Tuesday, February 16, 2016

Lirik Lagu Sesuatu Yang Tak Mungkin - Ziabella (OST CINTA HATI ABAH)


Assalamualaikum.

Best juga drama Cinta Hati Abah ni tau. Tengok sekali terus layan jer. Kisah kekeluargaan. Banyak pengajaran yang boleh di ambil. 

Kat sini saya kongsikan sedikit sinopsis drama ni yer :
 
Sinopsis Cinta Hati Abah
Drama Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh (Esma Daniel). Pak Salleh adalah seorang nelayan yang telah kematian isteri. Dia mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah.

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh ini memang bijak tetapi mempunyai perwatakan yang berbeza. Baizura adalah anak sulung Pak Salleh. Walaupun dia menjadi harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak kepada seorang usahawan keropok.

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Sikapnya agak jauh berbeza dengan Baizura. Intan lebih merendah diri dan amat menyayangi ayahnya dan adiknya Zaharah.

Zaharah juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan anak-anak daranya itu.

Lagu tema drama ni pun best. Nyanyian Ziabella.
 
Lirik Lagu Sesuatu Yang Tak Mungkin - Ziabella

Ketika cinta
Mula menyapa diriku sayang
Namum engkau pergi
Meninggalkan diriku sendiri

Sungguh malang nasibku
Aku patah hati
Untuk yang ke sekian kali

Ketika takdir
Tak sejalan dengan keinginan
Beribu sesal semakin membuat hati gundah
Sungguh marah hatiku
Ingin ku teriak
Kejam punah harapanku

Terbanglah cinta walau rosak
Hati ini tak mengapa sakit jiwaku
Lenyaplah cinta biar diri ini
Hancur dan nestapa bunuh fikiran
Tuhan kurniakan
Sesuatu yang tak mungkin

Biar lah malam
Mendedahkan kenangan yang kelam
Kegelisahan menghantui diriku yang luka
Wahai hati yang lemah
Lepaskan dirinya
Musnah separuh jiwaku

Terbanglah cinta walau rosak
Hati ini tak mengapa sakit jiwaku
Lenyaplah cinta biar diri ini
Hancur dan nestapa bunuh fikiran
Tuhan kurniakan
Sesuatu yang tak mungkin

Terbanglah cinta walau rosak
Hati ini tak mengapa sakit jiwaku
Lenyaplah cinta biar diri ini
Hancur dan nestapa bunuh fikiran
Tuhan kurniakan
Sesuatu yang tak mungkin
 
 

3 comments: