9 MEI 1988

May 11, 2016


Assalamualaikum.


~9 MEI 1988~

9 Mei 2016, genap usia 28 tahun. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. 
Usia semakin hari semakin meningkat. Diberikan kesempatan masih bernafas di Bumi Allah. Alhamdulillah. 

Terima kasih emak. Kerana melahirkan. Terima kasih emak dan ayah. Menjaga, mendidik, mencurah kasih sayang, berkorban demi membesarkan anakmu ini.Sentiasa di sisi dalam apa jua keadaan, walau kini kita terpisah dek jarak. Jarak hanyalah jarak.  Alhamdulillah.

Terima kasih suami. Menjadi teman hidup sedari  30 September 2011 hingga kini. Moga berkekalan hingga akhirnya. Alhamdulillah.

Terima kasih adik beradik, teman bergaduh, teman berbual, teman berkongsi apa sahaja. Along, Ayie, Kakyang, dan Sapit. Alhamdulillah.

Terima kasih anak-anak sedara. Boleh Mak Uda menumpang kasih dan manja. Nel, Nya, Koci, Mahdi dan Adik. Alhamdulillah.

Terima kasih buat teman-teman. Memberikan kata motivasi, tempat meluahkan perasaan, berkongsi suka duka. Alhamdulillah.

Moga apa yang kita kecapi, tidak membuatkan kita alpa dan terus hanyut. Moga semua yang terjadi membawa kesan yang positif dan baik buat kita semua. Moga kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam. 

Walau terkadang kita jatuh, rebah, alpa, hanyut... Moga kita bisa bangkit kembali berdiri teguh. 

Moga kita tidak memandang rendah keupayaan, kelemahan yang di sekeliling kita. Moga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan apa yang terjadi.

Psss : Terima kasih buat semua yang memberikan ucapan dan yang mendoakan yang baik-baik untuk saya. Sama ada secara terus, atau melalui facebook, whatsaap, dan lain-lain. Alhamdulillah. Terima kasih banyak. Ingatan dari anda membuat saya rasa bersyukur, kerna masih ada yang berada di sisi saya :) Alhamdulillah.


You Might Also Like

13 comments

  1. wah kita geng lah..lahir di tahun yang sama...

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday ya, kt beza bulan aje =)

    ReplyDelete
  3. eppy belated birthday ye...
    naper mcm skrg jarang2 bt ntry nih... sunyi tau nk baca cite ngn gambo2 yg ada

    ReplyDelete
  4. Sannah Helwah.. semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi

    Follow saya

    ReplyDelete
  5. muda lagi cik rose n..happy belated birthday

    ReplyDelete
  6. happy birthday to u.. geng lahir bulan sama meh.. :)

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday...

    moga yang baik2 sahaja untuk kamu ~

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday ..
    semoga di panjangkan umur dan di limpahi rezeki ..

    http://kaissi.my

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Lahir..
    Semoga semua doa dah impian akan menjadik kenyataan.. amin~

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday..
    Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  11. happy belated besday ros
    smga pnjg umur, murah rezeki.aamiin

    ps: ciksu nk komen entry yg latest tp xkeluar pulak kotak komennya sbb ciksu guna hp j ni..

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS