lirik lagu

Lirik: Lagu Untuk Adinda – Khalifah

February 29, 2016

Assalamualaikum.

Dah jiwang pulak. hihi. Tetiba mood berubah layan lagu ni semenjak dua menjak ni. hihi. Maklumlah lirik tu macam kena je ngan situasi diri sendiri. Hahaha. Jangan muntah k.

Jom, macam biasa Cik Rose kongsikan liriknya.

Lirik Lagu Untuk Adinda – Khalifah

Di kala ku terbayang
Wajah mu daku terkenang-kenang
Kadangkala pagi siang malam
Jadi gila bayang

Pada mu duhai sayang
Kasih ku hanya pada mu seorang
Hanyalah dikau jadi pujaan
Cinta tanda sayang

Corus

Pada mu duhai sayang
Yang jauh dirantau orang
Ingatlah pesanan dari kekanda
Jangan-jangan bermain mata
Jangan-jangan cuba mendua
Kasih ku cinta ku selamanya

Ku renung bulan bintang
Ku sampaikan kasih salam sayang
Ku serah segala tanda cinta
Buat mu adinda

Pada si rama-rama
Terbanglah dikau padanya si dia
Pesankanlah rindu ku padanya
Rindu ku padanya

Pada mu duhai sayang
Yang jauh dirantau orang
Ingatlah pesanan dari kekanda
Jangan-jangan bermain mata
Jangan-jangan cuba mendua
Kasih ku cinta ku selamanya

Di kala ku terbayang
Wajah mu daku terkenang-kenang
Kadangkala pagi siang malam
Jadi gila bayang

Pada mu duhai sayang
Kasih ku hanya pada mu seorang
Hanyalah dikau jadi pujaan
Cinta tanda sayang


Makanan

MAKAN DI RESTORAN NASI KANDAR HUSSAIN

February 29, 2016

Assalamualaikum.

Balik kampung di Sungai Petani, memang tak sah kalau Cik Rose tak singgah makan di sini. Mana lagi, Restoran Nasi Kandar Hussain. Kalau pergi tengahari, wajib makan nasi beriani lauk ayam madu. hihi.. Tapi, masa cuti raya cina baru ni, Cik Rose pergi waktu pagi dengan family. Tak adalah nasi beriani bagai kan,. Lagipun semenjak duduk Batu Pahat ni, dah tak heran nasi beriani luar. Sebab nasi beriani kat sini sedap-sedap belaka! hihi. Nasi Beriani Power, Nasi Beriani Pokok Sena, Nasi Beriani Mat Shah. Aduhai... Sedap! 

Dah, back to the story.

Apa yang kitorang makan?. Menu berat ok. hihi. Senang, sarapan merangkap tengahari terus.

~ Murtabak daging ~


~ Nasi Lemak Ayam ~


Nampak Nescafe tarik di situ :)



~ Murtabak Daging Cheese ~






Memang kenyang. Alhamdulillah.. 

Setiap orang ada selera masing-masing. Terpulang pada cita rasa masing-masing, kan :)

Buat yang berminat, bolehlah singgah dan rasa sendiri. Cik Rose kongsikan alamatnya yer :

No 18, 19 & 20 Jalan Pekan Baru08000 Sungai PetaniKedah.




Anak sedara

KEGEMBIRAAN PABILA BERSAMA

February 28, 2016


Assalamualaikum. 

Lebih kurang 2 minggu lepas, masa cuti raya cina tu, family Cik Rose datang Batu Pahat. Alang-alang tu, bawa mereka ke Melaka.. Aduhai jalan jammed! Biasalah tu kan... Time cuti :)

Kat sini nak share gambar anak sedara Cik Rose je ni. hihi. Dorang happy, Mak Ude dia pun happy jugak:) 





Minggu depan Cik Rose akan berkursus di INTURA (INTAN Cawangan Utara) di Sungai Petani, Kedah. Alhamdulillah.. Orang kata, sambil menyelam minum air gitu :) Balik berkursus, boleh jumpa family sekali :) 

Tak sabar sebenarnya..

Moga dipermudahkan :)



lirik lagu

Lirik Lagu Romeo - Stacy

February 25, 2016

Assalamualaikum.




Lirik Lagu Romeo - Stacy


Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu

Runtuhkan tembok China
Buat kita terpisah
Pedulikan semuanya
Aku milikmu

Jendera, dipelukkan
Di mata, selalu

Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua

Entah bila kapal musnah
Belah samudera

Jendera, dipelukkan
Di mata, selalu

Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua

Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua







cashout

TERIMA CEK DARI NUFFNANG

February 24, 2016

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selamat terima cek dari Nuffnang. Dah terima minggu lepas. Baru berkesempatan nak updated kat sini. Tutup bahagian jumlah tu, sebab segan. hihi.


Cashout hujung bulan Disember 2015.

Bermula menulis kerana minat. Orang kata, sambil menyelam minum air. Wahh gitu. Selain dari hobi, dapat juga menjana pendapatan. Selain dari menambah kenalan, kan?

Sejak dua menjak ni, jumlah uv semakin menurun pulak. Emm kena cari jalan untuk kembalikan jumlah uv macam dulu ni. Kena usaha lebih lagi ni. 





zalora

BARANG DARI ZALORA DAH SAMPAI !

February 22, 2016



Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Barang yang Cik Rose order dah selamat sampai. 

Apa yang boleh Cik Rose cakapkan, servis Zalora sangat cepat dan pantas! 

Cik Rose submit order pada 21.02.2016 (pagi-lebih kurang dalam pukul 10 lebih). Dan selamat diterima pada 22.02.2016 (pagi-lebih kurang jam 10 lebih jugak). 

Inilah butiran barang yang Cik Rose order.


Satu untuk diri sendiri dan satu untuk suami. Cik Rose kena tambah duit Rm3.92 sebab voucher tu bernilai RM100. Free postage sebab barang bernilai RM75 ke atas. 

Inilah barangnya secara real :



Memang pilih warna ni sebab warna purple tak ada yang berkenan di hati pulak kali ni. 

Alhamdulillah, Cik Rose berpuas hati dengan barang yang diterima.

Terima kasih Zalora!

Bolehlah shopping dekat Zalora lagi nanti sebab servis yang cepat dan pantas ni! Kalau dapat bekerjasama lagi pun best! hihi.



VOUCHER

TERIMA KASIH ZALORA MALAYSIA !

February 22, 2016


Assalamualaikum.

Bulan lepas, pihak Zalora ada menawarkan kerjasama pada Cik Rose. Menulis entry berkenaan Zalora dan Cik Rose terima voucher bernilai RM100 . Alhamdulillah, rezeki. Boleh rujuk entry ini : FESYEN BAJU TERKINI DARI ZALORA!

Dah lebih sebulan terima voucher tu, tapi tak sempat nak belek-belek website Zalora. Kalau buka pun, masih keliru nak pilih yang mana. hihi.. Macam-macam nak, rambang mata Cik Rose ni ha! Tengok beg nak. Tengok baju nak. Tengok make up nak. hiihi.. 

Akhirnya, semalam Cik Rose buat keputusan. Pilih barang yang memang Cik Rose perlukan. Satu barang untuk diri sendiri dan satu lagi buat suami. Konon nak buat suprise untuk suami bila dia habis operasi nanti. hihi.. 

Barang apa yang Cik Rose order?.. Haa, jeng jeng.. Nanti Cik Rose kongsikan yer bila dah terima :)


Segmen

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com

February 22, 2016



Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

cenderahati

CENDERAHATI DARI RAKAN BLOGGER

February 20, 2016

Assalamualaikum.

Pertama sekali, terima kasih buat rakan-rakan blogger yang sudi kirim sesuatu buat Cik Rose. 

Terlambat pula Cik Rose buat entry ni. Dah lama terima sebenarnya. Hihi. 

Dari Sis JM

Dari kak Farrah 

Dari Mimi

Kiriman dari rakan-rakan blogger memang Cik Rose simpan.. Itu semua akan menjadi kenangan buat Cik Rose kelak.. 

Buat semua pengunjung blog ini, 
terima kasih sudi bertandang ke blog Cik Rose. Sudi tinggalkan sepatah dua kata. Walau kini Cik Rose dah jarang berblogwalking, Cik Rose tetap usaha berkunjung. Maaf jika Cik Rose kurang berjalan seperti dulu. Namun, Cik Rose akan usaha hadir ke blog anda walaupun agak lambat ;)

Moga ikatan kita sesama blogger sentiasa kukuh! 

Terima kasih :)



Family

RINDU BUAH HATI MAK UDE

February 19, 2016


Assalamualaikum.

Malam-malam gini teringat pula buah hati ni. Hihi. Balik kampung sekejap Jumaat lepas, dapatlah jumpa dorang ni. 

Ni buah hati Mak Ude nak gi sekolah. 




Nanti Mak Ude balik kampung, kita jumpa lagi k.

Love you!



Bezday

17 Februari muncul lagi...

February 17, 2016


Assalamualaikum.

17 februari.

Selamat ulangtahun kelahiran buatmu.

Doaku buatmu sentiasa ada. 

Hari ini hari istimewa. Sayangnya insan yang dirai tiada di sisi. 

Tak mengapa. Moga semuanya baik -baik saja sayang..

Sengaja publish entry ni malam-malam gini. Melayan syahdu jiwa sendiri. 

*****

Pada si rama-rama
Terbanglah dikau pada si dia
Pesankanlah rinduku padanya rinduku padanya

(Petikan lagu buat adinda-Khalifah)


bola sepak

LIGA SUPER 2016 : KEDAH LAWAN TERENGGANU

February 16, 2016

Assalamualaikum.

Jom saksikan perlawanan antara Kedah dan Terengganu malam ni. Bertempat di Stadium Darul Aman. Kedah menjadi tuan rumah.  Ada siaran langsung di TV3. Yeay!!! Boleh tengok malam ni dengan hati yang gembira :) hikhik.
Rindu nak tengok bola kat stadium! 

Harap kemenangan berpihak pada Kedah. 

Untuk makluman, malam ni perlawanan kedua bagi semua pasukan dalam Liga Super 2016. Perlawanan pertama adalah pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 13.02.2016.


cinta si wedding planner

TONTON EPISOD AKHIR CINTA SI WEDDING PLANNER

February 16, 2016


Assalamualaikum
 
 

Hari ni episod akhir drama Cinta Si Wedding Planner.
Tak gemar betul dengan watak Shira/Nadia tu tau. Kesian si Zara :)

Layan jugak drama ni. Walaupun bukan setiap hari kat depan tv. hihi. Ade je yang tertinggal. Tapi, faham jugaklah jalan ceritanya tu. Geram tak habis-habis dengan Shira/Nadia tu. Grrrr... Fariz pula macam hensem terlebih dalam ni. Hahaha.. Suka.. 

Ok, apapun nantikan malam ni episod akhirnya :) 
 

lirik lagu

Lirik Lagu Sesuatu Yang Tak Mungkin - Ziabella (OST CINTA HATI ABAH)

February 16, 2016


Assalamualaikum.

Best juga drama Cinta Hati Abah ni tau. Tengok sekali terus layan jer. Kisah kekeluargaan. Banyak pengajaran yang boleh di ambil. 

Kat sini saya kongsikan sedikit sinopsis drama ni yer :
 
Sinopsis Cinta Hati Abah
Drama Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh (Esma Daniel). Pak Salleh adalah seorang nelayan yang telah kematian isteri. Dia mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah.

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh ini memang bijak tetapi mempunyai perwatakan yang berbeza. Baizura adalah anak sulung Pak Salleh. Walaupun dia menjadi harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak kepada seorang usahawan keropok.

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Sikapnya agak jauh berbeza dengan Baizura. Intan lebih merendah diri dan amat menyayangi ayahnya dan adiknya Zaharah.

Zaharah juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan anak-anak daranya itu.

Lagu tema drama ni pun best. Nyanyian Ziabella.
 
Lirik Lagu Sesuatu Yang Tak Mungkin - Ziabella

Ketika cinta
Mula menyapa diriku sayang
Namum engkau pergi
Meninggalkan diriku sendiri

Sungguh malang nasibku
Aku patah hati
Untuk yang ke sekian kali

Ketika takdir
Tak sejalan dengan keinginan
Beribu sesal semakin membuat hati gundah
Sungguh marah hatiku
Ingin ku teriak
Kejam punah harapanku

Terbanglah cinta walau rosak
Hati ini tak mengapa sakit jiwaku
Lenyaplah cinta biar diri ini
Hancur dan nestapa bunuh fikiran
Tuhan kurniakan
Sesuatu yang tak mungkin

Biar lah malam
Mendedahkan kenangan yang kelam
Kegelisahan menghantui diriku yang luka
Wahai hati yang lemah
Lepaskan dirinya
Musnah separuh jiwaku

Terbanglah cinta walau rosak
Hati ini tak mengapa sakit jiwaku
Lenyaplah cinta biar diri ini
Hancur dan nestapa bunuh fikiran
Tuhan kurniakan
Sesuatu yang tak mungkin

Terbanglah cinta walau rosak
Hati ini tak mengapa sakit jiwaku
Lenyaplah cinta biar diri ini
Hancur dan nestapa bunuh fikiran
Tuhan kurniakan
Sesuatu yang tak mungkin
 
 

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS