RESEPI MASAK LEMAK CILI API KULAT SISIR DAN UDANG


Assalamualaikum.

Selamat pagi :) Moga semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik. 

Pagi ni Cik Rose nak kongsikan resepi masak lemak cili api kulat sisir bersama udang. Wahh gitu.. Cik Rose bukan masterchef, Cik Rose bukan pro. Cik Rose hanya kongsikan cara masak Cik Rose. Resepi yang simple-simple jer. Bukan resepi yang hebat-hebat tau. Tapi, Cik Rose berharap moga perkongsian Cik Rose ni membawa 1001 kebaikan buat semua pembaca blog ini dan buat mereka yang tercari-cari resepi mudah. 

 Buat pengetahuan semua, di blog Cik Rose ni memang ada tab khas Cik Rose buat bagi RESEPI MUDAH. Resepi-resepi tu memang Cik Rose buat dengan tangan sendiri(ada juga air tangan suami) dan gambar-gambar yang dikongsi juga gambar sendiri. Bukan hasil google ke apa ke. Dah nama pun resepi mudah, dan Cik Rose pun bukanlah terror mana dalam bidang masakan. 

Inilah dia rupa masak lemak cili api kulat sisir bersama udang yang Cik Rose masak. 




Alkisahnya, masa balik kampung hari tu, pergi pasar dengan suami dan mak mertua. Sekali ternampak ada jual kulat sisir. Tiba-tiba suami cakap nak makan dan nak Cik Rose yang masakkan. Sebenarnya kalau di rumah mertua, Cik Rose tak pernah memasak sorang lagi. Mesti masak dengan mak mertua atau kakak ipar. Cik Rose bantu siap-siapkan bahan memasak jer. hihi.

Ok, Cik Rose kongsikan resepinya yer. Memang simple jer :)

RESEPI MASAK LEMAK CILI API KULAT SISIR BERSAMA UDANG

Bahan-bahan:

5 ulas bawang merah
4 ulang bawang putih
Halia (sikit)
Kunyit hidup (sikit)
9 tangkai cili padi hijau
2 tangkai cili besar hijau
(tumbuk sekali)
*nampak tak Cik Rose gigih menumbuk bahan-bahan ni?. Korang boleh blender je k :)

2 batang serai( dititik)
Santan 1/2 kotak kecil (Cik Rose guna santan segera je)
Sedikit air
Sedikit garam

Kulat Sisir (basuh dan rendam seketika)
Udang (agak-agak nak banyak mana)
Cik Rose letak dalam 10 ekor je.

Cara-caranya :

1.Tumiskan bahan yang dah ditumbuk tadi dengan sedikit minyak. 
2.Bila dah naik bau, masukkan serai yang dititik.
3. Masukkan kulat sisir dahulu, dan kemudian baru masukkan udang.
4.Bila agak-agak udang hampir masak, terus masukkan santan. Kacau perlahan-lahan. Perasakan dengan garam. 
Tadaaa dah siap :)

Inilah hasilnya :


Senang,kan?

Ambik gambar dalam periuk terus! Hahaha. Yang dalam pinggan tak sempat ambil gambar sebab segan dengan mak mertua. hihi..

Selamat mencuba!


Previous
Next Post »

5 comments

Click here for comments
23 March 2016 at 08:39 ×

tq cik rose...lapar tgk entry ni awal pagi..sedap

Balas
avatar
admin
23 March 2016 at 11:47 ×

tak pernah mkn kulat sisir ... ramai kate sedap

Balas
avatar
admin
23 March 2016 at 15:45 ×

yummy...xpernah cuba lgi...pernah cmpur udang dengan peria je...nmpak sngat sedap...

Balas
avatar
admin
30 March 2016 at 11:46 ×

Kulat ni mmg syok makan...dah la punya payah nak cari dia skrg neh! masak lemaj kalau peda-pedas! fuhh!

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment