Sunday, January 10, 2016

NASI LEMAK CIK CHOM BATU PAHAT


Assalamualaikum.

Apa khabar semua?. Moga berada dalam keadaan yang baik yer.

Dah 2016 baru na publish entry Nasi Lemak Cik Chom. hihi. Baru perasan masih dalam draf. hew hew.. Maafkan ku!

Sehingga ke hari ni, rasanya dah 4 kali makan di sini. Viral di facebook tahun lepas kan?. Mesti ramai yang terjah kedai ni, kan?,

Tiap kali pergi, ramai je orang. Beratur agak panjang jugak :) 
Ada beberapa pilihan lauk yang boleh di cuba. Antaranya sotong raja, ikan siakap, ayam goreng, ayam chicken chop, puyuh dan telur. Setakat ni, pernah cuba sotong raja jer. Alhamdulillah, sedap!

Banyak hidangan dia. Tiap kali makan, saya kena kongsi. Tak larat nak habiskan. Ada sekali tu, pergi dengan kawan yang datang dari JB. Ambil sorang satu, akhirnya tak habis sebab kenyang.. Sayangnya.. huhu.

Inilah dia nasi lemak Cik Chom tu :


Timun digantikan dengan buah epal hijau. Nyum nyum. 

Bab air pulak. Memang kena kongsi sebab dihidangkan dengan gelas besar. Terlupa pulak nak ambil gambar. Harga pun double la :)

Buat warga Johor, terutamanya Batu Pahat, bolehlah singgah yer.

Alamatnya :

16, Jalan Kencana 1A/1,
Taman Pura Kencana,
83300 Seri Gading, 
Johor.

Keterangan lanjut, bolehlah jenguk ke laman facebook Warung Nasi Lemak Cik Chom  .


4 comments:

  1. aik tak pernah dengar pula nasi lemak ni. haha. maybe jarang buka facebook kot

    ReplyDelete
  2. wahhh .. ain teringin nak makan sini . tak sampai lagi hajat nak merasa .ahhahaha.

    ReplyDelete
  3. tengok pun rasa sedap..jauhnya dari penang.tak prnah pi joho lgi :l

    ReplyDelete
  4. lain dr yg lain kan. epal menggantikan timun. menarik!
    sambal tu.. aummm ;-)

    ReplyDelete