Saturday, June 18, 2016

Menu Berbuka Puasa 12 Ramadhan 1437H

Assalamualaikum.

Alkisahnya, hari Khamis lepas Cik Rose ke pasar tani. Niat di hati nak cari sotong. Tapi, tak ada pula. Maka, Cik Rose beli ikan jenahak 2 ketul yang bahagian isi. Lama tak makan ikan. Asyik makan ayam jer. Hihi. 

Memang dah lama teringin ikan masak asam. Tapi, tak terbuat. Asyikla buat kari, sambal atau goreng. 

Jadi, semalam Cik Rose google resepi ikan masak asam. Sebenarnya dah tahu apa bahannya. Saja nak tengok kot-kot ada versi lain ke kan. Hihi.

Cik Rose jumpa blog kak Diana Rashid. Resepi Ikan Masak Asam. Terima kasih kak. 

Inilah dia juada berbuka semalam. 
Nasi putih, ikan jenahak masak asam dan sambal ikan bilis bersama kentang.


Nanti, Cik Rose kongsikan resepinya yer.



2 comments:

  1. sedap tu...

    singgah ramadhan

    https://belogs.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. sedap tu menu tu ... mmg lauk fav org kedah

    ReplyDelete