anniversary

ULANGTAHUN KE EMPAT

September 30, 2015


Assalamualaikum




Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kita masih bersama. Syukur,Alhamdulillah.

Tempoh 4 tahun yang penuh warna-warni kehidupan. Berbagai rasa yang kita lalui bersama. Bukan satu tempoh yang sekejap atau lama. Waktu berjalan pantas, membuatkan kita tak terasa kehadiran tahun demi tahun hingga kini. 

Dalam waktu ini, kita masih macam dulu. 

Tak berubah.

Cuma fizikal kita berbeza. hihi.

Tahun pertama - Sorang di KL, sorang di JB.
Tahun kedua - Masing-masing di KL.
Tahun ketiga dan keempat - Sorang di Batu Pahat, sorang di JB.
Kini - Masing-masing di Batu Pahat.

Alhamdulillah.

Manis yang kita rasa membuatkan kita bahagia. Terkadang pahit menyinggah tekak, namun tak membuatkan kita memuntahkannya. Kerana manis itu telah menghilangkan sedikit kepahitan.

Asam garam kehidupan mematangkan kita untuk mengharungi detik demi detik.

Minat yang sama dalam sesetengah perkara membuatkan kita lebih akrab. 

Walau remeh di mata mereka, itulah yang membuatkan kita bertambah kasih!

Menonton bola di stadium sambil bersorak riang, sesekali menyatakan protes.Makan kuaci berbungkus-bungkus. Oh itu manis!

Mencari makanan untuk 'anak-anak'. Mencari tempat tinggal yang terbaik untuk 'anak-anak'. Oh itu manis! 
Anak-anak merujuk pada Chit Chit (Ikan kelisa), Mono (ikan nemo), Chet Chet (burung murai batu), Nini ( burung murai batu sabah) dan lain-lain.

Memancing dan mengail berdua. Walau hasilnya terkadang tak seberapa. Oh itu manis!

Naik motor berdua, ronda satu JB sampai pukul 3, 4 pagi. Oh itu manis! Rindu saat-saat itu di JB. Sekarang dah tak buat sebab duduk di Batu Pahat. Tak boleh keluar kem lepas 10 malam :) hikhik.

Memasak berdua dengan riuh rendah suara, sengaja kondem masakan pasangan, sengaja tambah garam lebih. Oh itu manis!

Berebut nak balik kampung sapa dulu, perkiraan hari di kampung masing-masing. Oh itu manis.

- Moga kita masih begini dan terus begini melalui hari -hari mendatang. Sentiasa manis bersama.

Juga, semoga kita dimurahkan rezeki untuk mendapatkan zuriat. Doa dari keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Doa dan usaha bersungguh seiring. 




Aidiladha

GAMBAR DI PAGI RAYA

September 26, 2015

Assalamualaikum.

Tajuk memang gambar di pagi raya. Tapi bukan gambat saya yer. 

Gambar anak sedara saya. Mahdi dan Arif. Macam biasalah. Family kat kampung yang hantar gambar ni. Ni antara anak sedara saya la. Anak sedara yang lain tak de pula gambar. Dorang tak hantar pula kan. So, ini je yang ade. 

Sekejap je dah besar. Makin rindu mak ude ni kat korang. 

Segak berjubah di pagi raya!


Tunggu mak ude balik ye!



Aidiladha

SALAM AIDILADHA

September 24, 2015

Assalamualaikum.

24 September 2015.
10 Zulhijjah 1436.

Selamat Hari Raya AidilAdha. 


Sumber gambar : wassap group. Hihi.



hari Arafah

NIAT PUASA HARI ARAFAH

September 22, 2015

Assalamualaikum.

Esok, 9 Zulhijjah. 

Di sini, saya kongsikan niat puasa Hari Arafah. Saya ambil dari facebook Ustazah Siti Norbahyah. Moga bermanfaat untuk kita semua. 


Kelebihan puasa Hari Arafah :


Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf pada semua yang mengenali saya dan yang membaca tulisan ini. 



aidil adha

Raya, Raya, Raya...

September 22, 2015


Assalamualaikum.

Hari ni, 22 September 2015. Lagi 2 hari, tibalah Hari Raya AidilAdha. 

Tak ke mana kot raya ni. Suami kerja. Takpe, dah biasa.. Sedangkan Raya Aidilfitri pun dia kena kerja, inikan pula AidilAdha :)

Tapi, Alhamdulillah. Mungkin seminggu lepas raya, dapat cuti kot. Kalau comfirm dapat cuti, maka kami akan bergerak balik kampung di Kedah. Kesian kat suami. Dah lama tak dapat balik kampung. Saya dapat jugak balik sorang masa raya puasa hari tu. 

Jiran pun dah balik kampung. Dah agak sunyi jugak kawasan perumahan. Office?.. Lagilah sunyi. Ramai yang dah bercuti dari hari Ahad lagi. Tinggal beberapa orang je ni, yang mempunyai sebab tersendiri tak nak bercuti. Hihihi.. Ada yang kmemang asal orang sini, jadi tak ambik cuti. Ada yang senasib dengan saya. hikhik.. Apapun, kepada yang memulakan perjalanan ke kampung, moga selamat tiba ke destinasi. Buat yang memandu, hati-hati di jalan raya. Utamakan keselamatan, ingatlah orang yang tersayang yang menanti kepulangan kita :)

Lagu raya. Amboi... over tau radio! Pakat putarkan lagu raya! Hari raya AidilAdha, tapi dah putar lagu raya AidilFitri. Nak, nak dengar lagu Balik Kampung. Lagilah hati ni melonjak-lonjak nak balik kampung. hihi.. Takpe, sabar. InsyaAllah, minggu depan :)

Juadah raya. Belum fikir nak masak apa. Yelah, kita ni bukan masterchef. Masak biasa-biasa je kot. Ingat nak buat Laksa Penang. hihi. Korang masak apa?.. Mesti lengkap dengan ketupat, rendang bagai kan.. Sedapnya! 

Duit raya. Haaaa, sape nak kena datang rumahlah :)

Esok, jomlah kita puasa sunat sesama :)


cantik

PROGRAM AFFILIATE EPHYRA.MY

September 22, 2015


Assalamualaikum.

Duta ephyra



Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?

Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Ephyra.my dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Ephyra.my?:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.

2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.

3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.

4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.

5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.

6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!


Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.

2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 3% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my.

3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.

Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!

Antara produk-produk yang dikeluarkan Ephyra :

Ephyra Inteemor

Ephyra Premium Pack (30 Sachets/pack)

Ephyra Skin Bar

Saya sendiri secara jujurnya adalah pengguna Ephyra. Memang berpuas hati dengan kesan yang dialami. Alhamdulillah.

Tak rugi mencuba Ephyra


mutiara kata

BERHENTI BERHARAP

September 22, 2015


Assalamualaikum.

Terkadang ku terfikir...



Tapi, cepat-cepat sedar diri. Ishhh mana boleh macam tu! 
 Usaha sedaya habis. Selagi tak cuba, mana kita tahu yang kita boleh atau tidak lakukannya.

Minda kena positif!

Go away.... Aura negatif!

Bercerita tentang harapan, putus harapan ni. Saya teringat pulak lagu Sheila On 7, Berhenti Berharap.. 

Lirik Berhenti Berharap - Sheila On 7

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa...
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

*****




mutiara kata

KAWAL KETAGIHAN

September 21, 2015


Assalamualaikum.

Terjumpa kata-kata ni masa tengah nak cari sesuatu tadi kat pakcik google.


People smoke and drink dor few days and get addicted to it...!

We are studying since nursery,
but still we are not addicted to studying...!

Thats called "SELF CONTROL "

Hahahaha.. betul, kan?

Pandai kita mengawai diri dari ketagihan itu. 

Tersenyum sendiri di pagi hari :) 

Moga membawa aura positif dalam diri :)

Selamat pagi!




best

LIRIK LAGU SETIA - FAIZAL TAHIR FT ELIZABETH TAN (OST DRAMA MENCINTAIMU)

September 20, 2015


Assalamualaikum.

Saya kongsikan lirik lagu terbaru dari Faizal Tahir, berjudul Setia. Nyanyian bersama Elizabeth Tan.  Best jugak tau lagu ni . Tenang je muziknya. Bagi sayalah kan :)


LIRIK LAGU SETIA - FAIZAL TAHIR FT ELIZABETH TAN (OST DRAMA MENCINTAIMU)


Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu?
Maafkan andai mengganggu lenamu

Andai pernah melukakan
Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah

Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Andai hatimu berubah
Pasti ku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu tak semudah

Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Biarpun apa saja
Ku percaya kau setia

Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Setiaku demi dirimu
Setiaku hanya padamu

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu?

**********




senyum

SOMBONG ATAU MALU?

September 20, 2015




Assalamualaikum.

Sombong atau malu.

Boleh tak jangan sesuka hati nak melabel seseorang tu tanpa kita kenal terlebih dahulu. Aduhai... Dengan melihat sekilas pandang je, terus kita label orang tu sombong!

Tolongla...

Apakata, berkenalan dulu. Sembang dulu sikit-sikit, kan. Bukan terus letak cop mohor kat dahi orang tu SOMBONG.

Apa-apa pun, senyum je. Itu yang penting, kan :)



Oh manisnya, manisnya senyumanmu :)

Ada tak orang yang tetiba senyum dalam satu perbincangan.? Katalah, dua tiga orang dok berbual rancak. Tetiba kita senyum je. Tak sampuk apa pun. Hahahaha.. Maknanya kita tak tahu apa yang depa dok sembang tu kan. hihi.

Senyumlah adik, kakak, abang. Selagi gigimu masih ado! hahahaha.


Ok, sekian. Pesanan khidmat masyarakat ini ditujukan buat semua yang suka melabel orang sesuka hati dan sanubari.




mutiara kata

HIDUP ITU INDAH

September 17, 2015




P/S : Anniversary pertunangan hari ni. 17 September. Ahh mengade-ngade nak anniversary bagai. hihihi..



mutiara kata

MOTIVASI PAGI

September 17, 2015


Assalamualaikum.



You'll never be brave
if you don't get hurt

You'll never learn
if you don't make mistake

You'll never be successful
if you don't encounter failure


***********

Dugaan dan cabaran yang datang tulah yang menguatkan diri kita dalam menjalani kehidupan seharian, kan?. 

Kalau kita tak buat salah, kita takkan belajar darinya. Mencuba sedaya habis akan membuahkan kejayaan yang paling manis :)

Jangan takut jika terjatuh. Bangkit kembali dan terus melangkah. Jika gagal sekali, bukan bermakna gagal selamanya..


best

Lirik Lagu Seindah Mimpi – Jaclyn Victor

September 16, 2015



Assalamualaikum. 

Pernah dengar tak lagu Seindah Mimpi? Nyanyian Jaclyn Victor. 

Kalau tak pernah dengar, nanti cuba cari kat youtube. hihi. Saya kongsikan liriknya sahaja :)


Lirik Lagu Seindah Mimpi – Jaclyn Victor

Belum pernah ku alami
Cinta bagai suatu misteri
Mula berputik di laman hatiku
Dalam sedar tak sedar

Kau hadir melengkapkan jiwa
Ku pasti kau dicipta untukku

Kini ku teruja ku tak terkata
Menikmati cinta luar biasa

Bagaikan seindah mimpi
Diriku dibelai kasih
Asyiknya aku terlena
Didalam dakapanmu sayang

Tak akan aku lepaskan
Hati di lamun khayalan
Semoga kekal abadi
Cintamu yang seindah mimpi

Janji yang diikrarkan
Sehidup semati berpasangan
Kau punya aku ku ada dirimu
Ketemui bahagia dibimbing ketelusan cinta
Menempuh liku jalan hidup

Kini ku teruja ku tak terkata
Menikmati cinta luar biasa

Bagaikan seindah mimpi
Diriku dibelai kasih
Asyiknya aku terlena
Didalam dakapanmu sayang

Tak akan aku lepaskan
Hati di lamun khayalan
Semoga kekal abadi
Cintamu yang seindah mimpi

Kasih kau dan aku dihanyut asmara
Kini kasih | ohlirik.com
Pasti kekal selamanya

Bagaikan bagaikan bagaikan mimpi
Bagaikan seindah mimpi
Diriku dibelai kasih
Asyiknya aku terlena
Didalam dakapanmu sayang

Tak akan aku lepaskan
Hati di lamun khayalan
Semoga kekal abadi
Cintamu yang seindah mimpi

Kasih kasih kasih kasih
Kasih kasih
Cintamu yang seindah mimpi
Ku bahagia
Cintamu yang seindah mimpi


p/s : Mood nak kongsi lirik pula minggu ni :)


best

Lirik Lagu Mungkin Kamu – Sissy Imann

September 15, 2015


Assalamualaikum.


Sebenarnya lagu ni agak lama dah keluar. Tapi saya baru je dengar masa lagu ni jadi lagu tema untuk drama Eksperimen Cinta. Lakonan Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda. Drama ni pun dah tamat dah. Mula-mula tertanya-tanya lagu siapa agaknya. Sebab bagi saya best jugak. Apalagi terus tanya pakcik google. Penyanyinya Sissy Imann. Jujurnya saya tak kenal siapa gerangan penyanyinya ni. Tapi, tak kisahlahkan. Asalkan lagu ni sedap.



Macam biasa, saya kongsikan lirik lagunya :


Lirik Lagu Mungkin Kamu – Sissy Imann



Parappara rappapara rappa para rara
Parappara rappapara rappa para rara

Kau melihatku dari jauh
Mungkin anganku atau fantasiku
Ku terdiam dan terkaku malu
Menunggu masanya kau menegurku

Tapi sebenarnya
Mungkin pernah bersua kita
Aa.. aa.. papa

* Mimpi indahku terbayangkan kamu mu mu
Sepertinya oh dejavu datang siang malamku
Terlihat kamu di sana na na
Ku tak terdaya a a

Pernahkah kita bersua dimanakah lokasinya
Mungkin di Paris
Mungkin di London
Mungkin Jakarta
Atau Korea
Mungkinkah dirimu?
Mungkin kamu

Parappara rappapara rappa para rara
Parappara rappapara rappa para rara

Kau tersenyum dan terus menyapa aku
Tidak ku sangka dan tidak ku percaya
Tak terkata apa nak dikatakan
Dan tak terucap apa nak diucapkan
Tapi sebenarnya mungkin pernah bersua kita

ulang *




akim

Lirik Lagu Obses - Akim & The Magistret

September 14, 2015


Assalamualaikum.

Selepas Mewangi dan Potret, Akim & The Magistret mempertaruhkan satu lagi lagu baru iaitu Obses. Seperti biasa, lagu ni pun dah jadi lagu kegemaran saya.. Memang layan je dengar lagu ni. Mesti ramai yang dah pernah dengar kan?.. 

Kat sini saya kongsikan liriknya yer :)


Lirik Lagu Obses - Akim & The Magistret

Menghitung detik dalam kesedaran
Menunggu masa untuk lena
Memintal mimpi di kamar beradu
Hanya mahu tunggu bayangmu

Sambut rinduku
Pejamkan mata aku untukmu

Pagarkan resah tanamlah indah
Kan memeluk kau dengan erat
Bunuhlah benci dan kisah lalu
Merakam tenang tersenyumlah
Kau bersatu di dunia ini

Ohhhh
Sambut rinduku
Pejamkan mata aku untukmu
Rebahkan semua
Nantikan aku kan datang padamu

Sambut rinduku
Pejamkan mata aku untukmu
Rebahkan semua
Nantikan aku kan datang padamu

Sambut rinduku
Pejamkan mata aku untukmu
Rebahkan semua
Nantikan aku kan datang padamu



cuaca

TINDAKAN SEMASA JEREBU

September 14, 2015


Assalamualaikum.

Bangun pagi, bukak tingkap. Terus terhidu bau asap.. Keadaan jerebu makin teruk.. Gi kerja naik motor. Terpaksa redah je. Lupa nak beli mask.

Jaga kesihatan ye semua. Hadkan aktiviti di luar. Banyakkan minum air kosong. 

Saya kongsikan sekali pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan Tindakan Semasa Jerebu.


Moga bermanfaat :)



FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS