RESEPI LAKSA PENANG YANG MUDAH DAN SEDAP

June 16, 2016

Assalamualaikum.

Hari ni Cik Rose nak kongsikan resepi laksa penang yang senang. Juada berbuka Cik Rose 5 Ramadhan yang lepas.


Resepi Laksa Penang 

1 kg ikan kembung
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar 
9 biji cili api (ikut tahap kepedasan anda? 
Sedikit belacan (bakar- Cik Rose cucuk garpu bakar kat dapur gas je)
3 kuntum bunga kantan
Daun kesom (ikut citarasa)
Asam keping
Garam

Laksa - direbus bersama asam keping

Bahan rencah:

Timun 
Bawang besar
Nenas
Telur-direbus
Limau kasturi
Cili merah/cili padi

Cara-cara buat kuah laksa:

1. Rebus ikan kembung bersama asam keping.
2. Sementara tu, kisar bawang merah, belacan yang dah dibakar, cili kering dan cili padi.
3. Selepas tu, asingkan isi ikan dan tulang. Kisar isi ikan bersama air rebusan tadi. Setelah itu, kisar pula tulang ikan juga bersama air rebusan tadi. Jangan lupa untuk tapis setelah dikisar. Nanti terlekat tulang pula kan. Hihi.
4. Masukkan semua bahan yang dah kita kisar ke dalam periuk. Juga terus letak asam keping, bunga kantan, daun kesom. 
5. Buka api perlahan je ye. Jangan besar api tu.
6. Biarkan mendidih, perasakan dengan garam. Siap!


Kat gambar ni, tak ada telur sebab Cik Rose lupa nak beli. Hihi. 

Laksa penang ni memang kesukaan Cik Rose. Buat sekali, boleh makan berhari-hari. Kuah laksa ni makin kita perangat, makin sedap. Rasa dia sebati, kan. 

Selamat mencuba.

Moga bermanfaat.





You Might Also Like

5 comments

  1. baru makan ni masa buka puasa keenam haritu

    ReplyDelete
  2. laksa penang mmg mudah n ringkas... pastu makin hari makin panaskan makin ummmph

    ReplyDelete
  3. teringinnnn glurp. heee happy fasting sis

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion