chet chet

HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN MUTIARA

October 30, 2015

Assalamualaikum.

Syukur Alhamdulillah. Hujan turun membasahi bumi. Tengahari tadi terasa panas sangat di sini. Dan lebih kurang pukul 3 petang, hujan turun dengan lebat. 

Baru lepas menguli donut. Jadi ke tak donutnya? Hihi. Tunggu.... 
Ikut resepi dari group Masak Apa Hari Ni di facebook. Dulu pernah buat, ikut resepi lain. Elok kejadianya. Tapi hari ni saja nak cuba resepi lain pula. Tak tahulah kejadiannya macam mana kan. 

Hujan lebat gini memang sejuk. Jadi, saya pun keluarkan Chet Chet dari dalam rumah. Letak di balkoni rumah. Bukan main suka lagi dia.. Macam mana saya tahu dia suka? Saya tahulah.. hahaha. 

Ok la. Nak fokus kat donut saya kat dapur tu. Nak tengok, dah naik ke belum. Hihi. Daaa ;)

batu pahat

MAKAN DI RESTORAN NIKMAT TANDOORI BATU PAHAT

October 27, 2015

Assalamualaikum.

Cerita makanan. Ohhhh my diet. Diet ke laut! 

Roti nan cheese. Sedap! Pertama kali dulu rasa kat Jb. Tapi berlainan rasanya dengan roti nan cheese di Restoran Nikmat Tandoori Batu Pahat. Sedap bak hang! Hihi. Rotinya lembut dan cheese pun banyak. Tapi tak sehebat melihat gambar yang member post kat facebook yang kat Kl tu la. Tu cheese nya memang superb kan. Apa ntah nama restoran tu. Tak ingat pulak.

Dah..dah.. fokus balik roti nan cheese kat batu pahat ni. 

Inilah rupanya :

Ni pulak ayam tandoori :

Untuk roti nan cheese tu, kita boleh pilih nak kari ayam, kari daging, kari bebola daging atau kari kosong. Saya tak order pun kari. Makan ngan ayam tandoori tu je. 

Kedai ni, memang pantas servisnya. Ambil order pun pakai tap je. Tak main tulis-tulis ni. Canggih :)

Alhamdulillah. Setakat ni tak mengecewakan lagi :)

Kedainya kat Jalan Sultanah. Gambar kedai tak ambik pula. Next time kalau pergi lagi, saya ambil. 

apa khabar

BAIK-BAIK SAJA

October 25, 2015

Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya? Moga semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Jerebu masih melanda. Jangan lupa minum air masak banyak-banyak dan hadkan aktiviti di luar. Pagi ni datang kerja naik motor. Aduhai, terasa tebal jerebunya. Takde pulak bekalan 'mask'. Nak tak nak, harungi jugak. Terasa sesak jugak. 

Lama tidak menulis. Bukan menyepi. Ada je ni. Buka juga blog, baca komen dari kawan-kawan. Singgah jugak blog teman-teman sebagai 'silent reader'. 

Sejak kebelakangan ini, banyak yang berlaku pada diri.Tak terkejar rasanya. 

InsyaAllah, akan terus menulis di blog ini. Blog kesayanganku :)

awie

Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings

October 11, 2015

 Assalamualaikum
 
Pagi nak kongsikan lagu baru nyanyian Awie. Saya ingat tajuk dia 'mengapa aku yang tidak setia' je. hihi. Sebab liriknya kat chorus tu kan. Rupanya tajuk dia lain. Mesti korang pernah dengar, kan?
 
 Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings 
 
Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama
 
Semenjak awal lagi Bila ku mengenalimu Dunia ini serasa Cuma dalam genggamanku Ramai yang datang menduga Namun tak sama denganmu Aku percayalah Biar pun remuk di hati Akan aku rawat sendiri Kerana kau aku rela Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama Sesalnya aku cuma Ingatkan engkau merayu Itulah kesilapanku Belum terlewat lagi Itu kata darimu mudah Memang begitu indah Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama Musuh tak kenal Jangan diikut tinggalkan dia Mengapa aku masih kau goda Masih kau goda Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-ingatkan-dia-wings/

air

TERMOS HELLO KITTY IDAMANKU

October 07, 2015

Assalamualaikum.

Akhirnya dapat jugak termos idaman kalbu. hihi.

Dah lama dok jeling-jeling bila gi pasaraya Square One di Batu Pahat.(sebelah Aeon big). Tapi sekadar menjeling je. Nak beli, tak terbeli lagi. 

Baru-baru ni pasaraya Cowboy baru di buka di Batu Pahat. Sajalah kan gi sana tengok-tengok apa yang murah dan best kat situ. Sekali mata terpandang termos hello kitty ni. hihi. Tengok harganya, lebih murah dari tempat lain yang pernah saya jeling tu. Apalagi kan, terus beli.

Semangat tau. Bawa gi office, bancuh siap-siap air nescafe dari rumah. Sampai ke petang tahannya. 

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS