Tuesday, February 02, 2016

KHASIAT SAYUR BAYAM

Assalamualaikum.

Kat sini Cik Rose nak kongsikan khasiat sayur bayam. Ada tak yang tak suka makan sayur?.. Jangan begitu yer. Banyak khasiat sayur tau, terutama sayuran hijau.

Cik Rose dapat tahu dari facebook, jadi Cik Rose kongsikan kat sini.


Antara khasiat-khasiat Sayur Bayam adalah :

1)  Membina tulang yang kuat.
Pengambilan sayur bayam berkala boleh mencegah Osteroporosis. Sumber Vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.

2) Membina Salur Darah Yang Baik.
Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.

3) Menjaga Kesihatan Jantung
Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolestrol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.

4) Mencegah Kanser
Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

5) Bagus Untuk Ibu Mengandung
Bayam mengandungi sumbervitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.

6) Mata Yang Sihat
Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat. 

 

7 comments:

  1. erm...kena belajar makan sayur bayam plak la ni

    ReplyDelete
  2. bym merah mmg banyak kebaikan nya.... msk air je pun dh sdp

    ReplyDelete
  3. ain memam=ng suka makan sayur .hehhee.

    ReplyDelete
  4. suka suka
    tgh ajar rania juga skrg ni
    setakat ni sayur sawi rania kureng hohoho.ada skali rania buang gitu je..

    ReplyDelete
  5. masak lemak masuk lak ubi keledek (betul ke ejanya ni..) fuhhh mau tambah2 nasi gan ikan goreng panas2

    ReplyDelete
  6. byk nye khasiat..tp bayam tu 'angin' kan

    ReplyDelete