PUNCA IKAN AROWANA MATI

Assalamualaikum.


Baru-baru ni, ikan kelisa milik suami Cik Rose mati. Malaysian Golden pulak tu. Ye, Chet Chet kami. Sedihnya hati ni. Ialah sebab mati waktu dalam penjagaan Cik Rose.. Waktu ketiadaan suami(Beliau masuk operasi selama 3 bulan). Dah hampir dua tahun kami jaga dia. Sari saiznya sejengkal hinggalah saiznya lebih besar dari lengan sendiri.

Maknanya, Cik Rose yang bertanggungjawab! Aduhhh puas fikir kenapa boleh mati. Sebab tak de simptom-simptom pun. Tetiba hari tu, adik call waktu Cik Rose di pejabat. Katanya ikan kelisa dah terapung. 


Jadi, Cik Rose mencari maklumat. Akhirnya, Cik Rose menemui sebuah blog berkenaan ikan arowana. Blog RIMBAROWANA. Cik Rose kongsikan di sini antara punca-punca Ikan Arowana boleh mati.


PUNCA-PUNCA IKAN AROWANA MATI :

(i) Parameter air dan punca penyakit

Arowana memerlukan sumber air yang berkualiti untuk hidup selesa. Tukarlah air sekurang kurangnya seminggu sekali. Adalah bagus jika dapat menukarkan air 2 kali seminggu, jika anda ada masa.Kebanyakkannya punca penyakit Arowana adalah dari kualiti air akuarium yang teruk. Ikan Arowana sesuai untuk air yang agak lebih asid, PH of 6.5-7.5. Penggunaan "black water" ataupun daun ketapang boleh dibuat. Eloklah periksa pH air 30 minit selepas tukar air akuarium. Awas, jangan letak "black water" terlalu banyak kerana jika pH air meningkat, ia boleh membunuh ikan Arowana anda.

Penyakit
Kebanyakan punca penyakit berkaiatan dengan kualiti air akuarium yang teruk. Jadi sekiranya ikan arowana anda menunjukkan simptom-simptom mempunyai penyakit, janganlah pula terus beranggapan air adalah puncanya dan terus masuk ubat kerana apajua anda masukkan ubat ke dalam akuarium mengikut dos yang salah berupaya membunuh ikan Arowana serta merta. Apa yang perlu anda buat adalah, tukar air akuarium dalam lingkungan 40% hingga 50% dahulu, tambahkan garam dan masukkan lebih banyak buih buih oksigen. Tingkatkan suhu air akuarium kepada 30-32 Degree Celsius dengan menggunakan pemanas (heater) secara perlahan lahan (1 jam sebanyak 1 degC) dan perhatikan reaksi ikan Arowana anda untuk tempoh 5-7 hari sebelum tentukan ubat yang perlu diberi atau tidak perlu ubat langsung. Biasanya kita tidak perlukan sebarang ubat ubatan dan ia akan pulih sendiri. Namun sekiranya tiada kesan langsung, maka anda perlu beri ubat ubatan tapi berhati hatilah dengan dos yang patut diberikan.

(ii) Penyakit Arowana (Mata kelabu) dan cara pengubatannya

Punca:
1. Kecederaan di bahagian kornea akibat serangan bakteria
2. Kualiti air yuang teruk
3. Kandungan nitrogen dalam Arowana tinggi

Simptom:
1. Ia sering berlaku pada salah satu mata Arowana. Pada peringkat permulaan, anda dapati mata Arowana akan kelabu sedikit
2. Pada peringkat teruk, ia akan menjadi kelabu sepenuhnya sehinggakan mata Arowana akan membengkak seperti ketulan kapas terkeluar di bahagian mata yang dijangkiti bakteria itu. . Arowana pada peringkat ini boleh mati jika tiada tindakan susulan pengubatan dilakukan.

Perubatan:
1. Sekiranya mata Arowana kelabu sedikit, cuna tukarkan 1/3 dari air akuarium tersebut. Tambahkan sedikit garam atau "sea-additive" lebih kurang 5%. 
2. Suhu air akuarium dikekalkan di antara 30~33 degree C (86~91 degree F). 
3. Perhatikan selama 2 hari. Jika ia beansur pulih, apa yang perlu anda lakukan ialah tukar lagi air akuarium sebanyak 1/4 daripada keseluruhan air akuarium itu selama 3 hari dan tambah garam kasar sehingga ia betul2 pulih.
4. Namun sekiranya keadaan semakin parah, anda perlukan ubat ubatan. Letakkan ubat boleh larut seperti aureomycin, penicillin atau seumpama dengannya dan pastikan dos yang diberikan mengikut arahan. Suhu air akuarium perlu ditingkat 2~3 degreeC dan perhatikan reaksi Arowana anda. Pengubatan ini selalunya mengambil masa selama 3~5 bulan bagi memulihan penglihatan Arowana. Secara perlahan, hentikan pengambilan ubat ubatan jika anda dapati kesan bengkat tersebut surut. Bahagian iris akan kelihatan lebih kecil sekiranya pengubatan ini berjaya.

(iii)Penyakit Arowana (Insang terkepak) dan cara pengubatannya

Punca:
1. Kualiti air teruk kerana banyak lebihan makanan terampai akibat teknik memberi makanan yang tidak betul. Ini menyumbang kepada peningkatan kandungan nitrat dan ammonia dan menyebabkan kandungan oksigen terlarut diu dalam air berkurangan.
2. Ruang yang terhad kerana apabila Arowana membesar, ia memerlukan ruang yang luas di samping nutrisi yang sempurna.Saiz akuarium yang sepatutnya adalah sekurang2nya 3 kali ganda panjangnya daripada panjang Arowana tersebut. Insnag Arowana boleh jadi lemah jika ruang untuk ia berenang terhad.

Simptom:
1. Pada peringkat awal, anda akan dapati insang Arowana tidak dapat membuka dan menutup secara mudah ketika ia bernafas. 
2. Terdapat juga tisu luaran yang tumbuh di sekitar insang di mana lapisan keras insang tersebut gugur dan mendedahkan bahagian dalam insang.
3. Jika ia tidak ditangani dengan segera, Arowana akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan anda boleh perhatikan Arowana akan mula naik ke atas permukaan air dan bernafas menerusi mulutnya di luar air. 
4. Arowana juga akan mula berhenti makan dan jangkitan bakteria akan mula berlaku mengakibatkan insangnya gagalk berfungsi dan seterusnya Arowana akan mati.

Perubatan:
1. Sekiranya Arowana sukar bernafas secara normal, tukarlah air akuarium sebanyak 20% setiap2~3 hari sekali. Gunakan pam udara serta bebuih batu untuk meningkatkan kandungan larutan oksigen dalam air.
2. Sekiranya sudah berada di peringkat kritikal di mana tisu insang sudah dijangkiti sclerosis, ikan Arowana anda perlu menjalani pembedahan untuk membuang bahagian yang telah dijangkiti penyakit.

*****
Terima kasih RIMBAROWANA !

Setelah meneliti antara punca-punca di atas, Cik Rose pun tak tahu sebab sebenar Ikan Arowana kami mati. Tak tahu nak cakap sebab air ke, sebab makanan ke atau sebab oksigen. Emm takpe, tunggu tuan(suami) dia balik nanti. Tahulah sebabnya. hihi
Kat bawah ni antara gambar-gambar Chet Chet yang sempat Cik Rose ambil untuk dijadikan kenangan. 









Masih Cik Rose simpan Chet Chet dalam peti ais tau. Nak bagi suami tengok dulu bila dia balik nanti . Tak sampai hati pulak nak buang. Abang Cik Rose kat kampung suruh masak je makan. Heehee. Tak sampai hati! Sedih. Bila Cik Rose google, memang ada yang makan ikan ni rupanya. 

Sedang memikirkan keberangkalian nak beli lagi ikan arowana. Tapi, nak jenis lain pula. Red mungkin?. hihi.





Previous
Next Post »

12 comments

Click here for comments
1 March 2016 at 08:39 ×

wah husband mmg minat bela ikan ker..cik rose..lepas ni kalau bea lagi dah ada ilmu kan...

Balas
avatar
admin
1 March 2016 at 08:41 ×

oh boleh makan rupanya ikan ni ya ..
mesti sedih kan sebab da mati huhu

Balas
avatar
admin
1 March 2016 at 08:47 ×

sayangnyaaaaaaaaaaaaa

Balas
avatar
admin
1 March 2016 at 08:54 ×

aduhai leceh rupanya nk membela arowana nih... kalau akak mmg compom jaga tak sampai seminggu dh mati hahahhaha....

besa dh ikan arowana tuh... msk kari sodap tuh hhehehhe...

Balas
avatar
admin
1 March 2016 at 09:27 ×

ala...mati dah ke...:(
Tak apa...itu dah lumrah...hidup n mati..
nanti beli yang lain :)

Balas
avatar
admin
1 March 2016 at 12:02 ×

dgr cite ikan ni mmg payah jg .. makan anak ikan pastu tersangkut pun boleh mati ...

Balas
avatar
admin
1 March 2016 at 13:43 ×

La... sedihnya. Arowana memang manja sikit nak jaga dia. Pakcik saya punya dulu lagi lah..tak sempat besar pon ikan tu.

Balas
avatar
admin
1 March 2016 at 17:57 ×

Akak tak pandai bab2 jaga ikan ni. Jaga ikan emas pun tak lepas. Mesti terasa kehilangan kan...dah lama jaga ikan tu.

Balas
avatar
admin
2 March 2016 at 00:05 ×

sayangnya. in shaaAllah Allah nk ganti dgn yglebih baik bersangka baik lah..

Balas
avatar
admin
2 March 2016 at 00:50 ×

Kalau sy xla nk bela ikan. Jenuh nk jaga tang air nya. Hee

Balas
avatar
admin
2 March 2016 at 14:08 ×

susah juga nk pelihara ikan ni..nk makan sayang kan

Balas
avatar
admin
3 March 2016 at 11:46 ×

oo..boleh makan ek ikan ni (sambil2 angguk2 kepala)

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment