

July 13, 2015


Kejap je masa berlalu. Dah pun 25 tahun. Masa pantas bergerak.

Buat satu-satunya adikku, 

Selamat ulangtahun kelahiran.
Doa Ija sentiasa ada buat kau.
Kalau nak diiukutkan rasa, banyak yang nak diluah. 

Walau kita jauh, ikatan tali persaudaraan tetap utuh!



Ikhlas dari kakakmu,
Ija comeyyy.. (hihi, comeyyy ke?)


doa

PERKHABARAN DUKACITA

July 12, 2015



Assalamualaikum.

Mendapat perkhabaran yang mendukacitakan.
Rakan sepejabat saya di Johor Bahru dimasukkan di hospital. Dah lebih 2 minggu. Disahkan menghidapi kanser. Allahuakbar. Terkejut dan sedih!

Tak sempat nak tengok beliau. Masa hari terakhir saya di JB sebelum bertukar ke Batu Pahat, beliau dalam cuti sakit. 

Mohon doakan beliau kuat untuk menghadapinya dan sembuh.

Terima kasih.


biskut raya

MAKAN KUIH RAYA SEDAP!

July 10, 2015


Assalamualaikum.

Maaf ye gambar tak crop pun. Main letak je gini. Hihi.


Belum raya dah makan kuih raya. Bukan apa, nak test la sedap ke tidak kan. Hihi..

Memang sedap yang ni. Dengan gajusnya. Dengan rasa coklatnya. Biskut dia pun rangup. Aihh berbaloilah beli. Alhamdulillah..
Rasa dua tiga keping je. Terus simpan balik. Heeee.

Tahun ni tak buat apa pun. Mengemas pun tak habis. Maklumlah baru pindah. Nak nangis rasa tengok kotak-kotak dalam bilik tu. Bila nak habis kemas ni? Tolong.....



Ilmu

DENGAN SIAPA KITA BOLEH SALAM?

July 10, 2015

Assalamualaikum. 

Jumpa kat fb. Perkongsian yang baik. Sebab tu nak kongsi pula di blog. Moga jadi panduan kita. Biasalah bila tiba hari raya, kita berkumpul ramai-ramai. Saudara dekat dan jauh. Bersalam-salaman. Dengan siapa kita boleh salam sebenarnya?  Dalam menjaga hati manusia, lihat dulu hukumnya. Boleh atau tidak.. 


Moga perkongsian ni bermanfaat.





luahan

PERKONGSIAN PAGI

July 08, 2015



Perkongsian buat semua. 

Allah Maha Mengetahui. 

Setiap yang terjadi ada hikmah. 

Redha dan ikhlas menerima.



gurau

HATI AYAM OH HATI AYAM

July 07, 2015


Assalamualaikum. 

Perkongsian dari fb.


Haaa kan dah kena! Hihihi. Sempat lagi tu nak bermadah berhelah yer. Sekali isteri orang daaaa... 

Nak cari hati ayam...nak cari hati ayam... Hati ayam tak jumpa, hati abang yang ada! Hikhik.



blogger

PENGOMEN SETIA JUN 2015

July 07, 2015


Assalamuakaikum.

Hari ni 7.7.2015. Baru berkesempatan nak buat entry penghargaan. Ucapan terima kasih buat semua yang sudi berkunjung ke blog Inilah Realiti Bukan Fantasi! Yang sudi meninggalkan sepatah dua kata di ruangan komen. Tak kisahlah yang tersenarai atau yang tidak tersenarai. Terima kasih!

Kat bawah ni 10 blogger yang tersenarai : 


Ada nama baru yang tersenarai. Thanx!

Moga hubungan kita sesama blogger bertambah erat!



lagu raya

Lirik Lagu Meriah Suasana Hari Raya - Siti Nurhaliza

July 06, 2015



Pergi mana pun, mesti dengar lagu raya.. Perasaan bercampur baur ni. Malam ni nak share lirik lagu raya Siti Nurhaliza lah :)

Lirik Lagu Meriah Suasana Hari Raya - Siti Nurhaliza 

Riuh rendah sungguh kampung laman
Sapa salam sahut-sahutan
Manis wajar senyum pun terukir
Budak-budak ke hulu hilir

Ziarahi jiran sanak saudara
Lupakan luka sengketa
Luhur jiwa raga jujur bicara
Di hari raya

Anak rantau pulang keriangan
Lembu kerbau menjadi korban
Ayah bonda turut bergembira
Meriahnya hari bahagia

Berpakaian baru aneka gaya
Bertudung manis si dara
Tertawanlah hati muda teruna
Mula bertanya

(Pak Lang Yang Itu Anak Siapa Tu)

c/o
Mana jauh kita dekat-dekatkan
Bertandang mesra bersembang tawa
Terkenang kisah yang lama

Mana dekat kita erat-eratkan
Terlanjur kata terlampau cara
Bermohon..Ampun dipinta..

Bersyukur pada tuhan
bersenda teman taulan
Hulurlah keinsafan
Salinglah bermaafan

Indah Minalaidil Walfaizin
Menyuci lahir dan batin
Bahagia rasa sama rasa
Meriahnya Di Hari Raya

Indah Minalaidil Walfaizin
Menyuci lahir dan batin
Bahagia rasa sama rasa
Meriahnya Di Hari Raya



ayam

KERANG BAKAR DAN AYAM GOLEK

July 06, 2015

Assalamualaikum.

Ni bukan menu berbuka hari ni. Menu minggu lepas ni. Ayam golek dan kerang bakar. Sekali sekala makan ayam golek buat buka puasa. Ni beli kat bazar Ramadhan. Bukan buat sendiri. 


Sebenarnya nak cerita pasal kerang bakar tu. Saya ni memang tak makan kerang. Sebab masa zaman sekolah dulu pernah makan, pastu badan jadi gatal-gatal. Alahan. Memang tak boleh makanlah kiranya. Kiranya dah bertahun-tak usik kerang. 

Nak jadikan cerita, suami saya beli kerang bakar. Kerang bakar yang di salut dengan sambal special. Bau dia memang menyelerakan! Time berbuka, memang saya tak sentuh pun kerang tu. Makan ayam tu je. Sekali tu, suami saya tegur. Dia kata tak nak rasa ke? Sedappppp. Saya pun cakaplah, kan dah tahu memang tak makan kerang. Suami saya pun kata, cubalah dulu. Sedapppp ni. Mula tu tak nak juga rasa. Tapi bila dia asyik cakap sedapppp je, tergodalah selera ni. Rasa satu je. Emmmm memang sedappp. Terus laju je makan tanpa memikirkan kesan sampingan yang bakal terjadi! 

Tapi, Alhamdulillah elok je lepas tu. Tak ada gatal-gatal. Agaknya dah takde alahan kot, kan?. Bolehlah beli kerang, dan masak sendiri nanti!...



Kerja

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

July 06, 2015


Taip entry ni sambil dengar lagu raya. Aduhhh syahdunya...
"dalam suci lebaran, kurindukan sinar dan harapan
 anak kecil berlari jangan sampai hanyut tak bertali
miskin kaya tua muda bermaafan
di bawah sayunya gema takbir hari raya"

Cer teka lagu sape?...

Ish apa kena mengena lagu dengan tajuk kat atas ni?. Takdelah saje je melayan pelayan perasaan. Saya ni kan baru je bertukar kerja di Batu Pahat. So, memang perlukan masa sedikit.. Harap semuanya ok. Biasalah tempat baru, suasana baru, kerja baru. Be positive! oh yeahh!


memori

KENANGAN WAKTU CONVO!

July 06, 2015

Assalamualaikum. 

Kenangan waktu convo. Convo konon. Haha. Convo tadika, pun bolehhhhh. 

Masa ni sekolah tadika dekat Tadika Kemas Sungai Buloh, Selangor. Masa tu kitorang duduk Selangor. Maklumlah anak tentera. Berpindah tu biasa.... 

Masa ni tahun 1994.Baru 6 tahun. Comeyyyy tak? (perasannnn sangat). 


Tetiba rindu zaman tadika. Maklumlah dah besar-besar ni mulalah ingat kenangan yang indah-indah belaka...



buku

MENEROKAI 1001 RAHSIA WANITA

July 05, 2015


Assalamualaikum.

Sebenarnya buku ni dah lama dalam simpanan. Tapi, tak terbaca lagi. Alahai Rose, awat malas baca buku ni? Hihi.  

Pemberian dari housemate masa duduk bujang kat Kl dulu. Terima kasih yer! ( eh si dia yang memberi baca ke blog ni? Hihi) Alkisahnya housemate ni berkahwin dan pindah keluar. Barang dia banyak.. Last-last ade beberapa buku yang tertinggal. Tu yang dia bagi saya. Alhamdulillah, buku yang bermanfaat.


Dulu rajin baca buku.
Sekarang tak rajin baca buku.
Kenapakah? Hihi.



johor

RINDU RUMAH ITU

July 05, 2015




Baru 5 hari berhijrah ke Batu Pahat. Dah terasa rindu dengan rumah kuarters di Johor Bahru. Mana taknya, duduk situ setahun lebih. Di situlah tempat berteduh sepanjang ber PJJ. Banyak memori suka duka di rumah tu. Duduk sorang-sorang kat situ. Alhamdulillah...


biskut

CHOCOLATE CHIP COOKIES ALA FAMOUS AMOS!

July 04, 2015

Air tangan adik lelaki saya. Hai rajinnya dia.. Tangan dia ikut tangan mak ni. Masak sodap! Hihi. 

Biskut kat bawah ni, dialah yang buat. Saja kasi kakak dia jelesss kan.. Main tunjuk -tunjuk gambar.  

Biskut coklat chip atau nama omputihnya Chocolate Chip Cookies ala Famous Amos! Nak jugakkkkk letak famous amos tu. Hihi.


Simpan sikit untuk kakakmu ini.. Kalau dapat balik raya, merasalah nanti. Kalau tak dapat balik, tengok gambo je la.. Uwaaaaa.

Buat adikku, nanti jangan lupa bagi resepi tau. Nak buat koleksi, hahaha...



kuih

KUIH TEPUNG PELITA YANG SEDAP!

July 03, 2015



Dapat wassap dari kakak. Saje je tunjuk kuih ni. Kuih tepung pelita! Dahlah baru baca Blog Ciksu tunjuk kuih ni. Hihi. Nak kena pi cari nanti. Tapi, susahlah nak jumpa yang sedap. 

Teringat berbuka dengan keluarga. Ayah mesti beli kuih ni. Letak dalam peti ais dulu. Masa nak berbuka baru keluarkan. Tapi, saya ni mesti makan yang putih tu je, bahagian atas. Bahagian bawah tinggal je. Hihihi. Mak ayahlah yang ambik bahagian bawah tu... 

Rindu suasana tu!


berbuka puasa

KUIH SERI MUKA PEMBUKA SELERA!

July 03, 2015


Assalamualaikum.

Kuih seri muka! Kuih kegemaran saya dan suami. Kuih wajib beli. Hihi.. Setakat nak makan berdua, saya beli je. Kalau kena yang sedap, Alhamdulillah. Kena yang tak sedap, memang tak beli dah! 

Macam yang kat bawah ni, RM2. Ada 6 ketul. Comel je. Dan yang ni sedaplah setakat hari ni. Beli kat bazar Ramadhan di IPD Batu Pahat. 


Korang pun mesti ada kuih kegemaran kan? Kuih apa tu? Cuba tulis kat komen. Heeee..

Sebenarnya selain kuih seri muka ni, ada juga kuih lain yang kami suka. Popia dan karipap. Tapi, takdelah beli serentak kan.. Selang-selanglah... 

Kuih seri muka ni belum pernah lagi saya buat sendiri. Resepi ade je ni dok simpan. Hihi.. Nantilah cuba! Mana tahu lagi sedap kan? Hikhik..



perkongsian

REZEKI

July 03, 2015



Jika itu bukan rezeki kita, ada banyak lagi rezeki lain yang Allah beri sebagai ganti. Lalu pesan pada diri : " usah bersedih hati. Bersyukurlah"...

Ye, janganla merungut andai kita tak dapat apa yang kita nak.. Usahalah dahulu sehabis daya, dengan diiringi doa kepada Allah... 



anak

DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK KEMBAR

July 03, 2015


Assalamualaikum.

Pagi ni nak share satu doa.. Doa untuk mendapatkan anak kembar.. Perkongsian buat mereka yang tercari-cari doa ni. Saya ambil dari fb. Maaf, tak ingat sumbernya. Sebab save di handphone je.  Kita berusaha, Allah yang menentukan. Tak salah pun kita berusaha. 


Sejujurnya, saya pun masih berusaha.. Moga ada rezeki buat saya dan suami. Juga buat rakan-rakan yang masih menantikannya.. Jangan mudah berputus asa dan sedih.. Jalani hari kita dengan senyuman di bibir. Berusaha selagi terdaya.. Dan jangan mengeluh. Moga dipermudahkan...

Senyum sikit:)

Haaa macam tu lah!



batu pahat

ALHAMDULILLAH, PERTUKARAN YANG DI NANTI

July 02, 2015


23.06.2015, jam 12.45 tengahari.
Terima panggilan dari Kementerian Kewangan.
Dapat berita pertukaran. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Setelah menunggu selama setahun setengah, akhirnya dapat bertukar dekat dengan suami. 

Perasaan masa tu bercampur baur. Syukur, gembira dan sedih. Terkedu seketika. Dalam kegembiraan ada kesedihan. Gembira sebab dapat bertukar dekat dengan suami. Sedih sebab berpisah dengan kawan baik yang dah saya anggap dirinya kakak!

Saya dan PJJ sudah sebati.
Kenapa saya cakap macam tu?  Haa meh nak cerita sikit.

Saya berkahwin pada 30.09.2011. Masa tu saya di MINDEF, Kuala Lumpur dan suami di Kem Majidee, Johor Bahru. Duduk berasingan. Masa tu jarang jumpa. Sebulan sekali jumpa. Kemudian, suami saya menyertai operasi di Kudat, Sabah selama 3 bulan. Maklumlah tentera kan. Tentera dan operasi dah macam kawan baik. Mana boleh dielakkan. Setelah setahun berjauhan, pada 15.10.2012, saya dapat bertukar ke Johor Bahru. Alhamdulillah. 

Dapatlah duduk setahun bersama suami. Lepas setahun duduk sekali, alih-alih Kem Majidee ditutup pula. Uwaaaa sedihnya,. Kem dipindahkan ke Batu Pahat. Kembalilah ber PJJ. Terima lah seadanya dengan hati yang gundah,. hikhik.

Alhamdulillah, 01.07.2015 tarikh bersejarah bagi saya. Kembali bersatu dengan suami di Batu Pahat ni. Wahh ayat tak nak kalah. Kembali menyatu! hihi..

Moga penghijrahan kali ni membawa berjuta kebaikan dalam hidup kami :)

 

 

 

perkongsian

MAKANAN UNTUK KEKALKAN TENAGA DI BULAN PUASA

July 02, 2015


Assalamualaikum.

Selamat pagi. Sahur apa tadi? Kat sini saya nak share sikit tips-tips untuk kekalkan tenaga semasa kita berpuasa. Dari sudut pemakananlah kan.. Saya pun dapat dari fb je :) 


Oat, Tembikai, Madu, Jus Susu Kurma dan Roti Serat.Sebenarnya kurma tu memang berkhasiat.. Saya pun sahur dengan kurma je. Tak rasa lapar bila berpuasa. Tapi, kalau makan nasi, mesti akan rasa lapar.. Tapi, ikut pada diri masing-masing jugak kan? Ada yang tahan, ada yang tidak... Terserah anda :)

 

luahan

PILIHAN SENDIRI, TERIMALAH..

July 01, 2015


Kita bebas membuat pilihan. Tapi, haruslah hati-hati dalam membuat pilihan. Bimbang akan merugikan diri sendiri. Terkadang kita terlalu gopoh membuat pilihan hingga memberi kesan negatif dalam kehidupan kita. Dan jangan sesekali menyalahkan orang lain atau keadaan sekeliling bila kita dah tersilap membuat pilihan.. Harungilah apa jua yang ada di hadapan kita dengan baik. Sematkan aura positif dalam diri kita. Moga positif juga tindakan dan pemikiran kita. 

Dah kenapa dok buat karangan pasal pilihan ni?

Saje je melayan perasaan di petang hari. hihi.

 

ANAK SAUDARA

01 JULAI 2003 - 12 TAHUN YANG LALU...

July 01, 2015




Mengimbau kenangan 12 tahun yang lalu. Tanggal 01 Julai, kau dilahirkan. Alhamdulillah.
Anak saudaraku yang sulung. Ahmad Fakhrul Daniel. Masa tu, Mak Ude baru tingkatan 3. Nak ambil PMR tahun tu.. Hadirmu membawa sejuta kebahagian dalam keluarga.


Nel, nama timangan di beri. Semua ahli keluarga menyayangi Nel. 


Nel di waktu kecil memang aktif. Bila petang je, minta nak keluar. Menarik-narik tangan Mak Ude dan yang lain.


 Terlalu manja dengan nenek dan atuk.. Ke mana sahaja atuk pergi, pasti Nel akan ada di sisi. 


Waktu bergerak pantas, kini Nel bukan lagi bayi kecil. Nel dah pun berusia 12 tahun. Dan memilik dua orang adik, Dania dan Danish.


Hari ni, genap usia Nel 12 tahun. Walau Mak Ude tak ada di sisi, Mak Ude sentiasa rindu dan kasih pada Nel. Selamat ulangtahun kelahiran buat Nel. Moga Nel membesar menjadi anak yang soleh, yang bijak, yang sihat .. 

Yang Kasih, 
Mak Ude Comeyyy.

*Semua gambar lama. Entry throwback katanya :) hihi.



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS